Anda di halaman 1dari 1

Resepi Cheesekut

Cara-cara masakan resepi cara cheesekut


mudah dan sedap;
1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan
sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang.

2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun
biskut).

3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas
acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua
lubang.

4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di
atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream
cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut.

5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit.

6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut.

Macam mana? Mudah je kan resepi cheesekut yang cik tom kongsikan kali ni. Kalau rajin buat
boleh amik open order kat ofis tau. Shida pernah amik order buat cheesekut ni. Memang
berbaloi. Ni salah satu cara nak cari sideincome dari rumah jugak.

Selamat mencuba resepi cheesekut mudah dan sedap

Anda mungkin juga menyukai