Anda di halaman 1dari 17

AHLI-AHLI NERAKA DAN KESENGSARAANNYA.

PENDAHULUAN

Islam adalah agama contoh di muka bumi ini yang diturunkan oleh Allah s.w.t
melalui Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia. Didalam agama islam terdapat
aturan-aturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh penganutnya demi kebaikan
alam sejagat di dunia dan kehidupan abadi di akhirat kelak.
Dunia ini diumpamakan sebagai sebuah ladang untuk bercucuk-tanam dan bagi
orang-orang yang beriman dunia ini adalah satu ujian besar yang perlu ditempuhi oleh
mereka. Ini kerana satu dunia lagi yang kekal selama-lamanya akan di tempuhi iaitu
Negara akhirat. Di Negara akhirat nanti dua jenis negeri akan diduduki iaitu syurga dan
neraka dimana syurga adlah tempat bagi orang-orang yang beriman manakala neraka
adlah negeri bagi orang-orang yang kufur kepada Allah s.w.t.
Didalam tugasan ini kami akan menerangkan serba-sedikit yang termampu
mengenai neraka dan ahli-ahlinya serta azab-azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang
kufur disisi Allah s.w.t.
Ahli Neraka dan Kesengsaraannya.

Ingatlah firman Allah s.w.t;

Dan ingatlah hari ketika musuh-musuh Allah dibawa ke dalam neraka lalu mereka
dikumpulkan semuanya (Fussilat:19)

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit


mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang mereka lakukan. Sebagaimana
firman Allah:

Demikianlah balasan terhadap musuh-musuh Allah iatu neraka, mereka mendapat


tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai pembalasan atas keingkaran mereka
kepada ayat-ayat kami (Fussilat:28)

Dalam satu keterangan disebutkan bahawa ketika musuh Allah dihalau ke neraka,
maka muka-muka mereka bertukar menjadi hitam gelap, penglihatan menjadi kabur,
hatinya gementar dan mulutnya terkunci.

Setibanya di pintu-pintu nereka, mereka sudah dihadang oleh para malaikat


Zabaniyah (Malaikat perkasa yang menyeksa ahli neraka) dengan membawa rantai dan
belenggu serta cambuk dari besi. Lalu kaki dan tangan mereka diikat, kemudian diseret
mukanya serta dilemparkan ke dalam api neraka yang bergelojak. Para malaikat turut
memukul dan menyeksa mereka menggunakan palu yang diperbuat daripada besi. Jika
mereka ingin keluar dari neraka, maka dilemparkan semula ke dalam neraka dan
dikatakan kepada mereka:

Rasakanlah seksaan neraka yang dahulu kamu mendustakan (As-Sajadah: 20)


Keadaan Ahli Neraka

Al-Quran mengisyaratkan dengan jelas keadaan ahli neraka itu sentiasa diliputi
oleh rasa takut dan khuatir, bersedih, menyesal, letih, dahaga dan dalam keadaan hina.
Mereka di dalam neraka akan saling jerit menjerit minta dikeluarkan dari neraka dan
ingin segera mati. Tetapi apa yang mereka harapkan itu tidak dihiraukan. Keadaan ahli
neraka semuanya kurus, badan mereka luka parah akibat bersentuhan dengan api yang
menyala-nyala serta azab yang sangat pedih. Keadaan mereka juga amat dasyat, setegah
mati dan setengah hidup. Ini sebagaimana firman Allah:

Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. iaitu orang yang akan memasuki
api yang benar (neraka). Kemudian dia tidak mati dan tidak pula hidup di dalamnya (Al-
A’la:11-13)

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka
baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Maksud tidak mati di sini ialah mereka selalu merasakan azab dan maksud tidak hidup
pula ialah hidup yang dapat digunakan untuk bertaubat

Di dalam neraka, mereka juga diberikan makanan dan minuman namun apa yang
disediakan untuk mereka sangat menggerunkan bagi orang yang beriman kerana ia tidak
dapat mengenyangkan dan tidak dapat menghilangkan keletihan. Firman Allah:

Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar (Al-Ghasiyah: 7 )

Mereka juga diberikan pakaian, namun pakaian itu daripada api yang sudah tentu
membakar tubuh sesiapa sahaja yang memakainya. Oleh itu pada hakikatnya keadaan ahli
neraka itu sentiasa dalam kesengsaraan dan tidak pernah lepas dari ancaman seksaan
yang sangat pedih.
Didalam ayat lain menyebutkan, bahawa ahli neraka berada dalam keadaan cacat akibat
dibakar oleh api neraka. Firman Allah swt:

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat
(Al-mukminun:104)

Rupa Ahli Neraka

Didalam al-Quran diterangkan dengan jelas bahawa bentuk wajah ahli neraka
sudah kelihatan terhina sejak datangnya hari kiamat kelak. Ini akibat dari kekufuran dan
berbagai dosa yang telah dilakukan selama hayatnya di muka bumi ini. Walaupun dahulu
ketika di dunia mereka mempunyai wajah yang hensem, lawa dan menawan, tetapi di
akhirat nanti wajah mereka segera bertukar menjadi hina dan hodoh.

Ini kerana mereka tidak mahu beriman, tidak pernah mendirikan solat, tidak
pernah berpuasa dan tidak pernah melakukan apa jua ibadah. Wajah mereka menjadi
hitam melegam, hangus dan kelihatan muram seperti ditiup debu. Ini bukannya suatu
yang karut dan berlebihan tanpa bukti tetapi ia merupakan satu kenyataan yang tidak
boleh dibohongi atau diragukan lagi. Sebab Allah sw berfirman di dalam al-Quran:

Banyak muka pada hari kimat tunduk terhina (al-Ghasiyah:2)

Ingatlah akan hari yang di waktu itu ada muka menjadi putih berseri dan ada muka yang
menjadi hitam muram. Dikatakan kepada mereka orang-orang yang wajahnya menjadi
hitam dan muram ‘kenapa kamu kafir selepas kamu beriman? kerana itu rasakanlah
azab disebabkan kekafiranmu (Ali Imran)

Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu
menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu
selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
Dan banyak pula wajah pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh kegelapan.
Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka (Abasa:40-42)

NAMA-NAMA NERAKA BESERTA AHLINYA

Nama - Nama Neraka

Al-Quran mengemukakan dengan jelas bahawa neraka itu mempunyai nama - nama yang
sendiri. Ia mempunyai lapan nama iaitu:

Neraka Jahanam

Bukankah dalam neraka jahanam itu ada tempat bagi orang-orang kafir? (al-ankabut:68)

Dan kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam dalam
keadaan dahaga (Maryam:86)

Katakanlah api neraka Jahanam itu lebih panasnya (At Taubah: 81)

Pada hari mereka didorong ke neraka Jahanam dengan sebenar-benarnya (At Thur:13)

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan dosa, maka
neraka Jahanam baginya. (Tahaa:74)

Dan kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat
kembali (An Nisa: 115)
Neraka Jahim

Nama neraka yang kedua ialah Jahim juga banyak disebut dalam ayat-ayat al-Quran. Di
antaranya ialah firman Allah swt:

Dan Allah memelihara mereka daripada azab neraka (Al-Dukhan: 56)

Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim (At Takathur:6)

Neraka Hawiyah

Allah swt telah menyebut dalam ayat al-Quran surah al-Qariah:

Dan orang-orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah
neraka Hawiyah dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat
panas (al-Qariah:8-11)

Neraka Wail

Firman Allah swt mengenainya:

Dan kecelakaan (wail) bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang sangat pedih
(Ibrahim: 2)

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, Yang mereka itu lalai dari solatnya.
(Al-Ma’un:4-5)

Lalu beberapa golongan berselisihan faham sesama mereka akan malanglah orang-
orang yang tidak mempercayai akan menemui hari yang dasyat (Maryam: 37)

Masih banyak ayat-ayat al-Quran menyebut mengenai sebab jelas orang yang masuk
neraka Wail ialah orang yang celaka, bahkan celaka secelakanya.
Neraka Sa’ir

Nama Neraka yang kelima ini banyak disebutkan dalam al-Quran. Di antaranya
sebagaimana firman Allah:

Dan kami sediakan bagi mereka neraka yang menyala-nyala (Al-Mulk: 5)

Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu kerana
syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang
menyala-nyala (Fathir: 6)

Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang
menyala-nyala yakni neraka (al-Ahzab:64)

Dan barang siapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya
Kami menyediakan untuk orang-orang lafir neraka yang menyala-nyala. (Al-Fath:13)

Neraka Ladha

Sebagaimana firman Allah swt:

Sesekali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu ialah api yang bergelojak, yang
mengelupas kulit kepala (Al-Ma’arij:15-16)

Neraka Saqar

Sebagaimana disebut dalam al-Quran:

Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab, kami dulu
tidak termasuk orang yang mengerjakan solat (Al-Muddathir;42-43)
Neraka Khutomah

Firman Allah swt:

Dan tahukah kamu apakah khutomah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang
dinyalakan, yang naik sampai ke hati (Al-Humazah: 5-6)

Dua golongan penghuni Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan
yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.

Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor


Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi
bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala
mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau
wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat
jauh daripadanya”.H.R. Muslim

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur
dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) Renungkan hadis Rasulullah
SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut Saad bin Abi waqas bertanya
Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "
Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu
sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya,
maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut
mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka
sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis
yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada
halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa
besar". (Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di duniadan di


alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tigajenis seksa di dalam kubur ialah:- 1.
Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang
dada. 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 3. Akan muncul seekor ular yang bernama
"Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana
engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik
matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana
meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan
sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asarke Maghrib, dari Maghrib ke waktu
Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan
oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnyaadalah ular-ular


bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnyasebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain
selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka.
Bisaular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahunsehingga luruh
seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh merekakembali pulih lalu digigit lagi dan
begitulah seterusnya.
PEMINUM ARAK

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan ditangan
mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang
menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur,
mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk(bau arak), hingga
terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh
turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut
mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka
kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya.
Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan
kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota
dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat,
yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk
mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepada
mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga
hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan atau
dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal
menggigit dan mematuknya setiap masa.
SAKSI BOHONG

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70
ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dn tulang mereka.
Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnyaselama-lamanya seksaan
bagi mereka.

MENGUMPAT

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian
pulih dan digunting lagi. Didalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan
pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan
kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang
panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa
memakan buah-buah kayu tersebut. Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya
kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu
lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu
mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa. Begitulah gambaran seksaan di dalam api
neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan
kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu
mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan
menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan
Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih
dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlahtaubat untuk dosa-
dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan
diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak
mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada
kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan
sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon
keampunanAllah swt. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah
itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

WANITA YANG MENJADI AHLI NERAKA

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat
kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang
taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk
mempamerkan kecantikan.

Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku
melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam
siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak
mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka
menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
“Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka
Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan
akan mengikat di belakang lehernya.”
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ” Seseorang
perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: ‘Aku belum
pernah melihat kebaikanmu’, maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan
amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa da n siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari.”
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia
menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.
4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa
mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi
membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk
dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.
6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-
gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang
ramai, dan mermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab
perhiasan yang dia pakai.
7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada
ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah
kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia
tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.
8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti
keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah
dan suka marah kepada suaminya.
10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar
dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya,
iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah
s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita
tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak &
saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak


perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.


Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah


wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.
Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin
masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

PENUTUP
Kesimpulannya setiap umat manusia seharusnya beriman kepada Allah s.w.t bagi
mengelakkan daripada menghadapi seksaan yang maha berat pada hari akhirat kelak.
Setiap manusia seharusnya sedar bahawa islam adalah satu agama yang mahukan
kesenangan dan kesederhanaan kepada penganutnya dan ia tidak akan membebankan
setiap orang selagi ia mengikut jalan yang lurus.

Setiap manusia yang beriman akan mendapat kesenangan di akhirat kelak


sekiranya membuat amal makruf nahi munkar dan bagi setiap orang yang kufur neraka
adalah balasan yang setimpal bagi apa yang telah dilakukan oleh mereka di dunia ini.

RUJUKAN
http://linkgar.wordpress.com/2007/03/05/sifat-sifat-mazmumahburuk/
http://rasakehambaan.blogspot.com/2008/01/contoh-sifat-sifat-
mazmumah.html

Anda mungkin juga menyukai