Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dan dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini dengan jayanya. Saya menjulang setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu En. Zakaria bin Abdul Wahab yang telah memberikan tugasan ini kepada saya. Tambahan ,lagi, beliau telah banyak memberikan segala tunjuk ajar dan pedoman bagi menjelaskan kekeliruan kepada kami pada permulaannya. Segala didikan beliau amat berguna dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat kedua ibu bapa saya iaitu Jamaludin b. Ahmad bersama isteri, Normah bt. Hashim yang telah banyak menyumbangkan kerjasama dari segi kewangan mahupun bantuan dari segala aspek yang diperlukan. Segala jasa mereka tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan saya dan masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan projek tugasan saya ini. Selain itu, tugasan ini telah banyak mendidik saya menjadi pelajar yang sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai kesusahan demi untuk mencapai kejayaan bak kata pepatah Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

2.0 PENGENALAN
Perkembangan kanak-kanak adalah salah satu cabang pendidikan yang sangat penting khususnya kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat menguasai setiap pemikiran dan tahap-tahap yang dialami oleh anak-anak didik mereka sama ada di rumah mahu pun di peringkat persekolahan. Untuk memahami setiap tingkahlaku anakanak, kita mestilah memerhati serta menyelidik setiap proses yang akan berlaku terhadap mereka. Ini adalah kerana mereka ini mempunyai tahap perkembangan yang berbeza pada setiap peringkat umur dan akan berkembang mengikut baka dan persekitaran yang berlainan dengan individu-individu yang lain. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008), perkembangan setiap individu tersebut boleh dibahagikan kepada perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi dan kendiri seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan dan perkembangan sering disalahertikan oleh kebanyakan masyarakat kini yang sering menggunakannya dalam konteks yang sama. Pada hakikatnya, makna disebalik perkataan ini adalah berbeza tetapi ianya saling berkait rapat antara satu sama lain. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2009) menyatakan bahawa pertumbuhan adalah perubahan dalam saiz dan kematangan. Manakala, perkembangan bermaksud perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bemula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Jadi,dapatlah difahami bahawa pertumbuhan dan perkembangan berlaku sama ada ia dapat dinilai dari segi luaran individu ataupun ianya berlaku dalam diri seseorang di mana hanya beliau sahaja dapat merasai akan kewujudan tersebut pada permulaannya dan akan dikembangkan berdasarkan hasil pembelajaran, pengalaman dan sebagainya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

3.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut perspektif Islam, anak adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai yang dikurniakan kepada lelaki dan perempuan yang berkahwin apabila berlakunya proses persenyawaan. Anak-anak ini perlu dididik, diasuh dan dilatih rohani dan jasmaninya berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bertujuan untuk menggalakkan perkembangan yang akan dilaluinya kelak. Perkembangan anak-anak ini mestilah dididik dari dalam kandungan lagi sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa. Tambahan lagi, pertumbuhan dan perkembangan ini akan berlaku secara berterusan daripada peringkat awal kejadiannya hinggalah ke akhir hayat. Menurut Crow dan Crow dalam buku karya Ee Ah Meng (1999), perkembangan ialah perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Beliau juga telah mengemukakan contoh untuk menguatkan lagi konsep tersebut iaitu Ali, seorang pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah algebra. Apabila beliau mencapai Tahun 4, Ali menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan algebra tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Ali telah mengalami proses perkembangan. Atan Long memberi hujah bahawa perkembangan kanak-kanak ini ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas kelihatan perubahan yang telah berlaku ke atas individu tersebut. Tambahan lagi, individu di sekitarnya akan dapat merasai tentang kewujudan sifat barunya itu yang berlainan daripada peringkat awal golongan tersebut. Tegasnya lagi, ia berlaku secara berterusan daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. Ini bermakna, sel-sel yang terlibat dalam proses perkembangan ini tidak berhenti membiak dalam penghasilan selsel yang baru untuk penyempurnaan kemandirian proses kehidupan seseorang individu sehinggalah ke akhir hayat mereka. Beltes, Reese & Nesselroade (1977) pula berpendapat bahawa apabila individu mengalami pertambahan umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku sama ada dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral serta fizikal.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Mohd Nazar (1990) menegaskan, konsep perkembangan adalah berkaitan dengan perubahan yang berlaku dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik. Pendapat lain seperti yang telah dikemukakan oleh Karl G. Garrison yang menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan ini adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. Secara ringkasnya konsep perkembangan yang telah ditafsirkan oleh D.S Wright & Ann Taylor ialah perubahan yang berlaku dalam warisan hayat. Daripada pengertian-pengertian di atas dapatlah difahami bahawa konsep perkembangan kanak-kanak ini merujuk kepada perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu apabila umurnya semakin meningkat dengan cara disedari atau tidak disedarinya.

4.0 PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN KANAKKANAK


Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008) menyatakan bahawa terdapat lima prinsip asas dalam perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama yang telah ditegaskan dalam penulisan mereka ialah proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara berterusan. Kanak-kanak tersebut akan menambah kemahiran yang sedia ada sementara kemahiran itu merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran yang baru kelak. Yang kedua ialah perkembangan ini mengikut aturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, bayi pada peringkat awal perkembangannya akan cuba untuk duduk tetapi dengan menggunakan bantuan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri serta boleh berjalan di akhirnya. Perkembangan tersebut bercorak konkrit kepada abstrak yang jelas kelihatan dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Seterusnya ialah corak dan aturan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

perkembangan kanak-kanak puratanya adalah hampir sama tetapi kadarnya berbeza untuk setiap individu. Daripada pernyataan ini, dapatlah kita fahami bahawa faktor utama perbezaan tersebut adalah disebabkan pengaruh baka dan persekitaran di sekeliling mereka. Prinsip yang keempat pula ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan yang akan beransur daripada umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya, seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan otot-otot kasar akan berlaku terlebih dahulu berbanding otot-otot halus.Prinsip perkembangan yang terakhir dalam penulisan Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008) ialah perkembangan ini bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan ialah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam diri seseorang individu. Contohnya, merangkak, duduk, berjalan dan seterusnya berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.Pembelajaran pula ialah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Ia akan membantu seseorang individu tersebut memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam dirinya. Misalnya, perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu untuk berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang. Tang Chee Yee (1990) telah menyatakan beberapa prinsip pertumbuhan dan perkembangan tersebut. Menurut beliau, pertumbuhan berlaku dalam arah yang tertentu iaitu dari kepala ke kaki(encephalocaudal) dan dari tengah ke tepi(proximodistal). Perkembangan satu bahagian akan saling berhubung dengan bahagian yang lain. Ini bermakna perhubungan jelas kelihatan antara kematangan jasmani dan dengan kematangan mental. Pertumbuhan sesuatu trait akan mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Pertumbuhan dan perkembangan ini akan berlaku mengikut peringkat-peringkat penciptaannya. Setiap peringkat tersebut boleh dikelaskan sebagai fasa masih berada dalam kandungan, fasa bayi, awal kanak-kanak, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.Ini telah ditegaskan lagi oleh Ee Ah Meng(1999) yang menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan ini memang berlaku mengikut arah yang tertentu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

seperti yang telah dinyatakan oleh Tang Chee Yee (1990). Tetapi, beliau juga telah menguatkan hujahnya yang mengatakan berlakunya struktur perkembangan terlebih dahulu sebelum ianya dapat berfungsi. Ini bermaksud otot-otot hendaklah bertambah kuat sebelum bahagian anggota itu dapat digunakan. Berlaku juga perbezaan di mana perkembangan akan bermula secara umum dan diikuti dengan cara khusus. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak cenderung untuk melihat sesuatu secara keseluruhan sebelum dapat melihat butir-butir lain secara terperinci. Egosentrik kepada pandangan orang lain yang bermakna kanak-kanak ini hanya mementingkan hal-hal tentang dirinya sahaja tanpa mengira pandangan orang lain. Selain itu, perkembangan berlaku adalah mengikut kadar yang berlainan. Perkembangan yang lambat dalam sesuatu aspek akan memberi kesan kepada kanakkanak tersebut. Perkembangan jasmani yang lembap akan menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya menyertai permainan atau kegiatan yang aktif seterusnya ia akan menjejaskan perkembangan sosial dan emosi individu berkenaan.

