Anda di halaman 1dari 12

TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

NURUL IZZATI BINTI MOHD SHUKRI NORSHAHIDA BINTI MOHD ARSHAD ASMA LIYANA BINTI ABDUL RAZAK NOREHAN BINTI KAMURIDIN ROHIDAYU BINTI ZAHARI

konteks pembelajaran di kelas


Penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar murid, mendiagnosa kesulitan belajar.

TUJUAN-TUJUAN LAINNYA IALAH :

Sebagai penggerak / motivasi


Dengan adanya ujian, murid-murid cenderung bagi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh guru.

seterusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan berasaskan sekolah).

Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)


Meninjau setakat mana objektif pelajaran dan Menentukan kemajuan dan pencapaian telah dicapai oleh murid.

Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.
Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.

Sebagai alat mencari punca kelemahan


Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan. Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.

Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.


Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 , Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar kuasai. Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

Bagi pensijilan atau pengkelasan


Murid-murid di peringkat Tahun 6 , Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaanpeperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut. Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan universiti juga memainkan peranan pensijilan.

Para pelajar serta siswa-siswi akan dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.

Bagi membuat ramalan


Untuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan datang atau sebagai alat prediksi. Penilaian bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi adakah murid itu mampu untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan Contoh:
Tahun 6 UPSR, Tingkatan 3 PMR dan Tingkatan 5 SPM .

Bagi membuat klasifikasi


Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan hasil kerja peserta didik dibandingkan dengan murid lain. Kerana itu, fungsi penilaian untuk grading ini cenderung membandingkan murid dengan murid yang lain . prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederhana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu / Contoh:
keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-murid mengikut prestasi masing-masing.

Pemilihan
Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih murid-murid ke jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid memilih pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau mengikut kepandaiannya. Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih serta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan yang berbeza, wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masingmasing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.

TAMAT!

Anda mungkin juga menyukai