Anda di halaman 1dari 1

My Resipi: resepi Scones Belum menjadi ahli? Daftar (percuma) | Sudah menjadi ahli?

Log In HomeMy ResipiSenarai ResepiFaq Tempat untuk berkongsi resepiAda resepi menarik, ada masakan yang mana anda berminat untuk di kongsi bersama. Jom kita sama-sama berkongsi resipi di web ini. Mudah saja, Daftar (percuma) dan kemudian isikan resipi-resipi anda tersebut, dan selepas itu nantikan komen-komen daripada mereka yang mencuba resipi anda itu. Pendaftaran adalah percuma tak perlu bayar apa-apa pun. oleh: iesha Scones iesha@myresipi.com resepi daripada Rachel Allen, sesuai utk breakfast dan minum petang. Created on : 25-10-2009 Bahan-bahan ( 16 biji ) 500g tepung gandum *diayak 1sk soda bikarbonat *diayak 2sk cream of tartar *diayak 1sk garam 125g mentega (yang masih sejuk, dipotong kiub) 25g gula caster 1biji telur 275ml buttermilk (saya beli di cold storage jenama pauls, guna fresh milk pun blh) 50g gula caster (optional) Cara-cara Panaskan oven pada suhu 220C. Campurkan tepung, soda bikarbonat, cream of tartar dan garam dalam satu mangkuk. Masukkan mentega dan gaul sehingga jadi seperti bread crumbs. Masukkan gula dan gaul sebati. Ketepikan 1/3 telur untuk diglis pada permukaan roti dan selebihnya dicampur bersama buttermilk/fresh milk. Tuangkan ke dalam tepung tadi dan gaul. Uli sedikit di atas permukaan yang lightly floured. Jangan uli lama. Sekadar untuk satukan semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut. Canaikan sehingga menjadi setebal 2cm. Terap guna acuan bulat. Lebihan telur tadi dicampurkan dengan sedikit susu dan digliskan pada permukaan scone. Tabur sedikit gula di atas permukaan scone dan bakar selama 10-12 minit. Hidangkan dengan jem dan whipped cream. Copyright 2009 myresipi.com, ada apa-apa komen dan juga idea? Hantarkan kepada kami

Anda mungkin juga menyukai