Anda di halaman 1dari 5

Bilangan Jurnal: Kedua Minggu Praktikum: 2 Tarikh Peristiwa/ Kejadian: 8 April 12 April 2013 Tajuk jurnal: Penglibatan murid

d dalam kelas

Masalah/ Peristiwa: Ini merupakan minggu kedua saya berada di Sk Matang Jaya. Setelah membuat pemerhatian kepada kedua-dua buah kelas iaiti 4 Amanah dan 4 Dinamik di Sk Matang Jaya, tidak banyak perbezaan antara kedua-dua murid di dalam kelas ini. Kedua-dua buah kelas bersikap agak pasif semasa kelas Pendidikan Islam dan kebanyakan dari pada mereka kurang lancar membaca tulisan jawi.

Analisis: Sebagaimana yang kita tahu kanak-kanak pada peringkat umur mereka sedang menuju ke alam dewasa. Oleh sebab itu, ada antara mereka yang bersikap pasif dan enggan melibatkan diri dalam sesi P dan P. Ada antara mereka yang berasa malu kerana kurang lancar membaca jawi. Tambahan, rakan sekelas sering

memperlekehkan golongan yang kurang pandai membaca jawi. Oleh sebab, guru praktikum merupakan guru permulaan, mereka kurang memberi kerjasama ketika disoal sebaliknya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

Cadangan Tindakan Susulan: Sebagai seorang guru, saya berasa sangat besalah sekiranya apa yang disampaikan oleh saya kurang difahami oleh mereka. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mewujudkan sistem baucer ganjaran yang mana murid yang berjaya menjawab
1 Jurnal/AQEELAH COPYRIGHT | PRAKTIKUM FASA 1

soalan atau mahu tampil untuk membaca di hadapan akan diberikan baucer. Pada mula sesi P dan P pada minggu ini mereka kurang melibatkan diri. Setelah melihat rakan mereka mula mendapat baucer ganjaran, mereka mula bersemangat dalam sistem P dan P. Guru juga tidak seharusnya melupakan pelajar yang terlalu pasif. Guru memanggil pelajar yang terlalu pasif untuk menjawab soalan atau membaca di hadapan dengan bantuan guru. Dengan cara ini, pelajar pasif juga diberi peluang untuk mendapat baucer ganjaran.

Tempoh Masa Tindakan Susulan: Saya akan membuat pemerhatian bagi maklum balas yang selanjutnya sepanjang saya menjalani praktikum fasa 1 di sekolah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing; Tandatangan: Nama: Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia; Tandatangan: Nama: Tarikh:

Jurnal/AQEELAH COPYRIGHT | PRAKTIKUM FASA 1

Bilangan Jurnal: Ketiga Minggu Praktikum: 3 Tarikh Peristiwa/ Kejadian: 15 April 19 April 2013 Tajuk jurnal: Kawalan Kelas Murid

Masalah/ Peristiwa: Ini merupakan minggu ketiga saya berada di Sk Matang Jaya. Saya mengalami masalah untuk mengawal kelas 4 Amanah. Saya mendapati bahawa para pelajar kelas 4 Dinamik kurang membuat bising berbanding para pelajar kelas 4 Amanah. Kelas 4 Amanah lebih bising berbanding kelas 4 Dinamik. Apa yang saya khuatiri ialah mereka kurang faham apa yang saya ajar sekiranya mereka berborak sesama sendiri di dalam kelas.

Analisis Tindakan Susulan: Para pelajar mudah hilang tumpuan pada waktu kelas tengahari dan cenderung untuk berborak sesama sendiri. Hanya beberapa orang sahaja yang masih bertahan untuk terus menumpukan perhatian tanpa membuat bising. Apabila kebanyakan

daripada mereka berborak sesama sendiri maka kelas menjadi bising dan menyebabkan kesukaran kepada guru untuk mengawal kelas dan meneruskan sesi P dan P. Apabila mereka kurang mendengar, maka mereka kurang faham dan guru mengulang perkara yang sama berkali-kali dan membuang masa P dan P. Saya juga telah menasihati mereka berkali-kali semasa berada dalam kelas supaya senyap dan menumpukan perhatian. Tetapi, cara ini hanya berkesan untuk jangka masa yang pendek sahaja. Cadangan Tindakan Susulan:

Jurnal/AQEELAH COPYRIGHT | PRAKTIKUM FASA 1

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menempatkan mereka ke dalam kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu melantik ketua. Ketua

bertanggungjawab untuk menjaga ahli-ahli kumpulan masing-masing. Sekiranya ada antara ahli kumpulan yang membuat bising maka markah kumpulan mereka akan dipotong. Kumpulan yang masih mengekalkan markah kumpulan yang tinggi akan diberikan hadian pada sesi akhir praktikum fasa 1. Saya menggunakan sistem tangki minyak iaitu setiap kumpulan menggunakan nama kereta dan minyak kereta yang masih banyak akan menang.

Tempoh Masa Tindakan Susulan: Sepanjang masa saya berada di Sk Matang Jaya semasa menjalani praktikum fasa 1.

Disemak oleh Guru Pembimbing; Tandatangan: Nama: Tarikh :


4 Jurnal/AQEELAH COPYRIGHT | PRAKTIKUM FASA 1

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia; Tandatangan: Nama: Tarikh:

Jurnal/AQEELAH COPYRIGHT | PRAKTIKUM FASA 1

Anda mungkin juga menyukai