Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Asal usul Kerajaan Brunei Ekonomi Kerajaan Brunei Adat Berdagang Cara Berurus Niaga Sumber Ekonomi Brunei Ekonomi Masyarakat Brunei Rumusan Bibliografi 4 5 6 8

1 1 3

10

0|Page

PENGENALAN Kerajaan Brunei merupakan salah sebuah kerajaan tertua yang wujud di Asia Tenggara ini dan kewujudannya begitu lama berbanding kerajaan awal lain seperti Sukhotai, Srivijaya, Majapahit, Melaka dan lain-lain lagi. Walaupun begitu kerajaan ini kurang menonjol dan lebih kepada bernaung di bawah kerajaan yang kuat dan besar di Asia Tenggara ini seperti China, Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Walaupun sumber ekonomi kerajaan Brunei ini sama seperti kerajaan lain iaitu bergantung pada ekonomi perdagangan. Namun kerajaan ini mempunyai keunikan dari segi ekonomi tradisi yang diamalkan sejak dahulu lagi. Mereka mempunyai adat tersendiri semasa kehadiran para pedagang ke pelabuhan, penentuan harga barang dagangan, dan pantang larang kepada kapal-kapal para pedagang sebelum keluar untuk berdagang ke negeri lain. Selain dari itu ekonomi kerajaan Brunei juga berbeza dari segi sistem percukaiannya dan sistem yang digunakan untuk menjual hasil daripada penduduk tempatan. Di sini juga dapat dilihat bagaimana peranan Sultan dan para pembesar dalam mentadbir dan menguruskan kerajaan mereka supaya lebih maju dan dapat meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri lain terutamanya selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada abad ke-15 di tangan Portugis.

ASAL-USUL KERAJAAN BRUNEI Sejarah kesultanan Brunei telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya yang bersaing dengan negara-negara tua di rantau ini. Dibuktikan dengan sejarah zaman tamadun manusia yang terawal yang ditemui di kawasan yang bernama Kota Batu.1 Selain dibuktikan dari sumber di dalam sejarah China zaman pemerintahan Dinasti Liang (T.M 502-566), Dinasti Sui (T.M 589-618) dan Dinasti Tang (T.M 618-906),2 di mana kerajaan Brunei ini dikenali sebagai Po-li, Po-lo atau

Sabihah Osman. 2001. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 1. 2 Awang Mohd. Jamil. 2001. Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Pencetak Asia Negara Brunei Darussalam. Brunei. Hlm. 1.

1|Page

Po-ni dan kemudiannya Bun-lai.3 Di dalam sejarah china ada menyatakan bahawa Po-li pernah menghantar utusan ke China4 dengan membawa barang-barang persembahan hasil negeri mereka. Dalam catatan Arab, Brunei dikenali dengan nama Dzabaj atau Randj, malah pedagang-pedagang Arab menamakan Laut China Selatan yang dilalui oleh mereka sebagai Laut Brunei.5 Kedudukan geografi yang baik, pelabuhan yang terlindung menjadikannya terkenal sebagai tempat persinggahan berulang-alik para pedagang yang berlayar antaranya daripada Arab, India, China, dan negeri-negeri di persekitarannya. Tambahan pula pada zaman kegemilangan kemaharajaan Buddha Sriwijaya pada abad ke-8, Borneo Barat merupakan tempat persinggahan yang paling disukai ahli pelayaran dan pedagang dari India dan China. Ini dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan lama seperti tembikar, mata wang lama dari China dan Brunei.6 Brunei juga pernah menjadi naungan kerajaan Majapahit dan selepas itu Melaka, di dalam syair Nagarakertagama yang ditulis oleh Prapanca itu ada menyebut nama Brunei sebagai Buruneng.7 Dalam catatan tersebut, Buruneng disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang perlu membayar ufti kepada Empayar Majapahit. Dengan kejatuhan Empayar Majapahit pada akhir abad ke-15 dan kemangkatan Maharaja Yung-lo, dari negeri China pada tahun 1424, maka Brunei mengalih pula pandangannya ke arah satu kuasa besar yang baru muncul ketika itu iaitu kerajaan Melaka. Hubungan yang dibuat ini sama lah seperti hubungan yang dibuat oleh Brunei kepada China, Srivijaya, dan Majapahit iaitu untuk mengadakan hubungan diplomatik bagi menjamin kedudukan politik kerajaannya. Pada ketika ini Brunei terpaksa menjalankan dasar antara kuasa besar dengan sebuah kuasa besar yang lain dengan membayar ufti bagi menjaga kedudukan kerajaannya. Dasar ini telah berjaya mengekalkan kedudukan Brunei sebagai suatu unit politik yang akhirnya pada awal abad ke-16 iaitu setelah jatuhnya empayar Melaka, Brunei telah muncul sebagai sebuah kesultanan yang agung.8

