Anda di halaman 1dari 13

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |1

UNIT 1
AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURANNYA

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: a) Memahami apakah yang dimaksudkan dengan akta pendidikan 1996 b) Mengetahui kepentingan akta kepada sistem pendidikan negara. c) Mengetahui peraturan yang terdapat di dalam akta 550

PENGENALAN Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut: Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Bagaimana pula dengan akta? Pernahkah anda mendengar akta pendidikan 1996? Akta Pendidikan merupakan satu dokumen rasmi yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh semua pengamal pendidikan.
Akan didakwa di mahkamah sekiranya melanggar akta dan peraturan

Tadika yang hendak ditubuhkan mesti mematuhi akta ini

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)

Bertujuan untuk melindungi hak murid, penjaga, pengusaha dan menjamin kualiti perkhidmatan

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |2

PENGENALAN

Apakah Itu Akta? Akta ialah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen

AKTA PENDIDIKAN

AKTA 308

AKTA 550

Pada tahun 1940an telah bermulanya era prasekolah atau tadika di Persekutuan Tanah Melayu. Kebanyakan prasekolah dan tadika ini telah mula dibuka oleh golongan missionari atau mubaligh agama Kristian dengan pendidikannya yang berfokuskan mengikut pengaruh British. Mereka telah mengenakan yuran untuk setiap kanak-kanak yang memasuki di tadika itu. Yuran yang dikenakannya itu sangat mahal dan hanya anak-anak orang yang berada sahaja mampu untuk belajar di prasekolah kendaliannya. Guruguru prasekolahnya pula adalah terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak mempunyai sebarang latihan perguruan dan pengalaman mengajar di prasekolah. Mereka lebih banyak menuju ke arah perniagaan daripada kebajikan. Untuk menyeimbangkan permintaan antara golongan berada dengan kurang berada tentang pendidikan prasekolah ini.

AKTA PENDIDIKAN 1996( Akta 550) Pada pandangan anda mengapakah akta pendidikan 1996 dan apakah kepentingan akta ini? Akta Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |3

Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuanperakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya. Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

Terdapat 16 Bahagian: Bahagian I Bahagian II Bahagian III Bahagian IV Bahagian V Bahagian VI Bahagian VII Bahagian VIII Bahagian IX Bahagian X Bahagian XI Bahagian XII : Permulaan : Pentadbiran : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan : Sistem Pendidikan Kebangsaan : Penilaian Dan Peperiksaan : Pendidikan Tinggi : Institusi Pendidikan Swasta : Pendaftaran Institusi Pendidikan : Pendaftaran Guru : Jemaah Nazir Sekolah : Kewangan : Rayuan

Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti Bahagian XV : Pelbagai Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |4

Bahagian II: Pentadbiran 1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan 2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain 3. Ketua Pendaftar dan Guru 4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah. 5. Pengarah Peperiksaan 6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Kuasa Majlis

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan 1.Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan: Pendidikan Prasekolah Pendidikan Rendah Pendidikan Menengah Pendidikan Lepas menengah dan Pendidikan Tinggi Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa 2. Kategori Institusi Penddidikan Institusi Pendidikan Kerajaan Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan Institusi Swasta 3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan 4.Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah 5.Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Bab 2 - Pendidikan Prasekolah 1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika 2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika 3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika 4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tetapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran. 5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |5

Bab 3- Pendidikan Rendah 1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah. 2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. 3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun). 4. Pendidikan Sekolah rendah wajib. Bab 4- Pendidikan Menengah 1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah. 2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan. Bab 5 Pendidikan Lepas Menengah Menteri boleh mengadakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan atau maktab atau institusi pendidikan lain. Bab 6- Institusi Pendidikan Lain Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan seperti maktab, sekolah khas, politeknik dan institusi pendidikan yang lain. Menteri boleh memberi sumbangan bantuan kepada institusi yang tidak ditubuhkan olehnya. Bab 7- Pendidikan Teknik & Politeknik 1.Pendidikan teknik di Sekolah Menengah Kebangsaan dan institusi pendidikan yang lain. Kuasa menteri Menyediakan kemahiran 2. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri. 3. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan Teknik dan Vokasional Tertakluk kepada kelulusan Menteri Tertakluk kepada terma dan syarat Menteri 4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti. 5. Kuasa untuk membuat peraturan berhubung dengan politeknik: Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum dan program latihan Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan Penganugerahan sijil/diploma Disiplin murid Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |6

Bab 8 Pendidikan Khas 1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan Khas di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah/menengah yang difikirkan sesuai dan membawa manfaat. 2. Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan kursus pendidikan khas. Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik. Bab 9- Pendidikan Guru 1. Tiada seorang pun boleh menubuhkan maktab pendidikan guru melainkan dengan kelulusan Menteri. 2. Semua maktab didaftarkan. 3. Maktab - anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain. 4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajiandan program latihan yang diluluskan oleh Menteri. Bahagian IX: Pendaftaran Guru Bab 1 Pendaftaran Guru 1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan. 2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru. 3. Permohonan borang dan prosedur tetap kepada Ketua Pendaftar. 4. Ketua Pendaftar boleh menolak daftarkan guru: Umur < 18 tahun Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar Membuat pernyataan palsu Kecacatan jasmani/mental/penyakit Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah Bagi sesebuah Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, setiap guru yang mengajar adalah didaftarkan dan diberi permit mengajar. Kriteria yang diguna pakai adalah dari segi kelayakan minimum SPM dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Namun begitu, pihak pengurusan institusi sememangnya bebas untuk memilih mana-mana guru yang mereka kehendaki, namun ia mestilah mendapat kelulusan permit dari Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ianya boleh mengajar di sesuatu institusi yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

Adakah melakukan kesalahan sekiranya tidak mempunyai permit untuk mengajar? Permit Mengajar 1. Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kepada yang bukan guru berdaftar: Memohon didaftarkan sebagai guru dan permohonannya belum diputuskan lagi Seseorang yang diperlukan sebagai guru sementara 2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis.

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |7

Bahagian XIV 132. Kesalahan dan penalti (1) pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru. .(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit). 134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir (a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas. (b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen (c) Memberi maklumat palsu Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-duanya,

AKTIVITI 1. Bolehkan seseorang guru tidak menyediakan Buku Rekod Guru? 2. Apakah penalti seseorang guru tidak menyimpan Buku Rekod?

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |8

Akta 550 (Akta Pendidikan)

Tahukah anda tokoh-tokoh dan pengasas pendidikan awal kanak-kanak? Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada; 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel 5. Maria Montessori

Program pendidikan prasekolah yang diutarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan pengalaman sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan formal. Semua institusi pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Syarat-syarat penubuhan tadika atau prasekolah mesti mematuhi Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Semua tadika adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang terdapat di dalam undang-undang. Akta diwujudkan untuk menjaga kepentingan murid, penjaga, pengusaha, serta menjamin kualiti perkhidmatan.

UNIT 1:Akta Pendi dikan 1996 dan Pe r atur annya |9

Definisi:

Akta 550 (akta Pendidikan) merupakan satu akta yang mengawal dan mengawasi perjalanan sistem pendidikan kebangsaan. Mengikut akta 550 ianya dibahagikan kepada 16 bahagian dengan setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa bab dan seksyen. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan pada bahagian IV dimana dapat dibahagikan kepada 12 bab dan 54 seksyen. Pendidikan Prasekolah telah diletakkan pada bab 2 dan mengandungi 7 seksyen

Seksyen 20: Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika. (i) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika (ii) Tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini. Seseorang yang melanggar subseksyen (i) adalah melakukan suatu kesalahan Seksyen 21: Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntkan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. Seksyen 22: Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika. (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang henndaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh muridmurid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing. (3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1 ) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduannya. Seksyen 23: Bahasa pengantar di tadika Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 10

Seksyen 24: Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini. Seksyen 25: Bab 2 tidak terpakai bagi Taman Asuhan Kanak-kanak Peruntukan Bab ini tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan dibawah mana-mana undangundang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian. Seksyen 26: Ketidakpakaian seksyen 18 dan 19 Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika

ISU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masalah utama yang dihadapi pengusaha dalam proses pendaftaran berpunca daripada PBT yang mempunyai syarat serta yuran pemprosesan yang berbeza-beza.

Tahukah anda bagaimana proses pendaftaran tadika dilakukan? Pendaftaran: Proses pendaftaran Tadika (Peraturan ini hanya untuk tadika swasta sahaja) Sebelum sesebuah tadika swasta itu ditubuhkan, pengurusan tadika hendaklah terlebih dahulu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk perhatian Unit Pendidikan Swasta. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan: a.Lakaran pelan lokasi, kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling b.Lakaran pelan tapak, bilik-bilik dengan ukuran c.Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/ 300 buah rumah (bagi kawasan perumahan) d.Surat persetujuan jiran-jiran terdekat, mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan tuan punya rumah tidak kurang dari 10 buah rumah jiran. e.Surat perjanjian sewa bangunan ( tenancy agreement) f.Sijil kelayakan menduduiki bangunan (CF) g.Kertas kerja (garis panduan disediakan)

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 11

Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi berikut: Perkara a. Premis i) Lokasi Tempat yang selamat Udara bersih Jauh dari pusat hiburan Tiada pencemaran bunyi Kebenaran bertulis dari jiran Kadar tadika 1 tadika bersamaan dengan 300 buah rumah ii) Fizikal Bangunan dalam keadaan baik, tingkat bawah adalah digalakkan. Dalam bangunan yang mencukupi untuk sudut pembelajaran, tandas dan ruang rehat. Tempat permainan luar. Perlu menyediakan kemudahan bagi kanakkanak kurang upaya. Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal (iii) Keselamatan Mempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu yang mudah dibuka tanpa halangan. Dapur perlu diasingkan Alat pemadam api sentiasa diperiksa dan mematuhi peraturan Perabot alat permainan dan bahan Tenaga Nasional air yang Bomba Pihak Berkuasa Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan Ciri Jabatan yang meluluskan

pengajaran selamat digunakan Semua punca elektrik hendaklah yang tidak mudah dicapai atau dilindungi Kolam atau tempat mengikut menampung ukuran

hendaklah

ditetapkan dan berpagar.

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 12

(iv) Kesihatan Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan selamat Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak. Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang Jabatan Kesihatan lengkap Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi b) Nama Tadika Menggunakan istilah `tadika sebagai awalan Nama yang diberikan hendaklah mengikut latar belakang Malaysia Nama yang dipilih adalah munasabah, bukannya mengelirukan. Nama tadika tidak ada persamaan dengan tadika lain. Menggunakan nama orang perlu mendapat persetujuan bertulis daripada tuan punya nama/ waris. c) Pemilikan Dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia. Pemilikan orang perseorangan atau perkongsian hendaklah berdaftar dengan pendaftar peniagaan. Tadika yang ditubuhkan oleh organisasi kerajaan dikecualikan daripada mendaftar. d) Kurikulum Semua tadika mesti menggunakan Kurikulum prasekolah Kebangsaan. Bahasa pengantar ialah Bahasa Kebangsaan dan diajar sekurangkurangnya 2 jam seminggu Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar oleh guru beragama Islam yang dituliahkan Pendidikan Moral hendaklah diajar kepada kanak- kanak bukan beragama Islam Pihak Berkuasa Tempatan

U N I T 1 : A k t a P e n d i d i k a n 1 9 9 6 d a n P e r a t u r a n n y a | 13

AKTIVITI 1.2 Mengikut akta Pendidikan 1996, apakah yang perlu diambil kira bagi membuka tadika swasta?

RUMUSAN Sebagai rumusannya akta pendidikan 1996 adalah penting kerana sebagai seorang guru kita perlu mengetahui akta ini kerana melalui akta, kita mengetahui bagaimana cara untuk menguruskan kanak-kanak serta kita dapat mengetahui peraturan yang boleh digunakan serta dapat mengetahui kesalahan yang dilakukan. Oleh sebab itu guru-guru perlu menguasai akta pendidikan supaya dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Dalam akta ini terdapat pelbagai perkara yang perli diketahui kerana guru mungkin melakukan kesilapan tanpa disedari, Maka adalah perlu untuk guru mengetahui apa yang berkaitan dengan skop kerja masing-masing. Ini adalah penting kerana semuanya sudah termaktub di dalam akta pendidikan 1996.

PENILAIAN KENDIRI

1) Apakah tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996? 2) Apakah kriteria yang diambil kira untuk mengajar institusi pendidikan swasta? 3) Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Huraikan perkara-perkara yang terkandung dalam syarat-syarat tersebut?

RUJUKAN
Isbell, R. T. & Raines, S. (2003). Creativitiy and the Arts with Young Children. NY: Thomson Delmar Learning Schirrmacher, R. (2002). Art and Creative Development for Young Children, 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning Libby, W. M. L. (2002). Enriching the Curriculum with Art Experiences. NY: Thomson Delmar Learning

Anda mungkin juga menyukai