Anda di halaman 1dari 17

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT ________________________________________________________________________ KOD KURSUS /COURSE CODE TAJUK KURSUS

/COURSE TITLE SEMESTER /SEMESTER : HBML 1203 : FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU : SMP PPG JANUARI 2013

________________________________________________________________________

PERISTILAHAN MELAYU

NAMA NO.MATRIK NO.I/C NO.TEL E-MAIL

: FARRAHWIDA BINTI MOHAMAT NOR : 820622075116001 : 820622-07-5116 : 017-4642851 : mfznzi@gmail.com.

NAMA PENSYARAH: EN. AHMAD FASHIL@ AHMAD FAZIL B. ZAINAL ABIDIN PUSAT PEMBELAJARAN: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE SEMESTER : JANUARI 2013

KANDUNGAN

BIL 1 2

PERKARA PENGHARGAAN PENGENALAN PERKEMBANGAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 3 4-6 6

MUKA SURAT

PERANAN DBP DAN MABBIM DAN AGENSI LAIN DALAM PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH PEMBENTUKAN BIDANG BIBLIOGRAFI ISTILAH

6-8

4 5 6

9-12 12-14

PELBAGAI 14-16

17

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi terima kasih saya ajukan kepada En. Ahmad Fashil @ Ahmad Fazil B. Zainal Abidin ( Pensyarah FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU di OUM ), En. Anuar Bin. Md. Amin ( E-Tutor ) dan pensyarah yang menyemak kertas ini yang sudi meluangkan masa, menyemak, memberi teguran dan menyumbangkan idea yang bermutu hingga ke akhir penulisan kerja kursus ini. Akhir sekali penghargaan yang tidak terhingga kepada keluarga tersayang ke atas pengorbanan, kesabaran dan sokongan yang diberikan. Khas buat ibu yang sering mendoakan kejayaan anak-anaknya. Semoga usaha kita diberkati Allah.

PENGENALAN
Proses pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat berkait rapat dengan pembakuan dalam bidang peristilahan. Istilah perlu dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa Melayu.

SEJARAH RINGKAS ISTILAH BAHASA MELAYU


Pembinaan istilah Bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1957 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Peranan Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang telah digunakan di seluruh Tanah Melayu. Sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah berjaya diterbitkan pada tahun 1960 yang mengandungi 2514 istilah baru. Proses kerja peristilahan secara sistematik bermula pada tahun 1957. Buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu ( PUPIBM ) yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Ia berfungsi untuk mengumpul, membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Dilaksanakan dengan melantik ratusan professional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara. Ia dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara. Bahagian Peristilahan telah menerbitkan sebanyak 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1002438 istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang sehingga hari ini. MABBIM yang telah ditubuhkan diperingkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian tinggi dan professional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.

PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


Peristilahan Bahasa Melayu ialah proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Perkataan baharu dan istilah dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Pada peringkat awal masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ialah kekurangan istilah. Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ia berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah. Kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh.

TAKRIF ISTILAH
Istilah ialah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya hablur, inflasi, cecair, budaya, metamofosis, dan lain-lain lagi.

TATA ISTILAH DAN TATANAMA


Tata istilah atau terminologi ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu ( termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan ).

ISTILAH DAN KATA UMUM


Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah.

MORFEM DAN PROSES PERISTILAHAN


Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan.

DEFINASI ISTILAH
A. Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. ( Buku Bahasa Melayu Tinggi ). B. Istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian).

KONSEP PERISTILAHAN
Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah pula merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep. Kata dan istilah
5

mempunyai perkaitan yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan. Kekeliruan tentang kata dan istilah berlaku sejak kegiatan peristilahan di negara ini. Kumpulan yang terlibat dalam peristilahan adalah Pakar Bidang, Ahli Bahasa, dan Pegawai Peristilahan. Pengguna tidak dapat melihat perbezaan ini dengan jelas sehingga kata dan istilah seringkali digunakan secara selari dan ditukar ganti.

PERKEMBANGAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


Usaha yang diatur bagi mencipta peristilahan Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu zaman sebelum 1975 dan zaman selepas 1975. Pada zaman 1975 adalah penting kerana terbentuknya Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI ) yang dibentuk oleh MBIM, disusun oleh anggota MBIM telah menjadi asas peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERKEMBANGAN SEBELUM WUJUDNYA PEDOMAN


Pembentukan istilah bahasa Melayu bermula semenjak tahun 1957 dengan penubuhan jawatankuasa istilah yang pertama, JKI Kerajaan pada 15 Januari 1957. Pada masa sebelum tahun 1957 ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu pertama, zaman awal yang bermula dengan penubuhan JKI yang pertama pada tahun 1957 hingga tahun 1960. Kedua, zaman dari 1990 hingga 1975 yang ditandai dengan penggunaan satu pedoman pembentukan istilah yang disusun oleh DBP. Sebelum tahun 1975, tidak ada pedoman pembentukan istilah. Oleh itu, JKI mengamalkan sikap tulen dalam pembentukan istilah. Istilah hendaklah dicipta dengan mempertahankan sifat bahasa Melayu. Mereka menolak peminjaman unsur asing untuk membentuk istilah kerana unsur-unsur asing akan merosakkan bahasa Melayu. Oleh sebab ingin mengelakkan peminjaman, JKI yang berpegang kepada prinsip ketulenan telah mencipta istilah dengan cara menggabungkan unsur-unsur daripada kata-kata bahasa Melayu untuk membentuk istilah contohnya, maun (makan + daun), maging (makan + daging) dan lain-lain.

PERANAN DBP DAN MABBIM DALAM PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU


Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dan Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia (MABBIM ) memainkan peranan yang penting disebabkan perkembangan yang pesat dalam pembentukkan istilah bahasa Melayu.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


Badan ini merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga hari ini dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada mana badan pun yang mampu menanganinya.
6

DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956, di Johor Bharu. Pada ketika itu, ia dikenali sebagai Balai Pustaka yang diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Ketika itu, DBP berperanan lebih berupa badan yang bertanggungjawab menyediakan bahan bacaan sekolah dan umum. Pusat penubuhan Balai Pustaka di Johor Bharu telah dipilih kerana terdapat minat yang tinggi di kalangan istana dan kerajaan Johor untuk memajukan bahasa dan bidang persuratan Melayu. Kerajaan Johor juga lebih bebas bertindak berbanding kerajaan lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Balai Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Nama balai Pustaka juga ditukarkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP juga telah dinaik taraf daripada satu Jabatan kerajaan kepada badan berkanun. Penubuhan DBP berdasarkan Akta DBP. Pertukaran taraf dan nama bermakna peranan DBP juga semakin luas daripada satu badan yang terhad peranannya kepada badan yang benar bertanggungjawab memajukan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan istilah bahasa Melayu. DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku istilah, tatabahasa dan perkamusan dalam bidang bahasa. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil-hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta disamping menyediakan khidmat nasihat. DBP telah menubuhkan beberapa bahagian seperti bahagian pentadbiran, kewangan, penerbitan umum, pembinaan dan perkembangan bahasa, perkamusan, perniagaan, majalah dan beberapa bahagian lagi. Setiap bahagian mempunyai peranan tersendiri dalam memajukan bahasa. Bahagian penerbitan umum dan perkembangan bahasa paling penting dalam usaha memantapkan bahasa Melayu. Bagi memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh unit ini seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa di sektor awam dan swasta. Pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian-bahagian dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Usaha untuk memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia ( MBIM ). Hasil dari kerjasama ini terbentuklah istilah-istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga-tiga negara yang terlibat. Walau pun begitu, peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah : a) Mengumpul istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. b) Membentuk istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu.
7

c) Memperbanyak istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. d) Menerbitkan istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. e) Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. f) Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM dan negaranegara lain.

MABBIM
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Pada asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia ( MBIM ), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapa Mahshuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila Negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Pada masa itu, Singapura masih menjadi negara pemerhati majlis sehingga kini. Pada hakikatnya, wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.

GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL ( GAPENA )


PENA merupakan persatuan nasional yang pertama ditubuhkan pada tahun 1960. Agensi ini telah mengaturkan satu pertemuan di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang dihadiri oleh wakilwakil 13 buah badan penulis dari seluruh Malaysia. Akhirnya, pada 23 Oktober 1970, lahirlah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia ( GAPENA ) dengan ahlinya terdiri daripada 13 buah badan penulis. Tujuan penubuhan GAPENA adalah untuk memperkembangkan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

SYARIKAT SWASTA DAN MEDIA MASSA


Kempen dan gerakan yang dijalankan oleh media massa seperti kempen secara umum di kaca televisyen mahu pun disiarkan di radio turut membantu dalam melaksanakan dan memperkembang bahasa. Sebagai contoh, persatuan Linguistik Malaysia dan beberapa badan kerajaan yang lain telah berhasil memperteguh ciri bahasa lisan formal bagi Bahasa Melayu, terutama apabila penggunaannnya di Stesen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 membentuk citra istimewa bagi Bahasa Melayu lisan rasmi.
8

PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH


Selepas tahun 1975 usaha-usaha untuk memajukan istilah Melayu menjadi lebih aktif. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia dengan kerjasama DBP telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Fungsi jawatankuasa ini ialah untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa serumpun dalam proses pembentukan istilah. Pinjaman juga dilakukan. Proses penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah dapat dibentuk dengan menggunakan; a) b) c) d) Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan Kata terbitan. Kata ganda Kata gabungan

Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh : Kata Nama buruj rawan cahaya Kata Kerja reka pecut imbas Kata Adjektif rawak cemas kenyal random anxious elastic invent accelerate scan constellation gristle light

Dewan Bahasa dan Pustaka (2004) menjelaskan bahawa akronimjuga tergolong sebagai kata tunggal tanpa imbuhan kerana ditulis tanpa imbuhan dan dilafazkan sebagai kata. Contoh : cerpen tadika kugiran ADUN PLUS BERNAS Istilah Kata Terbitan Kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. a) Paradigma Kata dengan imbuhan berContoh: bertani petani belajar pelajar bertapa pertapa cereka tabika pawagam MARA BERNAMA KOBENA

pertanian pelajaran pertapaan

b) Paradigma dengan Penambah me(N)mengamal menulis mengajar mengubah membesar mengairi pengamal penulis pengajar pengubah pembesar pengamalan penulisan pengajaran pengubahan pembesaran pengairan amalan tulisan ajaran -

c) Paradigma dengan me(N)-,berContoh : perkecualian memberhentikan pembelajaran pemberhentian pelajaran perhentian

d) Paradigma Kata dengan me(N)-, perContoh: memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan


10

mempersatukan mempelajari

pemersatu pelajar

pemersatuan -

persatuan pelajaran

e) Paradigma Kata dengan ke-an Contoh: sesuai saksi penduduk bermakna terbuka kesesuaian kesaksian kependudukan kebermaknaan keterbukaan

f) Paradigma Kata dengan Sisipan en-,-er-,-el-,-em-,-inContoh: susu gigi kuncup tapak sambung Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. a) Ganda Penuh Contoh : guru-guru kanak-kanak b) Ganda Suku Kata Awal Contoh :
jejari rerambut rerongga gegua tikus cecair

tenusu gerigi kemuncup telapak sinambung

langit-langit labi-labi

paru-paru buku-buku

c) Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan

Contoh : pepohonan dedaunan jejarian


11

d) Kata Ganda Berentak Contoh : rempah -ratus pupu-poyang warna-warni bengkangbengkok serta-merta bolak-balik dolak-dalih hingar-bingar mundar-mandir batu-batan

Istilah Bentuk Gabungan Istilah dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsure dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. a) Tanpa imbuhan: Contoh : ganda tiga atas aras laut garis lintang segi empat tepat mesin kira tangan daftar masuk mesin atur huruf kamera laut dalam

b) Dengan Imbuhan pada Salah Satu Unsurnya Contoh : pelarasan gaji dalam talian saksi pendakwa atas talian penerima janji menerima pakai gelombang janji mengambil aih

c) Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur Contoh : perbelanjaan terealisasi jagaan perlindungan kedudukan anggaran perjanjian meluluskan

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH


Terdapat beberapa faktor yang menentukan pembentukan istilah, antaranya ialah pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada rumpun melayu, perbendaharaan kata bahasa asal, penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan, istilah asing yang sudah lazim dan ejaan istilah (ungkapan) asing yang tetap. 1.1 Pemilihan Kata daripada Bahasa Melayu Pembentukan istilah diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lam. Setiap kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

12

1.2

1.3

a) Kata berkenaan tepat member makna,konsep, proses, keadaan atau cirri yang dimaksudkan b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).Contoh: Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. Pemilihan Kata daripada Rumpun Melayu Istilah dapat dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu. a) Dening (daripada dialek Kelantan) yoke b) Gambut (daripada bahasa Banjar) peat c) Dermaga ( daripada bahasa klasik) wharf d) Nyeri (daripada bahasa Sunda) pain e) Engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Jika istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu, maka bolehlah diambilkata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah mestilah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bagi tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh : Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu television televisyen radio radio atom atom electron electron phsychology psikologi professional professional structure struktur

1.4

Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar : a) Sesuai maknanya b) Singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya c) Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. Bentuk-bentuk Serapan Istilah kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Ia bergantung pada : a) Konteks situasi dan pemakaiannya dalam ayat
13

1.5

b) Kemudahan belajar bahasa c) Kepraktisan Pada prinsipnya, bentuk tunggal diambil. Contohnya, perkataan spektrum kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 1.6 Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya Istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Ia dilakukan mengelakkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh: Istilah Asing (Bahasa Inggeris) Istilah Bahasa Melayu pension pencen Campaign kempen grant geran dengue denggi custom kastam Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa atau istilah asing, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Contoh : a) cal de sax b) bona fide c) wetanschaung d) fait accompli e) esprit de corps

1.7

PEMBENTUKAN ISTILAH PELBAGAI BIDANG


Pelbagai istilah dibentuk dan digubal dalam pelbagai bidang. Berikut adalah contoh istilahistilah mengikut bidang berkenaan. a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Bahasa Melayu autosave autosimpan audioconferencing sidang audio client-server pelanggan-pelayan broadcast siaran;siar connection-oriented network rangkaian berorientasikan sambungan digital camera kamera digital data scrambler pengarau data digital signature tandatangan digital digital purse dompet digital digital certificate sijil digital

14

b) Istilah Undang-Undang Bahasa Inggeris natural justice native Mandatory procedure Mala fide legitimacy Judicial review Fundamental rights Fugitive offender fraud extradiction Diplomatic immunity Double jeopardy Civil rights Civil disorder Administrative order

Bahasa Melayu keadilan asasi anak negeri tatacara mandtori mala fide kesahan kajian semula kehakiman hak asasi pesalah buruan fraud ekstradisi kekebalan diplomatik pendakwaan dua kali hak sivil gangguan awam perintah pentadbiran

c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Local area nerwork Integrated circuit hardware font End user download Data base cursor Bench mark access d) Ekonomi/ Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Steering committee Sole agent Short-term financing Long term debt Investment climate Deed of trust Chief executive officer Certificate of authorization Cash flow Capital gain By-product

Bahasa Melayu Rangkaian kawasan setempat Litar bersepadu perkakasan fon Pengguna akhir Muat turun Pangkalan data kursor Tanda aras capaian

Bahasa Melayu Jawatankuasa pemandu Ejen tunggal Pembiayaan jangka pendek Hutang jangka panjang Iklim pelaburan Surat ikatan amanah Ketua pegawai aksekutif Perakuan kuasa Aliran tunai Keuntungan modal Keluaran sampingan

15

e) Perhotelan Bahasa Inggeris banquet ballroom Budget hotel buffet Check-in Check-out Day use Deluxe room f) Fotografi Bahasa Inggeris flash Camera angle Daylight film Invisible light Out of focus Main lighting

Bahasa Melayu bankuet Dewan besar Hotel jimat bufet Daftar masuk Daftar keluar Guna siang Bilik mewah

Bahasa Melayu Dengar Sudut kamera Filem warna cahaya siang Cahaya halimunan Luar fokus Pencahayaan

16

BIBLIOGRAFI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Istilah http://www.scribd.com/doc/19381694/pengistilahan-bahasa-melayu http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perkara.&d=10 http://www.slideshare.net/nafasahsukri/bmm3111 http://jebatukm.tripod.com/pustakaan/data/bahasa_melayu.htm http://www.docstoc.com/docs/20628993/Sejauh-Manakah-DBP-Memainkan-PerananMemperkasa-Bahasa-Melayu http://www.ukm.my/fst/images/pdf/pedoman.pdf http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/proses-pembentukan-istilah-dalam-bahasa.html http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/04/bahasa-melayu-memiliki-lebih-sejuta.html http://www.sinarharian.com.my/nasional/mengapa-guna-bahasa-asing-1.107390 Dr. Ali Mahmood (2012)HBML1203 Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu,Selangor:Open Universiti Malaysia

17

Anda mungkin juga menyukai