Anda di halaman 1dari 22

Ha, ha, ha !

Riang tawa suara anak muda ketawa kedengaran jelas dari

meja di kafe itu.

Memandangkan mereka semuanya masih menuntut di universiti, mungkin banyak topik yang mereka bincangkan. Maklum saja kehidupan semasa belajar, banyak yang seronok kerana hidup dikelilingi oleh kawan-kawan yang pelbagai ragam dan perangai masing-masing. Leeya, seorang anak gadis yang agak terkenal dan menjadi rebutan jejaka di universiti itu tiba-tiba muncul di kafe. Tiba-tiba keriuhan yang sebentar tadi ibarat pasar minggu dengan sepantas kilatnya bertukar menjadi suasana seperti di majlis pengebumian. Keadaan menjadi senyap sunyi dan yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kasut tinggi milik Leeya. Semua tergamam termasuklah Fahri, ketua pasukan ragbi di universiti itu. Leeya ! . Tiba-tiba jeritan kuat tersebut memecah kebisuan yang tidak dirancang itu. Ternyata suara jeritan itu milik Puteri Ratna, seorang kerabat raja yang juga agak terkenal di universiti itu. Kau dari mana Leeya? Lama kau menghilang. Ratna memulakan bicara. Aku dari Pejabat Dekan tadi. Ada urusan sedikit yang perlu aku selesaikan. Sebenarnya aku baru pulang dari Australia. Ikut ayah aku melawat keluarga sebelah nenek aku. jawab Leeya sambil membetulbetulkan rambutnya yang berwarna perang itu. Dari jauh kelihatan Fahri sedang memerhati gerak geri Leeya dan Ratna. Fahri seperti berminat untuk mengetahui apa yang dibualkan oleh kedua-dua orang gadis yang menjadi rebutan para jejaka.. Rakanrakan semejanya mula menolak-nolak badan sasa Fahri sebagai tanda mencabarnya untuk bersemuka dengan bunga pujaan kumbang-kumbang liar di taman. Pantang lelaki dicabar! Mungkin itulah prinsip diri yang membuatkan Fahri beranikan diri untuk menghampiri bunga mawar berduri itu. Nampak cantik tetapi sukar untuk di petik oleh tangan.

Hai. Fahri mula membuka langkah pertama. Err hai. Kita kenal ke? Balas Leeya sambil mengerutkan dahi tanda kurang selesa. Hmm Kita memang tidak kenal tetapi saya kenal awak. Awak ini Aleeya Hudson bukan? Fahri membuka lagi langkahnya. Ya, memang saya Aleeya yang awak maksudkan itu. Maaf, I have to go now. Nice to know you! Balas Leeya lalu meninggalkan Fahri begitu sahaja. Walaupun Leeya tidak memberikan tindak balas seperti yang diharapkan oleh Fahri, namun sekurangkurangnya dia sudah berjaya untuk bertemu empat mata bersama gadis yang di gelar hot stuff itu. Itu sahaja sudah cukup buat Fahri tersenyum lebar seperti kerang busuk. Ternyata cabaran temantemannya itu digunakan sebaik yang mungkin bagi memastikan impiannya selama ini mampu digapainya. Setelah hampir tiga bulan bercuti panjang, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh Fahri dan anakanak buahnya, iaitu Kejuaraan Ragbi Antara Universiti. Sebelum layak ke pertandingan itu, pasukan ragbi di bawah pimpinan Fahri hendaklah menjalani latihan yang serius bagi memastikan benteng pertahanan dan serangan di selia rapi oleh mereka. Setiap petang, padang seperti rumah kedua bagi pasukan ragbi universiti itu yang di kenali sebagai The Eagle. Setiap kali latihan Fahri sering mengingatkan anak-anak buahnya supaya serius dalam latihan. Hal ini kerana bagi dirinya, latihan yang cukup ditambah dengan keazaman yang kuat mampu membina sebuah kejayaan. Impiannya adalah satu, untuk menjadi pemain ragbi yang setaraf dengan pemain-pemain anatarabangsa dari pasukan ragbi yang digeruni ramai iaitu All Blacks Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka

boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi setiap perlawanan. Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, bagi Fahri, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Oleh sebab itu, pasukan The Eagle menjadi gilaan ramai gadis di universiti itu termasuklah Leeya dan Ratna. Rupa-rupanya dalam diam, Leeya turut memendam rasa terhadap Fahri. Selepas peristiwa di kafe tempoh hari, menyebabkan Leeya terfikir akan sesuatu. Baginya, selama ini, lelaki yang cuba mendekatinya hanyalah sekadar untuk suka-suka tetapi Fahri ada kelainan tersendiri. Fahri bukan sahaja memiliki sifat yang berani namun juga memiliki rupa paras yang agak tampan ibarat putera raja yang digilai dan diidam-idamkan para gadis. Namun, hati kecil Leeya ego menafikan perasaan itu. Setiap kali terserempak dengan Fahri, Leeya mesti cuba mengelak daripada bertembung dengan Fahri. Dia masih tidak cukup kuat bagi memulakan kembali episod cinta yang telah lama dibiarkan mati dalam hidupnya. Peristiwa lampau mengajar Leeya untuk kuat menepis semua utusan rasa cinta, kasih serta rindu buat kaum adam. Leeya duduk termenung di satu sudut di dalam perpustakaan. Susunan rak buku diperhatikan sepintas lalu dan tiba-tiba Leeya ternampak sebuah buku yang bertajuk La Tahzan- Jangan Bersedih. Leeya mengangkat punggungnya dari kerusi dan terus mencapai buku itu. Helaian demi helaian diselak lembut sambil anak mata memerhati tajuk-tajuk besar yang ada di dalam buku itu.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat. Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat. Itulah antara bait-bait kata yang terdapat di dalam buku hasil karya Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni. Secara tidak sengaja, air jernih dari mata Leeya turun membasahi pipinya yang mulus itu. Baitbait tersebut mengingatkan Leeya kepada Ikram Hakimi. Ikram seorang pemuda pertama yang telah berjaya mencuri hati Leeya. Bagi Leeya, Ikram lah lelaki yang paling di sayangi selepas ayahnya. Mereka sudah berkenalan sejak dari sekolah rendah dan mula rapat selepas tingkatan lima. Secara perlahan-lahan, tirai kenangan lalu di singkap kembali. Masih terngiang-ngiang di telinga Leeya jeritan keriangan Ikram selepas mendapat tahu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ikram berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia. Sementara itu, Leeya hanya menyambung pelajaran di peringkat asasi di Universiti Malaya. Berat hati Leeya untuk membiarkan Ikram pergi. Tidak sanggup baginya untuk berpisah dengan dengan satu-satunya lelaki yang banyak memberi motivasi kepadanya untuk berjaya. Namun, cita-cita tidak seharusnya dihalang. Akhirnya, hati kecil Leeya merelakan jua pemergian yang sungguh berat itu.

Tiba sudah waktu yang di tunggu-tunggu. Sebentar sahaja lagi Ikram akan berlepas ke Indonesia. Leeya turut bersama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menghantar Ikram dan mengucapkan selamat jalan kepadanya. Ikram sudah bersiap sedia untuk ke balai perlepasan. Leeya kelihatan sugul memandang Ikram. Ikram seperti tahu akan isi hati wanita yang dianggap istimewa baginya itu. Leeya, jaga hati, jaga iman dan yang paling penting jaga solat. InsyaAllah cuti semester nanti Ikram balik pesan Ikram sambil tersenyum memandang buah hati pengarang jantungnya itu. Baiklah Ikram. InsyaAllah Leeya akan ingat semua pesan awak. Tapi, ingat, jangan menggatal dekat sana! acah Leeya sambil ketawa kecil menutup kesedihan hatinya itu. Ikram berjalan menuju ke balai perlepasan sambil melambai-lambai ke arah keluarganya termasuklah Leeya. Sudah hampir satu tahun Ikram di Indonesia. Skype dan WhatsApp yang menjadi penghubung cinta jarak jauh antara mereka berdua. Ikram ada memberitahu Leeya bahawa hujung bulan nanti dia akan pulang ke Malaysia. Hati Leeya berbunga-bunga kerana sudah lama rasanya tidak menatap wajah tampan Ikram itu. Setiap hari selepas pulang dari kuliah, Leeya akan mencapai calendar dan menanda hari yang telah lepas. Hmm nampaknya lagi dua minggu Ikram pulang. Aku mesti buat surprise bagi menyambut kepulangan dia. Ujar hati Leeya keriangan kerana tidak sabar menantikan kepulangan Ikram. Tett tett.. tett! Bunyi telefon bimbit Leeya tanda ada pesanan yang masuk. Leeya pantas mencapai telefon bimbitnya itu. ternyata pesanan itu datangnya daripada Ikram.

