Anda di halaman 1dari 13

660312715544001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER 4 / JANUARI 2013

HBEF 2703
PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN:

AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF ( T1A4)

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

EMIAS ANAK ANTURAN 660312715544001 660312715544 0168727315 jeaf8984@yahoo.com

660312715544001

BIL 1 2 3 4 Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Refleksi 3.0 Cabaran-cabaran 3.1 Masalah guru itu sendiri 3.2 Penglibatan guru 3.3 Kekangan Masa 3.4 Guru tidak mencukupi 3.5 Pengelibatan Murid 3.6 Peralatan tidak mencukupi 4.0 Refleksi Guru 5.0 Refleksi Murid

TAJUK

M/S 1 2 3

3-5

5 6 7

6 6

8 9

6.0 Cadangan Penambahbaikan 6.1 Pembentukan mesyuarat dengan rapi 6.2 Mempromosikan secara besar-besaran 6.3 Melaksanakan pada waktu perhimpunan 6.4 Melaksanakan pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran 7.0 Kesimpulan 8.0 Rujukan

7-8

9 - 10 11

660312715544001

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada e- tutor saya, dan En. Hemran Kadar, selaku Bekas Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam , yang telah banyak membantu dan tunjuk ajar supaya menghasilkan tugasan ini. Mereka adalah sumber rujukan utama yang banyak memberi maklumat yang lebih berguna dan memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya berjuang untuk mencapai kejayaan. Seterusnya , saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Senadin atas sokongan beliau yang tidak berberat sebelah bagi kepada saya untuk menyiapkan tugasan portfolio yang lengkap dan menepati standard. Para rakan guru sekalian, saya juga merakamkan sejuta-juta terima kasih atas sokongan anda selama ini. Bagi menyiapkan tugasan ini bukannya senang dan memerlukan kesungguhan dan

semangat yang tinggi agar apa yang dihasilkan lebih bermutu. Diharapkan dengan terhasilnya portfolio ini akan menjadi satu iktihar untuk memberi sumbangan kepada sekolah samada kelab, permainan, badan beruniform dan persatuan. Diharapkan dengan menjalankan aktiviti Kelab Pencinta Alam ini, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang selama ini sebagai satu bentuk halangan kepada penglibatan murid secara aktif dalam kelab. Melalui tindakan susulan diambil, daripada aktiviti atau pertandingan yang telah dijalankan supaya memantapkan atau memurnikan lagi supaya membantu tahap pencapaian akademik para murid.

660312715544001

1.0 Pengenalan Setelah menghadapi masa selama 2 bulan maka Kelab Pencinta Alam akhirnya berjaya menganjurkan pelbagai pertandingan yang memberi pendedahan yang positif dalam kalangan murid. Saya mendapat pelbagai manfaat daripada pelaksanaan pertandingan ini. Dalam penganjuran pertandingan kita boleh menganalisis dari segi sebelum pertandingan, semasa pertandingan dan selepas pertandingan. Dalam pelaksanaan pertandingan perlu membuat persediaan yang rapi sebelum pertandingan dilaksanakan. Pada mulanya perlu membuat satu kertas kerja yang relevan berdasarkan menepati semua kriteria. Dalam penyediaan kertas kerja perlu membuat rancangan yang rapi tentang jenis-jenis pertandingan dan ajk pengelola dan sebagainya. Selepas itulah kita perlu mengadakan perjumpaan dengan ajk supaya memgemukakan tugasan-tugasan beliau dan tanggungjawab mereka. Pada akhir pertandingan kita mengadakan post mortem supaya menganalisis samada pertandingan yang dijalankan berjaya dalam kalangan murid atau tidak begitu memberanngsangkan. Walaupun guru mempunyai pelbagai masalah dan urusan rasmi bagi pihak sekolah ,namun guru-guru membantu membuat persiapan agar pertandingan ini berjaya dijalankan dan berjaya mencapai objektifnya.Syukurlah segala halangan dan rintangan ini dapat kami atasi bersama-sama dengan adanya sokongan padu daripada guru-guru,murid-murid dan pengelibatan secara langsung oleh guru besar.

660312715544001

2.0 REFLEKSI Guru merancang pelbagai aktiviti dalam Minggu Pencinta Alam iaitu pertandingan mewarna tahap 1 dan 2 , pertandingan kuiz,teka silang kata, pertandingan merekacipta dan pertandingan buku skrap. Apa yang guru dirancang tetapi malangnya guru tidak dapat melaksanakan satu pertandingan iaitu pertandingan buku skrap. Pertandingan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan masalah kesihatan guru atau pemerhatian daripada Pn. Zoya untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Namun guru tidak berputus asa tetapi tetap menjalankan akitiviti yang dirancang. Pertandingan mewarna tahap 1 dan 2 mendapat sambutan yang baik daripada muridmurid. Guru mencapai objektif yang dirancang seperti seramai 20 orang murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Syukurlah kepadaNya supaya murid memberi komitmen sepenuhnya. Apa yang diperhatikan dalam pertandingan ini segelintir murid sahaja berjaya mewarna sepenuhnya dan yang bakinya tidak dapat menyiapkannya agar guru meminta mereka membawa balik. Kebanyakan murid dari tahap 1 masih pemilihan warna tidak begitu memuaskan dan mereka hanya mewarna dengan membuat lakaran. Selain itu pertandingan kuiz dan pertandingan teka silang kata mendapat sambutan kurang memuaskan. Hanya terdapat 12 orang murid sahaja melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Guru bercadang dua pertandingan dijalankan pada hari yang sama kerana kuiz tidak dapat dilaksanakan seperti apa yang tertera pada jadual perancangan. Dalam pertandingan ini murid dapat berjaya menjawab soalan-soalan. Pertandingan kuiz mendapati soalan objektif dan membina ayat, dan mengatur semula supaya menjadikan struktur ayat yang betul dan tepat. Kebanyakan murid markah tertinggi dalam bahagian objektif namun bahagian membina ayat sahaja dapat mengenalpasti pemenangnya. Bagi pertandingan teka silang kata guru menyediakan soalan berdasarkan akitiviti alam sekitar namun ia lebih kepada murid mencari kata perlawanan bagi satu perkataan. Dalam pertandingan ini guru mendapati banyak murid menjawab dengan betul tetapi guru mengambilkira masa yang mereka diambil untuk menjawab. pertandingan membuat penanda buku,

660312715544001

Pertandingan mereka cipta mendapati bilangan murid yang terlibat adalah 30 orang. Oleh itu guru amat gembira kerana penglibatan murid amat memberi kesan kepada saya. Pertandingan ini guru meminta membawa surat khabar lama , botol plastik dan alatan tangan yang sesuainya. Guru membuat Plan B jika murid tidak membawa peralatan dan boleh bertukar aktiviti reka cipta dengan hanya menggunakan suratkhabar supaya menghasilkn sesuatu karya. Namun ia tidak dapat dilaksanakan guru menjalankan Plan A sperti yang dirancangkan. Guru menyediaksn peralatan supaya membantu murid yang tidak membawa peralatan. Melalui pertandingan ini dapat mengesan kerjasama antara kumpulan begitu memberansangkan. Pertandingan membuat penanda buku guru mengedarkan bahan-bahan supaya mengurangkkan beban mereka. Murid menyelesaikan aktiviti pada masa yang ditetapkan. Murid menghasilkan penanda buku mengikut tahap kreativiti murid-murid. Terdapat Hasil kerja murid berlainan maka murid dapat mengenalpasti bahawa murid-murid dapat berfikir lebih kreatif. 3.0 Cabaran-Cabaran yang dihadapi 3.1 Masalah guru itu sendiri Saya sebagai guru penasihat bagi kelab ini. Saya tidak menurun untuk semua pertandingan untuk membuat analisis tentang pertandingan dan mengenalpasti samada pertandingan yang dilaksanakan seperti yang dirancang. Guru amat sedih kerana tidak bersama murid pada semua aktiviti. Guru memberi tugasan kepada guru-guru yang diperuntukkan supaya mengendalikan aktiviti. Namun mereka pun telah berjaya mengadakan pertandingan. Saya menghadapi penyakit tekanan darah oleh itu saya tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya agar saya mendapat nasihat dari doktor supaya mengambil rehat secukupnya. Walaupun saya tetap tidak melepaskan tanggungjawab saya begitu sahaja tapi saya mendapatkan refleksi daripada guru yang melaksanakan pertandingan. 3.2 Penglibatan guru Segelintir guru sahaja dapat melibatkan diri seperti yang dirancang. Hal ini disebabkan guruguru terlibat aktiviti urusan rasmi sekolah iaitu MSSR bola sepak. Pada waktu berkenaan banyak guru terlibat dalam melatih murid dan memberi tugasan kepada pada hari pertandingan. 4

660312715544001

Seterusnya pada bulan terdapat banyak pertandingan MSSR daerah Miri. Oleh itu saya terpaksa membuat Plan B supaya tetap menjalankan pertandingan tersebut. 3.3 Kekangan Masa Kebanyakan pertandingan dijalankan pada masa aktiviti kokurikulum supaya tidak ganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya aktiviti yang dirancang tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Misalnya pertandingan mewarna mengambil masa yang lama supaya menyiapkannya. Oleh itu guru terpaksa murid membawa ke rumah. Guru pula menghadapi masalah teach in apabila guru-guru yang mengajar matapelajaran terlibat dalam urusan rasmi sekolah. 3.4 Guru tidak mencukupi Guru tidak mencukupi dalam pertandingan yang dianjurkan. Semasa penyediaan jadual ajk pengelola memang mencukupi guru-guru melaksanakan tugasan mereka. Hal ini wujud apabila guru terlibat dalam aktiviti luar bagi urusan rasmi sekolah. Oleh itu guru meminta guru lain supaya melaksanakannya. Selain itu dalam sekolah saya terdapat kebanyakan guru belajar di OUM. Mereka juga mempunyai tugasan ini supaya melaksanakan pertandingan di sekolah. Apabila guru guru mempunyai pertandingan masing-masing maka saya tidak menganggu guru berkenaan. 3.5 Pengelibatan Murid Penyertaan murid kurang memuaskan. Hal ini kerana murid menghadapi masalah pengangkutan. Murid lebih berminat dalam permainan daripada persatuan akademik. Oleh itu guru mengambil kesempatan supaya melaksanakan pertandingan semasa aktiviti kokurikulum supaya mengisi penglibatan murid dalam pertandingan tersebut. 3.6 Kekurangan Peralatan Kekurangan peralatan apabila menjalankan pertandingan. Guru bercadang memaparkan soalan kuiz melalui LCD. Tetapi LCD di sekolah saya telah rosak sampai tidak nampak tulisan tertera pada komputer. Selain itu, kebanyakan guru praktikum menggunaakan Bilik Ava untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau guru menggunakan bilik komputer pun 5

660312715544001

terpaksa tunggu kerani untuk mendapatkan kunci. Guru bercadang memaparkan soalan kuiz supaya mengurangkan aktiviti membazirkan kertas. Di samping itu , sekolah galakkan membuat photostat tetapi bagi urusan rasmi guru berkenaan perlu membayar jumlah yang diphotostat. Kadang- kadang mesin photostat pun rosak. Guru terlalu mementingkan alam sekitar supaya mengurangkan penggunaan kertas. 4.0 Refleksi Guru Penganjuran pertandingan memberi pendedahan yang positif untuk bersedia menghadapi sesuatu tanpa berputus asa. Selain itu, menghadapi pelbagai cabaran tanpa berputus asa untuk menjayakan pertandingan ini. Guru dapat menyelesaikan masalah apabila menghadapi guru-guru tidak melaksanakan pertandingan ini. Oleh itu sekiranya gagal Plan A guru akan mengamalkan Plan B supaya menjayakan pertandingan ini. Melalui pertandingan guru dapat mengenali guruguru yang lain lebih mendalam. Di samping itu guru bersedia bertoleransi dengan guru lain supaya mengurangkan jurang antara mereka. Guru memahami tugasan saya sebagai guru yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sebelum ini guru tidak pernah menganjurkan pertandingan di dalam sekolah ini. Tapi saya pernah menlaksanakan pertandingan dalam kelab saya sahaja. Inilah kali pertama menjalankan secara besar-besaran. Guru amat berterima kasih kepada guru yang memberi sokongan sepenuhnya supaya menjayakan kerja kursus saya. Penyediaan Jadual sebelum melaksanakan pertandingan membantu pertandingan berjalan dengan lancar pada masa yang ditetapkan. Walaupun ia tidak dapat diikuti 100% guru membuat alternative lain supaya mengatasi masalah tersebut. 5.0 Refleksi terhadap murid Pertandingan yang dianjurkan dapat mengurangkan jurang antara murid. Murid dapat menyatupadu menyiapkan aktiviti yang diberikan. Murid juga dapat berfikir dengan lebih kreatif melalui pertandingan mereka cipta dan penanda buku. Aktiviti banyak mendatangkan kesan yang positif terhadap perkembangan murid di samping memberi pendedahan yang kepada murid untuk menggunakan kreativiti masing-masing di samping memupuk minat yang mendalam mata pelajaran kemahiran hidup pendidikan seni visual. Pertandingan ini mewujudkan persaingan yang sihat antara murid-murid disamping menanam perasaan cinta akan kesenian dan mewujudkan perasaan ingin mencuba menghasilkan sebuah karya yang kreatif. Malahan, melalui 6

660312715544001

aktiviti mereka cipta dapat mencungkil bakat kreativiti dalam diri mereka. Semasa pembentangan murid dapat menerapkan nilai murni keberanian supaya berani tampil ke hadapan untuk mengemukakan idea mereka. Melalui pertandingan ini memberi pendedahan tentang alam sekitar darisegi kegunaan adanya alam sekitar dan menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Kuiz dan teka silang kata dapat mengenalpasti bahawa murid berkenaan memang mendapat pendedahan tentang alam sekitar Daripada analisis jawapan murid bahawa dapat dikenalpasti murid-murid memang mendapat pendedahan tentang penjagaan alam sekitar. 6.0 Cadangan Penambahbaikan 6.1 Pembentukan mesyuarat dengan rapi Sebagai guru penasihat Kelab Pencinta Alam, adalah menjadi tanggungjawab saya supaya aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Oleh itu, pada masa yang akan datang saya hendaklah memastikan dahulu bahawa mesyuarat jawatankuasa akan berjalan seperti yang dirancangkan atau mesyuarat diadakan selepas waktu persekolahan. Dengan ini, semua guru yang terlibat dapat menghadirinya.Penubuhan AJK kerja untuk pertandingan syarahan adalah sangat penting untuk memastikan semua perancangan dapat dijalankan dengan teratur.Selain itu, tarikh pertandingan juga perlu dibuat pada hujung bulan Oktober supaya AJK ada banyak masa untuk membuat perancangan dan persediaan. Selain itu guru tidak mempunyai begitu banyak dari segi aktiviti luar atau program sekolah. Oleh itu mereka memberi tumpuan sepenuhnya dalam pertandingan. 6.2 Mempromosikan Secara Besar-Besaran. Pihak sekolah hendaklah membuat promosi secara besar-besar sebelum aktiviti pertandingan dijalankan.Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa dalam semua aktiviti yang dianjurkan bersama.Ibu bapa boleh menghebah atau mempromosikan pertandingan itu di rumah panjang mereka untuk menarik minat masyarakat setempat.Dengan cara ini masalah

penglibatan ibu bapa yang kurang memberi sokongan kepada pihak sekolah akan dapat diatasi. Selain itu mengadakan pertandingan untuk ibubapa supaya mereka juga dapat menyumbangkan tenaga mereka. Hal ini dapat mewujudkan hubungan antara ibubapa dan sekolah akan menjadi lebih rapat. 7

660312715544001

Semasa pertandingan diadakan tidak ramai penyertaan yang diterima daripada pelajar sekolah. Oleh itu, pada masa akan datang pihak penganjur hendaklah mengadakan lebih banyak iklan dan promosi untuk menarik minat pelajar supaya mereka menyertai pertandingan. Begitu juga dengan hadiah yang dipertandingkan mungkin boleh dibanyakkan bilangannya atau dalam bentuk wang ringgit. Dengan cara itu, boleh menarik lebih ramai penyertaan daripada pelajarpelajar sekolah. 6.3 Melaksanakan Pertandingan Semasa Perhimpunan Pada waktu perhimpunan menggalakkan penglibatan dan menarik minat murid menyertai mana-mana pertandingan ,pihak sekolah disyorkan agar mengadakan aktiviti atau pertanding semasa sesi perhimpunan pagi. Berilah sedikit waktu kepada murid untuk

mempamerkan bakat mereka di depan khalayak ramai .Ini bukan sahaja menarik minat murid untuk menyertai aktiviti,malahan dapat membina atau membentuk keyakinan diri pelajar yang positif. 6.4 Melaksanakan Pada proses pengajaran dan pembelajaran Guru boleh mengadakan pertandingan pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup ,harus mengadakan aktiviti susulan bagi menggalakan pengelibatan aktif murid murid dalam aktiviti mewarna , penanda buku dan mereka cipta dan banyak lagi aktiviti lain yang dapat membina keyakinan diri diri pelajar.Wujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar agar mereka ada semangat untuk bersaing. Penglibatan semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam semua aktiviti .

660312715544001

7.0 Kesimpulan Kegiatan ko-kurikulum adalah satu bentuk tranformasi bagi membentuk keterampilan pelajar. Pembinaan ahlak, kecergasan fizikal dan pelbagai nilai murni yang lain dapat dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum. Perancangan pihak Kementerian dalam mewujudkan Program 1 pelajar 1 sukan adalah bertujuan membentuk jati diri para pelajar. Aspek ini adalah pemangkin dalam membentuk sahsiah dan jati diri yang lebih mulia dan terpuji jika pelajar dibentuk mengikut acuan yang diterapkan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran adalah aspek yang penting dalam sesuatu proses melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Mencergaskan badan seterusnya akan mencergaskan minda mereka. Penekanan dan penumpuan yang betul akanmembentuk para pelajar mengikut acuan yang betul. Kesimpulannya kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa: Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dalam mendidik murid. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti 9

660312715544001

persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudahdibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuhi disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

10

660312715544001

8.0 Rujukan KPM Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum : 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Mok Soon Sang ( 2008 ) Pengurusan Kokurikulum Dan Pendidikan Sukan. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Modul Kokurikulum Aktiviti ke Arah Pencapaian Kecemerlangan (2007). Fargoes Book Sdn. Bhd. Refleksi Permainan Tradisional PERMAINAN-TRADISIONAL Kuala Lumpur:

http://www.scribd.com/doc/77537985/REFLEKSI-

11

Anda mungkin juga menyukai