Anda di halaman 1dari 9

turut mengupas dan menghuraikan kefahaman isnad dan rijal.

Dalam kupasannya tentang rijal Imam Muslim, beliau menjelaskan: Dan adapun Muhammad b. Said al-Maslub, maka beliau adalah Ulama kelahiran Damsyiq (al-Dimashqi), kuniyahnya Abu Abd al-Rahman, dinyatakan juga Abu Abdullah, dan juga Abu Qays, dan pada nasab dan namanya terhasil ikhtilaf (pendapat) yang cukup besar, dan kami tidak mengetahui seseorang yang padanya terhasil ikhtilaf yang banyak sepertinya, dan Al-Hafiz Abd al-Ghani alMaqdisi telah meriwayatkan dari sebahagian Ulama hadith yang mengemukakan hampir seratus nama yang disandarkan padanya.1 Perbahasan yang dikemukakan dalam kitab al-Majmu memberikan kupasan dan tafsiran ayat yang komprehensif dan tuntas. Ia mengupas dan membahaskan hujah dan pemikiran mazhab dan menghuraikan kefahaman hadith yang berkesan dengan kupasan yang terperinci dan meluas. Ia membentangkan perbahasan yang substantif dan melakarkan hujah yang kukuh dan persuasif dalam perbincangan hadith dan nas. Ia mengupas dan membincangkan kekuatan dan kefahaman ayat al-Quran dan mengemukakan hujah dan pandangan fiqh yang rajih dan berkesan. Ia menzahirkan syarahan yang tuntas dan memukau dalam perbincangan hadith dan nas. Ia menggarap hujah dan pandangan fuqaha dalam mengupas dan membahaskan kefahaman hadith dan fiqh almuamalah. Perbincangan yang dikemukakan dalam kitab al-Majmu mengupas persoalan berikut: 1. Hakikat jual beli 2. Rukun dan sebab yang menfasakhkan aqad 3. Syarat dan ketetapan tentang barang yang dijual 4. Kewarakan dalam urusan jual beli dan (urusan muamalah) yang lain dengan menjauhi syubhat

Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, op.cit., 1/56.

5. Keberkatan mencari rezeki di awal pagi 2

Perbahasannya disokong oleh dalil dan keterangan al-Quran seperti firman Allah swt: (Wahai kaumku sempurnakan timbangan dan sukatan dengan adil dan jangan kamu kurangi manusia dari haknya) [Hud 11: 85] (Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan)) [ Al-Mutaffifin 83: 1]

Imam al-Nawawi turut menghuraikan firman Allah (swt): (Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba) [Al-Baqarah 2: 275]. Beliau mengutip empat pandangan yang dikemukakan oleh Imam al-Shafii (rah) dan menegaskan: Bahawa ayat ini bermaksud umum dan lafaznya menyeluruh mencakup semua maksud jual beli, yang menunjukkan hukum harus melainkan yang dikhususkan dengan dalil, dan pendapat ini adalah yang paling sahih menurut Imam al-Shafii dan sahabat-sahabatnya.3

Dan dalam firman Allah (swt): (Dan hendaklah kamu mengambil saksi ketika (melaksanakan) urusan jual beli), [Al-Baqarah 2: 282]

Imam al-Nawawi mengulas: Jumhur berhujah dengan hadith sahih bahawa Nabi (saw) menjual dan membeli tanpa mengetengahkan saksi, dan (begitu juga) para Sahabat (rad) di zaman

Al-Nawawi, Abu Zakariya Yahya ibn Sharaf (1925), Al-Majmu Sharh al-Muhadhdhab. Madinah Munawwarah: Maktabah Salafiyah, 9/104-106. 3 Fasal tentang galakan bertasamuh dan berlapang dada dalam menjual dan membeli dan berhutang serta menuntut hutang dan menetapkan timbangan dan takaran. Al-Nawawi, Al-Majmu Sharh al-Muhadhdhab, op.cit., hal 9/ juz. 108.

Baginda (saw) dan selepasnya, dan ayat yang mulia ini menunjukkan hukum sunat seperti yang kami sebutkan, Wallahu Alam.4 Dan Muhammad b. Ubayd al-Ghubari menceritakan pada kami, Abu Awanah memberitahu kami dari Abu Hasin dari Abu Salih dari Abu Hurairah (rad) yang berkata: Rasulullah (saw) bersabda: (Barangsiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka). Dan Muhammad b. Abdullah b. Numayr menceritakan pada kami, ayahnya memberitahu, Said b. Ubayd memberitahu kami, Ali b. Rabiah berkata pada kami: Saya mendatangi Masjid dan Mughirah (rad) gabenor Kufah berkata: Saya mendengar Rasulullah (saw) bersabda: (Sesungguhnya pembohongan ke atasku tidak sama dengan pembohongan ke atas seseorang yang lain, maka barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, hendaklah ia menempah tempatnya di neraka). 5 Dari Abu al-Tahir Ahmad b. Amru b. Abdullah b. Amru b. Sarh berkata: Ibn Wahbin mengkhabarkan pada kami: Imam Malik (rah) berkata: Ketahuilah sesungguhnya seseorang lelaki tidak akan selamat selama ia menyampaikan seluruh hal yang didengarnya, dan tidak akan menjadi imam selamanya orang yang membicarakan semua urusan yang didengarnya. 6 Dan Muhammad b. al-Muthanna bercerita kepada kami: Saya mendengar Abd al-Rahman b. alMahdi berkata: Tidak akan diangkat seorang lelaki menjadi imam yang diikuti teladannya sehingga ia menahan dari berbicara dengan sebahagian yang didengarnya. 7
4

Al-Nawawi, Muhy al-Din Yahya b. Sharaf (2001), Al-Majmu Sharh al-Muhadhdhab. Cet. 1. Muhammad Najib alMutii (ed.). Kaherah: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 9, hal. 110. 5 Ibid., 1/65. 6 Ibid., 1/75.

Dari Yunus dari Ibn Shihab dari Ubaydillah b. Abdullah b. Utbah bahawa Abdullah ibn Masud (rad) berkata: Tiada sesuatu yang saudara bicarakan kepada suatu kaum hal yang tidak dapat dicapai oleh akal mereka kecuali ia akan menjadi fitnah bagi sebahagian mereka.
8

Dan Abu Said al-Ashaj berkata padaku, Waki memberitahu kami, al-Amash memberitahu kami dari al-Musayyab b. Rafi dari Amir b. Abadah, berkata: Abdullah (Ibn Masud (rad)) berkata: Sesungguhnya syaitan akan menjelma menyerupai manusia, lalu ia mendatangi suatu kaum dan berbicara kepada mereka dengan hadith palsu, maka kaum tersebut berpisah dan berkata salah seorang di kalangan mereka, saya mendengar seorang lelaki yang saya kenal wajahnya tapi tak mengetahui namanya berkata. 9 Dan Muhammad b. Rafi berkata padaku, Abd. al-Razzaq memberitahu kami, Mamar menyampaikan khabar pada kami dari Ibn Tawus dari bapanya dari Abdullah b. Amru b. al-As (rad) berkata: Sesungguhnya di dasar laut terdapat kumpulan syaitan yang dibelenggu dari tawanan Nabi Sulaiman (as), hampir-hampir ia akan keluar dan membacakan alQuran pada manusia. 10 Dari Busyair b. Kaab dari Ibn Abbas (rad) berkata: Sesungguhnya kami meriwayatkan hadith dari Rasulullah (saw) ketika tidak ada pendustaan terhadapnya, dan setelah manusia menempuh jalan yang baik dan jelek (zahirnya fitnah), kami tidak lagi meriwayat dari Baginda (saw). 11

7 8

Ibid. Ibid., 1/76. 9 Ibid, 1/79 10 Ibid., 1/79-80. 11 Ibid., 1/80.

Dari Mujahid dari Busyair al-Adawi dari Ibn Abbas (rad) berkata: Sesungguhnya kami satu ketika apabila mendengar seorang lelaki menyebut: Rasulullah (saw) bersabda, maka kami hadapkan pandangan padanya dan mengerahkan sepenuh perhatian mendengarnya, dan setelah manusia menempuh kekalutan dan kesenangan hidup, maka kami tidak lagi mengambil riwayat kecuali dari mereka yang kami kenal. 12 Ishaq b. Ibrahim al-Hanzali berkata pada kami, Isa - dan beliau ialah ibn Yunus menyampaikan khabar pada kami, al-Awzai (rah) memberitahu kami dari Sulayman b. Musa berkata: Saya bertemu dengan Tawus (rah) lalu bertanya: Fulan menyampaikan hadith sekian dan sekian pada saya, maka Tawus berkata: Sekiranya saudara sudah kenal dan arif tentang sahabatmu, maka ambillah riwayatnya. 13 Nasr b. Ali al-Jahdami berkata pada kami, al-Asmai memberitahu kami dari ibn Abi alZinad dari bapanya yang berkata: Saya bertemu di Madinah dengan seratus orang perawi semuanya terpercaya , tidak diambil hadith dari mereka yang dikatakan bukan dari ahlinya. 14 Dari Sufyan b. Uyainah (rah) dari Misar berkata: Saya mendengar Saad b. Ibrahim berkata: (Tidak diriwayatkan hadith dari Rasulullah (saw) kecuali dari yang thiqat).15 Dan Muhammad b. Abdullah b. Quhzadh menceritakan pada kami dari ahli Marwa: Saya mendengar Abdan b. Uthman berkata: Saya mendengar Abdullah b. al-Mubarak berkata: Sesungguhnya isnad dari agama, dan sekiranya tiada isnad, maka akan berkata seseorang dengan tiap (hal) yang diinginkannya. 16

12 13

Ibid., 1/81-82. Ibid 1/84-5. 14 Ibid., 1/86-7. 15 Ibid., 1/87. 16 Ibid.

Dan berkata Muhammad b. Abdullah, al-Abbas b. Abu Ruzmah memberitahu: Saya mendengar Abdullah (ibn al-Mubarak (rah)) berkata: Antara kami dan kaum (perawi) (terdapat) suatu penegak, iaitu isnad. 17 Dan berkata Muhammad: Saya mendengar Ali b. Shaqiq berkata: Saya mendengar Abdullah b. al-Mubarak bersyarah di hadapan khalayak manusia: Tinggalkan hadith Amru b. Thabit, kerana ia mengutuk salaf. 18 Dan riwayat Ubaydullah b. Said dari al-Nadr yang menyampaikan fatwa Ibn Awn yang membenarkan hadith Shahrin dan menganggapnya thiqat. 19

Dan dari Sufyan b. Thawri yang mendukung pendirian Abdullah b. al-Mubarak, yang memuliakan Abbad b. Kathir kerana agamanya, namun tidak mengambil hadithnya. 20

Dan ingatan Abdullah ibn al-Mubarak kepada Shubah supaya menyingkirkan riwayat Abbad b. Kathir. 21 Sufyan al-Thawri pula menganggapnya pendusta.

Dan hujah Abu Muhammad b. Yahya b. Said al-Qattan, dalam menyifatkan kaum Salihin, bahawa tiada ahli kebaikan yang lebih berdusta dari mereka dalam menyampaikan hadith.22 Imam Muslim mengulas bahawa mereka meriwayatkan hadith-hadith rekaan tanpa sengaja atau mengetahui kepalsuannya. 23
17 18

Ibid., 1/88. Ibid., 1/89. 19 Ibid. 20 Ibid, 1/94. 21 Ibid. 22 Ibid, 1/94-5.

Dan kehadiran Abdullah b. al-Mubarak di majlis Rawh b. Ghutayf, yang malu dilihat oleh sahabatnya yang mengingkari hadith Rawh. 24

Dan riwayat dari Sufyan dari Abdullah b. al-Mubarak, yang mengangkat Baqiyyah kerana dianggap benar perkataannya, namun ia tidak membezakan riwayat thiqat dan duafa. 25

Dan dari Shabi, bahawa al-Harith al-Awar al-Hamdani meriwayatkan hadith kepadanya sedangkan dia seorang pendusta, dan ia memberi penyaksian bahawa dirinya salah seorang pendusta. 26

Dan Ubaydullah b. Said memberitahu kami, Abd. al-Rahman yakni ibn Mahdi berkata kepada kami, Hammad b. Zayd memberitahu kami dari ibn Awn, Ibrahim berkata kepada kami: Kalian harus berwaspada terhadap al-Mughirah b. Said dan Abu Abd al-Rahim kerana keduanya adalah pendusta. 27 Abu Kamil al-Jahdari meriwayatkan dari Hammad ibn Zayd dari Asim, dari Abu Abd al-Rahman al-Sulami, yang menegahnya melazimi ahli hikayat kecuali Abu al-Ahwas, dan dari mengambil riwayat Shaqiq al-Dabi al-Kufi yang bermazhab Khawarij. 28

23 24

Ibid, 1/95. Ibid, 1/97. 25 Ibid. 26 Ibid, 1/98. 27 Ibid, 1/99. 28 Ibid, 1/100.

Dari Abu Ghassan Muhammad b. Amru al-Razi, dari Jarir yang menolak riwayat Jabir b. Yazid al-Jufi kerana ia menganut faham al-rajah.29

Dari Salamah dari al-Humaydi dari Sufyan al-Thawri yang mendengar Jabir b. Yazid meriwayatkan tiga puluh ribu hadith, namun tidak menyebut dan menyampaikan satu pun darinya (kerana khuatir menyalahi syariat dan pegangan aqidah ahli sunnah). 30 Ayyub al-Sukhtiyani yang mentajrih Abd al-Karim yakni Abu Umayyah (rah) yang dianggap tidak thiqat. Dan Abd al-Karim ini turut didaifkan oleh Sufyan b. Uyainah, Abd. alRahman b. Mahdi, Yahya b. Said al-Qattan, Ahmad b. Hanbal dan Ibn Adi. 31

Dari Affan b. Muslim dari Hammam dari Qatadah yang menolak riwayat Abu Dawud alAma,32 yang menyampaikan hadith dari al-Barra (rad) dan Zayd b. al-Arqam (rad) kerana beliau sebenarnya tidak mendengar hadith dari mereka. 33 Qatadah menolak riwayat yang dikemukakan oleh Abu Dawud al-Ama dari 18 orang Sahabat (rad) dari kalangan ahli badar, kerana dibandingkan dengan riwayat Hassan al-Basri dan Said al-Musayyib yang menyampaikan riwayat dari Sahabat (rad) melalui Saad b. Malik dan tidak secara langsung. 34

29

Fahaman puak Rafidah yang percaya bahawa Imam Ali (rad) sedang berselindung di awan dan akan menyeru dari langit untuk keluar bersama pendukungnya di akhir zaman. Ibid, 1/101-3. 30 Ibid, 1/103. 31 Ibid, 1/104. 32 Abu Dawud Nafi b. al-Harith al-Qas al-Ama. Ibid., 1/105. 33 Ibid., 1/104-5. 34 Ibid., 1/107.

Abu Dawud al-Ama didaifkan oleh Amru b. Ali, dan beliau menyebut: hadithnya matruk. Yahya b. Main dan Abu Zarah menegaskan: tiada sesuatu padanya (tidak dijadikan hujah). Abu Hatim menyebut: munkar al-hadith. 35

Dari Abu Dawud al-Tayalisi dari Shubah dari Yunus b. Ubayd berkata: Amru b. Ubayd mendustakan hadith. 36

35 36

Ibid., 1/105. Ibid.

Anda mungkin juga menyukai