Anda di halaman 1dari 4

peta keningau

Sehingga ke hari ini tiada catatan atau kajian yang mendalam mengenai perkahwinan campur khususnya berlainan agama yang berlaku di Keningau Sabah. Keningau merupakan salah satu daerah pedalaman yang terbesar di Sabah ia terletak lebih kurang 150km dari Bandar Kota Kinabalu dengan jumlah keluasan 12,031 km2 nama keningau

merupakan sempena nama pokok kayu koningau yang menjadi sumber utama penduduk ketika itu dan mendapat permintaan tinggi pada suatu masa dahulu. Sebelum kedatangan penjajah di Negeri Sabah sistem kepercayaan yang diamalkan oleh penduduk pribumi adalah Pegan iaitu tidak memeluk sebarang agama, sehingga hari ini pegan masih wujud di Sabah khususnya di kawasan pedalaman. Oleh itu adat memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat pribumi ketika itu. (Ismail Yusoff 2004: 27) setelah Sabah diperintah oleh British North Borneo Chartered Company pada tahun 1881-1946 agama kristian tersebar luas di Sabah. Mengikut Catatan awal Father Odoric seorang paderi Franciscan merupakan mubaligh Kristian yang pertama sampai di Borneo pada tahun 1332 diikuti dengan mubaligh lain untuk mengembangkan agama mereka dalam kalangan penduduk tempatan.(Ismail Yussoff 2004:48-53) Kejayaan penyebaran agama Kristian dapat dilihat sehingga hari ini namun pada awalnya kejayaan ini hanya berlaku dalam kalangan pribumi yang tidak beragama atau menganuti kepercayaan animism pertambahan jumlah orang kristian ini hanya berlaku setelah Kemasukan imigran Cina, Dusun, dan Murut ke dalam agama Kristian. Pada tahun 1960 terdapat 75,247 orang penganut Kristian di Sabah ( Jabatan Statistik Malaysia, Cawangan Sabah 1971:20) Walau bagaimanapun, penyebaran agama Kristian gagal mengkristiankan orang Islam di Sabah, Sejarah sebenar Perkembangan Islam yang berlaku di Sabah masih tidak diketahui, namun berdasarkan sumber yang ditemui kedatangan Islam ke Sabah adalah secara berperingkat iaitu islam disebarkan ketika kedatangan Kapal Dagang orang Arab dari Mai di kepulauan Sulu, seterusnya Syarif Awliya Larim al-Makhdum seorang ulama dipercayai telah menyebarkan Islam dari kepulauan Sulu ke Pantai Timur Sabah terutama di Lahad Datu, Kinabatangan, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu. Sumber

seterusnya Islam dikatakan masuk ke Sabah melalui Kalimantan Timur pada abad ke 17 dan semasa penguasaan Kesultanan Brunei telah memainkan peranan menyebarkan Islam.( Ismail Yussof 2008: 73)

Di Sabah Kumpulan etnik yang memeluk islam terdiri daripada pelbagai suku kaum dan keturunan antaranya ialah Brunei, Suluk, Bugis, Bajau, Idahan, Banjar, Tidong, Orang Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos. Manakala kumpulan Bumiputera bukan Islam terdiri daripada Kadazan/Dusun, Murut, Rungus, Sino-Filipina ( Ismail Yussof 2008: 26). Namun begitu, akibat kemasukan pelbagai suku kaum di Sabah masyarakat pribumi menjalankan kehidupan tanpa wujud pengasingan tempat tinggal, dan pekerjaan sepertimana berlaku di Semenanjung, ia hanya berbeza dengan mengekalkan cara hidup mereka secara turun-temurun. Keselesaan hidup diantara masyarakat pribumi dengan imigran mendorong kepada berlakunya perkahwinan campur sesama mereka. Tambahan lagi bilangan perkahwinan campur semakin meningkat pada zaman moden kini. Oleh itu sesebuah etnik itu tidak dapat lagi menunjukkan agama yang dianuti kesan daripada pencampuran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai