Anda di halaman 1dari 23

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

TEORI-TEORI MOTIVASI DAN SEJAUH MANA IA DAPAT DIAPLIKASIKAN DALAM AMALAN PENGURUSAN DI ORGANISASI TUGASAN OLEH : SYIRLEEN ADLYNA BINTI OTHMAN M20111000194

1.0

Pengenalan Kejayaan di tempat kerja tidak dapat dipisahkan daripada fungsi-fungsi keketuaan dan

kepimpinan. Individu-individu yang tidak mempunyai kemahiran menjadi ketua ataupun pemimpin tidak akan dapat meningkatkan diri dalam kerjayanya. Pakar berpendapat tugas pemimpin yang paling utama ialah memberikan dorongan kepada orang-orang yang dipimpinnya. Setiap individu seharusnya menyediakan suasana kerja yang berupaya mendorong seseorang itu mahu mendorong diri sendiri. Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga boleh dikatakan sebagai rancangan atau keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk mencapai sesuatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi menunjukkan ia telah mempunyai kekuatan untuk mendapat kejayaan dalam kehidupan. Semua jenis Teori Motivasi dapat dikelompokkan ke dalam dua jenis. Kedua-dua itu berbeza sudut pendekatannya. i. Teori teori kandungan ( Content Theories) Teori teori ini cuba menerangkan secara fitrah wujud dalam diri manusia dan bagaimana unsur-unsur semulajadi mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

Jadi teori-teori ini percaya bahawa cirri-ciri fitrah manuai adalah punca kepada setiap tingkah lakunya. Teori yang terdapat dalam kelompok ini ialah a) Teori Hierarki Maslow oleh Abraham Maslow b) Teori Dua Faktor oleh Herzberg c) Teori Motivasi Pencapaian oleh Mclelland Teori-teori ini cuba menerangkan motivasi secara individual tanpa sebarang dorongan daripada orang lain. ii. Teori-teori Proses( Process Theories) Teori-teori ini cuba menerangkan proses-proses motivasi dan apa yang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu perbuatan , apa yang menyebabkan perbuatan tersebut dan apa yang menentukan arah perbiuatan tersebut. Teori teori yang terdapat dalam kelompok ini ialah: a) Teori Pengharapan ( Expentancy Theory) b) Teori Ekuiti ( Equity Theory) c) Teori Gol ( Goal Theory) d) Teori Atribusi (Attribution Theory) Teori ini cuba menerangkan proses mengapa dan bagaimanakah seseorang individu ini melakukan sesuatu tingkah laku. Teori-teori ini disebut juga sebagai teori-teori keputusan. Teori ini mengatakan manusia sentiasa memproses maklumat dan seterusnya mengambil pelbagai keputusan. Setiap keputusan yang diambil itulah yang menentukan tingkah laku individu berkenaan. Teoriteori jenis ini percaya setiap tingkah laku manusia didorong oleh tujuan. Pencapaian individu dalam sesuatu perkara adalah berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Malah seseorang individu mungkin menunjukkan pencapaian yang berbeza antara satu masa dengan satu masa yang lain ataupun antara satu situasi dengan satu situasi yang lain. Setiap individu mempunyai bentuk pencapaian yang berbeza berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya seperti pengalaman bekerja, minat terhadap kerja,

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

kesesuaian dengan jawatan yang disandang, kebolehan fizikal dan intelektual yang berbeza dan perbezaan tahap motivasi pekerja. Segala tingkah laku individu semasa bekerja banyak dipengaruhi oleh tahap motivasi individu tersebut terhadap tindakan yang dilakukan. Umumnya sewaktu menceburi bidang pekerjaan, individu akan merasai dua keadaan sama ada suka atau tidak suka terhadap pekerjaan tersebut. Perasaan ini adalah hasil daripada pelbagai emosi atau perasaan seseorang individu. Terdapat banyak domain yang akan mempengaruhi motivasi individu dalam pengurusan. Di antaranya ialah personaliti, perkembangan intelek dan kognitif, kebolehan dan keupayaan semulajadi, perkembangan sosial, moral dan sikap. Motivasi dalam hal ini merujuk kepada kepuasan yang individu peroleh dan kecapi apabila melakukan sesuatu tugas sama ada sebagai seorang pelajar atau pekerja. Bagi pekerja, ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk cuba mengembangkan suasana pengurusan yang optimum sama ada daripada sudut pengiktirafan ataupun pemupukan minat bekerja. Pemupukan minat dalam bekerja adalah sangat penting kerana minat merupakan satu elemen yang akan mendatangkan kesan dalam motivasi seseorang untuk terus bertindak dan merasai kepuasan dalam pekerjaan. Faktor motivasi pekerja dianggap sebagai aspek terpenting di dalam pengurusan kerja sesebuah organisasi. Motivasi merupakan satu perangsang bagi membangkitkan minat dan mengekalkan dorongan individu ke arah mencapai sesuatu matlamat. Justeru, walaupun seseorang individu mempunyai bakat dan kebolehan yang baik berbanding rakannya namun masih tidak berguna sekiranya tidak dipenuhi dengan tahap motivasi yang tinggi terhadap kerja yang disandang. Pembentukan matlamat dalam organisasi merupakan sasaran yang ingin dicapai oleh seseorang. Matlamat mempunyai ciricirinya yang tersendiri. Dengan mengenal pasti ciri-ciri matlamat, seseorang individu dapat menilai kualiti dan keberkesanan yang bakal diperoleh daripada matlamat yang akan tercapai. Menurut Ahmad Atory (1996) sesebuah organisasi tidak akan dapat tercapai matlamatnya tanpa terlebih dahulu disusun dan di dokong oleh ahli-ahli dalam organisasi dengan berkesan. Menurut Mohamad Salleh Lebar motivasi individu banyak ditentukan oleh

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

unsur-unsur fitrah yang terdapat pada manusia seperti potensi, kekuatan dan kelemahan, mental, emosi, jasmani, rohani dan perbezaan individu. Manusia terdiri daripada tiga unsur yang utama. Unsur yang pertama ialah unsur fisiologi atau jasad juga dikenali sebagai psikomotor. Unsur yang kedua ialah unsur intelektual atau akal juga dikenali sebagai kognitif. Sementara unsur yang ketiga adalah unsur spiritual atau rohani juga dikenali sebagai afektif. Setiap unsur tersebut mempunyai keperluannya yang tersendiri yang perlu dipenuhi oleh individu. Sebagai manusia sememangnya diciptakan dengan pelbagai keperluan Motivasi adalah satu proses psikologi atau kognitif yang bersifat subjektif dan yang paling asas, daripada proses kognitif yang aktif dan positif, akan diikuti dengan pelbagai aspek yang lain seperti kebolehan, potensi dalam bekerja, semangat dan kesungguhan. Menurut pendapat ini motivasi individu akan datang apabila kognitifnya dapat berfungsi secara baik dan sihat, keupayaan untuk memikirkan perkara berkaitan dengan kerja, berkeyakinan menjalankan tugas, berdaya untuk membuat keputusan dan mampu untuk bekerja secara ikhlas tanpa paksaan. Menurut Steers dan Porter motivasi adalah dari perkataan Inggeris iaitu motivation yang diambil dari perkataan Latin movere bermaksud menggerakkan. Ia merupakan satu dorongan untuk membangkit, menguatkan dan mengarah kelakuan seseorang. Menurut Jerald Greenberg dan Robert A. Baron (1995) pula motivasi adalah satu proses yang menghasilkan, mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat. Motivasi sangat berkait rapat dengan keupayaan individu untuk membuat keputusan sendiri dalam segala tindakan yang diambil. Kemampuan untuk membuat keputusan juga bermakna kesediaan individu tersebut untuk menanggung segala akibat di sebalik keputusan yang diambil. Seseorang individu yang bermotivasi akan dapat membuat keputusan dalam setiap tindakan yang memerlukannya membuat keputusan dan seterusnya bersedia untuk memikul segala hasil di atas keputusan yang telah dibuat. Menurut Andrzej Huczynski dan David Buchanan (1991) motivasi

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

merupakan satu proses pembuatan keputusan bagi membolehkan seseorang individu memilih hasil yang dikehendaki dan menentukan set tingkah laku yang bersesuaian untuk mencapainya. Fred Luthans (1995) pula mendefinisikan motivasi sebagai satu proses yang bermula dengan kekurangan fisiologi, psikologi atau keperluan yang menggerakkan tingkah laku atau kehendak yang menjurus kepada satu matlamat atau insentif. Keperluan kepada pembentukan matlamat dalam pekerjaan dianggap sebagai satu motivasi yang dapat menggerakkan diri individu ke arah usaha untuk memenuhi domain afektif, kognitif ataupun psikomotor dalam kehidupan. Mengikut Beach dari aspek sumber manusia, motivasi dikatakan sebagai satu bentuk dorongan yang melibatkan kesediaan seseorang individu ataupun kumpulan dalam menyumbangkan tenaga dan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, tujuan atau ganjaran. Bagi kebanyakan pekerja motivasi untuk bekerja lebih dikaitkan dengan faktor ganjaran. Ganjaran bagi mereka ialah satu keperluan yang mendesak mereka untuk bertindak serta maju, kemudiannya menjadi motif atau matlamat kepada sesuatu tindakan yangdiambil. Menurut al-Qabisi, setiap individu memerlukan sanjungan dan ganjaran di atas segala perbuatan kerana sanjungan merupakan rasa kepuasan seseorang ketika mendapat ganjaran atas sesuatu yang sudah dilakukannya. Motivasi merupakan satu perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuk mengubah minat, sikap dan tingkah lakunya. Mengikut Woolfolk (1990), motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman yang akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku individu. Sikap terhadap sesuatu tindakan datangnya daripada pembentukan perasaan dan pemahaman. Seorang pekerja yang mempunyai pandangan yang positif terhadap sesuatu perkara akan memberinya dorongan dan semangat ke arah menjalankan aktiviti pekerjaan yang aktif dan bermakna. Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi yang bersifat intinsik adalah sifat pekerjaan itu sendiri yang membuat seseorang termotivasi, dan mendapat kepuasan dengan melakukan pekerjaan tersebut dan bukannya kerana rangsangan lain seperti status ataupun ganjaran dalam bentuk wang. Manakala motivasi

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

ekstrinsik adalah manakala elemen- elemen diluar pekerjaan yang menjadi faktor utama untuk memotivasikan seseorang seperti status ataupun ganjaran. . Pada dasarnya setiap teori motivasi itu mendakwa ganjaran memberikan pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku seseorang pekerja itu. Kita dapat melihat perubahan dalam sikap dan pembuatan keputusan sekiranya sesuatu keputusan itu diberikan ganjaran yang berbeza-beza. Ganjaran pula boleh diterjemahkan kepada dua iaitu ganjaran primer dan ganjaran sekunder. Ganjaran primer merupakan ganjaran asas yang membolehkan seseorang itu terus hidup seperti makanan dan pakaian manakala ganjaran sekunder pula merupakan ganjaran tambahan seperti pengiktirafan dan kasih sayang. Dalam bahagian seterusnya , kita akan membincangkan beberapa teori motivasi yang dilihat sangat mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang pekerja itu dalam sesebuah organisasi dan bagaimana teori-teori motivasi ini memberikan kesan dan diaplikasikan dalam pengurusan organisasi. 2.0 Huraian Teori Motivasi

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW Abraham Maslow (1943;1970) mengemukakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki keperluan asas. Ia ditunjukkan dalam lima hierarki yang berbentuk piramid, bermula dari tingkat yang paling bawah. Lima tingkat keperluan itu dikenali sebagai Hierarki Keperluan Maslow, dimulai dari keperluan fisiologi asas sehingga kepada unsur psikologi yang lebih kompleks; yang hanya akan dipenuhi setelah semua kepentingan dan keperluan asas telah dipenuhi. Keperluan perlu dipenuhi di bahagian paling bawah sebelum cuba memenuhi keperluan pada tingkat yang seterusnya.

Rohani Penghargaan Kasih Sayang Keselamatan 14 Fisiologi

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

GAMBARAJAH 1: HIERARKI KEPERLUAN MASLOW Keperluan sebagainya) Keperluan keselamatan (merasa aman dan terlindung, jauh dari bahaya) Keperluan kasih sayang (perasaan ingin disayangi oleh orang lain) Keperluan penghargaan (pujian, pengiktirafan dan anugerah atas pencapaian) Keperluan Sempurna Kendiri ) tahap paling tinggi yang meliputi pencapaian paling tinggi dalam hidup seseorang seperti mencapai cita-cita. Seorang ahli psikologi klinikal Amerika iaitu Abraham Maslow telah fisiologi (rasa lapar, dahaga dan keperluan tempat tinggal dan

memperkenalkan satu teori tingkah laku individu yang berkait rapat dengan tingkat keperluan. Beliau berpendapat sekiranya seseorang telah dapat memenuhi semua keperluan dalam hidup maka individu tersebut telah berjaya dalam menentukan hidupnya. Maslow mengaitkan kepentingan memenuhi semua tingkat keperluan dengan tahap motivasi individu dalam pengurusan strategik. Jika individu berjaya memenuhi semua keperluan maka individu tersebut akan berperanan dengan lebih aktif dan ceria sebagai seorang pekerja dalam apa jua bentuk organisasi. Individu tersebut akan sanggup berusaha dengan lebih gigih dan menjadi lebih produktif. Teori hierarki Maslow menjelaskan bahawa setiap individu perlu memenuhi segala keperluan asas untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup. Lima keperluan ini harus dipenuhi oleh individu untuk mengelak diri dari mengalami perasaan kekurangan berbanding individu lain. Lima asas keperluan menurut Maslow ini telah disusun dalam bentuk hierarki yang bermula daripada aspek fisiologi sehinggalah kepada keperluan pencapaian hasrat diri. Menurut Maslow, setiap individu hanya mempunyai satu keperluan hidup dalam satu masa

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

yang tertentu. Setelah satu-satu keperluan tersebut berjaya dipenuhi, keperluan tersebut tidak dapat lagi memberikan semangat dan dorongan kepada individu berkenaan untuk bekerja dengan lebih teguh. Lima keperluan asas menurut Maslow adalah seperti keperluan kepada fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan nilai diri dan keperluan hasrat diri Maslow menekankan kepada kepentingan setiap individu untuk memenuhi setiap peringkat keperluan tersebut sebagai langkah memperoleh motivasi dalam pekerjaan. Segala peringkat keperluan tersebutnboleh dikenal pasti dan disediakan dalam alam pekerjaan, antaranya seperti: i. Keperluan Fisiologi Keperluan fisiologi merupakan peringkat yang paling asas dan rendah tetapi paling penting untuk dipenuhi oleh seseorang pekerja terlebih dahulu. Keperluan jenis ini termasuklah keperluan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Semua keperluan di peringkat ini boleh dipenuhi oleh pengurusan kerja dalam organisasi melalui imbuhan atau ganjaran bekerja seseorang individu seperti perolehan gaji, elaun, bonus dan upah yang mencukupi untuk keperluan asas ini. Keperluan ini adalah sangat penting kerana keperluan jenis ini akan menentukan sama ada individu itu dapat meneruskan kehidupan atau tidak. ii. Keperluan Keselamatan Ia merupakan peringkat keperluan yang kedua dalam teori menurut Maslow. Keperluan keselamatan merupakan keperluan asas manusia sesudah keperluan yang pertama berjaya dipenuhi. Keperluan keselamatan di tempat kerja termasuklah seperti keperluan jaminan keselamatan fizikal di tempat kerja, kesihatan pekerja, persekitaran kerja yang lebih selamat dan terjamin kepada pekerja tanpa di bimbang perasaan takut dan gelisah. Ramai di kalangan ketua di tempat kerja akan mencuba mencipta rasa tidak selamat bagi tujuan mendorong orang bawahan supaya bekerja. Contohnya mana-mana pekerja yang tidak menjalankan tugas seperti yang diarahkan, tindakan akan dikenakan seperti pemotongan gaji.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

iii. Keperluan Sosial Ini merupakan peringkat keperluan kehidupan ketiga dalam teori hierarki Maslow. Keperluan sosial ini dianggap penting kepada individu apabila keperluan keselamatan telah dapat dicapai sepenuhnya oleh individu. Keperluan ini akan dipenuhi apabila individu merasakan dirinya adalah sebahagian daripada organisasi, merasa diri disayangi dan dikasihi, perasaan dipunyai, mempunyai teman dan merasa diperlukan oleh

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

organisasi. Keperluan sosial ini berkait rapat dengan interpersonal dan interaksi dalam organisasi. Kestabilan psikologi akan dirasai apabila individu mempunyai rakan dalam organisasi dan dapat bersosialisasi dan bukannya terpaksa bekerja secara bersendirian atau berasingan daripada orang lain. Maslow menetapkan ketiga-tiga peringkat keperluan tersebut sebagai perkara penting dan asas yang patut dipenuhi oleh pihak pengurusan strategik organisasi supaya berjaya menghasilkan tenaga pekerja yang sentiasa bermotivasi, berdaya saing dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan peranan. Selain daripada tiga peringkat keperluan tersebut Maslow menetapkan dua peringkat keperluan tambahan ke atas individu untuk dipenuhi. Dua keperluan ini merupakan kesinambungan daripada ketiga-tiga keperluan tadi yang menjadi sumber terkuat untuk mendorong individu dalam menjalankan kerja. Keperluan peringkat keempat dan kelima ini akan terus mendorong individu untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan kerja pada tahap yang maksimum. Keperluan sosial ini didorong oleh keinginan manusia itu bagi menjadi sebahagian daripada kumpulan manusia-manusia lain. Keperluan ini yang mendorong manusia berkahwin, mempunyai anak-anak, menjaga hubungan dengan kaum keluarga dan sanak saudara. Bagi sesetengah manusia, ia sangat mementingkan interaksi dengan manusiamanusia lain. Apabila tugas-tugas yang mereka jalankan tidak memberi peluang yang secukupnya untuk interaksi seperti itu mereka menjadi amat tidak puas hati. Di tempat kerja faktor penerimaan oleh rakan-rakan sejawat dan sekerja amat penting bagi mereka. Maslow mengemukakan ciri-ciri individu yang mempunyai dorongan realisasi diri yang sangat tinggi seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Mereka mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti Mereka mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menerima diri sendiri dan orang lain Mereka sangat spontan Mereka fokus kepada penyelesaian masalah Mereka sangat memerlukan privasi dan suka bersendiri

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

vi. vii. viii. ix.

Mereka berjiwa bebas dan tidak mahu tunduk kepada sebarang sekatan budaya. Mereka mudah menghargai dan mudah memberikan reaksi. Mereka mempunyai nilai-nilai kemanusiann yang sangat tinggi. Mereka sangat kreatif

iv. Keperluan Nilai Diri Keperluan nilai diri merupakan peringkat keempat dalam teori keperluan Maslow selepas semua keperluan di peringkat pertama, kedua dan ketiga dipenuhi. Pada peringkat keempat ini keperluan nilai diri atau harga diri akan memainkan peranan yang penting untuk mendorong seseorang individu untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh. Keperluan nilai diri ini adalah seperti keperluan seseorang individu untuk merasakan dirinya dihormati, dihargai dan diiktiraf oleh pihak pengurusan strategik organisasi. Keperluan ini adalah penting kerana individu yang merasakan nilai dirinya tinggi dan diiktiraf oleh orang lain akan mendatangkan rasa keyakinan diri yang tinggi, konsep kendiri yang positif dan penghargaan kendiri yang tinggi. Situasi ini akan menyebabkan individu merasa selesa untuk bekerja, mencurahkan tenaga secara ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan persekitaran kerja yang sihat. Keperluan jenis ini akan wujud dalam organisasi apabila terdapat aktiviti-aktiviti yang berbentuk pujian, pengiktirafan dan penghargaan terhadap individu yang cemerlang hasil daripada tugas dan peranan yang telah berjaya diberikan. v. Keperluan Pencapaian Hasrat Diri Peringkat ini merupakan keperluan yang paling tinggi dan terakhir dalam teori keperluan Maslow. Pencapaian hasrat diri ini merupakan satu keperluan untuk merealisasikan kehebatan dan kebolehan diri individu. Peringkat ini membolehkan individu menonjolkan potensi dan bakat diri yang sebenar bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberikan. Keperluan jenis ini boleh dipenuhi dalam organisasi melalui pengagihan tanggungjawab yang lebih mencabar dengan mewujudkan program-program berbentuk latihan atau sistem

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

kerja yang sistematik yang menyediakan peluang-peluang peningkatan diri kepada individu. TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN OLEH MCCLELLAND Para pengkaji mendapati individu-individu yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza daripada orang lain. Mereka mendapati sesetengah individu memang mempunyai hasrat yang kuat mahu menjadi orang yang berjaya. Pakar yang mempelopori dan paling banyak menjalankan kajian ke atas psikologi ialah Profesor McClelland. Pada tahun 1958, beliau menerangkan sejenis personaliti yang mempunyai ciri-ciri kehendak untuk berjaya dalam istilah yang beliau gunakan. Beliau mencipta satu kaedah bagi mengukur setinggi mana kehendak seseorang itu untuk berjaya. Teori McClelland digunakan secara meluas oleh ahli-ahli psikologi lain untuk mengkaji ciri-ciri personaliti seorang pejaya iaitu individu yang sangat berkehendakkan kepada kejayaan. Beliau menyatakan keperluan untuk berjaya adalah keinginan untuk menguasai orang lain , untuk mempengaruhi tingkah laku mereka dan untuk bertanggungjawab bagi pihak mereka. Individu-individu yang memiliki keperluan untuk berkuasa yang tinggi mempunyai keinginan-keinginan berikut: 1. Mereka ingin mempengaruhi dan memberi arahan kepada orang lain. 2. Mereka ingin mengawasi dan mengawal tingkah laku orang lain. 3. Mereka ingin mengekalkan hubungan ketua-pengikut. Mereka mahu supaya tugas-tugas yang mereka jalankan itu diberi penilaian demi mencapai kemajuan. Sesetengah individu takut dirinya dan hasil kerjanyadinilai oleh itu mereka mengelak daripada menerima tugas-tugas yang prestasinya mudah dinilai. Mereka yang mempunyai personaliti pejaya mahu supaya diri dan hasil kerja mereka dinilai secara objektif kerana dengan cara ini mereka mendapat maklum balas yang berguna bagi meningkatkan lagi prestasi mereka. Mereka akan melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab , mengandungi kepelbagaian , diberi penilaian dan mereka diberi kebebasan bagi memikirkan bagaimana tugas-tugas itu sebaiknya dijalankan dan bagaimanakah masalah-masalah yang timbul

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

sepatutnya diselesaikan. Salah satu tingkah laku menonjol personaliti pejaya adalah mereka itu berminat mendengar percakapan dan mendengar perbincangan yang mengandungi topiktopik yang menggambarkan peluang-peluang kemajuan kepada status mereka, keuntungan ekonomi ataupun peningkatan kepada kuasa yang dimiliki. McClelland mengatakan sesetengah individu mempunyai keperluan yang tinggi untuk berjaya. Menurut beliau keperluan keperluan manusia tidak bersifat semula jadi. Sebaliknya apa yang lazimnya dianggap sebagai keperluan adalah sebenarnya tingkah laku yang dipelajari melalui perkara-perkara dan peristiwa yang dialami oleh seseorang individu sepanjang hidupnya. McClelland yakin keperluan pencapaian dapat diajarkan kepada kanakkanak dan orang-orang dewasa. Menurut beliau , latihan mesti ditujukan kepada empat matlamat iaitu: 1. Mereka diajarkan cara-cara membuat matlamat mereka sendiri dan mencatatkan kemajuan prestasi mereka. 2. Mereka diajar menggunakan bahasa kejayaan di mana mereka diajar supaya berfikir , bercakap dan berkelakuan sebagaimana orang-orang yang memiliki keperluan pencapaian yang tinggi. 3. Merek diberi dorongan dan dukungan intelektual di mana mereka diajar bahawa keperluan pencapaian adalah sangat penting sebagai syarat bagi mencapai cita-cita dan kejayaan. 4. Mereka diberi sokongan oleh orang-orang yang berjaya. Kumpulan ini boleh bertemu dari masa ke masa untuk berkongsi cerita-cerita kejayaan masing-masing. TEORI MOTIVASI HERZBERG (1966) Menurut Herzberg (1966), ada dua jenis faktor yang mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan dan menjauhkan diri dari ketidakpuasan. Dua faktor itu disebutnya factor hygiene (faktor ekstrinsik) dan faktor motivator (faktor intrinsik). Faktor hygiene memotivasi seseorang untuk keluar dari ketidakpuasan, termasuk didalamnya adalah hubungan antara manusia, ganjaran dan sebagainya (faktor ekstrinsik), sedangkan faktor

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

motivator memotivasikan seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan, yang termasuk didalamnya adalah achievement, pengakuan dan kemajuan tingkat kehidupan, TEORI MOTIVASI DOUGLAS McGREGOR Mengemukakan dua pandangan manusia iaitu teori X (negative) dan teori Y (positif), Menurut teori X terdapat empat andaian yang dipegang oleh seseorang pengurus 1. Pekerja yang memang dari awal tidak menyukai kerja tersebut. 2. Pekerjayang tidak menyukai kerjamereka tetapi perlu dipantau atau diugut dengan hukuman untuk mencapai tujuan. 3. Pekerja yang mengelak dari tanggungjawab. 4. Kebanyakan pekerja menerima semua factor yang dikaitkan dengan kerja. Berbeza dengan pandangan negatif ini mengenai keupayaan manusia ada empat teori Y : 1. Pekerja dapat memandang kerjasama dengan sewajarnya seperti berehat dan bermain. 2. Orang akan menjalankan pengarahan diri dan pengawasan diri jika mereka komited pada sasaran. 3. Kebanyakan pekerja akan menerima tanggung jawab. 4. Kemampuan untuk mengambil keputusan inovatif.

TEORI MOTIVASI VROOM (1964) Teori dari Vroom (1964) tentang cognitive theory of motivation menjelaskan mengapa seseorang tidak akan melakukan sesuatu yang ia yakini ia tidak dapat melakukannya, sekalipun hasil dari pekerjaan itu diingini. Menurut Vroom, tinggi rendahnya motivasi seseorang ditentukan oleh tiga komponen, iaitu: Harapan dan hasil daripada sesuatu tugas Instrumentaliti, iaitu penilaian tentang apa yang akan terjadi jika berjaya dalam melakukan suatu tugas

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

Valensi, iaitu respon terhadap dapatan seperti perasaan posistif, neutral, atau negatif. Motivasi tinggi jika usaha menghasilkan sesuatu yang melebihi harapan. Motivasi rendah jika usahanya menghasilkan kurang dari yang diharapkan

TEORI CLAYTON ALDERFER ERG Clayton Alderfer mengetengahkan teori motivasi ERG yang didasarkan pada keperluan manusia tentang kewujudan (existence), hubungan (relatedness), dan pertumbuhan (growth). Teori ini berbeza dengan Teori Maslow. Disini Alfeder mengemukakan bahawa jika keperluan yang lebih tinggi tidak atau belum dapat dipenuhi maka manusia akan kembali pada gerak yang fleksibel dari memenuhi keperluan dari masa ke masa dan dari situasi ke situasi.

3.0

Amalan teori-teori motivasi dalam pengurusan organisasi Kepentingan motivasi terhadap setiap individu boleh dilihat dalam beberapa sudut.

Motivasi akan menyebabkan individu sentiasa mempunyai minat untuk mengejar kejayaan sama ada terhadap benda atau individu lain. Menurut Atkinson (1965) apabila individu mula menghadapi situasi mengejar sesuatu perkara, benda atau orang, terdapat dua jenis motivasi yang bertentang akan timbul pada masa yang sama iaitu motivasi mengejar kejayaan dan motivasi mengelak kegagalan. Fenomena psikologi ini disebutkan sebagai konflik menuju mengelak. Motivasi boleh dianggap sebagai motif penggerak kepada individu dalam pengurusan untuk membangkitkan minat dan semangat dalam berurusan. Motivasi ialah proses dalaman yang mewujudkan segala tingkah laku individu seharian. Tingkah laku yang dilakukan oleh individu berpunca daripada tahap motivasi yang ada pada dirinya. Sekiranya tingkah laku yang dipilih dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada individu, maka tingkah laku itu akan dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang kerana minat untuk melakukannya wujud. Ini kerana minat akan wujud setelah sesuatu tindakan itu dapat memberi kepuasan di sebalik tingkah laku yang dibuat.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

Motivasi juga sangat penting kerana ia dapat mewujudkan penumpuan dan perhatian yang sepenuhnya terhadap apa yang dilakukan dan bukannya perlakuan kerana terpaksa. Individu yang mempunyai motivasi akan melakukan sesuatu tindakan secara bersemangat tanpa perlu disuruh-suruh atau diarahkan oleh pihak majikan. Di samping itu motivasi sangat perlu kerana ia mampu mewujudkan nilai persaingan yang sihat dan positif di kalangan individu. Motivasi menjadi asas kepada tenaga penggerak individu untuk bekerja dan mencipta suasana persaingan yang positif di tempat kerja. Ciri-ciri utama yang dapat dilihat dalam motivasi dalam bidang pengurusan adalah seperti berikut: 1. Pembentukan Matlamat Seseorang individu terdorong untuk melakukan sesuatu tindakan apabila mempunyai matlamat atau tujuan yang jelas. Matlamat merupakan satu bentuk tenaga psikologi yang akan mendorong individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang sesuai. Matlamat seseorang pula berkait rapat dengan tahap keinginan individu untuk cuba memenuhi segala aspek keperluan dalam hidup. 2. Pembentukan Pemikiran Bentuk pemikiran haruslah jelas terhadap apa yang sedang dilakukan dan mempunyai keupayaan untuk memproses maklumat dalam merealisasikan jenis pekerjaan yang sedang dilakukan. Motivasi memerlukan individu yang mampu untuk membuat keputusan dan menanggung akibat di sebalik keputusan dan tindakan yang telah diambil. 3. Pembentukan Proses Sosial Motivasi akan lebih berjaya sekiranya individu berjaya mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya daripada rakan-rakan sekerja dalam melakukan sesuatu tindakan. Sokongan dan kerjasama yang diperoleh akan mendatangkan kesan yang hebat kepada

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

tahap motivasi seseorang individu. Sosial yang baik dapat menghalau segala bentuk masalah, halangan atau kesukaran semasa menjalankan sesuatu tindakan. Sekiranya individu tersebut telah mempunyai cukup motivasi dia sentiasa berusaha untuk mendapat perubahan dan pembaharuan dalam segala aspek yang melibatkan dunia kerjanya.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

Tahap komitmen yang berterusan juga boleh dianggap sebagai tahap motivasi terutama apabila menghadapi halangan kerana tahap tersebut boleh dilihat melalui kesungguhan dan tanggungjawab berterusan yang ditunjukkan. Motivasi dapat membentuk individu untuk sanggup memberikan komitmen dan kesungguhan walaupun ketika terpaksa berhadapan dengan dugaan dan ujian dalam pekerjaan. Bekerja tidak hanya kerana dorongan peribadi semata-mata malah mereka perlu sentiasa bermotivasi dan sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dari masa ke masa. Ini kerana mereka yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi pekerjaan mereka. Dengan itu mereka akan sentiasa bekerja dengan amanah dan ikhlas kerana mereka yakin dengan balasan Allah di akhirat kelak. Islam juga menitikberatkan persoalan kesempurnaan kerja. Ia amat berkait rapat dengan iman dan amal salih seseorang individu itu kepada penciptaNya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan oleh individu untuk menimbulkan motivasi dalam diri, sama ada motivasi intrinsik mahupun ekstrinsik. Antara langkahnya adalah seperti berikut: i. Membantu menjadikan sesuatu perkara itu seronok Motivasi akan wujud apabila seseorang individu merasa seronok dan teruja dengan sesuatu perkara. Perasaan ingin tahu merupakan penggerak yang boleh menjadikan sesuatu perkara nampak menarik dan seronok apabila setiap individu berusaha untuk memenuhi naluri ingin tahunya terhadap sesuatu perkara. ii. Menulis matlamat dan objektif pengurusan yang jelas Penetapan matlamat dan objektif ke atas setiap tindakan yang ingin diambil akan mendatangkan motivasi kepada individu. Penentuan untuk melihat sama ada matlamat dan objektif itu tercapai atau tidak adalah dengan merujuk kepada tahap motivasi individu dalam setiap tindakan.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

iii.

Membetulkan matlamat diri Dalam setiap tindakan dan amalan setiap individu perlu menentukan matlamat yang jelas. Begitu juga dalam membina motivasi diri, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memperbetulkan matlamat bekerja. Matlamatlah yang akan menentukan hasil tindakan atau amalan setiap individu. Individu akan berusaha ersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diharapkan atau di matlamat dan individu akan memperoleh apa yang di matlamat.

iv.

Menyucikan jiwa Langkah yang seterusnya bagi membina motivasi diri ialah dengan menyucikan atau membersihkan jiwa. Individu yang memiliki jiwa yang tidak baik akan sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang baik dan bermanfaat serta akan sentiasa cenderung kepada amalan yang tidak baik. Jiwa yang tidak baik tentunya akan menolak sebarang usaha yang membawa individu kepada pekerjaan yang cemerlang dan bermotivasi.

v.

Membina kehendak diri yang tinggi Individu akan berjaya dan bermotivasi sekiranya berjaya membina keghairahan terhadap pekerjaan. Individu yang bermotivasi perlu mempunyai kehendak yang tinggi atau keghairahan terhadap perkara tersebut. Kesungguhan individu terhadap sesuatu pekerjaan akan menjadikan individu tersebut lebih bersemangat dan bersedia untuk berfungsi dengan lebih cemerlang.

vi.

Memantapkan keyakinan diri Setiap individu perlu memantapkan keyakinan diri dalam melakukan setiap tindakan. Sekiranya keyakinan diri telah berjaya diperoleh maka semangat akan lebih kuat. Dengan menyedari segala potensi dan kekuatan diri, individu akan menjadi lebih yakin dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pekerjaan.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

vii.

Menyokong segala usaha positif yang cuba dilakukan oleh individu Motivasi akan membawa kepada semangat persaingan yang positif dan ke arah kebaikan. Oleh itu individu yang bermotivasi akan sentiasa menyokong segala pembaharuan atau usaha yang cuba diketengahkan oleh individu lain dan menganggap usaha itu sebagai satu cabaran atau galakan kepadanya untuk lebih berusaha.

viii.

Menyediakan maklumat perkembangan sebagai maklum balas Individu akan menyediakan maklumat perkembangan diri sebagai persediaan untuk menerima segala teguran dan cadangan daripada individu lain. Setiap individu yang bermotivasi akan bersikap terbuka dengan segala kekuatan dan kelemahan diri.

ix.

Mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian individu Individu seharusnya cuba untuk bersikap adil dan dapat menerima segala kemajuan dan pencapaian individu lain dengan positif. Semangat untuk bersaing akan muncul bagi turut sama mendapatkan kecemerlangan dalam pekerjaan yang dilakukan.

x.

Meneruskan usaha walaupun menghadapi kesukaran dan kegagalan Individu akan menerima segala kepayahan dan kegagalan sebagai satu lumrah kehidupan dan elemen yang akan melatih diri untuk menjadi lebih kuat, mantap dan berkualiti.

xi.

Menetapkan diri agar sentiasa berada dalam persekitaran bermotivasi Persekitaran yang bermotivasi akan membantu individu untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancang. Sebaliknya suasana yang tidak bermotivasi akan mendorong individu untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

Pada dasarnya, tiap-tiap teori motivasi mendakwa ganjaran atau reward sangat besar pengaruhnya ke atas tingkah laku individu. Dalam ertikata lain, apabila sesuatu tingkah laku itu diberi ganjaran, maka itulah yang dilakukannya. Tiap-tiap teori motivasi cuba mengenal pasti ganjaran yang dapat mendorong seseorang itu melakukan apa yang dikehendaki dan bila pula ketikanya ganjaran seperti itu dapat mendorongnya melakukan perbuatan itu. Itulah sebabnya persoalan ganjaran adalah sangat kompleks. Teori-teori proses cuba mengenalpasti dengan jelas ciri-ciri kompleks yang ada pada ganjaran, serta bagaimana seseorang individu itu boleh merasa puas hati menerima bermacam-macam jenis ganjaran dan bagaimana mereka dapat berpuas hati dengan keadaan itu. Tugas-tugas di tempat kerja belum tentu dapat memenuhi semua keperluan pekerja, lebih-lebih lagi keperluan tinggi seperti estim dan aktualisasi diri. Mereka memenuhi keperluan-keperluan itu di luar tempat kerja iaitu melalui aktiviti-aktiviti lain. Oleh sebab itu mereka tidak terdorong untuk melakukan tugas-tugas yang diberikan dengan sepenuh hati. Implikasi keadaan ini, para pengurus perlu memahami semua bidang kehidupan para pekerja , tidak hanya cukup dengan mengetahui tingkah laku mereka di tempat kerja sahaja. Kuasa sosial pula dilihat dapat mempengaruhi kejayaan seseoarng pemimpin itu. Dalam organisasi korporat, individu dilihat berkehendakkan kuasa sosial lebih berjaya dibandingkan mereka yang yang inginkan kuasa peribadi. Memiliki kuasa sangat besar faedahnya. Ini membolehkan seseorang itu melaksanakan banyak kebaikan untuk diri sendiri. 4.0 Kesimpulan

Segala tingkah laku individu dalam mencapai tahap kerja berkualiti dalam sesebuah organisasi adalah berkait rapat dengan tahap motivasi individu tersebut dalam pengurusan kerja. Motivasi merupakan suatu proses kognitif yang mempunyai hubungan dengan cara seseorang individu menguruskan matlamat kerja berkualiti sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Manakala kerja bagi individu Muslim khususnya adalah suatu kemestian dan ia merupakan sebahagian dari ibadah yang perlu disempurnakan demi mencapai al-falah44 di dunia dan di akhirat. Oleh itu sebelum seseorang individu mengetahui tahap motivasi

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

kerjanya terlebih dahulu individu tersebut perlu diterapkan dengan matlamat sebenarnya dalam bekerja iaitu untuk mencapai kualiti terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Tegasnya, seseorang individu akan bekerja bersungguh-sungguh kerana dorongan motivasi untuk memenuhi segala keperluan yang dikehendaki dalam hidup. Kerja yang bersungguh-sungguh ini secara langsung akan membantu individu tersebut untuk mencapai objektif dan matlamat kualiti dalam organisasi. Sudah tentu tahap kualiti yang dicapai akan mendorong individu tersebut untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kualiti kerja secara optimum.

14

PPB6014 GELAGAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


TEORI-TEORI MOTIVASI DAN APLIKASI DALAM ORGANISASI

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd(2001) . Komunikasi untuk Pemimpin (ed.2)., PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Alderfer,(1972) Existence , Relatedness and Growth, Free Press, New York CP , Aminuddin,(2007) Human Resources Management; An Experiential Approach (4th Edition).,: McGraw-Hill., Boston MA., Baker, A. Creativity For Managers, Pelanduk Publications., Kuala Lumpur., Goleman.,(1995) D. Emotional Intelligence: Why It Can matter More than IQ, Bloomsbury, London Maslow, A. And Mintz, (1999) N.L., Effects of Esthetics Surroundings., Initial Effects of Three Esthetics Conditions Upon Perceiving Energy and well-Being In Faces , Journal of Psychology pg 247-254, Peter,M.C., (1985). Consumer behavior. Mc Graw Hill: Book Company Sproles, G. B. dan Kendall, E.L., (1986). A methodology for profiling consumers decision making styles. The Journal of Consumer Affairs, 24 (summer): 134-147. Verbeke et.al (1999). Health Communication And Consumer Behavior On Meat In Belgium: From BSE Until Dioxin. Journal Of Health Communication.Vol.4 No.4 pp.345. Vroom, VH, Work and Motivation, John Wiley and Sons, New York, 1964.

14

Anda mungkin juga menyukai