Anda di halaman 1dari 5

3 visual dan keterangan fesyen pakaian menurut tamadun islamIslam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk

dipakai, baik ketikaberibadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilahbersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namunbegitu, tamadun islam memaikan peranan yang penting dalam cara pemakaianmasyarakat islam masa kini serta masyarakat bukan islam. Pakaian Masyarakat Arab Gamis adalah pakaian tradisi masyarakat arab turun temurun sejak darizaman Rasullulah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagaipakaian rasmi kerajaan dan rakyat semasa zaman itu. Sehinggalah kini pakaian ini tetap di pelihara bagi memastikan kelansungannya. Pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah dan Umayyah pakaian yang seperti ini telah digunakan oleh pemimpin-pemimpinnya. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama dalam memakaipakaian seperti ini. Warna putih menjadi pilihan kerana ia merupakan warna yang melambangkan kebersihan dan kesucian. Namun begitu, warna hitam jugadigunakan sebagai warna pakaian yang digunakan oleh masyarkat pada zaman itu.Secara tidak lansung ia juga menjadi pencentus kepada penggunaan warna dalampakaian islam. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasaie dan al-Hakim)

Pakaian diatas terdiri daripada ghutra yakin bahagian yang menutup kepala sipemakai. Namun begitu, pada zaman dahulu, mereka memakai serban sebagaipenutup kepala. Ghutra berfungsi

sebagai penutup kepala seperti juga serban yangdi pakai oleh Rasullulah S.A.W. pakaian ini terdiri daripada pakaian didalam yangberwarna putih dan diluarnya berwarna hitam. Pakaian yang berwarna hitam itudipanggil bisht. Pakaian ini seperti pakaian pemerintah pada zaman dahulu di manamereka memakai satu lapis baju di dalam dan satu lapis lagi diluar. Walaupun iatidak sama seratus peratus, namun unsur pemakaian tersebut tetap ada dan digunapakai sehingga ke hari ini. Begitula hebatnya, pemakaian dan fesyen tamadunislam. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Tidak dilupakan, pakaianyang berwarna putih yang dipakai didalam di kenali sebagai Thawb Dishdasha.Walauapapun jenis fesyen yang diketengahkan dalam tamadun islam, ia semestinyamengikut hukum syarak. Contohnya menutup aurat.

Baju Kurung Pakaian Wanita Islam Selain lelaki, wanita juga mempunyai fesyen dalam berpakaian. Islam tidakpernah melarang pengikutnya berfesyen. Namun begitu, fesyen yang digayakan ituhendaklah sesuai serta tidak bertentangan dengan syariat yang telah ditetapkan.Terutamanya mengenai menutup aurat. Seperti yang kita lihat di atas, ini adalahfesyen yang kerap kita lihat dinegara kita. Namun sekiranya anda melihat keadaansekarang, ramai wanita yang ingin berfesyen tetapi tidak berlandaskan syarak.

Mereka memakai tudung tetapi pakaiannya ketat dan menampakan bentuk badan.Ini amatlah bertentangan dengan adab berpakaian dan berfesyen yang di tetapkanoleh Islam.Gambar

di atas menunjukkan cara bertudung yang betul iaitu tudung yang dipakai hendaklah menutupi dada dan tidak jarang. Ini bagi mengelakkantertedahnya aurat wanita tersebut. Pemakaian sebegini bukan baru dimulakan padahari ini tetapi ia telah di gunakan sejak zaman Saidatina Khadijah lagi. Tudung yangdipakai oleh wanita Islam hendaklah tidak jarang dan menutup bahagian dadamereka. Selain daripada tudung, baju yang dipakai juga hendaklah longgar danlabuh supaya tidak menampakkan bentuk badan dan menutup kawasan yangsepatutnya. Ini bagi mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan beriman, supayamereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasamereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59) Rasulullah SAW

bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanitayang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan jugakepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dantidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim) Kain atau seluar yang dipakai hendaklah labuh sehingga ke paras buku lali.Di samping itu, kaum wanita juga perlu memakai stoking untuk menutup auratmereka. Beginilah antara cara berfesyen yang perlu diamalkan dalam Islam. Kitaboleh memakai pakai lain selain baju kurung atau burqa tetapi pakaian tersebuthendaklah mengikut hukum syarak.

Baju Melayu Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yangbiasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanyaterbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga danpotongan Cekak Musang. Baju Melayu selalunya dipakai semasa majlis rasmi atauperayaan. Ia merupakan fesyen turun- temurun dari zaman Sultan Abu Bakar padatahun 1866. Unsur-unsur dalam baju melayu juga dipengaruhi oleh tamadun islam tamadun islam.Contohnya pada bahagian songkok. Songkok sebelum ini telah digunakan pada zaman Abbasiyyah di mana pegawai kerajaan akan memakai songkok panjang di atas arahan pemerintah mereka. Pengaruh itu telah meresap masuk ke dalambudaya melayu yang telah menerima Islam semasa zaman kegemilangan Melaka.Baju Melayu juga dipakai bersama seluar panjang dan selalunya bersama sampin.Sampin ialah sejenis kain yang biasanya ditenun dan selalunya menggunakan kainsongket. Namun ada juga yang menggunakan kain pelikat sebagai sampin. Ianya mengikut kreativiti masing-masing.Seperti juga baju kurung, baju Melayu juga semestinya direka mengikut hukum syarak. Bajunya yang menutupi pusat dan juga seluarnya yang panjang menutup paras lutut. Semua aspek ini adalah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Di samping itu, baju tersebut juga tidak boleh jarang dan ketat. Bag iorang melayu yang beragama Islam, baju Melayu merupakan pakaian utama dan rasmi mereka ketika menyambut hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidiladha,

Hari Raya Aidilfitri dan bermacam-macam lagi. Pakaian ini telah sebati dengan masyarakat Melayu sejak dari dulu hingga ke hari ini.Jadi walauapapun fesyen yang ingin kita gayakan, yang p enting pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan kita tidak memakai pakaian yang boleh menyebabkan kita mendapat dosa kerana pakaian atau fesyen yang kitakenakan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh agama.

Anda mungkin juga menyukai