Anda di halaman 1dari 5

KONSEP PERGERAKAN ASAS

Asas Pergerakan Ia merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas. Konsep pergerakanmerupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik. Ini termasuk:

Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan? Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak? Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak? Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

Objektif Kesedaran Tubuh Badan Mengenalpasti nama dan lokasi anggota badan Posisi dan bentuk badan Kesedaran pergerakan tubuh badan Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan Kesedaran keteganagan otot dan relaksasi

Obejktif Kesedaran Ruang Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain Bergerak dengan selamat dalam ruang am Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah Memahami pelbagai aras pergerakan

Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

Objektif Perhubungan Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan Bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain dan/atau dalam kumpulan Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

Objektif Kualiti Pergerakan Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan pergerakan Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan. Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

Pergerakan: Asas Pendidikan Jasmani dan Sukan Mengapakah pergerakan dianggap tunggak pendidikan jasmani? Apakah contoh-contoh bagi empat konsep pergerakan? Apakah cadangan untuk membantu individu mempelajari konsep pergerakan dan kemahiran motor asas?

Kemahiran motor asas merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor yang lebih kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan, sukan, tarian dan kecergasan. Sebaiknya, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas dipelajari semasa peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah Kemahiran-kemahiran ini akan diamalkan sepanjang hayat jika penguasaan dicapai pada usia muda lagi.

Faktor Umum Yang Mempengaruhi Pergerakan Faktor Fisiologikal

Dayatahan kardiovaskular, kekuatan dan dayatahan otot, serta fleksibiliti

Faktor Psikologikal

Ketakutan, kerisauan, keyakinan diri

Faktor Sosiologikal

Keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan (contohnya, ahli keluarga sebagai role model yang aktif secara fizikal)

Peranan gender Ekonomi

TUJUAN PERGERAKAN ASAS Tujuan Kecergasan Pergerakan asas untuk tujuan kecergasan adalah seperti berikut: Fleksibiliti/kelembutan Kekuatan otot Daya tahan otot Daya tahan kardiovaskular Komposisi tubuh badan Sasaran dan pengukuran denyutan nadi Senaman aerobik dan anaerobic Prinsip latihan (kekerapan, intensiti, masa) / (Frequency, intensity, time) Tujuan Sosialisasi/Kerjasama Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti: Prosidur dan peraturan dalam kelas. Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti. Kesedaran dan kawalan badan. Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan. Kemahiran mendengar. Permainan koperatif. Menghormati orang lain dan peraturan. Semangat kesukanan. Penyelesaian masalah Team Building

Strategi kumpulan. Disiplin diri. Membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai