Anda di halaman 1dari 4

Alatan yang di gunakan dalam permainan Snake Game

PENANDA / TOKEN - Setiap pemain boleh memilih 1 biji penanda/token

MANIK / CIP -setiap pemain dibekalkan sebanyak 10 biji manik/cip

PAPAN PERMAINAN Snake game - Permulaan permainan pada anak panah dan berakhir pada ekor ular.

Cara cara bermain permainan Snake Game

1. Letakkan penanda/token (2 biji) di atas papan permainan Snake Game. Pemain haruslah berpasangan. Sebagai contoh penanda/token merah (pemain A) dan penanda/token hijau (pemain B). Perjalanan permainan ini mengikut giliran. Contohnya pemain pertama (A) menyimpan manik/cip, pemain kedua (B) akan meneka manik/cip. Seterusnya giliran pemain kedua (B) pula menyimpan manik dan pemain pertama (A) akan meneka. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat ke hujung ekor ular.

2. Pemain pertama (A) akan memulakan permainan dengan menyimpan manik/cip di dalam gengaman tangannya tanpa di lihat oleh oleh pemain kedua (B)

3. Pemain pertama (A) akan menggengam manik dan pemain (B) akan meneka bilangan manik yang terdapat pada gengamam pemain (A). Sekiranya tekaan pemain (B) betul maka penanda/token (hijau) pemain (B) akan bergerak sebanyak 3 petak. Jika tekaan pemain (B) salah maka penanda/token (merah) pemain (A) pula akan bergerak sebanyak 3 petak. Seterusnya giliran pemain (B) pula menyimpan manik dan pemain (A) akan meneka.

4. Pemain kedua (B) akan menyimpan manik sebanyak 2 biji dan pemain (A) akan meneka. Sekiranya tekaan pemain ( A) salah maka pemain (B) juga akan bergerak sebanyak 2 petak.

4. Seterusnya pemain pertama (A) akan menyimpan manik sebanyak sifar biji dan pemain (B) akan meneka. Sekiranya tekaan pemain (B) betul maka penanda/token pemain (B) tidak akan bergerak kerana sifar bermaksud tiada atau 0. Jika tekaan pemain (B) salah maka penanda/token pemain (A) juga tidak bergerak.

5. Pemain boleh menggunakan peraturan menggunakan nombor seperti berikut : 0,1,2,3,4 pada pusingan pertama, 0,5,6,7 pada pusingan kedua dan 0,8,9,10 pada pusingan ketiga. Peraturan ini boleh digunakan mengikut perjanjian kedua-dua pemain.

Anda mungkin juga menyukai