Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pada 14 Mac 2013 yang lepas, guru pelatih PISMP Pendidikan Jasmani dan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011 telah mengadakan satu pertandingan permainan tradisional yang telah diadakan di Astaka IPG Kampus Rajang. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang iaitu Encik Wan Mohd Madehi Bin Wan Ali. Simbolik perasmian pada hari tersebut adalah Encik Wan Mohd Madehi bermain tuju para. Matlamat pertandingan permainan tradisional ini adalah untuk menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 untuk menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional dan warga IPG Kampus Rajang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang sihat. Rasional pelaksanaan pertandingan permainan tradisional ini adalah kerana ianya adalah aktiviti wajib yang terkandung dalam Proforma Pelajaran Pendidikan Jasmani untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2011. Penganjuran pertandingan ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan pertandingan ini. Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental. Selain itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya.

Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5 berusaha menyediakan satu pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan. Objektif pelaksanaan pertandingan ini pula adalah untuk memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2011. Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam menguruskan karnival sukan dan pertandingan permainan agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak. Selain itu, adalah juga untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya. Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan. Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain termasuk memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika mengendalikan kejohanan olahraga seperti ini. Akhir sekali adalah membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam institut atau pihak luar. Melahirkan insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai