Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Apa itu devian sosial?

Standard kelakuan yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan akan dipatuhi serta diterima umum . Pada amnya, norma sosial merupakan suatu garis panduan bagi anggota mayarakat menentukan bagaimana mereka patut bertingkah laku dalam situasi tertentu (contohnya, di restoran, bilik darjah, pejabat dan di tempat awam) dan semasa bersama dengan anggota masyarakat yang lain. (contohnya, dengan orang tua, ibu bapa, ketua, rakan sejawat dan orang awam)

Dengan adanya peraturan-peraturan ini, interaksi sosial dapat diadakan secara licin, iaitu seseorang tahu apa yang patut dilakukannya dan dapat pula menjangka perlakuan orang lain. Norma sosial lahir daripada proses interaksi antara individual denagan institusi sosial, contohnya keluarga, sekolah dan agama dan sebagainya, institusi sosial ini juga sebagai agen agen sosialisasi. Terbentuk dari sosialisasi (proses pembelajaran)

Diketahui oleh masyarakat Difahami dan dierti Dihargai Diikuti dan dilaksanakan Boleh berubah mengikut kesesuaian Berbentuk lisan atau tulisan

Tiga jenis norma sosial mengikut kekuatan dan kepentingannya Folkways (Kebiasaan): informal norms regulating customary ways of behaving Mores (Adat istiadat): norms that members of a society or culture consider vitally important, necessary and inviolable. Laws (Undang-undang): A law is a norm that is written down and enforced by an official law enforcement agency.

Perlakuan sosial yang tidak selari dengan norma sosial dipanggil devians sosial (lencongan).

Mengikut ahli sosiologi: devians Sosial ialah sebarang tingkah laku yang bercanggah dengan nilai, norma dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh masyarakat, tidak kira sama ada perbuatannya kecil seperti melanggar had kelajuan memandu atau kepada yang lebih berat seperti membunuh. Lencongan / Penyelewengan

Remeja yang suka merosakkan harta awam Seorang budak kecil merosakkan harta awam Bukan tingkah laku sendiri dianggap sebagai deviant sosial, tetapi reaksi terhadap tingkah laku ini menjadikan tingkah laku sebagai devian.

Devian tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu tetapi wujud di pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai peringkat umur.

Ada tingkahlaku yang diterima sebagai devians dalam satu masyarakat dan tidak pula dalam masyarakat lain. Contohnya, tidak ada masyarakat yang boleh terima tingkahlaku seperti membunuh dan mencuri. Sebaliknya, minum minuman alkohol dianggap devians dalam masyarakat Islam tetapi tidak dalam masyarakat barat.

Namun, bagi masyarakat yang tidak menganggap minuman minuman alkohol sebagasi devian, tingkah laku tersebut boleh jadi lencong sekiranya berlaku peristiwa mabuk di khalayak ramai. Malahan undangundang boleh dikenakan kepada mereka yang memandu kereta dalam keadaan mabuk. Bukan semua individu dalam sesuatu masyarakat menggunakan pertimbangan atau kriteria yang sama bagi menentukan tingkah laku devian.

Norma Sosial =Expected, Accepted

= Peraturan

Devian Sosial

Devians itu dikatakan bersifat relatif. Apa yang dianggap devians berubah dari masa ke masa dan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Faktor Norma Budaya dalam kes penderaan kanak-kanak. Sesetengah budaya menggalakkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak. Sebaliknya, sesetengah budaya tidak menggalakkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak.

Walaupun terdapat norma yang berbeza daripada satu masyarakat kepada masyarakat lain tetapi semua masyarakat ada norma dan semua masyarakat akan menerima hukuman mereka yang mencabuli norma yang penting.

Mengapakah manusia melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bercanggah dengan norma? Bagaimanakah kita menerangkan tingkahlaku devians Sosial? Masalah lebih kompleks apabila timbul persoalan lain seperti :
standad, norma dan/atau nilai-nilai siapakah yang digunakan dalam mendefinisikan sesuatu tingkah laku itu sebagai devian? Siapakah yang melabelkan sesuatu tingkah laku sebagai devian? Siapa pula pelakunya

Anda mungkin juga menyukai