Anda di halaman 1dari 2

200 gm udang 250ml air 4 ulas bawang putih di ketuk 6 sudu sos tiram 3 sudu kicap pekat 3 sudu

sudu kicap manis 2 pati ikan bilis / pati udang 2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu) 1 sudu gula * UTK MEE * 300 gm kuey teow 1 sudu cili boh kerang sedikit kucai & taugeh 2 biji telur UTK PASTE- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah. Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.

Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.