Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN BUKU

1. JUDUL BUKU
IMAM AL-NAWAWI DAN KITABNYA SHARH SAHIH MUSLIM

2. RINGKASAN BUKU Buku ini membahaskan secara terperinci biografi Imam al-Nawawi dan sumbangannya dalam penulisan hadith. Ia menzahirkan sumbangannya yang terpenting dalam tradisi syarah dengan penghasilan kitab Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim al-Hajjaj. Kitab ini mengemukakan syarahan dan komentar yang terperinci terhadap Sahih Muslim. Ia menampilkan kaedah tarjih yang jelas dalam perbincangan hadith dan fiqh dan meraikan kefahaman dan pemikiran mazhab yang luas. Anggaran muka surat sekitar 400 halaman. Buku ini hanya mempunyai indeks tanpa lakaran rajah. Saya telah pun merancang penulisan ini sejak 6 tahun yang lepas sebagai tesis doktorate. Saya orang yang terbaik untuk menulis buku ini kerana ia merupakan hasil tesis saya sendiri dan merupakan bidang pengkhususan yang diceburi. 2. RANGKA KANDUNGAN Mukadimah Kependekan I. Latar belakang ilmu syarah dan perkembangannya dalam pengajian hadith dan sunnah II. III. IV. V. VI. VII. Biografi Imam al-Nawawi Hasil karya dan pemikiran Pengenalan kitab Sharh Sahih Muslim Metode syarah Sahih Muslim Analisis Kitab al-Buyu dalam Sahih Muslim Fiqh al-Hadith

VIII. IX.

Perbincangan Matan dan Rijal Hadith Sharh al-Hadith

Rujukan Indeks Glosari

3. ANALISA PASARAN Buku ini dapat dibeli oleh kalangan intelektual dan penyelidik hadith serta pelajar yang mengikuti pengajian peringkat tinggi. Memandangkan suasana dan latar masyarakat, saya menjangkakan buku ini diperlukan oleh lebih 70,000 individu. Buku ini boleh dipasarkan di seluruh librari universiti tempatan (dan antarabangsa) dan di semua jaringan perpustakaan di Malaysia, pengedar buku MPH, Kinokuniya dan sebagainya. 4. PERSAINGAN Setakat ini, saya melihat sekitar 5-6 buku yang berpotensi menyainginya: 1. Abdul Ghani Ad-Duqur. Biografi Imam An-Nawawi. Al-Hidayah 2. Asmadi bin Sakat. Metodologi Imam al-Tirmidhi dalam kitab al-Jami. Batu Caves, Selangor : Pustaka Haji Abdul Majid, 2007. 3. Sahliono. Biografi Dan Tingkatan Perawi Hadits. Pustaka Panjimas. 4. Mohd Nasir Mohd Tap. Mencarik Ilusi Menggapai Realiti: Wacana Tasawuf, Tariqat Dan Pemikiran Kalam Imam Ahmad al-Sirhindi (971H/1563M-1034H/1624M). Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah. 5. Fauzi Deraman. Hadith Dalam Karya Syeikh Daud al-Fathani. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 6. Syeikh Al-Hadith Maulana Zakaria Al-Kandahlawi. Biografi Syeikh Al-Hadith Maulana Zakaria Al-Kandahlawi. Pustaka Habib. Buku-buku ini telah terjual baik dan mendapat dukungan dan reviu yang meyakinkan, dalam beberapa jurnal dan makalah. Kelebihan buku ini adalah ia mengetengahkan perbahasan terperinci tentang karya hadith Imam al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim yang belum pernah dibahaskan dalam wacana intelek di Malaysia. 5. PROMOSI Saya mengenali pertubuhan yang bersangkutan dan gabungan swadaya masyarakat yang lain

yang diharapkan dapat mendukung usaha pengiklanan dan penyebarannya secara agresif dan strategik, bagi mengangkat dan meluaskan pasarannya kepada khalayak pembaca yang lebih luas. 6. FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA Buku ini berfaedah besar kepada khalayak pembaca untuk mengenali latar penulisan kitab syarah dan sejarah kehidupan ulama hadith sejak kurun ke 3. Pembaca dapat memahami kaedah penting yang dilakarkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Sharh Sahih Muslim, yang menzahirkan manhaj yang fundamental dalam perbincangan teks hadith. 7. PENYERAHAN MANUSKRIP Manuskrip ini telah siap untuk diserahkan. 8. BAB CONTOH bab contoh dilampirkan. 9. BUTIR-BUTIR DIRI Nama: Ahmad Nabil b. Amir Nama Institusi: Islamic Renaisance Front Telefon pejabat, H/P: 013-2210196

Anda mungkin juga menyukai