Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN.

SABAH KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010 TAJUK KURSUS : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK TARIKH MULA : NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 07 TARIKH HANTAR :

1. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling sekolah rendah. 2. Mempraktikkan kemahiran guru pembimbing di sekolah rendah. 3. Mengaplikasikan teori dan kemahiran kaunseling dalam proses individu dan kelompok. 4. Menggunakan pelbagai terapi dalam proses kaunseling kanak-kanak. 5. Berempati terhadap kanak-kanak yang memerlukan bimbingan.

II. Objektif Kerja Kursus Pendek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam proses kaunseling individu dan kelompok. 2. Menunjukkan empati terhadap kanak-kanak yang memerlukan pertolongan. 3. Menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. III. Tugasan (100 markah) Sebagai seorang guru biasa yang membantu guru kaunseling di sekolah, seharusnya tahu menggunakan kemahiran asas kaunseling untuk menolong murid-murid menangani masalah.

Tugasan 1 Dalam kumpulan dua orang dapatkan huraian dengan terperinci kemahiran asas kaunseling berikut, serta berikan contoh perbualan atau pernyataan antara guru bimbingan dan kaunseling dengan klien bagi menerangkan kefahaman anda. 1. Kemahiran melayan dan mendengar 2. Kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan 3. Kemahiran memberi tindakbalas 4. Kemahiran mengenalpasti masalah 5. Kemahiran melaksana intervensi Tugasan 2 Kenalpasti satu masalah pembelajaran atau disiplin yang berlaku di sekolah anda dan rancang satu program intervensi bagi mengatasi masalah tersebut. Anda dikehendaki menggunakan mana-mana kaedah intervensi yang sesuai mengikut keperluan murid. IV. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
A. Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Fon Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format APA v. Lampiran 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja kursus. 5. Panjang tugasan adalah antara 12 hingga 15 muka surat. 6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%. B. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: i. Huraian kemahiran-kemahiran dalam kaunseling. ii. Contoh perbualan atau pernytaan yang dapat menggambarkan kemahiran di atas dengan jelas.

iii. Rancangan program intervensi yang sistematik terhadap masalah murid yang dikenalpasti iv. Refleksi / Rumusan / cadangan. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan berkesinambungan. 6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

______________________ ( KUNDAYIS LABEH ) Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

_______________________ ( DOTI ASING ) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian dan Ilmu Pendidikan Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai