Anda di halaman 1dari 2

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : IPRM 011/01 Jld.14 ( Tarikh : 08 APRIL 2013


Kepada:

Melalui; Guru Besar

Saudara / Saudari, KONVOKESYEN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2009 & PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2008 & PGSR ambilan November 2008 yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 27-29 Mei 2013 (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2009 ) & 04-07 Jun 2013 (PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 ) di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) : Presint 5, Putrajaya. 2. Saudara/saudari sebagai graduan dijemput hadir ke majlis tersebut. Dengan itu saudara/saudari hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Guru Besar sekolah masing-masing untuk mendapatkan kebenaran bagi urusan tersebut di atas. 3. Bersama-sama ini disertakan keterangan tentang Majlis Konvokesyen tersebut untuk makluman. Saudara/saudari dipohon membaca dengan teliti maklumat lanjut (Lampiran A) yang dilampirkan serta mengambil perhatian dan tindakan atas arahan-arahan berkenaan. 4. Saudara/saudari dikehendaki mengisi Borang Maklum Balas (Lampiran B) yang disertakan dan mengembalikan kepada pihak institut sebelum atau pada 24 APRIL 2013. Diharapkan saudara/saudari berusaha menghadiri majlis ini beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut dan seterusnya menjadi kenangan abadi sebagai lulusan IPG Kampus Raja Melewar. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Cintai Bahasa Kita Saya yang menurut perintah,
- surat ini adalah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan -

(MUSA BIN ABDULLAH) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan
s.k. : Fail Konvokesyen
ZB/skonvo/miy

IT6974

Anda mungkin juga menyukai