Anda di halaman 1dari 7

AYAT FIQH (TALAK) [228] Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka

(dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteriisteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturanaturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [230] Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat

menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. TAFSIRAN DAN PENGAJARAN AYAT Menurut tafsiran Al-Azhar, ayat 228 surah al-baqarah membawa maksud wanita yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka daripada berkahwin dengan lelaki lain selama tiga kali suci daripada haid. Penahanan ini bertujuan untuk mengosongkan rahim wanita yang telah diceraikan daripada benih suaminya yang lama. Pada masa ini, wanita tersebut hendaklah memaklumkan statusnya sama ada hamil, dalam keadaan haid ataupun tidak. Ayat seterusnya pula menjelaskan tentang proses rujuk iaitu suami merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah jika mereka bertujuan untuk berdamai. Dalam pada itu, wanita-wanita yang telah diceraikan itu juga mempunyai hak yang sama bermaksud wanita yang telah diceraikan mestilah menyedari tugasnya iaitu bersama-sama dengan suami untuk merujuk kembali jika suami mengkehendakinya. Ini kerana persefahaman adalah penting pada waktu ini untuk mereka bersama-sama membina kembali hubungan yang telah diputuskan. Pengajaran yang boleh diambil daripada ayat 228 daripada surah Al-Baqarah ini ialah hikmah memaklumkan status wanita yang telah diceraikan oleh suaminya sama ada hamil, dalam keadaan haid ataupun tidak yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan bagi kedua-dua belah pihak. Ditafsirkan juga bahwa suami yang menyedari tentang tanggungjawabnya selepas dimaklumkan isterinya yang

diceraikan ketika hamil, berkemungkinan besar akan merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah tersebut yang bertujuan untuk perdamaian. Rasulullah SAW juga menyarankan untuk menjaga adab dalam proses menceraikan isteri dan melarang keras daripada mentalak isteri dalam keadaan haid. Diceritakan bahawa Saidina Abdullah bin Umar pernah dicela oleh Rasulullah kerana menjatuhkan talak kepada isterinya dalam keadaan haid. Selain itu, kita juga hendaklah menghayati maksud Allah telah memberikan satu darjat ketinggian kepada suami untuk merujuk kembali isterinya walau tanpa persetujuan wanita tersebut. Sebagai wanita, kita hendaklah saling memberikan kerjasama kepada suami apabila ditimpa musibah penceraian ini. Secara umumnya, lelaki iaitu pihak suami lebih berfikiran matang dalam membuat keputusan. Oleh

sebab itulah, kuasa penceraian hanya diletakkan ke atas suami. Wanita hendaklah mengamalkan sikap toleransi dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan supaya suami tidak berasa tercabar seterusnya melafazkan kalimah penceraian terhadap isterinya. Mengikut tafsiran yang sama melalui ayat 229 dalam surah al-baqarah ini, imam Ibnu Kathir telah menjelaskan bahawa talak bermaksud lepas sementara akad perkahwinan bermaksud ikatan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan. Maksud dua kali dalam ayat ini ialah berpisah yang boleh dirujuk hanya dua kali tetapi bukan bermaksud mengucapkan lafaz talak dua atau tiga dalam satu keadaan kerana ianya hanya akan menghasilkan penceraian sebanyak sekali sahaja. Selepas itu, ayat ini menjelaskan jika telah merujuk isteri untuk kali yang kedua hendaklah mereka menjalankan kewajipan sebagai pasangan suami isteri mengikut syarak tetapi jika berlaku juga penceraian, suami dilarang untuk meminta ganti rugi daripada isterinya kecuali jika penceraian berlaku atas kehendak isterinya sendiri. Kaedah ini disebuat sebagai khulu atau tebus talak. Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah lelaki iaitu suami dilarang untuk meminta harta isterinya jika berlaku penceraian terhadap mereka. Ini kerana harta tersebut adalah kepunyaan isterinya sendiri yang telah diberikannya sewaktu perkahwinan mereka masih aman. Jadi, sebagai seorang suami hendaklah bertimbang rasa kepada bekas isterinya kecuali suami boleh menuntut harta sepencarian mereka semasa mereka bersama-sama bekerja dahulu. (njnkjnknkkknk 2008). Menurut Dr. Peunoh Daly(1994) khulu ialah satu sistem penceraian d engan cara tebusan. Menurut Syaid Sabiq (1990) pula, tebusan adalah sebagai ganti rugi kepada penceraian. Jika tidak ada, maka penceraian adalah tidak sah. Tafsir al-Azhar melalui ayat 230 menghuraikan maksud bahawa jika penceraian kali yang ketiga berlaku, maka wanita tersebut adalah haram untuk suami itu merujuk kembali isterinya walaupun dalam tempoh iddah. Seterusnya, tafsiran ini menjelaskan bahawa wanita yang telah diceraikan untuk kali yang ketiga boleh dirujuk kembali jika wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan mereka telah bersetubuh bersama. Apabila berlaku penceraian wanita tersebut dengan suami yang kedua, suami yang pertama boleh merujuk kembali isterinya dengan syarat suami kedua tidak merujuk kembali setelah tamat tempoh iddah mereka.

Pengajaran yang boleh diambil daripada tafsiran ayat 230 ini ialah kita hendaklah mematuhi hukuman yang telah disyariatkan Allah apabila berlakunya penceraian untuk kali yang ketiga. Talak ini dikategorikan sebagai talak bain kubra. Maksud talak jenis ini ialah talak yang dijatuhkan sebanyak tiga kali oleh suami kepada isterinya. Maka, pasangan tersebut akan terpisah daripada menjadi suami isteri buat selama-lamanya melainkan isteri tersebut mengadakan akd nikah yang baru dengan lelaki lain dan bercerai dengannya atau suaminya itu meninggal dunia. Seperti yang telah ditetapkan oleh Allah dalam ayat ini jika berlaku penceraian iaitu dalam ayat: maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. Jelas disini bahawa Allah menghalalkan perkahwinan suami dan isteri yang ingin berkahwin semula selepas talak bain kubra berlaku mengikut aturan -aturan yang telah ditetapkan melalui Al-Quran. Mereka perlu mengadakan akad perkahwinan yang baru dengan syarat bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan. Disini, Allah juga menegaskan perkahwinan dengan akad baru boleh dilakukan jika mereka yakin perkahwinan mereka bermatlamatkan Allah dan ingin memperbetulkan kembali hubungan mereka yang gagal dahulu untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru itu, kita hendaklah mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku sebelumnya dan tidak boleh sewenang-wenangnya melafazkan talak mengikut emosi dan perasaan. Kesan yang bakal berlaku sesudah penceraian juga perlu dititik beratkan oleh pasangan untuk menjamin kesejahteraan secara bersama. ISU SEMASA Salah satu isu tentang permasaalahan talak ialah seorang suami menghantar khidmat
pesanan ringkas (SMS) kepada isteri ketika beliau dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak seperti berikut: Selepas habis pantang, maka jatuh talak satu ke atas engkau! Ketika kejadian tersebut , suami itu menyatakan bahawa beliau sedang dalam keadaan normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. Jadi, persoalannya ialah tidak

sama ada jatuh

talak atau tidak melalui SMS dan sama ada jatuh talak oleh suami yang pada masa itu dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat tidur berlebihan. Bagi menjawab isu ini, rujukan perlu dibuat terhadap rukun dan syarat sah rukun talak. Menurut pendapat Shafie, rukun talak ada lima iaitu pentalak, sighah (lafaz), mahal (isteri iaitu perempuan ditalak), wilayah (ada kekuasaan) dan ada qasad ( niat ). Kejadian ini telah banyak dibincangkan dan majoriti pendapat jatuh talak melalui SMS jika pada SMS itu dibuat adanya lafaz dan niat yang jelas daripada suami seperti, aku ceraikan kau, aku talak kau atau maka tertalaklah engkau. Persoalan ini lebih menjurus kepada sama ada jatuh talak jika lafaz dibuat ketika suami tidak normal iaitu kerana minum ubat batuk secara berlebihan. Disyaratkan bahawa suami yang melafazkan talak adalah suami yang mukallaf (baligh dan berakal) dan tidak dipaksa. Menurut Dr Wahbah al Zuhaily dalam kitabnya al Fiqh Islami wa Adillatuhu, bagi talak oleh pentalak yang mabuk atau tidak normal kerana mabuk itu sampai pada peringkat percakapan merepek dan tidak menentu, bercampur-campur dan tidak sedar apa diperkatakan ketika mabuk, maka fuqaha sepakat berpendapat tidak jatuh talak daripadanya jika ia mabuk yang tidak diharamkan. Maksud mabuk yang tidak diharamkan ialah seperti orang mabuk kerana darurat, terpaksa, kerana dipaksa atau kerana makan sejenis tumbuhan memabukkan walaupun bukan kerana sesuatu keperluan. Menurut pendapat yang kuat bagi jumhur fuqaha, jika seseorang mengambil atau menggunakan bahan memabukkan tanpa sesuatu keperluan atau darurat, maka jatuh talak yang dilafazkan olehnya dalam keadaan mabuk sebagai hukuman dan cegahan terhadapnya daripada melakukan perbuatan maksiat. Lagipun, dia mengambil bahan yang memabukkan itu dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan dan tanpa darurat. Orang yang mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya), juga kerana ijma sahabat Nabi SAW menyatakan kata-kata yang dilafazkan ketika mabuk seperti menuduh perempuan suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan. Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha, talak yang dijatuhkan melalui penghantaran SMS walau dalam keadaan boleh dikatakan tidak normal kerana tindakan sengaja mengambil ubat tidur secara berlebihan, boleh dikira sah kerana mencukupi rukun pentalak itu sendiri.

Dalam era komodenan sekarang, kebanyakan manusia tidak mengendahkan perkara-perkara sebegini kerana menganggap ianya hanya perkara remeh seterusnya dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Pembahasan talak rajie dan bain.


http://doaharian.blogspot.com/2005/12/pembahasan-talak-raji-dan-talak-bain.html

Dr. Peunoh Daly(1994). Sdn.Bhd.

Hukum perkahwinan islam. Selangor: Thinkers Library

Syaid Sabiq. (1990). Fikih Sunnah ( Drs. Moh Thalib). Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Anda mungkin juga menyukai