Anda di halaman 1dari 5

Jenayah di kalangan pelajar dan remaja.

Posted on 25 Mac, 2008 by admin Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi? Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya. Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah. Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa

anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius. Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain. Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempenkempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.
http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/jenayah-di-kalangan-pelajar-dan-remaja-2/ Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/mahadiIPBLfp.pdf

Tajuk: Jenayah dikalangan pelajar Dikirim oleh: jawdan on 20 January, 2010, 12:25:34 AM

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi? Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh,

menyamun, dan peras ugut. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remajaremaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya. Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah. Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius. Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain. Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka

http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=10154.0

Isu Semasa Pemuda: Jenayah Di kalangan Pelajar, Sekarang Bukan Masa Untuk Menunding Jari Posted on Tuesday, July 12 @ 18:47:03 MYT Topic: Berita / Isu Semasa

Oleh Adnil Mohd Kuala Lumpur -- Isu gejala sosial di kalangan remaja sudah kerap diperkatakan tetapi sehingga kini masalah serius ini masih belum mampu dibendung, malah dilihat semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Kerajaan sendiri menerusi kementerian dan agensi yang berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO) melalui pelbagai aktiviti telah merancang dan merangka strategi bagi mengatasi masalah ini. Terbaru pendedahan pembabitan pelajar sekolah dalam jenayah yang memperlihatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu dengan purata 200 kes dan 120 tangkapan setiap bulan begitu membimbangkan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar dilaporkan berkata bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, purata 121 pelajar ditangkap setiap bulan kerana terbabit dalam 1,048 kes jenayah. Dalam hal ini siapakah yang patut disalahkan, pelajar, ibu bapa, guru, masyarakat atau proses pembangunan itu sendiri?. Mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ir Ikhsan Shamsuddin berkata dalam masalah ini sebenarnya semua pihak perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing. Jelasnya sekarang bukanlah masa untuk menunding jari meletakkan beban ini di atas bahu satu-satu pihak sahaja. Tambah beliau lagi masalah gejala sosial di kalangan remaja terutama pelajar sekolah ini saling berkaitan antara ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, NGO mahu pun parti-parti politik yang ada di negara ini. "Selain didikan dan pemerhatian serius dari pihak keluarga penglibatan secara serius dalam aktiviti ko-kurikulum dan pasukan seragam sekolah juga dilihat sebagai salah satu pendekatan terbaik untuk mendidik para pelajar lebih berdisplin dan seterusnya menghindarkan mereka dari terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral. "Sebab itu kita menyokong penuh tindakan Kementerian Pelajaran yang kini memberi perhatian serius terhadap pembabitan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum menerusi sukan dan pasukan beruniform. "Dengan cara ini pembangunan sahsiah pelajar akan lebih seimbang antara pencapaian

akademik dan kegiatan luar yang mampu meningkatkan lagi tahap disiplin di kalangan pelajar", katanya. Namun tegas beliau lagi, tanggungjawab ini tidak boleh dilepaskan sahaja kepada pihak sekolah kerana masalah ini memerlukan komitmen pelbagai pihak terutama para ibu bapa. "Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini dan gerakan turun padang yang dilakukan, kita mendapati kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kes jenayah ini adalah datangnya dari keluarga yang pincang dan bermasalah. "Pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa. Kesan dari keadaan itu pelajar terbabit sering mencari satu jalan penyelesaian sendiri yang akhirnya memerangkap diri mereka untuk terlibat dalam kegiatan jenayah", ujarnya. Justeru katanya lagi, sudah sampai masanya untuk semua pihak berganding bahu dan memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk bersama-sama menangani masalah ini. "Golongan remaja khususnya pelajar merupakan aset negara untuk memacu kejayaan bukan sahaja dalam sektor pendidikan tetapi untuk membantu negara menghadapi cabaran yang akan datang terutama menjelang W2020 kelak. "Sebab itulah pentingnya pendekatan kepada aspek disiplin di kalangan mereka. Jika asasnya tidak kukuh, maka jati diri mereka akan mudah longlai dan goyah sekaligus mendorong mereka untuk terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral seperti dadah dan gengstrisme", katanya
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=4398

Anda mungkin juga menyukai