Anda di halaman 1dari 15

BANDING BEZA KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR PERINGKAT-PERINGKAT DALAM KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR) I.

Peringkat penerimaan mendengar dan memahami - latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi, frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa. Murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung daripada guru atau rakaman. II. Peringkat penghasilan semula bertindak balas Murid dilatih bertutur dengan menumpukan aspek-aspek: a. Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s], dsb. b. Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong seperti amboi, pantai, pulau, saat, baik, air, dsb. c. Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta kepastian, permintaan, dsb. d. Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, struktur ayat, dsb. e. Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan, pendengar, dsb. f. Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai.

KEMAHIRAN MENDENGAR OBJEKTIF KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM KBSR

KEMAHIRAN BERTUTUR OBJEKTIF KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM KBSR

KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi Program Bahasa Melayu KBSR beri membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan penekanan kepada kemahiran asas buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan membaca dan menulis. seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan Setiapnya diajar secara gabung jalin. guru, dengan ibu bapa serta aktiviti Penggunaan satu-satu kemahiran ini akan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid dapat: mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain. I. Menyebut dengan jelas Dalam mempelajari bahasa, wujud II. Menyampaikan pendapat perbualan yang memerlukan kesepaduan III. Melaporkan peristiwa, menghurai dengan antara kemahiran mendengar dengan tepat kemahiran bertutur. IV. Memberikan penerangan / alasan Kemahiran mendengar boleh membantu V. Menunjukkan arah murid menguasai kemahiran menulis. VI. Membina soalan untuk mendapatkan Kemahiran mendengar yang kurang baik maklumat menyebabkan seseorang murid itu tidak VII. Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa VIII. Bertukar-tukar fikiran / maklumat yang didengarnya. IX. Menggunakan bahasa yang tepat dan Oleh itu, ia mungkin menulis menurut apa sesuai dengan pendengar yang didengarnya, yang berbeza daripada X. Bertutur dengan menggunakan bahasa yang ujaran sebenar. bertatasusila. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Pengukuhan kemahiran mendengar juga

membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik. Satu proses yang melibatkan dua kemahiran: 1. menerima dan membezakan bunyibunyi bahasa yang hampir sama, cth: b p (badang padang) d t (datang tatang) l r (lali lari) k g (kalah galah) 2. Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Murid perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman berikut: I. Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan bagaimana bahasa digunakan. II. Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar. III. Pengetahuan tentang sistem bahasa. DUA PROSES UTAMA MENDENGAR: a. Membuat jangkaan: Apabila dengar sesuatu, buat jangkaan apa akan dengar seterusnya. Contoh: berita kebakaran - buat jangkaan tentang kemungkinan peristiwa yang akan berlaku berkaitan dengan kebakaran. Jangkaan seperti ini dibuat, dapat dengar dengan lebih berkesan. b. Menentukan tujuan: Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk hiburan, pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak Memerlukan dua proses: a. Proses mental pengetahuan bahasa b. Proses fizikal - guna organ ujaran untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Dua unsur bantu jadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu: I. Unsur-unsur prosodi intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda. II. Unsur-unsur paralinguistik penggunaan isyarat dan pergerakan anggota badan, mimik muda, dsb.

berguna.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR


a. Fizikal murid normal dapat dengar dengan sempurna, tapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengaran dan ada pula yang sebaliknya walaupun tidak tergolong dalam cacat pendengaran. b. Jantina terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanakkanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanakkanak perempuan yang sebaya dengannya. c. Status sosioekonomi latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. d. Gangguan bunyi bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar. e. Mental kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR


Faktor kecerdasan: Kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa. Faktor kesihatan: Jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Faktor fizikal: pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanakkanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Faktor alam sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Faktor jantina: melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak- kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. 2011/http://www.scribd.com/doc/24984776/KEMAHIRANBERTUTUR

MASALAH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR a. Kekeliruan dalam membezakan bunyi b. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar c. Tidak cekap dalam memproses maklumat d. Kelajuan dalam pertuturan e. Gaya pertuturan tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek.

MASALAH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN BERTUTUR a. faktor fisiologi b. faktor fizikal c. faktor persekitaran

PEMILIHAN BAHAN DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR a. Alat elektronik radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan sebagainya. Bahan rangsangan bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar, contohnya: Bahan bentuk prosa: Cerita, kuiz Pesanan, temu ramah Peraturan, syarahan Iklan, laporan Pengumuman, perbahasan Perbualan/dialog, taklimat Berita, wawancara Ucapan, mesyuarat Perbincangan, kempen Surat, drama Bahan bentuk puisi: Pantun, syair Sajak, nyanyian Bahasa berirama

PENGGUNAAN ALAT / BAHAN DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan. Alat / bahan bantuan mengajar dalam kemahiran bertutur termasuklah: a. Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya: Guru menaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pengucapan. ii. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan. iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

b. Objek sebenar: objek yang biasa digunakan seharihari boleh dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid: Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan pita rakaman. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman atau tayangan filem/video.

Bahan bentuk grafik Pelan, rajah Jadual, peta Borang, graf Gambar foto, carta Gambar rajah Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid

Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahanbahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur. c. Gambar: elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon, berpuisi, berdialog, dsb. d. Grafik: pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk bertutur seperti: I. Carta pai palang; lingkaran; carta organisasi, dsb II. Jadual jadual waktu; perjalanan; jadual tugas; dsb. III. Pelan / peta arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat, dsb/ e. Kad: I. kad perkataan II. kad arahan / kad peranan. f. Bahan nyanyian, puisi dan permainan: I. Mencipta senikata lagu berdasarkan irama popular II. Meneka siapa saya III. Kotak beracun IV. Teka-teki, dsb. g. Alat / bahan yang dibeli: I. Makmal bahasa untuk latihan sebutan, intonasi, tekanan, nada, jeda, dsb. II. Filem, slaid, video, tv, radio, perakam kaset, dsb. Komputer. CONTOH-CONTOH AKTIVITI BERTUTUR DALAM KBSR Mengaitkan aksi dengan pertuturan Menjawab soalan-soalan rakan atau guru Membina soalan berdasarkan bahan Memberi arahan kepada rakan-rakan Menerangkan gambar atau bahan grafik Berbual melalui telefon Bercerita berdasarkan cerita yang telah diketahui atau menceritakan pengalaman sendiri Membuat laporan berdasrkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan Membina sudut pembelajaran seperti kedai, perpustakaan, pejabat pos, bank, dan kemudahan

CONTOH AKTIVITI MENDENGAR AKTIVITI MENDENGAR

Ada 2 peringkat: 1. Mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh: a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi: ladang - padang pantai - pandai lali - lari galah - kalah b. latih tubi pemintal lidah: Pandang pandan depan

padang. Letak tulang atas dulang Berat beras dua belas kilo Dari darah dari nanah yang punah di tanah

c. Memadankan perkataan dengan gambar: Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai. A = buku B = kuku C = duku 2. Mendengar untuk memahami dan bertindak balas. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah: A. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. B. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama. C. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas: I. Melakukan pergerakan mengikut arahan: Duduk Tututp pintu Berdiri tegak, rapatkan kaki. Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan Pusing kiri Pusing kanan

awam yang lain dan berbual mengenainya secara spontan. Permainan komunikatif Mengadakan perbahasan, perbincangan, forum dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan murid mendengar dan kemudian melahirkan pendapat, persetujuan, keraguan atau menambah maklumat. Merakamkan perbahasan atau berita untuk perbincangan lanjut Main peranan Drama. Dll.

II.

Menandakan butiran yang berkaitan. Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman. Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiranbutiran berkenaan.

III.

Menandakan betul atau salah. Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi. Menyusun gambar. Murid diberi gambar

IV.

yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambargambar itu mengikut urutan yang betul. V. Mendengar dan memilih gambar. Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar.

VI.

Melukis bahan berbentuk grafik. Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Menandakan lokasi dan arah perjalanan. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah

VII.

perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar. VIII. Mengisi jadual. Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan. Teka siapa saya. Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki.

IX.

Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama. Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar. Contoh aktiviti:

I.

Menjawab soalan kefahaman. Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalansoalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada Hari Guru. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan. Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.

II.

Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali. Contoh aktiviti: I. Mengkategorikan fakta. Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan

seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan. II. Menilai perwatakan. Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur. III. Mendengar untuk mencantum maklumat. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:

PERANCANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR

Perancangan merangkumi 3 peringkat: I. Peringkat persediaan II. Peringkat pelaksanaan III. Peringkat susulan dan penilaian Peringkat persediaan a. Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta

I. II. III.

Peringkat pramendengar Peringkat semasa mendengar Peringkat selepas mendengar

memberikan contoh. b. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang mungkin perlu. c. Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan. Peringkat pelaksanaan aktiviti a. Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan b. Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian. Peringkat susulan dan penilaian a. Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memberi kerja rumah yang berkaitan untuk aktiviti susulan. b. Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan pembelajaran murid.

a. Peringkat pramendengar Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi. Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti. b. Peringkat semasa mendengar Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan. Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan. c. Aktiviti sesudah mendengar Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka. Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan. Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan. PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa

lazimnya guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek kemahiran mendengar: a. Sebutan, tekanan, jeda, intonasi: Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik. b. Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan: Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh: dedak - ledak bagi - baki keras - kerat, dll c. Kefahaman terhadap teks yang didengar: Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif. Contoh soalan mengikut aras kognitif: I. Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan) II. Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawatpelawat tersebut. (kefahaman) III. Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis)

d. Daya memahami dan memproses maklumat: Segala maklumat yang didengar perlu difahami dan dapat disampaikan dengan betul kepada orang lain. Murid yang cekap dapat menyampaikan maklumat itu tanpa mengubah maksud asal. Contoh: Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Guru menyampaikan suatu berita kepada seorang murid dalam setiap kumpulan. Murid berkenaan diminta menyampaikan berita itu kepada kawan di sebelahnya. Aktiviti ini diteruskan sehingga berita itu sampai kepada murid terakhir dalam kelas tersebut. Murid yang terakhir diminta menerangkan berita yang diterimanya kepada kelas. Melalui aktiviti ini guru boleh menilai sejauh manakah maklumat yang diterima itu disampaikan dengan betul dan tepat. e. Kemahiran menentukan isi-isi penting: kemahiran ini boleh dinilai melalui latihan mengambil pesanan daripada perbualan melalui telefon. Guru boleh memperdengarkan perbualan melalui telefon antara seorang kakak dengan adiknya. Daripada perbualan yang didengar, pelajar diminta untuk mencatatkan beberapa isi penting. Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur. Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.

Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.

Anda mungkin juga menyukai