5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN


Setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal, kognitif, sosioemosi, bahasa dan kendiri. Sedarkah kita bahawa cap jari tangan bagi setiap manusia adalah berbeza?. Hikmah penciptaan berbeza-beza ini supaya manusia saling mengkaji ciptaan Allah SWT seterusnya dapat menerapkan nilai-nilai murni sama ada dalam pembelajaran atau pun pengalaman hidup. Baka adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka. Menurut Norman L.Munn dalam buku penulisan Ee Ah Meng (1999) telah menyatakan bahawa baka bermaksud ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan maksud baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui gen. W.E Vinacke menyifatkan baka sebagai penentu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

struktur organ, arah perkembangan sistem biologi serta potensi seorang individu. Menurut Amram Schienfeld pula mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Fitrah kejadian manusia adalah berbeza-beza. Ini merujuk kepada ketidaksamaan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang. Baka ini mempengaruhi perbezaan individu daripada pelbagai apek seperti mental di mana tahap kecerdasan seseorang yang berada di kelas yang paling baik dengan pelajar yang berada di dalam kelas pemulihan. Seterusnya dari aspek fizikal yang membezakan warna rambut, warna kulit, ketinggian, bentuk mata dan sebagainya. Baka adalah satu faktor kepada perkembangan kanak-kanak.manakala faktorfaktor yang membentuk baka itu pula terbahagi kepada empat iaitu kromosom, kelenjar, gen, dan hormon menurut penulisan Tang Chee Yee(1990) dan Ee Ah Meng(1999). Kromosom merupakan butir-butir halus yang terdapat dalam nukleus setiap sel badan manusia. Apabila sperma (gamet jantan) disenyawakan dengan ovum (gamet betina), embrio akan menerima 23 kromosom daripada sperma bapa manakala 23 kromosom daripada ovum ibu. Empat puluh enam kromosom akan membentuk 23 pasang yang akan diturunkan kepada setiap sel ketika proses pembahagian berlaku. Gen yang terdapat dalam kromosom tersebut adalah alat kepada penurunan ciri-ciri kebakaan kepada seseorang individu. Gen juga mengandungi molekul protein yang mempunyai DNA atau asid deoksiribonukleik. DNA inilah yang akan menentukan sama ada ovum yang tersenyawa itu akan menjadi manusia, burung atau kambing. Selain itu,tubuh manusia mempunyai kelenjar endokrin dan dilengkapi dengan lapan jenis kelenjar sistem padanya iaitu kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar paratiroid, kelenjar timus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal, kelenjar kelamin dan kelenjar pencernaan.kelenjar endokrin inilah yang akan merembeskan hormone yang bertujuan untuk menggalakkan perkembangan dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran.prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan telah dikemukakan oleh Gregor Mendel(1857) dalam buku penulisan Tang Chee Yee(1990) yang telah mengatakan bahawa ciri-ciri yang diwarisi kepada

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

anak-anak adalah hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Selain itu, setiap individu mempunyai gen-gen yang bergerak dalam berpasangan. Kedua-dua gen tersebut mempunyai genetik yang berlainan di mana gen yang dominan akan mengawal segala baka yang bakal diwariskan berbanding gen yang yang lemah dikenali sebagai gen resesif. Prinsip yang terakhir ialah mengenai benih yang akan membawa pasangan gen-gen tersebut akan berpecah dan hanya satu daripada gen tersebut bakal diwariskan kepada anaknya. Contohnya dalam penentuan jantina bagi seseorang individu. Wanita akan menyumbangkan dua kromosom yang terdiri daripada kromosom X besar manakala lelaki akan membawa satu kromosom X besar manakala satu kromosom Y kecil. Ketika proses persenyawaan, apabila kromosom X lelaki bercampur kromosom X perempuan, maka dia akan memperoleh anak perempuan. Tetapi apabila kromosom X perempuan bercampur dengan kromosom Y lelaki, dia akan memperoleh anak lelaki. Kemungkinan dapatan anak yang berjantina lelaki atau perempuan adalah 50-50 kerana sel sperma mempunyai setengah kromosom X dan setengah kromosom Y. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008), persekitaran merujuk kepada pengalaman luar individu tersebut. Ini termasuklah pengalaman sebelum lahir iaitu daripada aspek pemakanan dan kesihatan ibu serta gaya pengamalan kehidupan seharian ibu tersebut. Penagalaman selepas kelahiran pula bermaksud cara pemakanan kanak-kanak tersebut, sosio ekonomi dan tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Normal L.Munn dalam buku karangan Tang Chee Yee(1990) memberi maksud yang persekitaran bermakna segala benda yang ada di sekeliling unitunit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke menyatakan persekitaran ialah segala kuasa-kuasa nyata yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Pendapat Amron Schenfield juga dalam buku yang sama memberi tafsiran bahawa persekitaran adalah segala benda yang ada di luar diri individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa persekitaran ialah apa yang seorang individu tersebut boleh merasakan pengaruh yang berada di persekitarannya. Menurut Ee Ah Meng(1999), terdapat dua kategori faktor persekitaran iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. Antara faktor pralahir tersebut ialah dari aspek pemakanan. Makanan yang dimakan oleh ibu kepada bayi tersebut mestilah seimbang mengikut piramid makanan untuk menjamin kesihatan bayi di dalam kandungan ibu. Penyalahgunaan dadah akan memberikan kesan yang negatif kepada pengaruh kesihatan bayi. Ini adalah disebabkan setiap makanan sama ada berbahaya atau tidak yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan yang besar kepada kesihatan bayi di dalam kandungan. Pasangan suami isteri dengan faktor Rh yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi sebelum atau selepas kelahirannya.mengikut statistik kajian yang telah dilakukan oleh saintis-saintis ternama menyatakan amalan X-Ray yang berlebihan mempunyai risiko yang besar bayi yang bakal dilahirkannya mengalami kecacatan sama ada mental ataupun fizikal. Emosi yang stabil, kesihatan yang baik serta umur yang tidak terlalu tua semasa mengandung adalah faktor pralahir adri segi persekitaran yang perlu dititikberatkan supaya anak yang bakal dilahirkan akan mengalami pertumbuhan serta perkembangan yang pesat serta sempurna penciptaannya daripada kurniaan Allah SWT. Faktor persekitaran yang perlu diperhatikan selepas kelahiran bayi ialah pemakanan bayi. Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk seseorang bayi kerana susu ibu dipercayai mempunyai antibiotik yang boleh melawan segala jenis kuman pada peringkat umurnya yang masih kecil. Keluarga adalah orang yang paling dekat dengan kanak-kanak. Jadi, kanak-kanak tersebut akan menjadikan orang di sekeliling yang rapat dengan mereka sebagai idola untuk melakukan sesuatu perkara. Ini bermakna kita sebagai orang yang lebih matang dalam hal ini menjadi contoh teladan dengan mengasuh serta mendidik mereka dengan penuh nilai-nilai yang telah diajarkan oleh Islam. Rakan sebaya, persekolahan, dan persekitaran dunia adalah contoh lain untuk faktor persekitaran selepas kelahiran ini. Rasulullah SAW juga telah menekankan faktor baka dan persekitaran ini dalam hadis baginda iaitu :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". Dalam hadis di atas, keturunan dan kecantikan merupakan faktor baka sementara harta dan agama merupakan faktor persekitaran. Ini jelas menunjukkan bahawa keseimbangan kepentingan kedua-dua faktor ini yang akan mempengaruhi perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanakkanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Mikrosistem ialah persekitaran dimana kanak-kanak akan berinteraksi secara langsung dan menjalinkan hubungan yang rapat kerana banyak menghabiskan masa bersama mereka. Contohnya ibu bapa, adik beradik, rakan,jiran dan guru. Mesosistem pula berkait rapat dengan mikrosistem. Segala yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contohnya seperti rumah-sekolah, rumah-jiran, dan sekolah-jiran. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung dalam interaksi ini tetapi keputusan yang dibuat dalam persekitaran tersebut akan memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat bersama kanak-kanak tersebut dinamakan sebagai ekosistem. Contohnya seperti sekolah- pasar raya. Pengurusan organisasi serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli-belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanakkanak tersebut. Makrosistem ialah satu proses di mana perkembangan individu akan dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Contohnya dalam sesetengah kehidupan

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

masyarakat, peranan jantina sangat ditekankan. Kaum lelaki merupakan kaum dominan dan diberi keutamaan dalam pelbagai sektor pekerjaan. Kronosistem ialah sistem terakhir dalam Model Ekologi Bronfenbrenner iaitu proses perubahan keadaan dalam sesuatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih maju berbanding kanak-kanak zaman dahulu dalam permainan komputer.

6.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008), perkembangan kognitif bermaksud kebolehan individu untuk berfikir, member pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. ia melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan ontelek yang berbeza-beza dengan individu yang lain. Situasi ini dapat diperhatikan apabila kita meneliti setiap rekod prestasi para pelajar. perbezaan kecerdasan individu ini sering dikaitkan dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan turut melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Semua ini dapat kita kaitkan dengan faktor yang mempengaruhi perkembangan individu tersebut iaitu faktor baka yang selalu dikaitkan dengan perkembangan mental. Secara keseluruhannya, perkembangan kognitif ini adalah berkaitan dengan kecerdasan pemikiran seorang individu dalam membentuk perkembangannya dalam pengaplikasian, analisis, sintesis atau penilaian dalam sesuatu perkara yang melibatkan aras kognitif yang tinggi.

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

6.1 Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak


Menurut Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005) , teori perkembangan kognitif telah dipelopori oleh ahli psikologi Swiss, Jean Piaget. Piaget telah merumuskan bahawa terdapat empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), praoperasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun), dan operasi formal (11-15 tahun). Kanak-kanak yang berumur antara 2-12 tahun ialah kanak-kanak yang sedang berada dalam peringkat praoperasi, operasi konkrit dan peringkat permulaan kepada operasi formal. mook soon sang telah mengatakan bahawa terdapat lima konsep asas dalam teori pembelajaran kognitif piaget(1970) iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditunjukkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Skema ini akan selalu berubah mengikut pembelajarannya. Contohnya aksi memegang oleh seoarang kanak-kanak pada peringkat awalnya adalh kurang cekap tetapi semakin lama selepas mengalami proses pembelajaran yang ada di sekelilingnya, dia akan mengalami perubahan yang mana koordinasi otot-ototnya bertambah cekap dalam melakukan sesuatu aktiviti. Adaptasi merupakan proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang baru. Ia melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi pula ialah proses yang berlaku apabila individu cubs memshsmi pengalaman yang baru dan cuba untuk menyesuaikannya penagalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah ada. Contohnya, setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga bertayar dua, dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada.

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Sementara akomodasi ialah proses yang berlaku apabila individu dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman yang baru dan seterusnya membentuk skema yang baru. Misalnya, kanak-kanak tadi yang melalui proses asimilasi telah dapat mengakomodasi iaitu dengan berjaya mengkategorikan motosikal sebagai sebuah kenderaan bertayar dua. Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan untuk individu mencapai keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk situasi ataupun pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya ia tidak berlaku penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak akan berlaku namun kita akan terus dapat membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi-situasi tersebut.

6.1.1 Data Dan Perbincangan


Ujian kognitif telah dijalankan kepada tiga orang kanak-kanak yang sama umurnya iaitu 3 tahun. Berikut adalah biodata ketiga-tiga orang kanak-kanak tersebut : 1) Nama : Adam Haikal Bin Mohamad Azraie Umur : 30 Tahun Umur : 25 Tahun

Nama Bapa : Mohamad Azraie Bin Jamaludin Nama Ibu : Siti Maryam Binti Abd. Aziz

2) Nama

: Alya Irdina Binti Fariz Umur : 35 Tahun Umur : 30 Tahun

Nama Bapa : Fariz Bin Abdullah Nama Ibu : Aisyah Zulaikha Binti Jamaludin

3) Nama

: Airil Muszaphar Bin Zulkifli Umur : 40 Tahun Umur : 38 Tahun

Nama Bapa : Zulkifli Bin Bidin Nama Ibu : Marzean Binti Mokhtar

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 7 TAHUN JADUAL 1 UJIAN KETEBALAN PLASTISIN BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA 1. 2. 3. ARIF HAZIM ALYA IRDINA AIRIL MUSZAPHAR SAMA TIDAK SAMA SEBELUM SELEPAS

Jadual di atas menunjukkan butiran maklumat mengenai ujian yang telah dijalankan kepada tiga orang kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Pada mulanya, responden dipamerkan dengan dua ketul plastisin yang sama saiz atau kuantiti, warna dan bentuk. Responden diminta untuk memerhatikan kuantiti kedua-dua plastersin tersebut. Daripada ujikaji yang dijalankan, ketiga-tiga subjek tersebut menyatakan kuantiti kesemua plastersin tersebut adalah sama. Kemudian, kedua-dua plastisin tersebut tanpa menambahkan atau mengurangkan kuantitinya dibentuk menjadi replika pepatung dan dua bentuk replika ikan. Dalam ujian ini, seorang daripada tiga responden iaitu Airil Muszaphar telah menyatakan bahawa saiz kedua-dua plastisin tesebut masih sama walaupun berlainan bentuk manakala Alya Irdina dan Arif Hazim mengatakan kuantiti plastisin replika ikan lebih banyak disebabkan ianya mempunyai dua ekor replika ikan. Oleh itu, dapatlah kita ketahui bahawa Airil Muszaphar telah berjaya menguasai prinsip identiti di bawah konsep pemuliharaan (conversation) oleh Piaget. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008), Piaget telah menyatakan bahawa prinsip identiti akan tercapai apabila mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. Menurut Piaget lagi, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini (7-11 tahun) berkebolehan berfikir secara logic walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan

14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

situasi konkrit. Tambahan lagi, mereka juga sepatutnya telah memahami proses transformasi, keterbalikan, dan menaakul.

7.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAKKANAK


Mook Soon Sang (2009) dalam bukunya telah mengatakan bahawa implikasi daripada perkembangan kognitif ini ialah isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak, dari dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal setiap individu. Contoh yang dapat dikemukakan di sini mengikut peringkat umur ialah, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun iaitu berada dalam fasa pra operasi hendaklah diajar menggunakan bahan bantu mengajar yang mereka boleh melihatnya dengan mata kasar mereka sendiri seperti bola dan gegelung rotan dalam pembelajaran menambah dan menolak. Selain itu, tegasnya lagi menerusi teori Piaget menyatakan pembelajaran baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitif mereka agar dapat diadaptasikan mengikut keperluan situasi pembelajaran yang dihadapi. Disebabkan proses akomodasi adalah bergantung kepada intrinsik individu, jadi giru hendaklah menggalakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Joyce, Weil & Slavin iaitu ahli-ahli mazhab neokognitif menyarankan untuk mengatur langkah proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori pembelajaran kognitif Jean Piaget. Langkah yang pertama ialah merancang sesuatu pembelajaran yang mencabar minda murid-murid dalam proses menggalakkan mereka berfikir. Yang kedua ialah dengan menimbulkan serta menggerakkan tindak balas pelajar dan sengaja memberikan idea yang bertentangan daripada mereka untuk melihat tindak balas mereka. Seterusnya, guru dikehendaki untuk memberikan tugas berkaitan pemindahan pembelajaran dan yang terakhir ialah membentukkan murid-murid dalam kumpulan yang hampir sama

15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

peringkat kognitif mereka supaya murid-murid yang mempunya kognitif yang tinggi akan mengajar rakan mereka yang mempunyai tahap kognitif yang rendah. Daripada situasi ini, dapat kita ketahui bahawa penting bagi seseorang guru untuk merancang serta membina pemikiran kognitif yang tinggi untuk kanak-kanak agar mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran sesuatu perkara daripada rakan-rakan mereka yang lain.

8.0 RUMUSAN
Selepas mengkaji serta memerhatikan sendiri perkembangan kanak-kanak ini sama ada dari segi konsep, prinsip, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan serta mengemukakan teori Jean piaget berkaitan dengan perkembangan kognitif ini, saya telah mendapat pelbagai maklumat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang yang bakal bergelar ibu dan guru di masa hadapan. Perkembangan setiap individu adalah bersifat kualitatif di mana perubahan akan berlaku sedikit demi sedikit setelah mereka melalui pelbagai pengalaman dalam proses tumbesaran mereka. Perkembangan ini juga banyak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran mereka membesar. Kedua-dua faktor tersebut akan mencirikan kanakkanak itu sebagai seorang kanak-kanak yang pasif atau kanak-kanak yang bersifat aktif. Oleh itu, kita dilarang sama sekali untuk membeza-bezakan setiap kanak-kanak yang lemah dengan yang pandai. Jika keadaan tersebut berlaku, ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang besar dalam membantutkan perkembangan kognitif mereka.

9.0 CADANGAN
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meransang perkembangan kognitif kanakkanak agar mereka dapat membesar dalam keadaan yang sempurna didikannya. Yang pertamanya ialah sistem mikrosistem iaitu peranan ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan kanak-kanak mengikut kitaran teori ekologi bronfenbrenner. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak mereka dalam persekitaran yang sihat dengan menerapkan nilai-nilai agama dari peringkat awal lagi. Anak yang lahir ibarat kain putih,

