Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

SHEIKH MUHAMAD SHAMIL BIN SHEIKH ZAINAL 910815-04-5529

Alhamdulillah, kami panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan WAJ 3112. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini kami telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai tugasan ini , tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang terdiri dari saya, Sheikh Muhamad Shamil Bin Sheikh Zainal, Muhamad Norsyahmie Bin Nordin, Muhamad Rafie Bin Abu dan Khairul Azri Bin Saipul Sahri. Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia ketika bergelar guru kelak. Tugasan kami ialah membuat rancangan pengajaran harian untuk latihan olahraga dan kami mendapat tajuk latihan lompat tinggi, memang tidak dinafikan kami merupakan guru pelatih yang cetek ilmu mengenai latihan-latihan professional mengenai lompat tinggi ini, tapi dengan tunjuk ajar dari pensyarah kami Encik Abdul Latif Bin Ahmad, dapat kami menimba ilmu, beliau merupakan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang latihan olahragaan ini.. Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana

limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Encik Abdul Latih bin Ahmad selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan olahraga yang diberikan oleh banyak pengetahunan dan ilmu yang saya dapat. Pengetahuan dan ilmu ini menjurus kepada cara latihan ,kepegawaian mengelolakan sukan atau pertandingan. Antara yang kami pelajari dalam tempoh masa 6 bulan ini ialah lompat jauh, lari pecut, lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi dan lari berganti-ganti.

Pada keseluruhan, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini kerana sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun. Dengan adanya kursus ini kami diterangkan dengan terperinci dari sejarah, pengenalan sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap sukan olahraga, peraturan-peraturan sukan olehraga, cara borang penilaiaan dan cara pemarkahan. Ia diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini kami tidak jelas tentang setiap sukan olehraga yang dijalankan. Dengan adanya kursus ini, kami tidak teragakagak lagi apabila nanti di arahkan untuk menjadi pegawai penilai untuk aktiviti di manamana kejohanan yang dianjurkan oleh sekolah mahupun daerah.

Antara lain ialah, kami membuat praktikal mengenai permainan tersebut. Dengan adanya praktikal dan melakukan sendiri, ia lebih jelas dan tidak tertumpu kepada cara pembelajaran hanya mendengar. Cara penyediaan alatan dan cara menjalankan sukan olahraga tersebut juga amat penting dan berguna. Kita akan lebih ingat dan mudah untuk mempraktikkanya di sekolah nanti.

Selain itu ia memupuk semangat berpasukan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kerjasama berpasukan penting dalam mejayakan sesuatu pengelolaan aktiviti sukan.

Terdapat juga kelemahan sepanjang krusus ini berlangsung. Antara kekangan yang tidak dirancang ialah hari hujan. Bila hari hujan, padang becak dan aktiviti lontar peluru di jalankan pada padang yang basah. Ini menyukarkan mempelajari teknik sebab bola lontar peluru terbenam ke dalam tanah. Antara kekangan lain pula ialah dari segi kemahiran. Ini diakui oleh saya sendiri dimana kemahiran perlu ada sebelum membuat pembentanga. Ada juga pengetahuan atau ilmu yang perlu ditambah oleh pensyarah pembimbing untuk diperbaiki.

Kesimpulannya di sini, kursus olahraga ini mendatangkan banyak kebaikan. Ia penting untuk kursus perguruan ini. Akhir sekali, dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Abdul Latih Bin Ahmad diatas segala komitmen beliau untuk membimbing kelas kami ini, tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan saya sekalian.

ISI KANDUNGAN

Anda mungkin juga menyukai