Anda di halaman 1dari 26

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013

PENDAHULUAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat. Program itu bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


Tujuan penyataan profesional adalah :

Menyatakan halatuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik. Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan

pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat

penambahbaikan / tindakan susulan.

OBJEKTIF

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat : Memahami budaya sekolah Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion keguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS

PENYATAAN SEBELUM PBS kenal pasti fokus utama tugasan tujuan tugasan merancang strategi pelaksanaan instrumen penilaian Fokus utama tugasan

Peranan Panitia BM dan setiausaha peperiksaan.

Pengurusan bilik darjah Tujuan tugasan

Peranan dan tanggungjawab panitia Justifikasi Soalan Ujian (JSU) Soalan-soalan contoh Jenis peperiksaan Sumatif dan Formatif

Karangan contoh

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


SEBELUM PBS

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah menerima taklimat berkaitan dengan pbs daripada Pn. Inurni selaku penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di Dewan Hone IPG Kent. Ini merupakan kali ketiga kami guru pelatih semester 3 menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat memahami bagaimana guru

mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang kemahiran Pendidikan Jasmani serta maklumat yang berkaitan dan pengurusan bilik darjah, disamping dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat PBS selama seminggu

Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi Anatomi dan Fisiologi dan tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama seminggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


SEMASA PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang lelaki yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru

Besar,Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Semasa menjalani PBS,saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki kelas Tahun 5. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Semasa menjalani PBS ini, saya turut memasuki kelas pemulihan bagi mengisi masa terluang, melalui pemerhatian saya di kelas tersebut, masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M walaupun sekolah tersebut merupakan sekolah yang berada di tengah bandar. Akan tetapi, guru yang mengajar pelajar terbabit merupakan seorang guru yang sangat tabah dan cekal dalam mendidik anak bangsa agar mereka dapat bersaing dengan pelajar lain di masa depan. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan yang telah diamanahkan, nasib saya sangat baik, kerana guru-guru di sekolah tersebut memberikan kerjasama yang baik bagi saya menyelesaikan tugasan tersebut.

Saya juga belajar mengenai teknik berkomunikasi yang baik serta betul apabila bercakap dengan orang yang lebih berkuasa dan berpengalaman dari diri sendiri. Saya telah diingatkan oleh Penolong Kanan untuk bercakap secara bersopan dan berhemah apabila melakukan sesi temuramah bersama-sama guruguru mahupun staf-staf sokongan. Teknik bercakap dan bertanya yang baik perlu UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


dalam melakukan sesebuah temubual. Teknik yang baik akan merangsang hasil sesi temubual yang baik. Selain itu, Guru Besar turut memberi nasihat mengenai kerjaya seorang guru sangat mulia disisi agama kerana ilmu yang kita curahkan akan digunakan sampai bila-bila walaupun jasad telah dimamah bumi. Beliau juga turut menekankan agar melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan komited agar hasil yang diperoleh dapat juga digunakan oleh individu lain.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


SELEPAS PBS Selepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


2.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Saya perlu melaksanakan beberapa aktiviti untuk melengkapkan fail Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Antara aktiviti yang perlu saya laksanakan ialah membuat pemerhatian, temubual, soal selidik, perbincangan dan lain-lain lagi.

Saya telah membuat satu jadual waktu supaya saya tidak membazirkan masa sepanjang minggu ini dan melaksanakan laporan PBS saya dengan sempurna.

Tarikh 21 Mac 2011 22 Mac 2011

Aktiviti yang harus dilaksanakan. Berjumpa dengan Guru Besar sekolah Menghadiri perhimpunan mingguan Menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa PBS. Menulis refleksi harian . Berjumpa dengan ketua panitia Sains dan ketua panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Membuat pemerhatian terhadap persekitaran sekolah dan mengambil gambar. Menulis refleksi harian. Menjalankan Bakung. Menemu bual Guru Besar, Encik Khamis Amit Berbincang dan berinteraksi dengan kerani sekolah dan mentor, Puan Zulit. Menyediakan soalan soal selidik untuk guruguru dan murid-murid sekalian. Mendapatkan maklumat sekolah daripada pemerhatian di kelas Tahun 5

kerani dan Penolong Kanan Kurikulum.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


23 Mac 2011 24 Mac 2011 Menulis refleksi harian. Membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah Menemu ramah Penolong Kanan Kurikulum, Encik Jerry Berbincang dengan guru lain, Encik Jerry yang juga merupakan ketua panitia PJK Menulis refleksi harian. Membuat pemerhatian di kelas Matematik Tahun 5. Mengedarkan borang soal selidik di kalangan guru. Berinteraksi dengan beberapa orang murid Melengkapkan folio.

25 Mac 2011

Menulis refleksi harian. Berjumpa dengan pengurus sekolah untuk mendapat tandantangan daripada pihak

pengurus sekolah bagi borang kehadiran PBS serta pengisian laporan perkembangan pelajar. Memeriksa untuk memastikan maklumat

sekolah telah diperolehi

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


2.3 PENILAIAN DAN LAPORAN

Melalui PBS ini, saya mula didedahkan dengan kaedah kontektual serta interaksi, komunikasi serta perhubungan kita dengan semua warga sekolah. Malah saya juga perlu mempunyai daya tahan mental dan fizikal baik dalam menghadapi pelbagai suasana di sekolah pada suatu hari nanti. Kita sebagai seorang bakal pendidik perlulah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Dalam aktiviti pemerolehan dan analisis data, pentadbir, para guru, kakitangan sekolah serta pelajar telah memberikan kerjasama dan input yang sangat membantu bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun pada masa itu semua pelajar telah selesai menghadapi peperiksaan, dengan susunan meja dan kerusi yang masih tidak tersusun seperti keadaan asal, namun semangat mereka untuk menolong saya begitu menakjubkan sekali.

Melalui objektif kajian yang ingin dicapai, saya dapat memahami hampir keseluruhan isi objektif kerana memandangkan ini adalah pengalaman kedua saya serta masa yang singkat iaitu seminggu untuk menjalani PBS ini, objektif tidak dapat dicapai sepenuhnya. Namun, ojektif utama iaitu menyediakan saya dengan suasana sekolah dan melatih interaksi serta pemupukan sikap positif dalam diri dapat dilakukan kerana ia merupakan tugasan penting bagi menyiapkan projek yang ingin dicapai. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak membantu saya dalam mencapai objektif tersebut.

Walaupun mempunyai tugas yang banyak, pihak pentadbir dan para guru tidak jemu untuk membantu saya memperoleh maklumat, layanan mereka terhadap saya sangat baik. Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses memperoleh maklumat. Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini, merupakan individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam dari saya. Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi seorang guru yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


kita sejajar dengan dasar-dasar yang telah dicetuskan oleh pihak kerajaan agar dapat melahirkan tampuk pemerintahan yang begitu unggul di mata dunia.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 PEMERHATIAN

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap pentadbiran sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan guru.

Aspek lain yang telah saya lakukan pemerhatian ialah kesan persekitaran sekolah yang baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial murid-murid tersebut. Selain itu, kesan kemudahan sekolah yang lengkap terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah saya turut membuat pemerhatian terhadap prasarana yang terdapat di sekolah tersebut seperti kantin, makmal komputer, pusat sumber, padang, dewan dan sebagainya. Melalui pemerhatian ini, saya dapat lihat bahawa sekolah ini tidak mempunyai padang yang luas kerana tapak padang telah dibina sebuah dewan sekolah yang baharu. Oleh yang demikian, sekolah ini terpaksa berkongsi padang dengan sekolah sebelah yakni SSI.

Gambar diambil sebagai bukti saya menjalankan pemerhatian di sekolah. Melalui pemerhatian juga , saya dapat memperolehi jawapan untuk beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugasan saya. Antaranya seperti :

Apakah aktiviti yang sedang berlaku di sekolah tersebut? Menyatakan apakah kekuatan yang ada, kelemahan serta cadangan penambahbaikkan yang ada. Perkembangan tahap pembelajaran dan kaitkan dengan tahap

perkembangan murid-murid. Pelaksanaan kurikulum dijalankan berjalan lancar atau tidak?

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


Semasa perhimpunan yang diadakan, adakah murid mempunyai normanorma atau adab yang betul ketika dalam majlis perhimpunan. Apakah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah ? Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas? Adakah mereka aktif atau kurang berminat ? Bagaimana guru menguruskan golongan pelajar yang lemah dengan pandai ? Apakah cara yang digunakan oleh guru untuk membahagikan murid dalam kumpulan? Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat muridmurid tersebut? Bagaimana bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah ? Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid ? Apakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran seorang guru untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam proses p&p?

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


3.2 SENARAI SEMAK

Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan ole pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik.

saya memberi tumpuan pada senarai semak penyediaan portfolio untuk menyemak maklumat yang sudah dicari dengan tajuk yang hendak dicari sepanjang PBS. senarai semak menjadi satu panduan kepada saya untuk memulakan portfolio. bagi senarai semak prasarana, gambar yang diambil adalah mengikut apa yang telah disenaraikan dan juga ada gambar tambahan. Pembahagian tajuk juga dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan. Senarai semak amat berguna kerana ia merupakan skop kajian yang hendak dibuat serta dapat merancang apa yang hendak dibuat dan dapat membahagikan kerja mengikut kriteria. Turut bertindak sebagai lampiran untuk tugas semakan.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


3.3 TEMU BUAL

Temubual

yang

dibuat

amat

penting

bagi

mendapatkan

ilmu

dan

pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa perkara yang berkaitan

dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, saya juga bertanya mengenai teknik pengajaran berkesan yang boleh dilakukan semasa sedang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek tertentu. Tambahan lagi, saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin berkaitan dengan penetapan harga makanan dan juga carta aliran kendiri kantin sekolah. Ini kerana pihak pengurusan kantin akan membuat laporan harian pemeriksaan kendiri kantin. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam laporan ini. Saya turut menemuramah pihak pengurusan kantin mengenai RMT. Malah,saya telah menemu bual beberapa staf sokongan sekolah mengenai kepentingan tugas mereka kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. Namun, terdapat tambahan kepada apa yang telah disenaraikan. Berikut adalah

perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak dijalankan. Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Hal Ehwal Murid Guru Penyelaras Kokurikulum Guru Panitia Kakitangan Sekolah Murid-murid

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


3.4 SOAL SELIDIK

Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru-guru yang terdapat dalam senarai temubual diatas. Malah saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas kerana ia boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan:

Latar belakang orang yang ditemuduga Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid Berkaitan dengan bagaimana sekolah merealisasikan falsafah

pendidikan di sekolah. Maklumat tentang sekolah Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan juga penglibatan murid-murid. Skop-skop tugasan guru Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru. Kesukanan dijalankan ataupun tidak kerana sekolah tersebut tidak mempunyai padang. Penglibatan murid-murid dengan aktiviti di luar bilik darjah

Soal selidik penting kerana terdapat tatacara untuk menemuduga seseorang, oleh itu, penemuduga itu perlulah mengetahui ; Siapa yang ditanya? Kerana apa? Bagaimana untuk melakukan temuduga? Bilakah waktu yang sesuai? Mengapa orang berkenaan yang dipilh Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih. Tempat temuduga yang hendak dijalankan adalah bersesuaian. Antara soalan yang ditanya kepada pelajar: 1. Adakah anda bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke sekolah? UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


2. Adakah anda memberi salam setiap kali bertemu dengan guru? 3. Adakah anda mengucapkan terima kasih setelah membeli makanan? 4. Adakah anda seronok belajar dalam kumpulan? 5. Adakah anda memulakan kelas dengan membaca doa? 6. Apakah lagu kebangsaan Negara kita? 7. Siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang? 8. Bilakah tahun kemerdekaan Negara kita?

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


ILMU/ PENGETAHUAN BARU

5.1 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian saya, SSII merupakan sebuah sekolah yang indah dan bersih. Guru-gurunya sangat menitikberatkan unsur penerapan nilai murni dalam kalaangan pelajar melalui budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru mahupun individu yang melawat sekolah mereka. Mereka juga turut diterapkan dengan unsur kerohanian dengan membaca doa sebelum dan selepas memasuki tandas dan bacaan zikir pada awal pagi menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah. Tambahan lagi, pelajar di sekolah ini bijak dalam menguruskan soal kebersihan, mereka tidak membuang sampah di merata tempat dan meletakkan bekas makanan yang telah kotor ke tempat yang telah disediakan.

Pada pandangan mata kasar saya ini, saya juga dapat lihat guru sangat bijak mengawal pelajar di dalam kelas walaupun mengajar kelas paling tercorot. Selain itu, mereka sangat kreatif dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), ini membuatkan pelajar sangat berminat untuk belajar malah lembaran kerja yang diberikan mengikut tahap kemampuan pelajar agar tidak menjadi bebanan kepada mereka. Disamping itu, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan papan kenyataan di belakang kelas sangat penting kerana pelajar akan mencari maklumat berkaitan topik yang diajar. Malah penggunaan papan kenyataan ini adalah bersifat tetap dan boleh digunakan secara berulang kali. Maklumat yang ditampal dapat ditanggalkan dan diganti dengan maklumat yang terkini agar para pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari.Murid-murid hanya perlu pergi ke kawasan belakang kelas untuk membuat rujukan terus tanpa perlu membuang masa di tempat lain.

Guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan emosi pelajar. Guru di sekolah ini sangat bijak menceriakan kelas lebih-lebih lagi guru kelas tahun satu, kerana pada tahap ini pelajar tahun satu sangat gemarkan sesuatu yang berwarna-warni. Oleh itu, guru telah mengambil inisiatif dengan UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


menampal bahan-bahan ilmiah dengan kertas yang berwarna, mereka jadual waktu, jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya. Malah papan kenyataan dipastikan mempunyai bahan-bahan ilmiah. Selain itu, para guru turut menampal perkataan-perkataan ilmiah di dinding sekitar laluan pelajar, contohnya perkataan dalam Bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, melalui langkah ini, pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka dalam Bahasa Arab. Disamping itu, guru-guru di sekolah ini sangat menepati masa, pelajar tidak sempat untuk bermain atau membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Malah disini saya dapat lihat sahsiah guru di sekolah ini sangat tinggi.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


5.2 SENARAI SEMAK

Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan.Senarai semak ini

menyenaraikan segala perkara atau aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan sepanjang berada di sekolah. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan senarai semak semasa melakukan sesuatu perkara.Senarai semak mengelakkan saya daripada tertinggal atau terlupa mengenai perkara penting yang harus saya laksanakan semasa berada di sekolah. Tertinggal sesuatu perkara akan menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu di hantar selepas PBS

dilaksanakan.Saya juga telah belajar cara-cara untuk membuat senarai semak yang tersendiri untuk tugasan PJM. Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa hadapan kelak tambahan pula bakal guru pada suatu hari nanti. Malah penggunaan senarai semak dan fail boleh diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah yang telah diberikan dapat dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun.

Antara tujuan penyediaan senarai semak: Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan Membuat perancangan yang rapi Memudahkan untuk melakukan rujukan Lebih sistematik Selamat dan tersusun

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


5.3 TEMUBUAL

Semasa

melakukan

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

saya

telah

mempelajari pelbagai teknik pertanyaan yang baik dan berkesan. Saya juga telah mengetahui mengenai kesan sesebuah teknik pertanyaan terhadap hasil yang diperolehi.Teknik pertanyaan yang tidak baik akan membuahkan hasil yang tidak baik manakala teknik yang baik dan berkesan akan memberikan hasil yang memuaskan hati kedua belah pihak. Saya telah diajar oleh guru panitia Bahasa Melayu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi pangkat daripada kita. Semasa menjalani PBS, saya telah menemubual Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Kokurikulum, para guru, staf sokongan dan murid-murid. Penggunaan bahasa semasa menemuramah mereka sangat berlainan.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


5.4 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Dengan mengkaji bilik darjah, saya dapat menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah sebagai seorang guru. Saya juga memahami tentang pengurusan pengajaraan dan pembelajaran serta strategi-strategi yang dilaksanakan untuk pelajar. Melalui tinjauan dan temubual, saya dapat mengetahui cara penggunaan BBM yang berkesan untuk menarik minat pelajar. Saya juga turut mengkaji susun atur meja dan ruang belajar yang paling berkesan. Bilik darjah yang kondusif dan lengkap ialah bilik darjah yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Selain itu, suasana dan iklim bilik darjah yang bersih dan selesa merupakan antara aspek terpenting agar proses P&P dapat berjalan dengan baik. Pengalaman Berasaskan Sekolah mengajar banyak pengalaman di bilik darjah dan saya dapat merasai keadaan sebenar bilik darjah.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


7.0 LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam

Negara. PBS merupakan pengalaman menarik bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 3. PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Sekolah yang saya buat PBS ialah Sekolah Kebangsaan Tinambak, Tuaran.

Dalam membuat refleksi kendiri, sepanjang saya berada di sekolah, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya dapati pada diri saya berlaku perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita.

Melaui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar ketebukaan dan telus dalm pergaulan. Melalui PBS juga, UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2013


saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan ideaidea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.

Semasa menjalani PBS, barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai menjangka sesuatu perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Di samping itu, saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah tersebut, susun atur kelas, sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini walaupun hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan akan digunakan sebaikanya sebagai bekalan mengajar kelak.

UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

Anda mungkin juga menyukai