Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT KESIHATAN KAWASAN PETI SURAT 101 89807 BEAUFORT Tel : 087-211473 / Fax : 087-212095 RUJ:PKBFT/RCS/199/901/3/1(112) Tarikh : 9 Febuari

2012 Puan Rufina Agustin Pen.Pegawai Tadbir Pejabat kesihatan Beaufort. Puan, MEMOHON SEBUAH MESIN BASUH UNTUK KEGUNAAN KLINIK. Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas. 2. Tujuan pemohonan perkara di atas adalah untuk kegunaan mencuci dan membersihkan linen (kain) klinik. Pada masa kini terdapat enam buah katil yang menggunakan linen harian untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan. Permohonan ini juga diarahkan oleh Ketua Jururawat agar kebersihan dan keselesaan untuk pesakit dapat dicapai secara holistic. 3. Sehubungan itu,keadaan ini juga telah menambah beban kerja PPK yang bertugas. Justeru itu, adalah di harap pihak puan dapat memberikan kami kemudahan tersebut secepat mungkin agar perkhidmatan di klinik ini dapat ditingkatkan. 4. Perhatian dan tindakan pihak puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang benar, . ( CAROL BIN SENIONG ) Pen.Peg. Perubatan (Y/M) Klinik Kesihatan Padas Damit, Beaufort.

Anda mungkin juga menyukai