Anda di halaman 1dari 2

PANDAN LAYER CAKE Oleh:Seharum Kasturi cc : www.facebook.

com/bukuresepi Bahan-bahan: 150 gm tepung gandum- ayak 1 tsp baking powder- ayak 5 biji telur gred B 100 gm gula kastor 1 tsp ovallete 50 ml susu segar/ susu cair 1 tsp esen vanilla Perisa pandan dan pewarna hijau 50 ml minyak masak Cara-cara: Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk

KASTAD PANDAN Bahan-bahan: 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak) 1 cawan gula kastor 10 gm serbuk agar-agar 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau Secubit garam Perisa pandan dan pewarna hijau (kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu) Cara-cara: Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. ** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer

CARA MELAPIS KEK KASTAD

Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik) Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Biar kastad sejuk dan keras. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk

Anda mungkin juga menyukai