Anda di halaman 1dari 8

[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang; [3] Dan

mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang siasia; [4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang; [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi[11] Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. Huraian ayat 1- 11, surah Al-Muminuun Ayat 1 iaitu Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya. Ayat 2 Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati. Ayat 3 dan 4 Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat.

Ayat 5 dan 6 Dan mereka yang menjaga kehormatannya yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan (gundik), yang berasal dari tawanan Perang Sabil yang berlaku di antara orang-orang islam dengan orang-orang kafir yang menceroboh. Ayat 7 - Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang yang melanggar larangan Allah. Ayat 8 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya - yakni orangorang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya; kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w). Ayat 9 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang - yakni yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5 waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu juga bagi orang yang sakit. Ayat 10 dan 11 - Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaik-baik balasan di dalam syurga Jannatul-Firdaus. TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Selepas meneliti huraian ayat 1-11 surah al-Muminuun di atas, menurut tafsiran daripada tafsir Fi Zilalil Quran, dibangkitkn dengan beberapa persoalan seperti:

1) Siapakah para Muminin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan, kebahagiaan, taufik dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini? 2) Siapakah para Muminin yang dituliskan untuk mereka segala kemenangan, keselamatan, pahala dan keredhaan Allah di akhirat? 3) Apakah balasan-balasan lain sama ada di dunia dan di akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah? Bagi menjawab persoalan tersebut, Allah telah menjelaskan sifat-sifat orang tersebut selepas ayat pembukaan surah ini bermula dari ayat 2 hingga ayat 9. Ciri-ciri yang pertama ialah orang yang khusyuk dalam solat mereka. Allah telah mengkategorikan khusyuk dalam solat sebagai tingkatan yang paling tinggi dalam mencapai kejayaan. Ia adalah sebagai satu peringatan kepada orang-orang yang tidak khusyuk dan lalai dalam melakukan ibadat solat kepada Allah bahawa mereka adalah golongan yang paling bawah dalam tingkatan yang paling bawah untuk menempa kejayaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati, kerendahan diri dan permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!, barangsiapa tidak melakukan seperti itu, maka solatnya tidak akan sempurna(kurang syarat-syaratnya). Mereka yang khusyuk di dalam solat akan berasa gementar apabila berdiri menghadap Allah. Hal ini ditafsirkan dengan keadaan hati mereka yang tenang dan khusyuk sehingga menjalar perasaan tersebut ke seluruh tubuh badan mereka sehingga pergerakan mereka sekalipun. Ingatan mereka hanta tertumpu kepada Allah sehingga jiwa mereka dipenuhi dengan keagungan terhadap kekuasaan Allah SWT. Ayat yang seterusnya ialah berkenaan dengan ciri orang mumin yang menjauhkan diri dari segala perkara yang sia-sia. Hati mereka akan sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang akan membersihkan hati dan jiwa mereka. Tambahan lagi, hati-hati mereka juga dibebani dengan tugas

melakukan yang makruf dan meninggalkan segala perkara yang mungkar. Daya tenaga manusia adalah terbatas sama ada daya itu dihabiskan dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengislah, membangunkan dan memajukan kehidupan atau daya tenaga tersebut dihabiskan dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia. Seterusnya ialah berkisarkan tentang zakat yang dapat membersihkan hati dari sifat bakhil, dapat mengatasi cinta terhadap diri sendiri, dan juga dapat menolak bisikan syaitan yang menakut-nakutkan seseorang menjdi miskin apabila mengeluarkan zakat. Melalui pemebrian zakat juga, ia dapat menanam sikap kepercayaan bahawa terdapatnya ganjaran dan balasan di sisi Allah tentang segala yang kita kerjakan. Pemberian zakat juga bermatlamatkan kepada pemeliharaan masyarakat Islam dari kemiskinan pada sebelah pihak dan kemewahan terhadap satu pihak yang lain. Ia merupakan jaminan sosial untuk seluruh individu serta golongan yang lemah. Ciri-ciri mumin yang berjaya seterusnya ialah orang yang menjaga kemaluan mereka. Penjagaan ini bermaksud mengelakkan diri daripada melakukan zina. Allah telah menggariskan sebaris ayat di dalam Al-Quran tentang perkara yang halal bagi mengelakkan zina di antara hubungan lelaki dan perempuan iaitu, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Oleh itu, sesiapa yang mencari kenikmatan di luar daripada itu akan termasuk ke dalam kategori berbuat kepada benda yang haram dengan melakukan zina bersama dengan perempuan yang tidak halal baginya atau sebaliknya. Orang yang menjaga amanah pula bermaksud orang yang dapat menjaga fitrahnya. Allah telah menjadikan fitrah itu selaras mengikut sunnatullah. Ia mengakui kewujudan Allah sebagai pencipta dan mengakui wahdaniahNya iaitu kekuasaan Allah melalui perasaan dalamannya yang merasakan adanya persamaan undang-undang yang mengendalikannya dan

