Anda di halaman 1dari 17

www.maskahwin.

com

101 IDEA ROMANTIK


Tips Menjadi Pasangan Bahagia

Penafian : Pihak penulis dan penerbit telah sedaya upaya memastikan maklumat yang diberikan di dalam ebook ini adalah sahih dan boleh digunapakai. Namun begitu, pihak penulis & penerbit tidak bertanggungjawap di atas segala kerugian atau kerosakan yang anda alami, sama ada dari segi fizikal ataupun mental di dalam mengamalkan atau menggunapakai tips-tips serta maklumat yang disediakan di dalam ebook ini. Tips-tips yang diberikan di dalam ebook ini, lebih sesuai diamalkan bagi pasangan yang sudah berumahtangga.

www.maskahwin.com

IDEA # 1
Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah menyediakan pengawal peribadi khas iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.

IDEA # 2
Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada siling tempat tidur anda dengan mesej I Love U. Apabila lampu dipadamkan, mesej anda akan muncul!

IDEA # 3
Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang, memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang anda rancang bersama. Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!

IDEA # 4
Jadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus diberkati dan harmoni.

IDEA # 5
Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan istimewa. Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaga ia dengan sebaikbaiknya.

IDEA # 6
Ambil hati ibu bapa dan ahli keluarganya. Setiap kali anda berdua pulang ke rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan kegemaran mereka.

www.maskahwin.com

Pasangan anda tentu gembira dengan cara layanan anda terhadap kedua orang tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap ibu bapa anda nanti.

IDEA # 7
Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan sekerja.

IDEA # 8
Di waktu terluang, bawa pasangan anda ke tempat yang menenangkan seperti pantai, tasik ataupun tempat yang digemari oleh anda berdua. Jangan lupa menyimpan kulit siput atau batu yang anda pungut bersama untuk kenangkenangan.

IDEA # 9
Berikan ucapan terima kasih untuk setiap bantuan yang pasangan anda berikan. Ucapkan penghargaan anda dengan sepenuh hati dan hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi pasangan anda.

IDEA # 10
Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Selain menghasilkan mood baru bagi hubungan anda, panggilan yang baru juga boleh mengelakkan rasa jemu antara anda berdua.

IDEA # 11
Tulis puisi yang menggambarkan perasaan dan penghargaan anda terhadap si dia. Lebih bagus sekiranya anda dapat menghafal dan menyampaikan puisi tersebut di hadapannya dengan sepenuh hati. Sekiranya anda kreatif menyampaikannya, tidak mustahil dia akan menangis di atas penghargaan anda terhadapnya.

IDEA # 12
Lakukan aktiviti kegemaran bersama. Sekiranya si dia suka berkebun, temani dia melakukan aktiviti kegemarannya meskipun anda kurang gemari. Tidak mustahil si dia akan menemani anda melakukan aktiviti kegemaran anda pula selepas ini.

www.maskahwin.com

Sebarang aktiviti yang dilakukan bersama lazimnya akan lebih bermakna dan membuatkan anda berdua lebih gembira.

IDEA # 13
Peluk pasangan anda sekerap yang mungkin. Terutamanya ketika si dia akan keluar bekerja. Bisikkan ke telinganya bahawa anda sebolehnya tidak mahu dia keluar tanpa anda walaupun seketika dan berharap dia akan pulang segera.

IDEA # 14
Meskipun tidak kemana-mana, cubalah untuk kelihatan menarik dengan berhias walaupun ketika berada di rumah.

IDEA # 15
Bayangkan anda memakai kemeja si dia yang besar dan labuh di badan anda anda mungkin mendapatinya kelakar, tetapi boleh jadi juga ia kelihatan berbeza di mata si dia.

IDEA # 16
Selepas seharian penat bekerja, mengapa tidak jika anda tawarkan diri mengurut bahu atau kaki pasangan. Selain menghilangkan stress, si dia juga akan menjadi lebih relaks.

IDEA # 17
Amalkan aktiviti mandi air suam bersama selepas seharian penat bekerja. Hilangkan ketegangan fikiran dengan berendam di dalam tab mandi dengan si dia. Pejamkan mata untuk beberapa ketika sambil si dia menyabunkan badan anda. Jangan lupa letakkan beberapa titis pewangi ke dalam tub mandi untuk kesan sensual dan ketenangan.

IDEA # 18
Pastikan pencahayaan bilik tidur yang tidak terlalu terang. Pasangkan lampu aroma terapi dengan wangian lavender untuk menimbulkan mood romantik.

IDEA # 19
Sekiranya anda berdua sudah memiliki anak, utamakan pasangan anda lebih daripada anak-anak. Hakikatnya, pasangan memerlukan perhatian berbeza daripada anda. Oleh itu, dahulukanlah si dia dalam apa jua perkara.

www.maskahwin.com

IDEA # 20
Pada hujung minggu, bawalah pasangan anda berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam Lanjutkan aktiviti anda berdua dengan menikmati makan malam di sana.

IDEA # 21
Tonton rancangan TV yang melucukan dan mampu membuatkan anda berdua ketawa. Keserasian ialah apabila anda sependapat untuk perkara yang sama dan ketawa merupakan elemen yang perlu ke arah hubungan yang lebih serasi.

IDEA # 22
Candle light dinner di rumah! Jangan lupa berpesan pada suami anda agar pulang awal ke rumah untuk kejutan istimewa. Tetapi jangan nyatakan apa rancangan anda agar ia tetap rahsia. Anda boleh memasak makanan kegemarannya, tutup lampu dan nyalakan lilin di meja makan, tapi jangan lupa! pakai baju tercantik yang pernah pasangan anda hadiahkan ketika menyambut kepulangannya nanti.

IDEA # 23
Sebagai isteri, sentiasa tingkatkan kemahiran memasak anda. Hati suami boleh ditambat melalui perutnya! Air tangan isteri mampu mengeratkan kasih sayang anda dan pasangan.

IDEA # 24
Sekiranya pasangan anda memiliki rambut yang panjang, sikat rambutnya perlahan-lahan dengan lembut sekali. Teknik ini sangat berkesan lebih-lebih lagi ketika si dia baru selesai mandi dan bersedia untuk tidur.

IDEA # 25
Pakai pakaian atau tudung yang dihadiahkan pasangan ketika keluar bersama. Anda pasti tampil istimewa di hadapannya!

IDEA # 26
Sekali sekala amalkan makan bersuap dengan pasangan anda. Meskipun sudah melalui majlis makan beradab, tidak bermakna anda tidak perlu mempraktikkannya lagi. Ia pasti mengimbau kenangan hari bahagia anda berdua selain tampil romantis ketika makan bersama.

www.maskahwin.com

IDEA # 27
Simpan gambar pasangan anda di dalam telefon bimbit atau dompet anda. Lebih baik lagi jika gambar anda berdua ketika bercuti. Setiap kali menatap gambar tersebut, secara tidak langsung anda akan teringat saat manis ketika bercuti dengan si dia.

IDEA # 28
Aksi spontan selalu mencuit hati. Apa kata anda meminta sesiapa ambilkan gambar anda dan si dia Apabila butang kamera hampir ditekan, anda mencium pipi si dia dengan tiba-tiba. Pasangan tentu terkejut namun terhibur dengan keletah anda.

IDEA # 29
Main suatu permainan dengan pasangan, misalnya teka-teki. Jika si dia gagal memberikan jawapan yang tepat, jangan lepaskan begitu sahaja sebaliknya berikan denda. Apakah dendanya? Anda cadangkanlah sendiri!

IDEA # 30
Cipta jargon yang hanya difahami oleh anda dan pasangan.

IDEA # 31
Jadi pelindung bagi pasangan anda. Jika si dia takutkan cicak atau serangga, pastikan binatang seumpama itu tiada di tempat-tempat yang akan dilaluinya. Misalnya di bilik air atau di dapur.

IDEA # 32
Hantar pesanan suara ke telefon bimbit pasangan anda dengan mesej romantik menyatakan anda terlalu rindu pada si dia dan selalu mengingati dirinya. Pasangan anda akan menghargai ucapan anda terutamanya ketika si dia sedang menghadapi masa-masa sukar dan pastinya berharap anda ada di sampingnya ketika itu.

IDEA # 33
Rancang masa percutian anda, tetapi rahsiakan destinasi percutian sebagai kejutan buat pasangan anda. Biarkan si dia tertanya-tanya sehinggalah anda berdua tiba di destinasi tersebut.

www.maskahwin.com

IDEA # 34
Beli sepasang ikan emas yang mewakili anda dan pasangan. Jangan lupa, tempatkan ia dalam aquarium bentuk bulat di bilik tidur anda.

IDEA # 35
Jangan gunakan intonasi suara yang tinggi ketika berbicara dengan pasangan. Sebaliknya lembutkan tutur kata anda meskipun ketika berada dalam keadaan marah.

IDEA # 36
Tonton wayang bersama si dia di bawah cahaya bulan. Wah! Tentu romantik, kan.

IDEA # 37
Ambil gambar anda dan si dia yang telah diframekan kemudian letakkan di pejabat anda. Jangan lupa tanya pada pasangan anda tentang gambar yang mana satu pada rak di rumah anda yang telah hilang. Sekiranya dia gagal memberikan jawapan, beritahunya bahawa anda telah menempatkan gambar tersebut di pejabat dan selalu melihatnya. Tindakan anda tentu akan menceriakan hari pasangan.

IDEA # 38
Apabila pasangan bercakap sesuatu pada anda, renung ke dalam matanya dengan penuh pengertian. Di waktu yang lain ulangi kata-kata romantis yang pernah disebutnya pada anda. Si dia pasti terharu dengan perhatian yang anda berikan ketika berbicara dengannya.

IDEA # 39
Simpan lagu-lagu kegemaran anda dan pasangan di dalam salinan CD atau MP3. Anda boleh mendengarnya bersama-sama si dia kala kelapangan. Apabila melakukan tugasan di luar daerah, jangan lupa bawa salinan lagu tersebut bersama sebagai pengubat rindu ketika berjauhan dengan pasangan.

IDEA # 40
Tempah potret lukisan anda dan pasangan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan anda berdua.

www.maskahwin.com

IDEA # 41
Beli sebatang pokok bersama pasangan dan tanamkan ia di satu tempat yang istimewa di belakang rumah anda. Setiap kali menyambut ulangtahun perkahwinan anda berdua, luangkan masa bersama pasangan untuk mengingat kembali momen-momen percintaan anda berdua begitu juga dengan pokok yang kian membesar yang pernah anda tanam dahulu.

IDEA # 42
Di waktu pagi jika anda mandi lebih awal daripada pasangan, wapkan bilik mandi kemudian tulis mesej seperti I Love U atau apa-apa mesej romantik anda pada cermin supaya si dia membacanya. Anda boleh juga menulis mesej tersebut pada tingkap kereta ketika cuaca sejuk.

IDEA # 43
Ambil keratan kata-kata dari akhbar atau majalah yang bersesuaian dengan setiap peristiwa yang terdapat dalam album gambar anda dan pasangan. Sesuaikan kata-kata lucu untuk gambar yang mencuit hati, kata-kata motivasi untuk gambar sedih dan sebagainya. Anda dan pasangan pasti terhibur apabila melihat album gambar tersebut sambil mengingat kembali saat-saat yang pernah dirakam itu.

IDEA # 44
Tinggal nota di tempat-tempat rahsia. Misalnya di dalam briefcase pasangan anda, dalam organizer nya, pada rak toiletories di bilik mandi atau di mana-mana tempat yang selalu dilewati si dia.

IDEA # 45
Tidur berbantalkan riba atau lengan pasangan anda ketika menonton TV atau sewaktu bersantai di rumah bersama pasangan.

IDEA # 46
Selepas subuh, jangan sambung tidur dulu. Apa kata jika anda bawa pasangan keluar ke tepi pantai melihat suasana matahari terbit. Kemudian sarapan pagi bersama-sama di luar.

IDEA # 47

www.maskahwin.com

Ajak pasangan anda berbasikal di taman pada waktu petang. Anda boleh menyewa basikal secara berasingan atau sebuah sahaja sambil anda bergilirgilir mengayuh satu sama lain.

IDEA # 48
Pada hari minngu, beri kejutan pada pasangan dengan breakfast in bed. Sebelum itu, hadiahkan sebuah ciuman di pipi si dia.

IDEA # 49
Senaraikan keistimewaan pasangan anda melalui abjad dari A hingga Z. Misalnya A- Ambil berat, B- Bertanggungjawap, C- Comel, dan seterusnya. Kemudian lekatkan di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan anda.

IDEA # 50
Tabur kelopak-kelopak mawar berwarna merah pada katil bilik tidur anda ketika isteri sedang mandi. Setelah si dia masuk ke bilik, angkat si dia dan tempatkan di atas katil yang ditaburi kelopak-kelopak mawar tadi. Seterusnya anda fikirkan sendiri ya!

IDEA # 51
Jadi teman yang paling prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Dengar segala keluhan dan rintihan pasangan anda. Tapi jangan lupa, rancang kejutan untuk kembali mengembirakannya.

IDEA # 52
Ajak pasangan makan tengahari secara tiba-tiba ke restoran yang kali pertama anda berdua makan bersama. Lebih menarik lagi sekiranya dilakukan secara kejutan untuk si dia.

IDEA # 53
Menyanyi bersama pasangan anda biarpun mungkin kedengaran sumbang.

IDEA # 54
Ketika pasangan anda sedang mandi, ambil tuala si dia dan letakkan pada pengering untuk memanaskannya. Kemudian selimutkan pasangan anda dengan tuala tersebut setelah dia selesai mandi.

IDEA # 55

www.maskahwin.com

Jika si dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Keesokkan harinya, tanyakan berapa skor / gol yang diperoleh oleh pasukan kegemarannya. Biar pasangan anda menyedari sikap prihatin anda terhadapnya / sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.

IDEA # 56
Belai pasangan anda sambil mengucapkan kata-kata sayang terhadapnya. Bagus juga dilakukan sehingga si dia tertidur. Apabila pasangan terjaga dari tidur pada keesokan hari, perkara pertama yang akan diingati ialah ucapan anda malam tadi.

IDEA # 57
Amalkan sikap saling bermaaf-maafan sebelum tidur meskipun untuk kesilapan yang kecil. Berilah kemaafan terhadap pasangan dengan setulus hati.

IDEA # 58
Luahkan kegembiraan dan kesedihan anda kepada pasangan. Anggaplah si dia sebagai teman baik anda. Curahkan segala-galanya kepada pasangan sebagai tanda anda sangat menghargai kewujudannya di sisi anda.

IDEA # 59
Biasakan berjalan berpegangan tangan, supaya pasangan berasa selamat disamping anda.

IDEA # 60
Tanya pada keluarga pasangan anda tentang tajuk buku kegemaran si dia sewaktu kecil. Beli buku tersebut dan bacakan untuknya apabila tiba waktu tidur.

IDEA # 61
Berikan senyuman yang paling manis kepada pasangan anda ketika dia pulang dari kerja dan sebagainya. Keletihannya akan kurang setelah melihat wajah anda yang ceria menyambut kepulangannya.

IDEA # 62

www.maskahwin.com

Beli layang-layang di taman atau pantai pada hari yang berangin, kemudian kendalikan layang-layang tersebut bersama pasangan anda. Lebih menarik jika layang-layang yang besar dan perlu dikawal dengan dua tali. Anda dan si dia boleh mengawalnya bersama-sama.

IDEA # 63
Sediakan bekalan tengahari untuk pasangan anda dengan nota berbunyi Selamat menjamu selera, sayang.

IDEA # 64
Jika pasangan melakukan kesilapan, beri teguran secara lembut dan berhikmah. Belakangkan ego anda, sebaliknya tegurlah dengan harapan ia menjadi tauladan kepada diri si dia.

IDEA # 65
Apabila si dia jatuh sakit, bercutilah pada hari itu. Layan pasangan anda dengan sebaik mungkin. Sediakan sup atau bubur untuknya, selimutkan dia dan teruskan berada di sampingnya.

IDEA # 66
Bawa pasangan anda ke kawasan padang rumput yang lapang, bentangkan tikar kemudian anda berdua berbaring melihat awan putih yang menutupi langit. Main permainan kanak-kanak dengan meneka bentuk-bentuk yang terhasil pada awan.

IDEA # 67
Hadiahkan jambangan/sekuntum mawar berwarna merah hati sebagai tanda cinta anda terhadap pasangan. Sebaik-baiknya jangan menunggu sehingga tiba hari lahirnya sahaja, tetapi hadiahkan juga pada hari-hari biasa.

IDEA # 68
Ungkapkan perasaan anda pada pasangan sekerap yang mungkin. Contohnya apabila tiba di pejabat, hantar SMS pada si dia dan nyatakan rindu anda terhadapnya meskipun belum sejam anda meninggalkan rumah.

www.maskahwin.com

IDEA # 69
Jangan biarkan pasangan anda sendirian ketika tiba waktu tidur. Temani si dia sehingga dia betul-betul telah terlelap. Jika anda ada tugasan dari pejabat yang belum selesai, lakukanlah selepas menidurkan pasangan anda. Tapi jangan lupa, jadilah orang pertama yang mengucapkan selamat pagi pada si dia keesokan harinya.

IDEA # 70
Sekali sekala ada baiknya jika anda dan pasangan terlibat dalam pertengkaran kecil. Ini kerana anda berdua akan cuba memperbaiki keadaan dengan saling memujuk antara satu sama lain. Hubungan anda berdua selepas itu tentunya lebih mesra lagi.

IDEA # 71
Beli strawberi bersalut cokelat untuk anda dan pasangan. Apa kata kalau anda suapkan ke mulut si dia ketika menonton rancangan kegemaran di ruang tamu atau ketika sama-sama berendam di tab mandi sambil dilatari alunan muzik lembut kesukaan anda berdua. Tentu romantik, bukan!

IDEA # 72
Apabila anda ke taman bersama pasangan, ajak si dia duduk di buaian sambil anda menghayunkan buaian tersebut. Ia selalunya akan mengimbau kenangan manis ketika zaman kanak-kanak.

IDEA # 73
Beli sepasang jam tangan atau telefon bimbit yang sama untuk diri anda dan pasangan. Lebih bermakna jika ia dipilih sendiri oleh anda dan si dia.

IDEA # 74
Jika pasangan anda tiada di sisi seperti menghadiri seminar atau membuat tugasan luar, tuliskan cetusan rasa rindu anda terhadapnya pada sehelai kertas. Letakkan pada tempat yang senang dilihat olehnya. Si dia tentu terharu kerana diri dirindui setiap waktu.

IDEA # 75
Berenang juga merupakan antara aktiviti romantik yang anda boleh lakukan bersama pasangan. Jika si dia tidak pandai berenang, itu satu kredit buat anda

www.maskahwin.com

kerana pasangan anda tentunya tidak berani berenang jauh, sebaliknya akan terus berpaut pada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah, imbangkan badannya di dalam air sambil anda memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar si dia mula mempelajari cara berenang dengan bimbingan daripada anda.

IDEA # 76
Pernahkah anda meluangkan masa menari dengan pasangan? Jika belum, apa kata jika anda ajak si dia menari di rumah mulai hari ini. Pasangkan muzik lembut ibarat di dewan tari menari sambil anda berdua menari mengikut alunan irama yang berkumandang. Anda tidak perlu berstatus pro demi membuktikan diri anda romantik, sebaliknya jangan hadkan rutin romantik anda bersama pasangan. Si dia pasti terkejut dengan ajakan anda untuk menari bersama, tetapi mustahil akan menolaknya.

IDEA # 77
Puji pasangan untuk setiap bantuan yang diberikan. Misalnya memuji kerajinannya serta sifat gentleman yang dimilikinya. Jangan melihat pada aspek negatif pasangan kerana ia akan mengeruhkan hubungan. Sebaliknya beri pujian dengan ikhlas serta ucapan terima kasih.

IDEA # 78
Ajak pasangan pergi camping hanya berdua. Bayangkan anda mendirikan khemah, menangkap ikan, menyediakan makanan dan membuat anggun api bersama-sama. Keluar dari kelaziman dengan melakukan aktiviti yang jarang anda lakukan bersama pasangan jika inginkan sedikit pembaharuan dalam hubungan anda.

IDEA # 79
Aktiviti di air memang romantik dan menenangkan. Carilah ruang masa antara anda dan pasangan untuk pergi berkayak atau menaiki sampan samada ketika hujung minggu/bercuti. Anda dayungkan kayak/sampan tersebut untuknya, tapi sebelum itu jangan lupa pakaikan jaket keselamatan untuk diri dan pasangan.

IDEA # 80
Jadilah peminat setia pasangan anda. Setiap individu memiliki kelebihan berbeza begitu juga anda dan pasangan. Ucaplah bahawa anda amat mengagumi si dia untuk setiap pencapaian yang dimilikinya.

www.maskahwin.com

IDEA # 81
Berikan masa kepada pasangan untuk dirinya sendiri. Sekiranya pasangan anda ingin ke spa, beri keizinan untuk dia memanjakan dirinya. Anggaplah pasangan juga memerlukan ruang untuk bersendirian. Jangan desak si dia untuk menurut kehendak anda setiap masa.

IDEA # 82
Cipta kejutan istimewa apabila tiba hari lahir pasangan anda. Beli beberapa tangkai mawar merah mengikut kiraan umur si dia, bahagikan jumlah mawar tersebut kepada dua bahagian, kemudian rancang untuk bertemu dengannya di kompleks membeli-belah. Sebagai kejutan, pastikan anda tiba di sana terlebih dahulu daripada pasangan kemudian sembunyi pada tempat yang hampir pada lokasi temu janji anda. Minta bantuan orang yang lalu-lalang untuk menyampaikan bunga kepadanya dengan ucapan selamat hari lahir sambil menyebut nama pasangan anda, berikan bunga tersebut kepada si dia dan berlalu. Lebih menarik jika bunga tersebut disampaikan kepada pasangan melalui kanakkanak. Ulang cara yang sama hingga sebahagian jumlah mawar tadi habis sebelum anda hampiri si dia dan berikan sebahagian mawar lagi.

IDEA # 83
Jadikan pasangan sebagai tempat rujukan/teman berbincang yang utama bagi segala hal. Tidak kira samada ia merupakan urusan di pejabat ataupun di rumah, mintalah pendapat pasangan anda. Jangan buat keputusan secara sembunyisembunyi. Perkongsian peranan dalam pembuatan keputusan akan membuatkan pasangan berasa dihargai.

IDEA # 84
Jika anda sebagai suami, beri galakan supaya isteri anda mencontohi keperibadian isteri-isteri Rasulullah SAW. Nyatakan keistimewaan si dia apabila bergelar seorang isteri serta tuntutan untuk berbuat baik terhadap anda.

www.maskahwin.com

Tetapi jangan terlalu mendesak agar si dia menjadi sempurna dalam sekelip mata. Sebaliknya teruskan memberi galakan serta jadikan diri anda sebagai contoh ikutan bagi pasangan.

IDEA # 85
Kenalkan si dia pada rakan-rakan dan keluarga anda meskipun anda berdua mungkin baru bergelar teman istimewa.

IDEA # 86
Jadikan suasana humor sebagai penyeri kehidupan anda berdua. Jika anda dan pasangan berasal dari negeri berbeza, pasti banyak keunikan antara anda dan si dia. Sekali-sekala apakata jika anda cuba bertutur dalam dialek negeri si dia. Pastinya kedengaran kelakar dan mengundang tawa pasangan anda.

IDEA # 87
Payungkan si dia apabila hari hujan. Jangan lupa menyuruh pasangan rapat pada anda supaya bajunya tidak basah. Lebih baik lagi jika anda memegang payung sambil si dia memeluk pinggang anda ketika berjalan.

IDEA # 88
Jika anda mengalami masalah mengingati tarikh-tarikh penting anda berdua, jangan lupa setkan di dalam reminder telefon bimbit anda.

IDEA # 89
Jika pasangan anda tertidur ketika menonton TV bersama anda di ruang tamu, jangan kejutkan si dia. Sebaliknya angkat pasangan anda perlahan-lahan ke bilik tidur disertai dengan ciuman selamat malam di dahinya.

IDEA # 90
Belikan bahan bacaan yang digemari si dia. Misalnya novel terbaru di pasaran yang amat dinanti-nantikan olehnya.

IDEA # 91

www.maskahwin.com

Kongsi bacaan/pengetahuan berkenaan tips kebahagiaan rumah tangga, seksologi perkahwinan dan persediaan menimang cahayamata bersama pasangan anda. Cubalah menjadi seorang suami yang serba tahu kerana ia akan membuatkan pasangan berasa kagum dengan anda.

IDEA # 92
Pilih tempat-tempat yang santai untuk meluangkan masa bersama pasangan: (a) taman rekreasi (b) pasar malam (c) pameran kereta

IDEA # 93
Beli baucer hadiah untuk perawatan wajah di salon kecantikan terpilih, letakkan di dalam sampul dengan mesej berbunyi, Rawatan istimewa buat dirimu yang teristimewa

IDEA # 94
Minta pasangan urutkan bahu dan tengkuk anda ketika memandu supaya tidak mengantuk sepanjang pemanduan.

IDEA # 95
Tutup mata pasangan anda dengan sehelai kain, pimpin si dia ke kereta tapi jangan nyatakan destinasi yang akan anda tujui. Setelah sampai ke lokasi yang anda inginkan, barulah tanggalkan kain yang menutupi mata si dia.

IDEA # 96
Buat temu janji dengan pasangan di restoran atau tempat-tempat yang dirasakan romantik bagi anda berdua. Tetapi pergi secara berasingan. Berpura-pura seperti anda belum mengenali antara satu sama lain. Apabila tiba di tempat yang dijanjikan, kenalkan diri anda pada si dia. Tanya samada anda boleh duduk semeja dengannya. Cuba kembalikan memori ketika anda berdua baru berkenalan.

IDEA # 97

www.maskahwin.com

Tujukan lagu kegemaran pasangan anda melalui corong radio disertai ucapan romantik untuknya. Jangan lupa menyuruh si dia dengarkan siaran radio yang sedang ke udara ketika itu.

IDEA # 98
Tanya pada si dia tentang apa yang paling diimpikan dalam hidupnya, kemudian usahakan untuk memenuhi impian pasangan anda itu.

IDEA # 99
Bawa pasangan berbulan madu untuk kali kedua di tempat-tempat yang berbeza dalam masa seminggu. Misalnya 3hari di Genting Highlands, 3hari lagi di Pulau Perhentian. Tidak perlu ke luar negara, asalkan anda bijak mengatur jadual percutian di samping menghangatkan kembali hubungan anda dan pasangan yang mungkin kian suram.

IDEA # 100
Pastikan keadaan di rumah sentiasa kemas biarpun dengan kehadiran anakanak. Jangan biarkan ruang tamu dan dapur bersepah kerana ia akan menyakitkan mata pasangan. Sebaik-baiknya jangan menyerahkan aktiviti mengemas rumah pasangan semata-mata, sebaliknya lakukanlah secara bersama. kepada

IDEA # 101
Sentiasa doakan rumahtangga anda dan pasangan supaya terus rukun dan damai. Ajak pasangan sama-sama menghafal ayat-ayat tertentu dan mengamalkannya selalu untuk kebahagiaan yang berkekalan antara anda berdua.

Anda mungkin juga menyukai