Salam Leeya. Esok Ikram nak ke Acheh. Nak cari buah tangan sedikit untuk di bawa pulang ke Malaysia. Begitulah pesanan yang di hantar oleh Ikram. Ok Ikram. Jaga diri dan jangan lupa bawa balik banyak kain untuk Leeya Balas Leeya sambil tersenyum. Keesokan harinya Aleeya ke kuliah seperti biasa. Subjek Biologi ternyata tidak semudah yang disangka. Leeya sangat fokus dalam kuliah itu sampaikan tidak perasan akan pesanan yang di hantar oleh Ikram. Apabila pulang dari kuliah barulah Leeya membaca pesanan itu. Salam Leeya. Ikram sudah sampai di Acheh tetapi setibanya kat sini tadi, berlaku sedikit gegaran. Tapi Leeya jangan risau, Ikram ok. Baca leeya dengan penuh debaran. Malam itu seperti biasa, tepat jam 8 malam, Leeya akan menonton berita di televisyen. Tibatiba ada berita tergempar. Pembaca berita melaporkan bahawa satu lagi gegaran yang berukuran 6.5 pada skala magnitud melanda Acheh lagi. Ya Allah, Ikram. Itulah yang mula-mula bermain di fikiran Leeya. Leeya menumpukan seluruh pendengaran dan perhatiannya kepada laporan itu lagi. Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang di laporkan menjadi mangsa korban lapor pembaca berita itu. Hati Leeya sedikit lega mendengar laporan itu. Leeya terus masuk ke bilik dan mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar pesanan kepada Ikram bagi mendapatkan kepastian sama ada Ikram terlibat atau tidak.

Sudah tiga jam berlalu, masih tiada balasan daripada Ikram. Leeya mula tidak sedap hati. Tibatiba kedengaran sayup-sayup dari luar suara pembaca berita. Nampaknya seperti ada lagi berita terkini. Leeya segera melulu ke arah ruangan menonton televisyen. Berita yang baru kami terima. Satu gelombang ombak besar iaitu Tsunami telah membadai Bandar Acheh dan menenggelamkan hampir keseluruhan wilayah Acheh. Setakat ini mangsa yang terkorban belum dapat dipastikan bilangannya. Kami akan melaporkan berita mengenai kejadian ini dari semasa ke semasa. Sekian dulu dari kami. Salam hormat. Lapor pembaca berita itu. Kaki Leeya bagaikan terkunci kaku. Seluruh alam kelihatan gelap. Seperti tidak percaya mendengar berita itu tadi. Namun, selagi belum di umumkan mangsa yang terbabit, selagi itulah dia masih berharap bahawa Ikram akan selamat. Leeya tidak putus-putus memanjatkan doanya kepada Allah S.W.T agar Ikram selamat. Leeya cuba menghubungi Fahri namun talian gagal disambungkan. Leeya menjadi lebih risau. Hati kecilnya itu ternyata tidak sekuat yang diharapkan olehnya. Akhirnya Leeya terlelap dalam tangisan di atas tikar sejadah itu. Keesokan harinya Leeya membeli surat khabar di kedai yang berhampiran dengan kolej

kediamannya. Jelas terpampang di dada akhbar keadaan wilayah Acheh yang di landa ombak besar Tsunami itu. Namun, kuasa Allah S.W.T melebihi segalanya. Dalam masa semua bangunan runtuh dan musnah di telan ombak rasaksa itu, rumah Allah masih utuh di tempatnya. Leeya begitu kagum dengan kuasa Allah itu sambil beristigfar kepadaNya.

Akhbar itu diselak lagi. Pada halaman tiga terpampang nama mangsa yang telah di temui. Leeya mencari nama Ikram. Namun, tiada di temui juga. Dalam hati Leeya, dia masih berharap Ikram selamat di jumpai dan jika ditakdirkan Ikram menjadi korban musibah itu, biarlah jasadnya dapat disempurnakan dengan cara yang betul. Namun, hari demi hari sudah berlalu. Sedar tidak sedar, sudah hampir tujuh tahun kehilangan Ikram. Leeya seperti sudah putus asa untuk menunggu kepulangan Ikram. Hidupnya sering tertanya-tanya. Adakah Ikram masih hidup? Jika hidup mengapa Ikram tidak menghubunginya. Tetapi, jika Ikram sudah meninggal dunia, mana jasad Ikram? Leeya seperti ibu kucing yang kehilangan anak, mencari-cari tanpa kepastian. Adik, kami sudah mahu tutup perpustakaan ini. Sudah hampir jam lima suara pustakawan itu memecah khayalan Leeya yang ternyata sudah jauh melayang. Maafkan saya. Saya tidak perasan jam sudah hampir pukul lima jawab Leeya sambil mengemas-ngemas buku yang di bacanya itu. Leeya berjalan menuju keluar dari perpustakaan dan menghala ke tempat letak kereta di mana kereta Volkswagen miliknya di letakkan. Sedang dia berjalan menuju ke kereta, tiba-tiba Fahri datang menyapa dari belakang. Hai Leeya, seorang diri ke? Fahri menegur Leeya dengan penuh senyuman sambil meletakkan bola rangbi miliknya ke bawah.

Hai awak. Awak Nampak saya berdua ke? balas Leeya sambil tersenyum. Ha ha ha Saya Nampak awak bertiga. Err jom pergi kafe. Saya haus lah. Baru lepas training ragbi. Pelawa Fahri kepada Leeya. Memandangkan Leeya juga belum makan. Dia turuti sahaja pelawaan itu. Tambahan juga, dia teringin untuk mengenali Fahri dengan lebih dekat. Jomlah, saya pun lapar sekarang. Balas Leeya kepada Fahri sambil menghidupkan enjin keretanya. Sampai sahaja di kafe, mereka memilih untuk duduk di meja yang menghadap ke arah tasik yang juga merupakan tempat para pelajar beriadah di waktu petang. Leeya, awak ni bukannya sombong sangat seperti yang dikatakan oleh pelajar di sini. Fahri memulakan bicara. Sambil tersenyum Leeya membalas Saudara, saya sombong bertempat. Tak kan lah orang yang saya tidak kenal, saya hendak bermesra-mesra? Fahri hanya tersenyum sambil memikirkan soalan yang ingin ditanyanya lagi. Boleh saya tahu tak kenapa awak macam tak ambil peduli dengan peminat-peminat misteri awak kat sini? Fahri menyoal lagi. Encik Fahri, lama kelamaan nanti, awak akan tahu kenapa saya bersikap macam ni. Balas Leeya dengan tenang. Selesai mereka makan, masing-masing membawa haluan sendiri.

****************************************************************************** Keesokan harinya, Fahri ke kuliah seperti biasa. Langkah Fahri ditemani bunyi burung yang bersiul seperti keriangan. Fahri sengaja meletakkan motor berkuasa tingginya jauh sedikit supaya dia dapat berjalan sambil menikmati udara yang nyaman pada pagi itu. Sedang dia berjalan menikmati keindahan suasan pagi di kampus itu, tiba-tiba khayalannya dimatikan dengan sapaan daripada Leeya. Assalamualaikum Fahri.sapa Leeya dgn begitu lembut. Waalaikummussalam Ohh Leeya rupanya, Fahri ingatkan siapa tadi. Leeya dari mana? Fahri membalas sapaan Leeya tadi. Saya dari tempat letak kereta, nak ke kelas. Awak pula dari mana? Jawab Leeya sambil meneruskan langkah ke kelas. Ohh begitu. Leeya, sebenarnya saya ada satu permintaan. Tapi saya harap sangat awak dapat tunaikan permintaan saya ini. Ujar Fahri dengan mukanya yang seperti mengharapk an permintaannya itu ditunaikan. Apa dia awak?soal Leeya dengan penuh debaran. Sebenarnya saya hendak ajak awak datang ke Pertandingan Ragbi Kebangsaan hujung minggu ini. Pasukan saya ambil bahagian. Hmm itu pun kalau awak sudi jelas Fahri.

Ingatkan apa lah tadi. Tengok lah dulu kalau saya ada masa. Jawab Leeya seperti tidak ambil serius permintaan Fahri itu. Leeya terus berlalu pergi menuju ke dewan kuliah. Sementara Fahri masih kaku berdiri memikirkan jawapan yang diberikan oleh Leeya sebentar tadi. Fahri ternyata sedikit kecewa dengan jawapan itu. Namun, Fahri masih jua berharap akan kedatangan Leeya pada hari pertandingan itu. Setibanya hari pertandingan, Fahri tiba awal di kampus dengan harapan Leeya muncul pada hari itu. Namun, harapan Fahri hanyalah angan-angan kosong kerana Leeya tidak munculmuncul juga,malah kelibatnya juga tidak kelihatan.Fahri sedikit kecewa kerana baginya Leeya lah pembakar semangat juangnya. Namun begitu, sebagai seorang pemain ragbi yang berpengalaman, Fahri mengenepikan hal peribadi buat sementara waktu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pertandingan yang bakal bermula itu. Tiba giliran The Eagle untuk beraksi. Fahri masuk ke padang dengan semangat yang berkobarkobar kerana pada saat itu banyak mata yang memerhati mereka. Jika mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang, mungkin saja mereka disambar oleh keab-kelab rangbi yang terkemuka di Malaysia. Fahri memerhati keadaan sekeliling. Satu persatu ruang di padang terbuka itu ditelitinya. Tiba-tiba Fahri ternampak seorang perempuan mirip Leeya. Dalam hatinya terdetik satu perasaan. Siapakah perempuan itu, adakah betul-betul Leeya. Tidak mungkin Leeya kerana dia seperti tidak mahu ke pertandingan itu. Lamunan Fahri terhenti apabila pengadil meniupkan wisel tanda permainan bakal bermula sebentar sahaja lagi.

Permainan dimulakan setelah drop kick dilakukan. Fahri yang menunggu di tengah padang berlari ke arah bola ragbi yang melambung tinggi itu. Fahri menjulang tinggi di udara sambil dibantu oleh rakan-rakan sepasukannya. Bola kini di tangan Fahri dan sekuat hati membuat larian supaya pasukan lawan gagal menghalangnya untuk membuat try di kawasan gol lawan. Jika berhasil, pasukannya akan mengutip 5 mata. Namun, larian Fahri dimatikan apabila dia di tackle oleh pasukan lawan. Kini, bola bertukar tangan. Setelah tamat masa pertama, pasukan The Eagle masih gagal menghasilkan mata. Permainan di teruskan bagi masa kedua. Sedang Fahri berjalan memasuki padang, ttiba-tiba dia terdengar suara memanggil namanya dan dengan sepantas kilat di emusingkan badan kea rah suara itu. Suara itu ternyata milik Leeya. Fahri tidak menyangka perempuan yang dilihatnya sebelum perlawanan dimulakan itu ialah Leeya. Leeya melemparkan senyuman kea rah Fahri sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus. Fahri melangkah ke padang dengan satu semangat baharu. Kini, dia beraksi bukan lagi untuk pendapat perhatian pengurus-pengurus kelab ragbi tetapi untuk nampak sempurna di hadapan wanita yang paling disayangi selepas ibunya. Setelah permainan diteruskan, Fahri mendapat peluang sekali lagi untuk membuat try. Kali ini dia tidak lagi mensia-siakan peluang yang ada. Pasukan lawan tidak menyedari kehadirannya berdekatan dengan kawasan gol mereka. Fahri memanfaatkan peluang itu sebaiknya. Setelah dia menyambut bola hantaran rakan sepasukan, dengan kuasa ibarat seekor cheetah, Fahri membuka langkah terus menuju ke kawasan gol lawan. Kali ini Fahri berjaya menyumbang 5 mata kepada The Eagle setelah dia berjaya menekan bola ke kawasan gol lawan. Seluruh

kawasan itu gegak gempita dengan sorakan daripada para penonton. Fahri melonjak riang sambil melihat ke arah Leeya. Leeya melemparkan senyuman ke arah Fahri sambil berdiri tanda menghargai Fahri setelah berjaya menghasilkan mata. Setelah tamat perlawanan, perlawanan pada hari itu memihak kepada pasukan The Eagle iaitu gol tunggal daripada Fahri. Keesokan harinya setelah Fahri kembali ke kampus, ada kejutan buat pasukan The Eagle iaitu pasukan ragbi di bawah pimpinan Fahri. Pihak universiti telah mengadakan jamuan ringkas bagi menghargai kemenangan pasukan ragbi universiti itu. Namun begitu, ada seperkara lagi yang membuatkan Fahri terkejut dan terharu. Kemunculan Leeya pada majlis itu tidak disangka dan dia hadir membawa sebiji kek buat Fahri. Fahri amat terkejut kerana wanita yang diminatinya itu seperti memberikan isyarat bahawa dirinya sudah selesa berkawan dengan Fahri. Fahri, ini kek buat awak. Leeya memulakan bicara sambil tersipu malu. Thanks Leeya. Buat susah-susah saja. Jawab Fahri sambil mengambil kek itu lalu diletakkanj di atas meja. Bukalah kotak itu Fahri. Ujar Leeya lagi. Baiklah Leeya. Fahri menuruti kata Leeya. Wow! Kek ni sangat special. Di mana awak tempah Leeya? Macam mana kek boleh jadi padang ragbi? Kalau macam ini lah, saya tidak perlu ke padang lagi, tak perlu berpanas, main saja dekat atas kek ini. Fahri begitu teruja melihat kek tersebut. Awak ni ada-ada saja lah Fahri. Mana boleh main ragbi atas kek. Jawab Leeya sambil mentertawakan Fahri.

Fahri mula merasa selesa dengan sikap Leeya yang sekarang. Jika dulu Leeya bersikap dingin kepadanya, tetapi sekarang mereka mula rapat. Apabila tiada kuliah, mereka berbalas-balas panggilan telefon dan sms. Namun, Fahri belum bersedia untuk meluahkan isi sebenar hatinya kepada Leeya. Bimbang Leeya akan menolak hasratnya itu bulat-bulat dan hubungan persahabatan mereka akan renggang. Walaubagaimanapun, Fahri mesti juga memberitahu Leeya, bak kata orang tua-tua Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di amabil orang. Fahri bertekad untuk menyatakan hasratnya pada hari itu juga. Perasaannya mula berdebardebar. Hmm Leeya, saya ada perkara ingin beritahu awak. Tapi saya harap apa jua keputusan awak, kita tetap akan jadi sahabat untuk selamanya. Boleh? Fahri memulakan bicara. Awak nak tanya apa? Boleh saja, tapi tengok situasi. Leeya membalas pertanyaan Fahri itu. Sebenarnya sudah lama saya perhatikan awak. Saya rasa awak single kan? Boleh tak kalau kita jadi lebih dari seorang kawan biasa. Saya selesa dan senang bersama awak. Ujar Fahri seakanakan berharap sekali. Fahri, saya sebenarnya Jawab Leeya dengan rasa yang amat terkejut. Sebenarnya saya sudah berpunya. Tetapi susah untuk saya terangkan situasi saya ini. Jawab Leeya lagi. Fahri seolah-olah terpana dengan jawapan Leeya tadi. Pada perkiraannya, Leeya tidak mempunyai buah hati, tetapi telahannya itu meleset sama sekali. Dia semakin bingung. Sepanjang perkenalannya dengan Leeya, gadis itu tidak pernah bercerita mengenai teman

lelakinya. Sebab itu, Fahri berani untuk menyatakan hasratnya itu. hatinya tertanya-tanya siapakah lelaki bertuah yang memiliki hati Leeya, gadis idaman para jejaka di universiti itu? adakah jejaka itu pelajar di situ juga? Tetapi, mengapakah Leeya sukar untuk menerangkan situasi mereka. Persoalan demi persoalan mula menerjah kotak fikiran Fahri. Lantas beribu persoalan itu dilontarkan kepada Leeya. Siapa lelaki bertuah itu? adakah saya mengenalinya? soal Fahri dengan nada yang sangat kecewa sambil memandang ke arah yang lain supaya Leeya tidak nampak matanya itu mula ditakungi air mata. Tidak. Awak tidak kenal dia. Kami sudah lama kenal, sebelum saya masuk ke sini lagi. Jawab Leeya. Habis, kenapa dengan situasi yang awak maksudkan itu? saya tidak faham. Soal Fahri untuk mendapatkan kepastian. Begini Fahri. Leeya menceritakan segala konflik yang berlaku sepanjang hubungannya bersama Ikram. Ya Allah. Besar sungguh ujian-Mu. Saya harap awak mampu lagi bersabar Leeya. Jika awak perlukan teman, saya ada untuk awak. Ujar Fahri sekan-akan sudah mampu menerima hakikat setelah mendengar semua cerita daripada Leeya. Leeya begitu senang apabila dia sudah memeberitahu Fahri segala-galanya. Baginya, kini Fahri mungkin sudah dapat memahami situasinya. Namun, sesekali terlintas juga difikiran Leeya, sampai bila harus dia menunggu cinta yang mungkin sahaja telah mati itu. Leeya perlukan

seseorang untuk meluahkan perasaanya. Lantas, dicapainya telefon bimbit dan terus menghantar sms kepada sahabat baiknya, Ratna. Ratna, boleh tak lepas kelas jumpa aku di kafetaria. Ada perkara aku nak bagitahu. Taip Leeya dan menghantarnya kepada Ratna. Petang itu, selepas kelas, Leeya terus menuju ke kafetaria. Dari jauh sudah kelihatan teman karibnya itu. Hai Ratna, sudah lama sampai? soal Leeya sambil berlaga-laga pipi dengan Ratna. Baru saja duduk Leeya. Belum order makanan pun lagi. Jawab Rtna sambil mengheret kerusi buat Leeya. Haa ada apa yang nak sangat jumpa aku? Ratna memulakan bicaranya. Kau ingat Fahri? Captain ragbi kat sini. Dia ajak aku couple. Tapi kau tahu lah status aku sekarang. Sebab itu aku nak minta pendapat kau. Terang Leeya kepada Ratna. Laa apa masalah kau? Terima saja lah. Dia pun ok what? Ada rupa, kaya, bijak lagi orangnya. Tambah-tambah lagi dia tu hot kat sini. Rugi sangat kalau kau tak terima dia Leeya. Kalau tak nak pass dekat aku saja. Jawab Ratna dengan bersahaja. Masalahnya, Ikram. Kau tahu kan status aku dengan dia. Kami ini kalau orang yang sudah berkahwin ibarat gantung tak bertali. Tahu tak? Putus tidak, bersama pu n tidak. Kau rasa patut atau tidak aku buka hati aku ini untuk lelaki lain? ujar Leeya seakan-akan mencari kepastian.

Leeya, kau dalam status begini bukannya sebulan dua. Tapi sudah lebih kurang tujuh tahun. Sudah boleh sangat lah kalau kau cuba terima cinta orang lain. Susah hendak dapat orang yang suka kita dan boleh terima kita seadanya. Aku rasa kau better buat solat istikharah. Minta petunjuk daripada Allah S.W.T. Ratna kini lebih serius menjawab pertanyaan Leeya. Aku pun rasa macam itu. solat istikharah kan bagi minta petunjuk jika kita keliru untuk membuat apa-apa pilihan. Ujar Leeya lagi. Selesai sahaja perbualan itu, masing-masing membawa haluan untuk pulang ke rumah. Pada malam itu, setelah selesai solat isyak, Leeya melakukan solat istikharah pula. Ushalli Sunnatal Istikharaati Rakataini Lillahi Taaala. Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Taala niat Leeya. Selesai dua rakaat solat itu, Leeya berdoa kepada Allah S.W.T. Dia memohon supaya diberikan petunjuk yang benar. Allaahumma inni astakhiiruka biilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, watalamu wa laa alamu, wa anta allaamul ghuyuub. Allaahumma inkunta talamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wamaaasyii wa aaqibati amrii, aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta talamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa maaasyii wa aaqibatu amrii aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka alaa kulli syai-in qadiir. Doa Leeya sambil menadah tangan memohon petunjuk Allah S.W.T.

Setelah tiga malam berturut-turut Leeya mengerjakan solat istikharah, dia tidak namapak diri Ikram dalam hidupnya. Malah, dalam masa tiga hari itu, Fahri seperti dekat sahaja dengan dirinya. Pada hari keempat, Leeya nekad untuk memberitahu Fahri mengenai keputusannya. Mereka berjumpa di kafetaria universiti. Fahri. Hari ini saya ada satu perkara nak beritahu awak. Tapi saya harap awak tidak sakit jantung. Ha ha ha Leeya memulakan bicara dengan bersahaja supaya dirinya tidak gugup. Ha ha ha Tak mungkin. Haa apa dia Leeya. Tak sabar hendak tahu. Fahri huga bersahaja tetapi kelihatan teruja sekali. Sebenarnya saya sudah buat keputusan. Saya ingin cuba untuk membuka pintu hati saya yang telah lama terkunci ini buat awak, Fahri. Saya harap awak dapat jaga hati saya ini sebaik mungkin jelas Leeya. Ya Allah. Adakah betul semua ini Leeya? Tak sangka awak sanggup terima saya. Yahoo!!! Fahri terus bangun dari kerusi dan melonjak keriangan ibarat baru sahaja menerima durian runtuh dan menyebabkan semua orang memandang ke arah mereka. Ehh apa ini Fahri. Malu lah sikit. Orang semua tengok kita. Ujar Leeya sengan mu ka yang merah padam. Tak kisah apa orang nak cakap Leeya, yang penting saya gembira sangat sekarang. Wahai orang kampung! Dengar sini Aleeya Hudson sekarang girlfriend aku. Jerit Fahri memecah keriuhan itu dan sekali lagi semua mata tertumpu ke arah mereka.

Malu betul la awk ini. Sudah lah, saya nak balik, nanti sampai di rumah, saya sms awak Leeya mengangkat punggungnya dari kerusi dan berlalu pergi sambil Fahri mengekorinya dari belakang. Di rumah pula, setelah selesai solat Maghrib, Leeya mencapai telefon bimbitnya dan mula menaip sms kepada Fahri. Hai. Buat apa? Sudah solat? Taip Leeya. Tidak samapai 1 minit Fahri sudah membalasnya. Hai juga. Baru sahaja Leeya. Balas Fahri. Mereka kini sudah bahagia. Tidak sia-sia Leeya membuka pintu hatinya buat Fahri kerana jejaka itu ternyata sangat baik dan bertanggungjawab kepada keluarga dan yang paling penting kepada agamanya. Setelah hampir dua tahun mereka saling mengenali. Fahri menyatakan hasratnya untuk mengambil Leeya sebagai suri dalam hidupnya. Leeya menerima lamaran kekasih hatinya itu kerana mereka sudah lama saling mengenali dan sudah kenal hati budi masing-masing. Fahri menghantar rombongan meminang ke rumah Leeya. Hasil daripada perbincangan abtara kedua-dua buah pihak, mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa dua bulan dari tarikh meminang itu. Segala persiapan sudah hampir siap dan hanya menungggu tarikh pernikahan itu sahaja. Pada petang itu, sedang Leeya membelek-belek kad jemputan untuk dipos kepada sanak saudara dan sahabat handai, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Leeya dengan segera pergi ke pintu utama rumahnya untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila tetamunya itu ialah Ikram. Perasaannya ketika itu bagai dipanah duri sembilu.

Assalamualaikum. Sapa Ikram memecah kebisuan. Waalaikumussalam. Jawab Leeya menyambut salam Ikram. Masing-masing seperti tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara dan saling berpandangan di depan pintu itu. Leeya Siapa yang datang tu nak? jerit ibu Leeya dari arah dapur. Err Ikk Ikk.. Ikram ibu. Jawab Leeya tergagap-gagap seperti tidak percaya dengan kehadiran teman lelakinya yang sudah lama menghilang itu. Ibu Leeya segera ke ruang tamu. Dia juga seperti tidak percaya dengan kehadiran Ikram. Sebagai orang tua, ibu memainkan peranannya dengan memulakan bicara. Ikram, mak cik ingatkan Ikram sudah mana Ikram menghilang? ibu Leeya memulakan bicara. Mak cik, Leeya. Terlebih dahulu Ikram hendak minta maaf kerana datang dengan mengejut. Sebenarnya selama ini Ikram masih hidup tetapi Ikram seperti hidup dalam dunia yang lain juga. Jelas Ikram. Ibu dan Leeya seperti tidak memahami penjelasannya itu. Maksud kamu apa Ikram? soal ibu lagi sambil melihat ke arah Leeya yang mula berubah air mukanya. Saya hilang ingatan mak cik. Saya bukan menghilang kerana sebab lain. Allah masih sayangkan saya. Saya terlibat dalam bencana Tsunami dahulu dan hanyut di bawa arus. Tetapi ada sebuah keluarg atelah menyelamatkan saya. Saya dijaga dan dirawat oleh mereka sepanjang saya menghilangkan diri ini. Apabila saya sudah sihat sepenuhnya, saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk menjelaskan segala-galanya kepada keluarga saya dan juga Leeya jelas Ikram lagi sambil melihat ke arah teman wanita yang ditinggalkan tanpa kabar berita itu.

Ya Allah. Besar sungguh kuasa-Mu. Ikram, sebenarnya mak cik serba salah hendak bagitahu kamu. Kamu lihatlah keadaan rumah mak cik ini. Segenap ruang dipenuhi dengan barangan untuk perkahwinan. Mak cik harap kamu mengerti maksud mak cik. Beritahu ibu kepada Ikram. Mak cik, adakah semua ini persiapan majlis perkahwinan Leeya? soal Ikram sambil memandang ke arah Leeya yang sudah mengalirkan air matanya. Ya ini semua persiapan majlis perkahwinan saya IKram. Leeya mencelah. Mana awak menghilang? Saya mengharapkan perkahwinan ini bersama awak. Tetapi awak hilang Ikram. Hilang! jerit Leeya sambil menangis teresak-esak. Leeya, maafkan saya. Saya bukan sengaja menghilangkan diri. Ini kuasa Allah Leeya. Ikram menjadi serba salah. Ibu mencelah lagi bagi meredakan ketegangan antara Leeya dan Ikram. Beginilah, jangan pening-pening kepala. Kita selesaikannya hari ini juga. Majlis perkahwinan ini pun akan berlangsung minggu hadapan. Kamu Leeya, jika kamu masih sayangkan Ikram, masih belum terlambat lagi. Tetapi kamu bincanglah baik-baik. Cari jalan pemisah kepada masalah ini. Ujar ibu kepada mereka dan meminta diri untuk member ruang kepada mereka untuk berbincang. Mereka berbincang mengenai masa depan mereka. Setelah hampir 2 jam mereka berbincang, akhirnya kata sepakat telah diperoleh. Leeya, saya relakan awak bersama lelaki itu jika dia bisa membuat awak bahagia ujar Ikram yang sudah fasih berbahasa Indonesia.

Ikram, maafkan saya kerana tidak dapat memenuhi impian kita dahulu. Semua ini ketentuan Nya. Jawab Leeya sugul. Minggu depan saya berangkat ke Mesir untuk menyambung pelajaran saya yang sudah lama tertangguh. Saya sudah uruskan semuanya dan mungkin jarak antara kita ini boleh buat saya lupa akan kenangan kita Leeya. Ujar Ikram seperti sudah kehabisan kata-kata. Ikram, jangan berkata begitu. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin Allah mahu temukan awak dengan orang yang jauh lebih baik daripada saya. Jawab Leeya menenangkan hati Ikram. Setelah semuanya selesai, Ikram melangkah keluar dari rumah Leeya dengan satu perasaan yang tidak siapa ketahui. Perasaan diantara ego dan persahabatan. Perasaannya kepada Leeya, dibiarkah bersemadi dalam hatinya dan pada masa yang sama dalam hatinya terdetik satu rasa yang membakar jiwanya, Aku tidak terdaya menahan hibanya rasa ini, kau pergi meninggalkan aku dan aku redha dengan ketentuan-MU. Sesungguhnya cinta kepada manusia adalah sementara manakala satu-satunya cinta yang abadi adalah cinta kepada Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai