Anda di halaman 1dari 6

Pemikiran dan amalan ref leksi menjadi amat dominan dalam dunia pengajaran

pada era pertengahan 80 -an melalui usaha para pengkaji seperti Cruikshank (1985), Calderhead (1989) dan Zeichner dan Liston (1987) yang giat membina pernyataan dan cadangan mengenai refleksi dalam pendidikan perguruan. Oleh yang demikian, dalam aspek pertama ini, pengkaji membincangkan kajian yang dijalankan oleh para penyelidik yang berkisar mengenai pengajaran reflektif daripada tahun 1985 hinggalah sekarang.Kebanyakan para penyelidik telah mengkaji pengajaran reflektif dengan tujuan untuk mempertingkatkan keupayaan guru pelatih dan pendidik agar berfikir dengan lebih rasional dan berobjektif tentang segala permasalahan yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Pengajaran reflektif disifatkan sebagai mengaktifkan aktiviti kognitif , satu aktiviti yang aktif dan sangat bermakna bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan, membangunkan keprofesionalan diri,mempertingkatkan kefahaman dan menukarkan pengalaman kepada pembelajaran yang berkesan. Shulman (1987) pula mendefinisikan ref leksi sebagai satu f asa di mana guru meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah dalam aspek pembelajaran daripada pengalaman dan proses yang dipandukan oleh data yang ada.

PELAKS AN AAN PENGAJ AR AN M AKRO

Saya Norlaily bt Md Zain dari kumpulan EL -P02 telah menyediakan Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Islam tahun tiga. Pengajaran yang saya pilih adalah bidang Al-Quran, di mana murid saya perlu menguasai bacaan Surah Al - Adiyaat bermula dari ayat 1hingga 5. Murid saya adalah tahun 3 Delima dari Sekolah Kebangsaan Seri Gemilang, Butterworth Pulau Pinang. Jumlah murid adalah seramai 29 orang. Kelas ini di ketogerikan kelas sederhana.

Nilai-nilai murni yang saya terapkan ialah supaya murid saya rajin membaca AlQuran serta mengamalkan bacaan surah ini ketika melaksanakan ibadah solat lima waktu sehari semalam.Selain itu, nilai bekerjasama dalam bacaan berkumpulan perlu dilakukan dengan bersungguh -sungguh dalam me nguasai bacaan agar lancar serta f asih.

Teknik pengajaran yang telah saya pilih ialah aplikasi dari mudah kepada sukar iaitu saya memilih kalimah pendek yang terdapat dalam surah yang ingin dibacakan. Setelah murid menguasainya, kemahiran dikembangkan men jadi ayat-ayat mengikut nombor yang tardapat dalam surah . Pendekatan yang saya pilih berdasarkan teori Taksonomi Domain Kognitif Bloom ( Boom et al. 1989 ). Melalui tingkah laku murid seperti berfikir, merasa dan bertindak maka penyusunan objektif mengiku t keupayaan murid dari mudah kepada susah. Aktiviti ini membolehkan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan ber

1)

SET INDUKSI

Saya mulakan set induksi dengan bersoal jawab bersama murid, murid dapat menjawab soalan yang diberi berkaitan dengan surah yang hendak dibacakan. Soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan nama surah, jumlah ayat yang terkandung dalam surah dan dimanakah surah ini diturunkan. Soalan diajukan secara keseluruhan kelas, murid yang sukarela menjawab soalan dipilih terlebih dahulu.

Murid berminat untuk menjawab soalan yang diajukan kerana tidak semua murid tahu berkaitan surah yang hendak dibacakan dalam pen gajaran hari itu. Sebahagian murid dapat menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan mereka sebelum ini.

KELEM AHAN

Murid yang lemah hanya mendiamkan diri dan tidak berusaha untuk menjawab soalan yang diajukan

2)

LANGKAH S ATU

Dalam langkah satu saya menggunakan kad kalimah pendek dengan meminta seorang murid untuk membacakan kad kalimah di hadapan sementara murid yang lain mengikut bacaan murid tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu. Permainan ini diulang melebihi tiga kali bagi menarik minat membaca tanpa memilih murid yang pandai dan murid yang tidak pandai di dalam kelas tersebut.

