Anda di halaman 1dari 7

MARANG, 27 Sept (Bernama) -- Kebiasaannya petai belalang atau nama saintifiknya ''Leucaena Leucocephala'' hanya digunakan penduduk luar

bandar
sebagai ulam tetapi kini pokoknya ditanam dalam usaha membangunkan industri bioteknologi di Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata penanaman 40,000 biji benih pokok petai belalang di kawasan dua hektar tanah di Merchang di
sini menjadi langkah pertama ke arah mencapai matlamat pembangunan industri berkenaan. "Apabila tanaman itu matang sekitar dua atau tiga tahun
nanti, ia akan meningkatkan permintaan terhadap industri bioteknologi di sini terutama sekali bagi Taman Kertih BioPolimer di Kemaman yang akan
beroperasi pada 2014. "Batang pokok petai belalang ini boleh digunakan sebagai bahan membuat pelbagai jenis kayu papan atau menghasilkan tenaga wap
manakala buah serta daunnya pula dijadikan bahan makanan berasaskan biojisim," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Terdahulu, Ahmad
merasmikan penanaman biji benih pokok petai belalang di Mercahang yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan
Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

PETAI-BIOTEKNOLOGI 2 (AKHIR) MARANG
Ahmad berkata kerajaan negeri komited memperuntukkan kira-kira 30,000 hektar kawasan tanah untuk tanaman petai belalang yang boleh menghasilkan
sekitar 10.5 juta tan serpihan kayu setiap tahun. "Kita mengalu-alukan mana-mana golongan petani kecil dan sederhana dalam usaha ini di mana kita
menyewakan kepada mereka tanah bagi menanam pokok petai ini. "Projek ladang ini dijangka memberi faedah kepada kira-kira 3,000 peserta
dengan potensi memperoleh pendapatan dari RM2,500 hingga RM4,500 sebulan," katanya. Ahmad berharap projek usahasama di antara kerajaan negeri
Terengganu, ECERDC dengan Perbadanan Bioteknologi Malaysia ini membawa kepada produk baharu daripada pokok petai belalang.
"Petai belalang adalah jenis tanaman tempatan di Thailand dan Australia, kerana itu saya berharap kita dapat melakukan kajian hibrid menghasilkan pokok
lebih baik untuk kegunaan komersial. "Selain daripada petai belalang, kita juga menumpukan pada projek lading Akasia yang agak perlahan sejak beberapa
tahun kebelakangan ini untuk menggunakan Akasia sebagai sokongan kepada petai belalang dalam industri bioteknologi," katanya.
-- BERNAMA

[PLANT BIOTECH] Zeolite Dalam Baja Terbaru MPOB F4
KEADAAN bentuk muka bumi di Malaysia yang berbukit bukau di samping mempunyai pelbagai jenis tanah bermasalah dengan kadar hujan tidak menentu
menjadikan hasil sawit yang ditanam di kawasan berkenaan juga berkurangan.

Ketidaksuburan tanah berkenaan adalah disebabkan oleh kandungan nutriennya yang rendah, manakala penggunaan baja kimia yang digunakan sebelum
ini membabitkan kos yang tinggi.

Dalam menghadapi masalah ketidaksuburan itu, keperluan menghasilkan baja yang bersesuaian adalah sangat penting dan hasil kajian penyelidik Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati bahawa baja yang mengandungi nutrien tinggi adalah langkah yang perlu diambil.

Picture: Baja MPOB F4 (Source: http://3.bp.blogspot.com/)
Sehubungan itu, MPOB menjalankan satu formulasi dengan menghasilkan baja MPOB F4 iaitu baja campuran organik yang terbukti berkesan terutama
dalam aktiviti penanaman kelapa sawit.

Keberkesanan MPOB F4 adalah berasaskan kepada keputusan percubaan penggunaan baja kelapa sawit MPOB yang diselia oleh MPOB selama lima tahun
serta kajian insentif berhubung keperluan nutrien kelapa sawit yang tepat selama 20 tahun.

Baja MPOB F4 dihasilkan dengan formulasi 9-618-2-0.5. Baja ini berupaya memperbaiki struktur tanah berbukit, tanah laterik, tanah liat dan lain-lain.

Ketua Unit Agronomi dan Mekanisasi Ladang, Bahagian Penyelidikan Biologi, MPOB, Ahmad Tarmizi Mohammed berkata, sebelum ini MPOB menghasilkan
baja F1, F2 dan F3 iaitu baja yang mempunyai campuran kimia.

Uniknya baja F4 ialah kita menggunakan campuran organik dan kimia bertujuan untuk membantu mengatasi masalah tanah kurang subur seperti tanah
bukit.

Penghasilan baja ini turut menggunakan bahan zeolite yang berupaya mengawal pelepasan nutrien seiring dengan keperluan pokok kelapa sawit.

Dengan zeolite juga, pengambilan Nitrogen (N) akan meningkat dan pemeruapan Nitrogen (N) ke udara akan berkurangan berikutan perubahan cuaca dan
ini sekali gus dapat mengawal kos penanaman pokok kelapa sawit, malah ia mungkin lebih murah, katanya.

Termizi berkata, baja MPOB F4 berupaya membekalkan nutrien seimbang iaitu selain mengandungi N, P dan K, baja MPOB F4 juga mengandungi
magnesium, boron, kalsium, silicon, kuprum, besi, molidenum, zink, sulfur, karbon, oksigen, hidrogen dan klorin.

Baja MPOB F4 berupaya membantu meningkatkan hasil pengeluaran pokok kelapa sawit melalui kesan secara terkawal hasil kombinasi elemen baja MPON
F4 dan ia juga berupaya memperbaiki pH tanah serta struktur tanah yang bermasalah.

Menerusi bahan organik serta zeolite yang ditambah dalam MPOB F4 dapat meningkatkan CEC (Cation Exchange Concentration) tanah dan dapat
mengelakkan nutrien daripada terperangkap dalam tanah.

Penggunaan baja MPOB F4 juga dapat menyelesaikan tanah yang berbeza-beza di mana organik yang ada di dalamnya berupaya menarik kehadiran cacing
tanah serta mikro organisma berfaedah.

Ia sekali gus merendahkan risiko serangan penyakit dan serangga dan kehadiran cacing tanah dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan
mikro organisma berfaedah dan membantu mengudarakan tanah sewaktu aktiviti semula jadi.

Dalam mengeluarkan Baja MPOB F4, MPOB menjalankan kerjasama dengan All Cosmos Industries Sdn Bhd dan untuk tujuan itu satu Memorandum
Persefahaman (MoU) telah dimeterai sempena Persidangan Kebangsaan Biofertilizers 2008 lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Syarikat All Cosmos Industries Sdn Bhd, Dato Tony Peng berkata, syarikat itu ditubuhkan pada 2001 di Pasir Gudang,
Johor dan turut memperoleh kelulusan ISO 9001 itu adalah pengeluar ekslusif baja itu.

Syarikat ini bermatlamat mempromosikan konsep pertanian hijau di Malaysia dengan mengitar semula bahan buangan dan seterusnya menjadikan bahan
berkenaan itu sebagai baja organik.

Baja campuran organik ini banyak diperlukan di kawasan berbukit bukau seperti di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, dan di Sarawak membabitkan
kawasan Bintulu dan Miri, katanya.

Beliau berkata, dengan penghasilan baja ini dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan.

Penggunaan baja MPOB F4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus memberikan pulangan yang lebih kepada mereka.

Dengan baja MPOB F4 juga, penanam sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah
tandan segar (BTS) kebun mereka.


Selasa, 23 Mac 2010
bioteknologi
Bioteknologi

Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan
mikroorganisma.
Huraikan pernyataan di atas.

1. Meningkatkan kualiti
- Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
- Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
- Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
- Mutasi aruhan
- Meningkatkan pembesaran
- Kawalan virus dn Patogen MARDI

2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
-Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
- Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan

3. Penghasilan baka baru
-Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti
- Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam Negara
- Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu)
- In vitro
- Embrio persenyawaan
- Penghasilan produk baru agro pertanian
- Peningkatan produktiviti pertanian
- Peningkatan kualiti
- Membiakkan spesis yang menghadapi
ancaman kepupusan

4. Kepelbagaian hasil keluaran
- Hasil keluaran dipelbagaikan
- Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam bentuk dan saiz yang berbeza
- Penghasilan pelbagai produk hiliran
- Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan
biodiesel.

5. Meningkatkan inovasi
- Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan sector pertanian.
- Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
- Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperolehi teknologi mereka
-Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut
penyelidikan dan firma swasta U.S.

6. Memajukan teknologi pertanian
- Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha unrtuk memodenkan sektor pertanian
- Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden
- Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun

Anda mungkin juga menyukai