Anda di halaman 1dari 27

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan subjek KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah iaitu Media Pengajaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Walaupun kumpulan kami menghadapi sedikit kesukaran serta kerumitan dalam proses menyiapkan tugasan ini namun Alhamdulillah berkat pertolongan semua pihak kumpulan kami akhirnya dapat juga menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekuliah kami yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta melayan kerenah kami. Untuk keluarga kami terutama suami serta anak-anak ucapan jutaan terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk kami dan memahami tugas kami sebagai pelajar. Kepada ahli kumpulan kami iaitu Rosmina Binti Mat Zaib, Che Hafsah Binti Che Hassan, Farah Yusniza Binti Mohamed, Norliza Binti Ab. Ghani dan Maznah Binti Mohamed Tamjid kerana bersama-sama bertungkus lumus dan mengorbankan segala tenaga, masa dan perbelanjaan bagi menyiapkan tugasan ini, Ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan terhutang budi dan terhutang ilmu daripada pensyarah subjek KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah iaitu Encik Zaini Bin Abdullah kerana beliau tanpa rasa jemu membimbing kami dan memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat serta idea untuk kami menyempurnakan tugasan ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang membalas budi pihak-pihak yang membantu kami secara langsung dan tidak langsung sehingga terhasilnya tugasan ini.

Berkejar-kejar ombak di laut Menyentuh pantai berpasir putih Budi tuan puan disebut-sebut Kerja selesai dan terima kasih

KPF 4023

Page 1

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

ISI KANDUNGAN:

PENGHARGAAN DEFINISI MEDIA PENGAJARAN MEDIA DALAM BILIK DARJAH KON MEDIA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA SUMBANGAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR PENGURUSAN MEDIA YANG EFEKTIF PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN 3 47 8 11 12 15 16 20 21 23 24

KPF 4023

Page 2

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

DEFINISI MEDIA PENGAJARAN

Perkataan media pengajaran terdiri dari kata media dan pengajaran. Media atau medium berasal dari kata Latin Medius yang bererti Tengah. Dengan demikian dapat diketahui bahawa media adalah sesuatu yang menjadi perantara dengan yang lainnya. Dalam bahasa Arab media bererti perantara (Washaail) atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Gerlach menyebutkan bahawa media jika difahami dalam garis besar adalah manusia, materi atau kejadian yang membangun kondisi yang membuat siswa mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan atau sikap (Arsyad (2002).

Terkadang istilah media pendidikan sering diertikan bergantian dengan istilah alat bantu atau media komunikasi. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne dan Briggs bahawa secara implisit media pengajaran meliputi alat yang berupa fisik yang digunakan untuk menyampaikan isi materi pengajaran yang terdiri dari antara lain buku, tape recorder, kaset, video camera, grafi, televisyen, film, slide foto, gambar, dan komputer (Arsyad, 2002).

Dari beberapa pengertian dan batasan tentang media pedidikan dan pengajaran tersebut diatas dapat diketahui bahawa salah satu hal yang mempengaruhi efektifitas proses belajar mengajar baik di dalam kelas mahupun di luar kelas adalah penggunaan media pengajaran baik visual mahupun audio visual.

KPF 4023

Page 3

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

MEDIA DALAM BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.

Bilik darjah adalah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi antara guru dan murid-murid. Dalam pendidikan zaman ini, sekolah cemerlang lahir daripada bilik darjah yang dinamik. Perkataan dinamik pula membawa maksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu menggerakkan sesuatu. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Terdapat empat jenis interaksi dalam bilik darjah yang akan saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:1. Interaksi sehala/interaksi tradisional 2. Interaksi dua hala antara guru dan murid 3. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid 4. Interaksi berkomputer. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert

KPF 4023

Page 4

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran

Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.

Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Dan, yang paling penting dalam tugas seorang guru adalah penyediaan bahan/media terutama dalam menjalankan set induksi. Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip video tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit. Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seorang guru dalam menarik minat serta merangsang pelajar supaya menumpukan perhatian KPF 4023 Page 5

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. Set induksi yang dijalankan ini perlulah menarik, dengan pemilihan bahan media yang menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tahap pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran serta pengetahuan sedia ada pelajar. Kesannya, pelajar akan bersedia, aktif dan seronok dalam meneruskan aktiviti pembelajaran mereka. Berkaitan dengan kepentingan set induksi, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) atau media merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh seorang guru. BBM yang digunakan ini mestilah mampu memberikan rangsangan dan minat kepada pelajar di samping mencetuskan idea pelajar berkenaan topik yang diajar oleh guru pelatih. Ia juga mestilah bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan pelajaran, digunakan pada waktu yang sesuai dan maklumat yang ingin disampaikan melalui BBM tersebut mestilah jelas, ringkas, padat dan jitu. Kemahiran menerang merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, konsep ataupun isi kandungan kepada pelajar dan kemahiran ini biasanya digunakan pada peringkat perkembangan proses pengajaran. Prinsip bagi kemahiran ini ialah penerangan yang diberikan perlulah sesuai, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan BBM yang diuruskan secara berkesan dan berdasarkan pengetahuan pelajar. Apakah itu media?. Media diertikan sebagai apa sahaja alat yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu sumber maklumat kepada penerima. Heinich (1985) media. Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran. Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik." Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik". Fungsi Media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan media yang

bersistematik dalam mempelbagaikan teknik dan idea dapat menjana dan menghasilkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut: KPF 4023 Page 6

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

KPF 4023

Page 7

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

KON MEDIA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE

Proses pembelajaran yang baik tidak hanya menumpukan pada satu aspek sematamata,malahan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran merupakan faktor utama dalam menarik minat para pelajar untuk mendalami sebarang ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adakalanya membosankan para pelajar sekiranya topik atau tajuk yang dibincangkan memainkan peranan penting dalam usaha untuk menarik minat pelajar di samping mengaplikasikan segala kemahiran yang ada untuk kembali memancing supaya pelajar dapat memahami dengan tepat mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai Cone of Experience (Kon Pengalaman). Dalam teori ini Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurut Edgar Dale, 1969 (dalam Noriati A. Rashid, 2009) pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. Menurutnya, pengunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan penguasaan pelajar. Selain itu, kon pengalaman Edgar Dale, 1969 (dalam Mustafa Abdul Sami, 2004) yang menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk itu, Kon Pengalaman Pembelajaran Dale merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses P&P supaya pelajar dapat memahami dengan mendalam mengenai apa yang cuba disampaikan. Dalam Kon ini, Dale menegaskan mengklasifikasikan bahawa mengenai media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk proses pembelajaran berkesan.

KPF 4023

Page 8

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE (1964)

Rajah di atas merupakan kon pengalaman pembelajaran yang diasaskan oleh Dale yang boleh digunakan oleh para-para guru untuk menyesuaikannya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 3 tahap dalam kon pengalaman pembelajaran Dale iaitu persimbolan, pemerhatian dan juga penglibatan. Di bawah tahap persimbolan, kon pembelajaran Dale memecahkannya kepada dua bahagian iaitu simbol lisan dan juga simbol penglihatan. Pada tahap kedua pula, Dale telah memecahkannya kepada 4 bahagian iaitu rakaman radio dan gambar, televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara, manakala pada aras terakhir iaitu penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3 peringkat iaitu main peranan, penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi serta pengalaman langsung. Ketiga-tiga aras pengalaman belajar yang diutarakan oleh Dale mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah mengajar. Guru perlu bijak dan pandai untuk menyesuaikan setiap aras dengan bentuk P&P yang akan disampaikan kepada pelajar. KPF 4023 Page 9

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak. Peringkat penglibatan misalnya, bentuk dan mencipta. Sebagai contoh, jika guru sejarah mahu menceritakan mengenai faktor-faktor dalam pembinaan negara bangsa. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan kertas untuk menulis factor-faktor tersebut dan kemudiannya mereka akan mengkritik atau menilai jawapan daripada kumpulan lain sama ada ianya betul ataupun salah. Hal ini melibatkan proses analisis di mana murid secara tidak langsung telah memainkan peranannya dengan melakukan kajian atau analisis terhadap jawapan yang telah diberikan oleh kumpulan lain dan menilai sama lakonan/Dale telah menggunakan 3 teknik iaitu teknik menganalisa, penilaian, mereka ada jawapan itu betul atau salah. Penilaian mereka adalah berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan. Secara tidak langsung murid tersebut akan mengetahui sama ada jawapan yang diberikan mereka itu betul atau salah. Guru kemudiannya akan melakukan proses pengukuhan melalui proses pemerhatian murid melalui tayangan video atau gambar mengenai proses-proses pembinaan Negara Bangsa. Pada peringkat ini, murid akan mengetahui jawapan yang betul serta salah. Peringkat seterusnya ialah persimbolan dimana guru akan meminta murid untuk menyenaraikan semula faktor-faktor pembinaan Negara Bangsa. Daripada huraian di atas, dapat dibuktikan bahawa berpandukan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan tidak membosankan.

Kon Pengalaman Pembelajaran Dale boleh diklasifikasikan sebagai mentor kepada guru dalam memilih langkah atau aras yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Proses pengajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, dalam aras kedua iaitu pemerhatian, guru boleh menggunakan teknik ini untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu topik. Aras pemerhatian secara ringkasnya merupakan satu aras yang melibatkan penggunaan mata di mana murid akan melihat sesuatu perkara di sekeliling dan cuba mengaitkannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam bidang pendidikan sejarah, untuk memudahkan murid bentuk rumah yang terdapat di malaysia,lawatan ke muzium merupakan satu langkah dalam aras digunakan. Hal ini disebabkan, kerana, murid terlibat secara tidak langsung mereka melihat, menilai dan mengingat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Dale di mana beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20% daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang mereka KPF 4023 Page 10

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


lakukan. Untuk itu, setiap aras sememangnya memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar. Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalaman menurut tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang tertinggi iaitu abstrak. Maksudnya di sini, semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin besar manfaatnya yang akan diterima oleh pelajar.

KPF 4023

Page 11

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA

Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran yakni dalam sesi pembelajaran. Media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran terbahagi kepada lapan iaitu: a. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem) b. Media tayang gerak (video, filem, cakera) c. Grafik (lukisan, poster, kartun) d. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad) e. Media pameran (model, boneka, diorama) f. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita) g. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat) h. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah) Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannya melibatkan kemahiran lisan: mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu khususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan muridmurid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: dan latihan

Kesesuaian dengan perkara Objektif dan matlamat pengajaran

Penjelasan (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan

KPF 4023

Page 12

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Keadaan pelajar (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah muridmurid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

Suasana pembelajaran

Minat pelajar

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.

KPF 4023

Page 13

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; Bahan yang jimat dan murah

Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); Bahan yang praktikal

Dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya; Bahan yang bersifat luwes Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan bantuan KPF 4023 Page 14

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang lebih relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan upaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan modal insan yang berkualiti.

KPF 4023

Page 15

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

SUMBANGAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR

Rajah diatas menunjukkan hubungan media dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, dan bahkan membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap pelajar. Penggunaan media pembelajaran pada tahap orientasi pengajaran akan dapat membantu keaktifan proses pembelajaran dan penyampaian pesan dan pembelajaran pada saat itu. Selain membangkitkan motivasi dan minat, media pembelajaran juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman, menyajikan data dengan menarik dan terpercaya, memudahkan penafsiran data, dan memadatkan informasi. Seseorang akan mencapai hasil belajar 10 % dari apa yang dibaca, 20 % dari apa yang di dengar, 30 % dari apa yang dilihat, 50 % dari apa yang dilihat dilihat dan di dengar, 70 % dari apa yang dikatakan, dan 90 % dari apa yang dikatakan dan dilakukan.

KPF 4023

Page 16

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Cara mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Media pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan media pengajaran kepada pelajar ialah:

Kemahiran berfikir

Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan lain-lain lagi semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan muridmurid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajran. Ini kerana terdapat sumber pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disampaikan dalam pembelajaran.