KEKUAT AN

Murid kelihatan seronok membaca kalimah dan melihat kawan mereka sama -sama membacakan kalimah pendek yang dipegang di hadap an kelas. Mereka cuba juga menyebut kalimah pendek walaupun terdapat sedikit kesalahan dalam bacaan.

KELEM AHAN

Terdapat juga murid yang tidak membaca kalimah tetapi hanya menggerakkan bibir sahaja jika tidak diperhatikan dengan baik.

3)

LANGKAH DU A

Saya meneruskan langkah dengan menggunakan kad kalimah ayat iaitu ayat satu hingga lima dalam surah Al - Adiyaat. Di sini mereka membacakan ayat dengan memerhatikan terdapatnya ulangan kalimah pendek yang telah dibacakan pada langkah satu.Penekanan yang diberikan adalah murid dapat membacakan ayat yang dipaparkan dengan sebutan yang betul.Mereka diminta untuk membunyikan ayat berulang kali. Kaedah latih tubi ini saya gunakan agar murid dapat membaca dan mengingat kalimah dengan lebih baik.

KEKUAT AN

Murid dapat membaca dan berminat dengan kaedah ini, mereka kelihatan seronok membaca kalimah berulang kali. Penekanan diberikan kepada murid agar boleh membaca dengan betul Seorang guru itu perlu mempunyai suara yang kuat agar mudah didengari oleh pelajar. Suara yang kuat akan merupakan keperluan seorang guru bagi memudahkan murid mendengar seterusnya membantu murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Apabila guru mempunyai suara yang kuat maka murid akan memberi tumpuan kepada pengajaran guru dan tid ak menghiraukan sebarang gangguan.

KELEM AHAN

Terdapat sesetengah murid yang bermain.Kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat mengikut masa seperti di dalam rancangan mengajar. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

LANGKAH TIGA

Dalam langkah yang ketiga saya gunakan kaedah perrmainan, dimana semua murid membacakan kembali surah Al - Adiyaat sementara diedarkan bekas pensel kepada setiap murid mengikut giliran. Selesai sahaja bacaan surah itu, murid yang di atas mejanya ada bekas pensel tersebut dikehendaki membacakan satu ayat daripada surah, begitulah seterusnya. . Saya sentiasa bergerak bagi mempastikan P&P berjaya.

KEKUAT AN

Murid memang paling seronok dengan kaedah ini, sambil memerhatikan bacaan rakan mereka juga dikehendaki mem baca surah secara tidak langsung. Ini membolehkan murid membaca dan mendengar dengan betul.

KELEM AHAN

Permasalahan timbul dari sudut kawalan kelas, murid agak teruja hingga kadang -kadang meninggikan suara kepada rakan agar membaca dengan baik untuk kump ulan mereka.

4)

PENUTUP

Saya mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid sama -sama membacakan kembali surah Al -Adiyaat secara kelas dan saya mengingatkan murid supaya terus membaca surah ini di dalam solat juga dalam kehidupan seharian agar tidak lupa.

KEKUAT AN

Murid boleh membaca secara kelas dengan baik kerana mereka telahpun mengetahui cara sebutan yang betul untuk membaca surah Al -Adiyaat ayat satu hingga lima.

KELEM AHAN

Murid yang yang lemah dalam bacaan masih ada, namun mereka cuba juga untuk membaca.

KESIM PULAN

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pembelajaran murid pada hari ituSetiap guru hendaklah kreatif menggunakan sumber yang ada di dalam kelas. Selain itu, guru juga haruslah mengambil kira sosio budaya dan ek onomi setempat agar pengajaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Saya perlu mengadakan penambahbaikan dengan merancang masa dengan betul supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar Hal ini juga akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

REFLEKSI PENGAJ ARAN M IKRO PENDIDIKAN ISLAM ,

REFLEKSI PENGAJ AR AN M IKRO

LANGKAH S ATU ( BAC AAN AY AT DALAM SURAH)

Dalam langkah satu murid diminta membacakan ayat yang terdapat pada kad yang dipegang oleh rakan mereka di hadapan kelas. Bacaan dimulakan secara kelas. Berkumpulan dan individu.

1)

KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid f aham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

2)

KELEM AH AN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pel aksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang t elah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan -gangguan dan hal -hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharu snya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

3)

CAR A M ENGATASI

Setiap kelemahan dan kekuranga n yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelaja ran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagia n penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan in teraksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid

Anda mungkin juga menyukai