16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka sama ada untuk menjadi insan yang baik atau sebaliknya. Jika kita amati, baka ialah satu faktor yang lebih bersubjekkan kepada perwarisan atau pun keturunan. Jadi, faktor persekitaran inilah yang memainkan peranan penting kepada ibu bapa dalam mencorakkan perkembangan kognitif anak-anak. Lakukan aktivitiaktiviti seperti pembacaan, permainan dengan menerapkan nilai-nilai murni juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan perkembangan kognitif anak-anak. Selain itu, peranan juga perlu diambil perhatian kepada guru-guru sekolah. Lazimnya, apabila kanak-kanak berumur 6 tahun mereka akan dihantar ke sekolah. Jadi, guru bertanggungjawab untuk mengajar kanak-kanak ini dalam proses perkembangan kognitif mereka. Guru hendaklah mengajar kanak-kanak pada peringkat umur ini dengan pembelajaran yang pelbagai. Ia adalah kerana mereka akan berasa bosan apabila diajar secara terus-menerus. Pembelajaran yang pelbagai ini termasuklah dengan mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang menarik seperti Zoo Negara, taman, balai bomba dan sebagainya.

17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

10.0 LAMPIRAN

GAMBAR 1

GAMBAR 2

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

GAMBAR 3

GAMBAR 4

19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

11.0 RUJUKAN
1) Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional. 2) Ee Ah Meng (1999). Psikologi Pendidikan (Semester I). Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 3) Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan KanakKanak Untuk Perguruan Pendidikan Rendah Pengajaran Empat Tahun. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 4) Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 5) Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 6) Mook Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. 7) Tang Chee Yee(1990) . Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Vinlin Press Sdn.Bhd.

20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

12.0 BIBLIOGRAFI
1) Perkembangan Kanak-Kanak. Dilayari pada Februari 7, 2012, dari
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%202_Perkembangan%20Kanakkanak.pdf

2) Sistem Hormon Manusia. Dilayari pada Februari 7, 2012, dari


http://zaifbio.wordpress.com/2010/01/13/sistem-hormon-manusia/

3) Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Dilayari pada Februari 10, 2012, dari
http://www.scribd.com/doc/16429506/Implikasi-Teori-Pembelajaran-Kognitif-Dalam-ProsesPengajaran-Dan-Pembelajaran

4) Sistem Endokrin. Dilayari pada Februari 11, 2012 dari


http://biologid.blogspot.com/2012/01/sistem-endokrin.html

5) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Dilayari pada Februari 11, 2012 dari http://hanasyakira90.blogspot.com/2011/05/30-faktor-faktor-yangmempengaruhi.html

6) Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak. Dilayari pada Februari 15,2012, dari http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/konsep-dan-prinsip-perkembangankanak.html

7) Pertumbuhan Dan Perkembangan Kognitif Manusia Daripada Perspektif Jean Piaget. Dilayari pada Februari 15, 2012, dari http://teoripiaget.blogspot.com/

21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

13.0 REFLEKSI
Saya Kanak ini telah mendapat tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanakpada 05 Februari 2012 dan diminta menghantarnya pada 18 Februari 2011.

Tugasan ini adalah merupakan tugasan individu. Tugasan ini memerlukan saya mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak dari aspek konsep, prinsip-prinsip perkembangan, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Selepas itu, kami juga dikehendaki untuk memilih salah satu perkembangan daripada lima perkembangan yang ada iaitu fizikal, kognitif, sosioemosi, bahasa dan kendiri. Saya telah memilih perkembangan kognitif kerana saya merasakan tajuk ini amat menarik untuk dikaji. Pada peringkat permulaan kerja, saya agak susah untuk mendapat maklumat. Tetapi, selepas bertanyakan pensyarah, En. Zakaria bin Abdul Wahab tentang soalan-solan yang tidak difahami, saya merasakan bahawa tajuk ini adalah paling mudah daripada yang lain. Jadi, saya telah mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, internet dan maklumat daripada pensyarah sendiri. Saya juga telah banyak mengunjungi perpustakaan untuk melakukan pembacaan tentang tajuk perkembangan kognitif ini.Kekuatan hasil daripada tugasan ini ialah dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan memahami dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan di samping dapat melaksanakan tugasan ini dengan agak lancar. Kelemahan yang dikenalpasti daripada tugasan ini adalah semasa proses mencari maklumat. Setelah saya berjaya mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan untuk tugasan ini, dengan tidak membuang masa, saya terus memulakan tugasan ini. Setelah selesai menaip semuanya, maka telah berjaya

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kami bersyukur dan ingin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada Encik Zakaria bin Abdul Wahab dan rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu kami. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan namun saya tetap bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini tepat seperti tarikh yang telah ditetapkan.

22

Anda mungkin juga menyukai