undang-undang yang mengendalikan alam ini. Tambahan lagi, ciri-ciri orang mukmin ialah yang dapat menjaga amanat yang diberikan kepada mereka. Itulah sifat-sifat orang mukmin yang tetap pada setiap masa. Kehidupan sesebuah masyarakat pula tidak akan betul melainkan segala amanat yang dikurniakan dapat dijaga dengan sebaiknya. Tafsir Al-Azhar juga menjelaskan ciri-ciri mukmin yang Berjaya ialah orang yang menjaga solatnya. Orang yang memelihara solat dapat menunaikan solatnya tepat pada waktunya sama ada solat fardhu atau solat sunat mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pada permulaan ayat yang ke-2, Allah telah memberi penekanan kepada solat iaitu menjaga kekhusyukan solat kemudian diakhiri dengan ayat yang ke-9 yang bererti mereka yang tetap menjga solat mereka. Ia adalah untuk menunjukan darjat ketinggian solat dalam membentuk iman kerana solat merupakan satu bentuk ibadah dalam mengabdikan diri kepada Allah yang paling sempurna. Kehidupan di muka bumi ini tidak akan sempurna walau dengan kekayaan, kenikmatan dan kekuasaan manusia. Sedangkan Allah mengkehendaki supaya orang mukmin yang terus mengikuti jalan hidayah Allah dan akan ditempatkan di dalam syurga Firdaus dan kekal di dalamnya. Menerusi surah Al-Muminuun ayat 1- 11, terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk menjadi muslim dan muslimah yang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah s.w.t. Diantaranya ialah sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk. Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya. Allah sesekali tidak membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di dunia dan di akhirat. Sebagai pengajarannya, orang yang khusyuk dalam sembahyang hatinya akan meninggalkan segala lintasan dunia. Segala perhatian dalam sembahyang hendaklah tertumpu kepada menunaikannya dengan baik. Sembahyang dengan hati yang lalai atau tanpa khusyuk adalah tidak memberi apa-apa manfaat.

Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita. Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi. Sebagai muslim kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela, melampaui batas dan melanggar larangan Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti menjaganya dengan sebaik mungkin, jangan sesekali mengkhianati amanah tersebut dan haruslah menyerahkan kembali kepada tuannya. Begitu juga jika kita berjanji, kita harus menunaikan dan menepati janji tersebut. Untuk mewarisi syurga jannatul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya. ISU SEMASA Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia. Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun. Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia. Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam. Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka. Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaianpakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang. Abu Hurairah r.a

Sudah jelas, keadaan sekarang menepati seperti mana hadis Nabi Muhammad s.a.w bahawa di akhir zaman perbuatan zina akan berleluasa dan perbuatan tersebut dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Malah ada yang menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah hak individu yang perlu diberi penghormatan sehingga dianggap perbuatan yang mulia dikalangan sesetengah pihak. Perbuatan penyebaran zina secara terbuka seperti promosi pelacuran di ruangan awam seperti facebook adalah tidak wajar kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak termasuklah budak-budak bawah umur. Facebook kebanyakan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya promosi perbuatan zina berlaku di ruangan facebook ia adalah malapetaka yang besar ke atas umat manusia. Keadaan ini lah yang di kenali sebagai fitnah di akhir zaman yang kebanyakannya tidak disedari oleh kebanyakan pihak berwajib. Penyalahgunaan facebook harus dikenakan tindakan oleh pihak berwajib dan bagi pihak pengguna pulak tidak seharusnya anda semua mendedahkan maklumat peribadi di ruangan siber tersebut kerana pelbagai kemungkinan fitnah yang lebih dasyat akan berlaku. Maklumat peribadi seperti gambar seharusnya tidak dimuatnaikkan dalam akaun facebook kerana pelbagai pihak lain boleh memanipulasikan gambar tersebut tanpa disedari. RUJUKAN 1. Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil (2007), Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid. 2. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (1995) Cetakan keenam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Al

Quran Rasm Uthmani, Bertajwid dan Disertai Makna, Jilid 6,

Anda mungkin juga menyukai