Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI MINGGU 10 (31 MAC 2013 HINGGA 5 APRIL 2013)

MASALAH Minggu ini merupakan minggu pertama selepas cuti persekolahan penggal pertama. Sekembalinya saya ke sekolah, saya mendapati bahawa kelas Pendidikan Khas sedang mengalami proses penambahbaikan oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan keadaan kelas menjadi agak serabut dan menyebabkab sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa diubahsuai mengikut keadaan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Sekiranya ruang bilik darjah dalam keadaan tidak terurus, hal ini akan menyukarkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan selesa serta objektif pembelajaran mungkin tidak akan tercapai pada hari tersebut. Saya juga ada berbual dengan guru-guru yang lain mengenai keadaan kelas yang kurang kondusif ini dan katanya masalah ini mungkin akan mengambil masa selama dua minggu untuk keadaan kelas kembali seperti biasa.

CADANGAN Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi pada minggu ini, beberapa cadangan berikut diharap dapat membantu saya pada minggu hadapan : Menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran di luar kelas seperti di perpustakaan, bilik-bilik khas mahupun di dewan terbuka. Menurut salah seorang guru di sini, di dewan terbuka telah tersedia meja dan kerusi untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid. Menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang ringkas dan dapat dilakukan oleh murid meskipun mengalami kekangan ruang bilik darjah. Oleh itu, saya berharap agar masalah ini akan berakhir dengan cepat agar sesi pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih efektif dan difahami oleh muridmurid saya.

Anda mungkin juga menyukai