Anda di halaman 1dari 8

Bahan Aluminium

1. Bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit. 2. Ringan dan mudah dibentuk. 3. Pengalir elektrik dan haba yang baik. 4. Digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan, peralatan rumah, kabel elektrik dan bahan binaan. 5. Tahan karat.

Kekuatan 1. Ringan dan mudah 2. dibentuk 3. Tidak berkarat 4. Mudah dipotong Kelemahan 1. Tidak dapat dipateri menggunakan pemateri logam.

Keluli Lembut
1. Sejenis bahan logam ferus yang dibuat daripada campuran besi dan karbon. 2. Mudah dibentuk dan dipotong. 3. Pelbagai bentuk serta ketebalan seperti kepingan, dawai, batang dan bentuk L. 4. Sesuai digunakan untuk membuat paku, skru, jeriji pintu dan pelbagai.

Kekuatan 1. Dapat dipateri menggunakan pemateri logam. 2. Pelbagai bentuk, tebal dan panjang Kelemahan 1. Mudah berkarat jika tidak disapu cat licau.

PVC (Polyvinyl Chloride)

1. Diperoleh dalam bentuk paip. 2. Sejenis bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan. 3. Disambungkan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC. 4. Digunakan untuk membuat paip air, perabot dan lain-lain.

Kekuatan 1. Tidak berkarat. 2. Ringan dan mudah dikendalikan. 3. Mudah disambungkan dengan menggunakan soket dan simen pelarut. Kelemahan 1. Tidak tahan kepanasan.

Perspek
1. Kepingan plastik yang keras dan terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan. 2. Digunakan untuk membuat bentuk model atau prototaip bagi sesuatu produk. 3. Untuk membuat papan tanda dan plat kenderaan. 4. Dipotong menggunakan pisau pemotong perspek.

Kekuatan 1. Permukaan licin dan berkilat 2. Pelbagai warna yang menarik. 3. Perspek lutsinar boleh diwarnakan menggunakan cat semburan. Kelemahan 1. Permukaan mudah tercalar. 2. Keras dan mudah pecah semasa pemotongan. 3. Sukar dibentuk dan dibengkokkan 4. Perlu alat khas untuk memotong dan mencantum.

Papan Lapis
1. Terdiri daripada beberapa lapisan kayu nipis (vernier) yang diglukan antara satu sama lain. 2. Digunakan untuk membuat pintu, perabot, kotak, dinding bilik. 3. Saiznya 1220 mm x 2440 mm. 4. Ketebalan 3 mm hingga 32 mm. 5. Didapati dalam 2 jenis : 1. Kalis air 2. Tidak kalis air

Kelebihan 1. Ringan, kuat dan mudah dikerjakan. 2. Permukaan yang lebar dan rata. 3. Tidak mudah meleding, mengecut atau retak. 4. Permukaan yang cantik. 5. Tidak pecah apabila dipaku pada hujungnya. Kelemahan 1. Tidak sesuai digunakan di luar rumah. 2. Glu pada papan lekang jika kena air. 3. Tidak mencengkam jika dipaku pada bahagian sisi.

MDF (Medium Density Fibreboard)

1. Papan gentian (komposit) yang dikeringkan dan dimampatkan bersama glu urea. 2. Permukaannya licin dan punyai sifat fizikal yang baik. 3. Sesuai untuk perabot dan pembinaan am. 4. Saiznya 2440 mm x 1220 mm dalam pelbagai ketebalan. 5. Contoh produk; set bilik tidur, meja makan, almari baju.

Kelebihan 1. Kekuatan yang sekata. 2. Lebih kalis api dari papan. 3. Kestabilan dimensi; tidak mudah bengkok, meleding, terbelah apabila dipaku atau diskru. 4. Lebih keras dan berat daripada papan tebal. 5. Mudah dibentuk. Kelemahan 1. Tidak sesuai digunakan di luar rumah. 2. Tidak mencengkam paku. 3. Mudah rosak jika terkena air atau panas matahari. 4. Tidak boleh dilengkungkan.

Mounting Board
1. Kertas keras atau kadbod yang mempunyai ketebalan 2 mm. 2. Digunakan untuk membina model dalam reka cipta. 3. Dipotong menggunakan pisau atau gunting. 4. MB dicantum dengan menggunakan glu yang sesuai. 5. Saiznya 610 mm x 1220 mm atau 610 mm x 910 mm.

Kelebihan 1. Mempunyai pelbagai warna menarik. 2. Dapat dilengkungkan mengikut kehendak reka bentuk. 3. Mudah dikerjakan dan dibentuk. Kelemahan 1. Tidak tahan kelembapan dan haba. 2. Tidak boleh dipaku atau diskru. 3. Tidak ada daya kekuatan yang tinggi.

Kayu
1. Bahan yang banyak digunakan dalam pembinaan perabot, rumah, bangunan. 2. Saiz kayu ditentukan mengikut tebal, lebar dan panjang. 3. Jenis kayu : 1. Papan Tebal 2. Papan Nipis 3. Kayu Beroti 4. Kayu Jerjak

Papan Tebal

Papan Nipis

Kayu Jerjak

Kayu Beroti

Kelebihan 1. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan jenis. 2. Sesuai untuk semua jenis pembinaan. 3. Urat dan ira kayu yang menarik. 4. Sesuai untuk bahan kemasan seperti syelek, lekar dan tona kayu. Kelemahan 1. Pengecutan kayu kerana kandungan air di dalamnya. 2. Mudah diserang perosak jika tidak diawet. 3. Kayu tebal tidak boleh dilengkungkan. 4. Urat kayu tidak sekata dan sukarkan proses mengetam dan kemasan.

Anda mungkin juga menyukai