Keseronokan dalam pembelajaran

Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Selain dari itu pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok KPF 4023 Page 17

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. Contohnya juga dapat dilihat melalui penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar.

Meningkatkan daya ingatan murid

Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber/bahan/media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut.

Menarik dan mengekal minat serta tumpuan melalui pelbagai media

Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan

KPF 4023

Page 18

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar. Peningkatan kreativiti

Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. Murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

Memberi peluang untuk main peranan dan simulasi

Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak.

Pengajaran lebih bersifat individu

Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid. KPF 4023 Page 19

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

Membuat pengajaran lebih tersusun

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran guru perlu dirancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan pelajar dan objektif pembelajaran.

Memberi maklumat

Berbagai media yang didapati dari segi pembelajaran memang member maklumat seperti tv pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.

Pembelajaran menjadi lebih dekat

Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi diluar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya didalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara diluar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan didalam media dan dibawa masuk ke kelas.

Memperkaya pengalaman

Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran tersebut.

KPF 4023

Page 20

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

PENGURUSAN MEDIA YANG EFEKTIF

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guruguru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan penggunaan media semasa mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. Penggunaan media yang efektif juga haruslah memberi kesan yang baik kepada para pelajar sehinggan perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaaan media yang efektif juga secara tidak langsung dapat mengatasi masalah disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga penggunaan media secara efektif juga dapat KPF 4023 Page 21

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan

Dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan alat media sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan media. Di samping itu kesan penggunaan media yang efektif di dalam kelas juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran juga guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan media secara efektif maka guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumatmaklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Justeru itu KPF 4023 Page 22

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012


melalui penggunaan media yang berkesan murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alat-alat media tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

KPF 4023

Page 23

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

PENUTUP

Media adalah alat perantaraan interaksi antara guru dan murid dalam bilik darjah yang menjadikan penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkesan. Sebagaimana yang digariskan oleh Edgar Dale (1969) dalam kon pembelajaran dale, peranan media dalam sesi pengajaran dan pembelajaran diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu persimbolan, pemerhatian dan penglibatan. Dan dapat kita simpulkan bahawa peranan media pada bahagian penglibatan iaitu pengalaman sebenar, penglibatan dalam aktiviti dan penglibatan dalam lakonan memberi kesan positif yang lebih banyak kepada pencapaian murid. Namun demikian, guru harus bijak memilih media pengajaran yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan. Pemilihan media yang sesuai dan selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat mearik minat pelajar dan sekaligus dapat melahirkan modal insane yang kreatif dan inovatif.

Pemilihan dan penggunaan media yang tepat dan bersesuaian dapat menarik minat pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu matapelajaran yang diajar oleh guru. Penggunaan media secara efisien di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan faktor penting dalam usaha peningkatan kualiti pembelajaran. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis alat media yang dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memilih media yang tepat untuk mencapai tujuan pembelajaran yang berkesan. Terdapat beberapa kriteria dan langkah yang perlu diperhatikan oleh guru dalam pemilihan media. Kriteria yang dimaksudkan seperti guru mestilah tahu tujuan pembelajaran, keefektifan, karakteristik pelajar, ketersediaan pelajar di dalam kelas,fleksibiliti,kemampuan guru yang menggunakannya dan waktu yang tersedia.

KPF 4023

Page 24

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012), Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, Kuala Lumpur:Freemind Horizons. Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum books.

http://id.scribd.com/doc/6578946/ciriciri-video-pembelajaran-yang-berkesan-dan-peranannyadalam-pendidikan http://www.docstoc.com/docs/41104099/MEDIA-PEMBELAJARAN-DAN-PENGAJARANMATEMATIKA http://www.oocities.org/hashimasman/


Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi Asas Pendidikan.Selangor: Kayazano Enterprise. Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar. www.deriakacamata.blogspot.com/2008/10/mengapa-guru-perlu-menggunakan-media.htm www.massofa.wordpress.com/2008/11/05/peranan-mediapembelajaran-dan-pemilihannya-dalampembelajaran/.

KPF 4023

Page 25

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

KPF 4023

Page 26

KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012

KPF 4023

Page 27

Anda mungkin juga menyukai