3 4

Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Offset Printing House. Bandar Brunei. Hlm. 1. Awang Mohd. Jamil. 2001. Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Hlm. 1. 5 Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Hlm. 1. 6 James P. Ongkili. 1973. Pre-Western Brunei, Sarawak and Sabah, Nusantara. Bil. 3, Januari, Hlm. 49-68. 7 Yura Halim. 1958. Sejarah Brunei. Bandar Brunei. Brunei Press. Hlm. 3. 8 Sabihah Osman. 2001. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Hlm. 2.

2|Page

Kemunculan Brunei sebagai sebuah kerajaan yang merdeka dan berdaulat dapatlah dianggarkan selepas jatuhnya kerajaan Majapahit pada abad ke-14 dan pengislaman raja Brunei, Awang Alak Betatar.9 Awang Alak Betatar memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri Tumasik atau Singapura Tua dan dikurniakan oleh Sultan Johor dengan nama Sultan Muhammad Syah yang menjadi Sultan Brunei pertama beragama Islam pada sekitar tahun 1363 hingga 1402.10 Selain faktor kejatuhan Majapahit dan pengislaman sultan Brunei, kemunculan Brunei sebagai negara yang merdeka dapat juga dikaitkan dengan pengunduran China daripada melibatkan diri dalam dasar luarnya iaitu selepas kemangkatan Maharaja Yung-lo selepas tahun 1424.11

EKONOMI KERAJAAN BRUNEI Sebagai sebuah negara yang terletak di persisiran pantai barat Borneo, tidak hairanlah kalau kerajaan Brunei menjadi sebuah kerajaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan. Tambahan lagi Brunei sudah pun mempunyai hubungan politik yang begitu erat dengan negeri China. Sejak orang cina mengetahui perjalanan ke Puni (Brunei Tua) melalui laut, perniagaan di antara kedua-dua buah kerajaan itu terus berkembang, mereka berniaga ke Puni menggunakan jong-jong atau wangkang membawa barang-barang tembikar, emas, perak, sutera yang berwarna-warni, sutera tebal, kain kasa, kain yang berwarna lima, kain asap, kain-kain dan barang-barang lain. Barang-barang tersebut akan ditukar dengan barang-barang tempatan seperti kapur barus, tanduk rusa, timah putih, timah hitam, perhiasan gantung yang berjala, gelang lengan dibuat dari gading, kulit kura-kura, sarang burung, gincu, mangkuk dan piring kayu yang berwarna, tembikar hijau dan sebagainya.12 Dalam T.M 977 seorang ahli perniagaan Cina bernama Pu Lu-hsieh pernah singgah berniaga ke Puni. Kemudian Pu Lu-hsieh inilah yang telah menghantar utusan Raja Puni yang diketui oleh Pu Ya-li, Shih Nu (Sheikh Nor) dan Kadi Qasim menghadap Maharaja China dengan membawa sepucuk surat dan barang-barang persembahan yang terdiri daripada 100 kulit
9

Yura Halim. 2002. Ririsej Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Bandar Seri Begawan. Hlm. 1. Ibid. 11 Sabihah Osman. 2001. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Hlm. 2 12 Awang Mohd. Jamil. 2001. Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Hlm. 22.
10

3|Page

kura-kura, kapur barus, lima keping gaharu, tiga dulang cendana, kayu raksamala dan enam batang gading gajah. Surat Raja Puni pula berwarna hijau muda, panjangnya beberapa kaki, yang digulung sebesar sarung pedang dan dimasukkan ke dalam bumbung yang berukiran indah. Tulisan surat itu halus dan melintang.13 Di dalam surat ini terdapat permintaan Raja Puni kepada Maharaja Cina iaitu berharap kerajaan Champa memastikan kapal-kapal dari Puni ini terjamin dan selamat apabila singgah ke sana. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara Brunei dan China banyak membantu Brunei untuk mengukuhkan politik dan ekonominya. Selain mempunyai hubungan dengan perdagangan dengan China, Brunei juga pada masa itu mempunyai hubungan perdagangan dengan negara tetangganya seperti Cochin, Jawa, Singapura, Pahang, Terengganu, Kelantan di sebelah timur Melayu dan negeri-negeri persekitaran Siam.14

Adat Berdagang Adat masyarakat Brunei pada masa tersebut, pada kebiasaannya selepas tiga hari kapal pedagang berlabuh, barulah Raja berangkat ke kapal diiringi oleh pembesar-pembesar baginda. Mereka akan disambut dengan penuh penghormatan, menjamu dengan arak manis dan menghidangkan makanan dengan menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak. Selain daripada persembahan khas kepada raja, ahli-ahli rombongan itu juga akan diberi hadiah yang terdiri daripada kain sutera berwarna-warni termasuk payung mengikut taraf masingmasing. Bukan itu sahaja, saudagar-saudagar itu pada setiap hari akan menyembahkan makanan masakan orang cina kepada raja. Disebabkan inilah setiap kapal-kapal yang singgah di Brunei pada masa ini mestilah membawa tukang masak yang mahir.15 Selain itu, harga-harga barangan yang hendak dijual juga perlu dirunding bersama raja, pembesar-pembesarnya dan saudagar-saudagar. Setelah itu gong akan dibunyikan untuk menarik perhatian masyarakat atau penduduk Brunei datang ke kapal untuk berurus niaga. Hukuman yang berat akan dikenakan kepada mereka yang berurus niaga sebelum harga barang tersebut

13 14

Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Hlm. 5. Ibid. 15 Awang Mohd. Jamil. 2001. Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Hlm. 22-23.

4|Page

ditetapkan. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum bunuh, tetapi saudagar akan diringankan sedikit hukumannya.16 Kebiasaannya apabila perniagaan telah selesai, mereka tidak akan berlayar sehingga bulan Jun kerana memilih perubahan angin monsun dan hari baik yang sesuai mengikut kepercayaan Buddha. Menurut kepercayaan mereka sekiranya petua ini tidak diikut, dalam pelayaran nanti akan menemui ribut kencang. Semasa kapal-kapal dagang hendak bertolak, raja akan menyediakan jamuan untuk saudagar dengan menyembelih kerbau dan menghidangkan arak dalam jamuan itu. Raja juga akan mengurniakan hadiah seperti kain asli buatan Brunei dan hadiah-hadiah lain.

Cara Berurus Niaga Menurut Marco Polo, seorang pengembara bangsa Itali yang telah melawat China dan negerinegeri di kawasan timur ini iaitu sekitar T.M 1291 menyatakan perdagangan antara Brunei dengan China berjalan dengan baik. Urusan perniagaan itu dikatakan dikendalikan oleh Ketua Jurutulis, Penolong Ketua, Pembantu Ketua dan Pegawai yang mengawal sukatan dan timbangan. Berdasarkan laporan Marco Polo jelas menunjukkan bahawa pembesar-pembesar sentiasa ada untuk memastikan perdagangan berjalan dengan lancar. Keterlibatan mereka ini secara tidak langsung memberi kepercayaan kepada pedagang bahawa perniagaan mereka sentiasa terjamin. Ekonomi Brunei semakin kukuh apabila penggunaan wang syiling diperkenalkan yang dikenali sebagai kue atau disebut juga sebagai pitis. Wang ini merupakan wang syiling dari cina yang digunakan pada tahun 723 hingga 1425. Sementara mata wang tempatan yang digunakan ketika itu ialah dalam sebutan sekayu yang bernilai 14 sen. Nilai ini berdasarkan nilai harga kain asap yang diniagakan antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan. Kemakmuran perdagangan Brunei ketika itu meningkat ke taraf antarabangsa apabila Kota Batu telah menjadi pusat perdagangan. Keadaan ini telah menarik minat saudagar-saudagar hampir di keseluruhan Pulau Borneo untuk berniaga ke situ. Selain peniaga dari Pulau Borneo

16

Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Hlm. 6.

5|Page

yang datang berniaga ke Kota Batu, peniaga-peniaga dari semenanjung Tanah Melayu, Siam, Kemboja dan Jawa juga datang berniaga ke sana. Hubungan perdagangan dengan Siam iaitu sezaman dengan Dinasti Ming dapat dibuktikan dengan penemuan kesan-kesan tinggalan arkeologi barang-barang dagangan masyarakat Siam yang dibawa dari Swankhalok bersamasama barang-barang tembikar Cina, seperti batil-batil besar dan pasu binga Yuan yang didapati di kampung Kuilap dan Kampung Kilanas.17

Sumber Ekonomi Brunei i. Perdagangan Sosioekonomi masyarakat Brunei dipengaruhi oleh kegiatan perdagangan iaitu pada abad ke-15 yang lahirnya beberapa orang sultan yang gemar berlayar iaitu berdagang sambil memperluaskan kuasa kerajaan baginda ke luar negeri. Buktinya ialah ekspedisi yang dijalankan oleh Sultan Bolkiah, sultan kelima yang gemar melakukan ekspedisi pelayaran sambil berniaga, sehinggakan wilayah jajahan baginda hingga ke kepulauan Filipina.18 Aktiviti perdagangan yang dikendalikan oleh golongan pembesar ini lbih ketara lagi pada abad ke-16 dan 17, apabila Brunei diperintah oleh Sultan Hassan. Pada abad ini Brunei sudah mempunyai hubungan perdagangan dengan Melaka, Filipina, Jawa, Siam, dan Kemboja. Buktinya mengikut laporan orang Portugis bahawa sudah ada hubungan antara Melaka dengan Brunei. Kenyataan ini adalah berdasarkan daripada laporan Rui d Brito Patalim, ketua gabenor Melaka kepada Raja Manual I (Raja Portugis) bahawa pada 6 Januari 1514, terdapat tiga buah kapal dagang daripada Brunei membawa batu-batu permata dan barang-barang makanan. Peniaga yang mengendalikan urusan perdagangan ini terdiri daripada orang Moor (Arab). Mereka memperkenalkan diri mereka dengan panggilan Lucoes (Brunei). Sementara raja mereka keturunan orang Pagan.19 Mengikut Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires, bukan golongan atasan sahaja yang membuat hubungan perdagangan dengan Melaka, bahawa saudagar-saudagar
17 18

Sabihah Osman. 2001. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Hlm. 38. Ibid 19 Robert Nicholl. 1975. European Sources for the History of The Sultanate of Brunei in the sixteenth century. Brunei. Museum Brunei. Hlm. 4.

6|Page

golongan pertengahan juga berulang alik berniaga dengan Melaka. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti daging, ikan, beras, dan sagu di samping membawa emas yang bermutu rendah, kapur barus, lilin dan madu lebah.20 ii. Percukaian Untuk mengemaskinikan sistem perdagangan pada masa itu supaya lebih teratur, para pembesar negara telah memperkenalkan beberapa sistem cukai tradisi kepada golongan tertentu bagi kepentingan mereka, sebab golongan inilah yang menguasai kebanyakan ekonomi negara itu. Contohnya cukai dagang, merupakan cukai yang diperkenalkan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di negeri ini. Cukai serah dan cukai basuh betis (kaki) merupakan cukai yang dikenakan ke atas kaum bumiputera oleh golongan ketua daerah yang telah melawat ke daerah yang mereka kuasai. Sementara cukai bungkar sauh pula merupakan cukai yang dikenakan kepada nakhoda kapal (saudagar) apabila kapalkapal mereka mula meninggalkan pelabuhan. Akhir sekali cukai tolong, merupakan cukai yang dikenakan oleh golongan bangsawan ke atas anak buah mereka apabila keluarga mereka mengadakan sesuatu majlis kenduri kendera.21 Hasil kegiatan pungutan cukai ini jelas merupakan sumber atau hasil punca pendapatan golongan pembesar. Mengikut D.E Brown golongan ketua inilah yang mengawal dan memonopoli terus sebarang perdagangan yang dijalankan oleh saudagar-saudagar, di samping mereka menjalankan jentera pentadbiran tradisi.22 Untuk melicinkan pengutipan cukai oleh golongan bangsawan ini, beberapa orang wakil pemungut cukai akan dilantik. Mengikut D.E Brown pegawai yang ditugaskan untuk mengutip cukai ini kebiasaannya ialah orang Islam. walaupun ia tidak semestinya orang Melayu. Contohnya pemungut cukai di Sarawak ialah orang Islam Sarawak, di Borneo utara ialah orang Islam Filipina dan cukai yang dikutip daripada masyarakat Melayu di persisiran pantai dikutip oleh orang Melayu sendiri.23 Dalam perdagangan tradisi, barang-barang buatan tempatan biasanya tidak dikenakan cukai, kecuali barang-barang yang datang daripada luar negeri. Contohnya

20 21

Ibid. Hlm. 5. Ibid. Hlm. 5. 22 Sabihah Osman. 2001. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Hlm. 40. 23 Ibid. Hlm. 42.

7|Page

barang-barang yang dibuat daripada kawasan pantai barat Borneo tidak dikenakan cukai sebab kawasan itu diiktiraf sebagai perdagangan dalam negeri.

Ekonomi Masyarakat Brunei Bagi pemodal atau pengusaha tempatan, mereka merupakan golongan yang banyak menghasilkan barang-barang tradisi terutamanya bagi barang-barang yang diperbuat daripada hasil pertukangan tangan, sebagai sumber pencarian mereka, sekali gus sebagai barang-barang dagangan, selain hasil pertanian dan hutan. Antara perusahaan yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisi ini ialah perusahaan kraf tangan, tenunan dan anyaman, perusahaan gula dan sebagainya. i. Perusahaan Kraf tangan Kegiatan perusahaan kraf tangan, ukir mengukir terutamanya barang-barang yang diperbuat daripada tembaga, emas dan perak telah mula sejak pemerintahan Sultan Bolkiah. Mengikut laporan Antonio Pigafetta, seorang penulis dan ahli pelayaran bangsa Itali yang telah melawat Brunei pada tahun 1521, telah sempat melaporkan bahawa alatalat bunyi-bunyian yang digunakan ketika itu terdiri daripada alat-alat yang diperbuat daripada tembaga. Perusahaan ini telah menjadi perusahaan penting pada abad ke-19.24

ii.

Perusahaan Membuat Kapal-kapal Selain dengan perusahaan tembaga, perusahaan membuat kapal-kapal layar dan kapal dagang yang digunakan untuk berniaga juga telah wujud pada ketika itu. Kapal-kapal ini diukir dengan ukiran-ukiran yang menarik hasil daripada kemahiran masyarakat Brunei itu sendiri.25

iii.

Perusahaan Tenunan Perusahaan tenunan ini kebiasaannya diusahakan di rumah-rumah persendirian. Bertenun kain secara tradisi ini memerlukan kesabaran dan ketekunan. Biasanya kain-kain yang dihasilkan mempunyai mutu yang tinggi kerana kain yang ditenun disulam dengan

24 25

Ibid. Hlm. 43. Ibid. Hlm 44.

8|Page

benang emas selain benang biasa. Kain tenun ini menjadi salah satu daripada barang dagangan yang dibawa keluar negeri26.

iv.

Perusahaan Gula Perusahaan membuat gula apung atau gula anau merupakan perusahaan gula tradisi. Gula ini diperoleh daripada pokok nipah yang tumbuh di tepi-tepi sungai Brunei. Untuk memperoleh gula ini, ia perlu memasak buah apung sehingga menghasilkan gula. Gula apung merupakan salah satu bahan-bahan yang dicampurkan untuk membuat makanan atau kuih-kuih tradisi.

Hasil-hasil perusahaan ini dijadikan bahan-bahan dagangan iaitu disalurkan melalui beberapa cara perdagangan yang diamalkan di Brunei. Salah satu daripadanya ialah Mengalu. 27 Perniagaan Mengalu ini beroperasi dengan cara memborong iaitu dengan membeli beberapa barang-barang dagangan daripada pembekal, kemudian barang-barang ini akan ditukar atau dijual dengan membeli barang-barang hasil tanaman orang-orang kampung di pedalaman yang tinggal di sepanjang sungai Brunei.28 Selain Mengalu, Padian juga merupakan satu lagi corak perniagaan tradisi yang hampir serupa dengan Mengalu. Perbezaannya Padian hanya dijalankan di sekitar Kampung Ayer. Kedua kebanyakan aktiviti perniagaan ini dijalankan kaum perempuan yang separuh umur. Mereka memakai topi besar dengan mendayung sebuah perahu kecil. Mereka akan berdayung dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain untuk menjual hasil dagangan mereka, terutamanya semasa air pasang. Kebiasaannya sebelum mereka berniaga, mereka akan berkumpul dan membuat kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapatkan barang-barang dagangan daripada peraih atau pengalu-pengalu yang pulang dari Mengalu. Antara hasil barangan yang biasa mereka jual ialah sayur-sayuran, buah-buahan, ubi kayu, sagu, ikan dan lain-lain.29

26 27

Ibid. Hlm 44. Ibid. Hlm 44. 28 Ibid. Hlm 45. 29 Ibid. Hlm. 45.

9|Page

RUMUSAN

Kegiatan ekonomi tradisi di Brunei sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Apabila perdagangan mula berkembang dan Brunei semakin terkenal dan membesar, ekonomi Brunei mula tertumpu pada perdagangan. Perdagangan ini bukan sahaja dijalankan oleh para pedagang malah oleh para pembesar-pembesar termasuklah Sultan Brunei sendiri. Walaupun kegiatan perdagangan dikuasai oleh golongan bangsawan, kegiatan mereka ini terhad kepada kawasan yang mereka kuasai sahaja. Mereka tidak bebas seperti para pedagang yang lain kerana mereka terkongkong dengan tugas mereka sebagai pemerintah dan pentadbir. Aktiviti perdagangan hanya merupakan sumber pendapatan sampingan mereka sahaja. Walau bagaimanapun campur tangan mereka dalam aktiviti perdagangan ini tidak dapat dinafikan sama sekali. Perkembangan perdagangan ini juga mendatangkan hasil lain kepada Brunei iaitu melalui sistem cukai yang dikenakan kepada para pedagang. Cukai-cukai ini juga merupakan hasil kepada pemerintah, sama ada pemerintah peringkat tinggi sehinggalah ketua kampung yang berkuasa di kawasan pungutan hasil cukai. Walaupun begitu Sultan dan Syahbandar merupakan golongan yang mempunyai kuasa mutlak secara langsung kepada kegiatan perdagangan.30 Keadaan ini wujud disebabkan mereka adalah sebagai pengawal atau pegawai tertinggi dalam mengawal apa juga aktiviti perdagangan. Hasil ekonomi masyarakat tempatan juga bergantung pada perdagangan iaitu dengan membekalkan hasil-hasil hutan, kraf tangan, kain tenun, kapur barus dan banyak lagi untuk didagangkan ke luar negeri. Walaupun begitu, wujud juga peniaga-peniaga kecil-kecilan yang menjual barangan mereka untuk keperluan dalam negeri yang dikenali sebagai Padian. Jelaslah bahawa ekonomi kerajaan Brunei walaupun kurang menyerlah seperti kerajaan-kerajaan awal lain di Asia tenggara ini, namun kerajaan ini mempunyai kelebihan, sumbangan dan keunikannya yang tersendiri terutamanya ekonomi tradisionalnya.

30

Ibid. Hlm. 41.

10 | P a g e

BIBLIOGRAFI

Awang Mohd. Jamil. 2001. Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Pencetak Asia Negara Brunei Darussalam. Brunei. James P. Ongkili. 1973. Pre-Western Brunei, Sarawak and Sabah, Nusantara. Mohd Jamil Al- Sufri. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Offset Printing House. Bandar Brunei. Robert Nicholl. 1975. European Sources for the History of The Sultanate of Brunei in the sixteenth century. Brunei. Museum Brunei. Sabihah Osman. 2001. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Yura Halim. 1958. Sejarah Brunei. Bandar Brunei. Brunei Press.

11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai