Anda di halaman 1dari 4

MUKJIZAT NABI SALLEH A.S.

)4 4 >
_e`g > _4)g
) O
Syukran jazilan ya pengerusi acara
Barisan guru semua, hadirin hadirat semua
Kisah Nabi Salleh tajuk bicara
Haraplah mendengar isi ceritanya
Hadirin sekalian kenal Nabi Salleh? Nabi Salleh adalah Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada kaum
Tsamud. Tahukah hadirin sekalian, kaum Tsamud amat degil dan tidak mahu mendengar seruan
dakwah Nabi Salleh. Akhirnya Nabi Salleh berdoa kepada Allah agar dikurniakan mukjizat bagi
meyakinkan akan kebenaran dakwahnya.
Ya Allah..Tuhan semesta alam..kurniakanlah hambamu ini akan mukjizat bagi membuktikan
kebenaran risalah dakwah agama-Mu ya Allah.Demikianlah pinta Nabi Salleh A.S.
Dengan kekuasaan Allah SWT, pada suatu hari tatkala Nabi Salleh sedang berdakwah, seorang lelaki
mengherdik Nabi Salleh dengan berkata,Wahai Nabi Salleh, sekiranya benar apa yang kamu
katakan, tunjukkan kepada kami akan kebenaran ajaranmu? Lantas Allah mewahyukan Nabi Salleh
agar menunjukkan isyarat tangannya seperti membelah sebiji batu yang berhampiran. Dengan
kekuasaan Allah, keluarlah seekor unta betina yang sihat dan amat jinak. Pemuka-pemuka tadi amat
malu dan terkejut dengan peristiwa tersebut. Semenjak itu, unta betina tersebut bebas meragut
rumput dan berkeliaran.
Apakah yang berlaku seterusnya rakan-rakan semua? Rupa-rupanya ada sekumpulan lelaki yang
berniat dan merancang membunuh unta tersebut. Pada masa yang ditetapkan, unta tersebut
dibunuh dengan kejam.
Hahaha..padan dengan mukamu, Nabi Salleh.Sekarang bagaimana engkau berdakwah.Demikianlah
gembiranya musuh-musuh Nabi Salleh setelah membunuh unta kesayangan Nabi Salleh. Namun
mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka diketahui Allah SWT. Allah telah membalas
kejahatan mereka dengan merubah wajah mereka menjadi kekuning-kuningan pada hari pertama,
kemudiannya berubah menjadi kemerah-merahan pada hari kedua dan menjadi hitam pada hari
ketiga. Pada hari keempat, berlakulah gempa bumi dan pekikan halilintar yang amat dahsyat
sehingga membunuh kesemua penduduk yang ingkar akan dakwah Nabi Salleh.
Pengajaran daripada kisah ini adalah, kekuasaan Allah tiada batas dan tandingannya. Sebagai
penganut agama Islam, kita seharusnya yakin akan kebenaran dakwah Rasulullah SAW dan ajaran
Islam yang disampaikan oleh baginda.
Terima kasih untuk semua
Mendengar cerita jemunya tiada
Mana yang baik ambil iktibarnya
Apa yang buruk elakkanlah ya
_e`g > _4)g )
O
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN SEKOLAH

g )Og
^`)C O
Og g O+g
)E ) >L

)E L4g

Ya Karim , Ya Zaljalal Wal Ikram
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di
atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang
melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba
ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu
yang engkau redhai.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

)E ) >
Lg



_e`g > _4)g )
O )4 4 >

Banyak hari diantara hari
Tidak semulia hari Jumat
Banyak nabi diantara nabi
Tidak semulia nabi Muhammad


Di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawarah, terdapat seorang pengemis tua yang buta berbangsa
Yahudi, setiap hari apabila ada orang yang menghampirinya, dia selalu berkata, Wahai saudaraku
jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong, tukang sihir, apabila kamu mendekatinya
kamu akan dipengaruhinya.

Setiap pagi Rasulullah Sallallahualaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa
berkata sepatah perkataan pun, Baginda Sallallahualaihi wasallammenyuapkan makanan yang dibawanya
kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama
Muhammad. RasulullahSallallahualaihi wasallam melakukannya sehingga menjelang Baginda wafat. Setelah
kewafatan Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan
setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.


Pada suatu hari.Saidina Abu Bakar membawa makanan dan memberikan kepada pengemis Yahudi
yang buta itu. Lantas pengemis itu menempelaknya.
Siapakah engkau?
Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab, Aku adalah orang yang setiap hari dating dan memberi
kamu makan..

Bukan! Engkau bukan orang yang biasa setiap hari memberiku makan..!Kata si pengemis buta itu.
Apabila dia (Rasulullah Sallallahualaihi wasallam) datang ke sini, aku tidak pernah kesusahan
memegang makananku dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu
selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah
itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri, tambah pengemis itu menyambung kata.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya kerana terharu mendengar akhlak dari
Rasulullah Sallallahualaihi wasallam. Baginda Sallallahualaihi wasallam selalu datang memberi
makan dan menyuapi mulut orang yang setiap hari dari kata mulut itu, hanyalah ucapan kotor dan
hina yang merendahkan dan melecehkan diri Baginda. Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan
suapan makanan dengan kasih sayang. Firman Allah SWT :





Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang
tinggi (mulia). (Surah Al-Qalam : 4)




Banyaklah redup perkara redup
Redup alamat hari kan hujan
Banyaklah hidup perkara hdiup
Hidup Muhammad menjadi teladan

_e`g > _4)g )
O

Anda mungkin juga menyukai