Anda di halaman 1dari 1

Kimchi

Bahan Bahan Buat Sos Kimchi Korea Sedap Dan Halal :

2 ulas bawang putih tumbuk

1 cawan serbuk lada merah

2 sudu besar gula

1 sudu kecil halia tumbuk

2 sudu besar sos ikan

4 batang daun bawang

Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan

1 biji kobis panjang iris tipis

1/2 cawan garam halus

2 biji lobak merah dihiris menjadi batang mancis

1 ikat daun bawang, dipotong memanjang

Cara Membuat Kimchi Korea Yang Mudah :

Pilih kobis panjang, Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di
dalam air supaya tidak rosak.

Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja
air jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air. Toskan airnya sehingga kering.

Setelah itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan diatas ke dalam besen, Lumur sos pada
setiap helaian kobis tadi sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali.
Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun. Selepas itu,
simpan dalam bekas

kimchi korea ni boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci
dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila
hendak di makan, keluarkan kimchi korea dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya.
Karena kimchi korea ni tahan sehingga berbulan-bulan. Semoga Resepi kimchi korea asli paling
mudah sedap dan halal ni bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai