Anda di halaman 1dari 5

Menghafal...

menggunakan imaginasi, mnemonik


26/08/2003 9:51 a.m.

TERDAPAT beberapa teknik belajar yang boleh digunakan untuk memudahkan kita menghafal. Contohnya, anda boleh menggunakan gabungan teknik imaginasi dan mnemonik. Teknik imaginasi paling kerap digunakan oleh pelajar cemerlang untuk memantapkan gambaran tentang apa yang dipelajari di sekolah, atau apa yang dibacanya pada waktu malam. Teknik imaginasi boleh dilakukan ketika sedang membaca nota, atau sejurus sebelum kita melelapkan mata pada waktu malam. Cuba kita renungkan contoh di bawah. Kita pernah terbaca di akhbar ini, bagaimana seorang pelajar perempuan bernama Yap Sui Lin mendapat 16A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2002. Kecuali Sejarah, dia mendapat A1 untuk kertas peperiksaan lain yang didudukinya. Bagaimana pelajar ini boleh mendapat A2 bagi mata pelajaran Sejarah? Sedangkan dia mengambil sehingga 16 kertas peperiksaan? Dalam temuramahnya dengan wartawan Utusan Malaysia, Sui Lin berkata dia cuba mengaitkan fakta-fakta serta watak-watak dalam buku sejarah dengan hobinya, iaitu menonton teater. Apa yang dilakukan oleh Sui Lin itu memang ada logiknya. Jika dianalisis, sejarah merupakan sesuatu urutan peristiwa yang mengikut kronologi masa.

Terdapat banyak watak di dalam satu peristiwa sejarah. Apabila membaca bahan sejarah, kita boleh menggambarkan watak yang sedang kita baca merupakan pelakon-pelakon teater yang silih berganti memegang peranan masing-masing. Kita menjadi pengarah teater ketika membaca. Kita merakamkan watak-watak serta adegan oleh watak-watak di dalam sejarah dan menyimpannya di dalam otak kita. Kita boleh menggambarkan begini: "Watak akan keluar ke pentas satu persatu. Setiap tokoh memegang satu watak. Watak tidak akan keluar ke pentas selagi belum saya arahkan." Teknik menyamakan buku sejarah dengan persembahan teater ini merupakan gabungan imaginasi dan mnemonik. Jika kita melatih otak kita untuk menjadi pengarah teater atau pementasan drama, maka kita mudah memahami atau menghafal banyak fakta mengikut urutan yang bersistematik. Kita juga boleh mengaitkan fakta-fakta penting dengan perkara-perkara yang kita suka lakukan, atau hobi. Inilah sebenarnya fungsi teknik mnemonik. Teknik mnemonik bermakna `menyangkutkan' fakta yang hendak kita hafal dengan sesuatu yang kita senang mengingatnya. Sebagai contoh, seorang murid hendak menghafal formula keluasan segi empat, mungkin akan mengingat "Lembu Pijak Lipas" sebagai gantian kepada Luas = Panjang x Lebar. Teknik mnemonik, teknik imaginasi atau gabungan kedua-duanya bolehlah dicuba sebagai salah satu teknik yang membantu kita lulus peperiksaan. Banyak lagi teknik lain yang boleh kita cungkil daripada pelajar cemerlang. Selamat belajar. DAFTAR MASUK Nama Pengguna : Kata Laluan : > Daftar Keahlian > Lupa Kata Laluan

> Soalan Lazim (FAQ) [ Hotline : 03 - 2241 3055 ] IKLAN@TUTOR

USIK-USIK

CARIAN

Teknik Mnemonik
Secara umumnya, mnemonik adalah alat membantu akal untuk mengingat sesuatu. Perkataan mnemonik (mnemonic) adalah daripada perkataan Greek yang bermaksud untuk mengingati. Mnemonik telah mula digunakan sejak lebih seribu tahun yang lalu oleh Yunani dan Rom. Bangsa Yunani kuno terlalu memuja kemampuan ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemosyne, bermaksud 'berfikir dengan teliti. Pelbagai strategi ingatan dirancang oleh mereka untuk membantu mengingat maklumat, bertujuan menarik perhatian pendengar ketika berpidato atau berdebat di Senat. Perkataan mnemonik moden merujuk kepada teknik memacu ingatan untuk mengingati fakta- fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah. Beberapa teknik mnemonik moden telah disusun secara sistematik oleh Michael Perssley dan Joel Levin.

Daripada teknik ini, apa yang difahami ialah apabila ia digunakan untuk mengingat sesuatu, proses ingatan akan menjadi lebih mudah. Mnemonik menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang ingin diingati dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah diingat. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan ialah kaedah loci, sistem kata kunci, teknik menghubungkan, teknik akronim dan teknik akrostik. Selain daripada memudahkan ingatan, teknik ini dirasakan sangat membantu mengingati fakta fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan, mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang maksima. Dalam proses memahami diri dan orang sekeliling, teknik ini memberi kesedaran kepada kita bahawa kemampuan ingatan sebenarnya dapat ditingkatkan, minda ini dapat mengingati sesuatu lebih banyak daripada yang dijangkakan serta dengan menggunakan teknik yang sesuai akan memudahkan proses ingatan. Melalui pengamatan saya, didapati ramai yang tidak menggunakan minda untuk mengingati sesuatu dengan sebaik mungkin. Mereka lebih gemar mengingati sesuatu dengan cara hafalan atau merujuk kepada bahan rujukan dan sebagainya tanpa berpandukan kepada apa apa teknik ingatan. Antara faktor kegagalan tersebut ialah tidak terdedah kepada teknik yang sesuai sedangkan ianya sangat membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Selain daripada itu, sikap malas untuk mencuba teknik teknik yang membantu ingatan juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai mempunyai tahap ingatan yang lemah. Justeru, kegunaan teknik mnemonik pada masa sekarang dan akan datang sangat diperlukan terutama pelajar yang perlu mengingati pelbagai fakta penting. Ada antara fakta tersebut sukar untuk diingati kerana terlalu panjang dan berbagai. Sebagai contoh mudah, dalam mengingati urutan ukuran panjang dalam sistem metrik, kita boleh menggunakan teknik mnemonik dengan menggunakan ayat; Maka Cina Dengan Melayu Duduk Hampir Kilang. Ini adalah teknik akronim bagi urutan ukuran metrik: Milimeter, Centimeter, Decimeter, Meter, Decameter, Hektometer dan Kilometer. Begitu juga dalam mempelajari bahasa asing, teknik mnemonik sangat membantu mengingati perkataan baru dan ertinya. Sebagai contoh, bagi mengingati perkataan pintu, cermin dan memukul dalam bahasa Arab adalah dengan menggunakan perkataan yang sama bunyinya dengan bahasa Melayu. Jadi pintu (baa-bun) sama bunyinya dengan haiwan babun (babun di pintu), cermin (mer-ah) sama bunyi dengan merah (cermin warna merah) dan memukul (doroba) sama bunyinya dengan nama pemain bola sepak Drogba (Drogba memukul pemain bola).

Manakala dalam menjalani aktiviti seharian, antaranya ketika hendak membeli barangan rumah di kedai, dengan kaedah loci saya membayangkan perkakas di rumah dengan mengikut lokasi kedudukannya bagi membantu mengingati barang barang yang ingin dibeli. Sebagai contoh, saya membayangkan mesin basuh, dapur masak, sinki, bekas rempah ratus dan peti ais. Ini akan membantu mengingati untuk membeli sabun pencuci kain, minyak masak, span membasuh pinggan, garam dan stok ikan. Kesimpulannya, ingatan sebenarnya boleh dipertingkatkan sekiranya kita menggunakan teknik yang sesuai. Antara teknik yang sangat membantu itu ialah teknik mnemonik.

Anda mungkin juga menyukai