Anda di halaman 1dari 30

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN JASMANI

UNTUK SEMUA

KURIKULUM DAN PEGAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PJM3110

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu perubahan, modifikasi atau penyesuaian pada seseorang individu akibat daripada pengalaman yang diperolehinya . Ia dikaitkan dengan pembelajaran dan diikuti dengan sesuatu perubahan dalam tingkah laku.
Perubahan ini yang dikenali sebagai modifikasi atau penyesuaian, dimanifestasikan melalui perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian.

Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otototot. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang berpusatkan sekolah dimana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih. Ada juga definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahirankemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan, nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987a)

Pengajaran kesihatan asas yang merangkumi langkah-langkah pencegahan awal dan peningkatan kesihatan

Kecergasan jasmani keseluruhan menerusi latihan kecergasan, permainan olahraga dan pergerakan kreatif.

Untuk menjayakan objektif Pendidikan Jasmani di sekolah, beberapa objektif telah digariskan oleh pihak Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987b)

Memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan bagi membina kecergasan Memahami konsep kecergasan jasmani, komponenkomponennya, prinsip-prinsip latihan dan langkahlangkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Meningkatkan kecergasan Jasmani dengan membina d/tahan kardiovaskular, kekuatan & d/tahan otot, kelenturan, ketangkasan dan kepantasan. Mengenal pasti keadaan tubuh badan dan keperluan latihan kecergasan serta berkebolehan menyusun program latihan yang sesuai untuk diri.

Memperkembangkan kemahiran sukan individu, berpasukan & pergerakan kreatif untuk membolehkan murid menyertai bidang ini sebagai sebahagian kegiatan rekreasi jasmani mereka. Mengenal dan mengambil bahagian beberapa permainan tempatan dan permainan popular.

Memahami undang-undang, peraturan, cara latihan dan peristiwa sukan di Malaysia dan antarabangsa.
Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN DOMAIN PSIKOMOTOR Melibatkan pembangunan kesedaran terhadap tubuh, menghasilkan pergerakan fizikal yang cekap dengan menggunakan tenaga sedikit mungkin.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF Membantu individu memperoleh pengetahuan aktiviti fizikal, memahami, menganalisa, menggunakan serta menilainya.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN DOMAIN SOSIAL Menolong individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranannya sebagai ahli masyarakat.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN DOMAIN EMOSI


Memahami jiwa dan perasaan sama ada dalam atau luar.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN DOMAIN AFEKTIF


Melibatkan sikap, apresiasi dan nilai

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN JASMANI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (KPM, 1996)

FALSAFAH PENDIDIKAN JASMANI


Falsafah pendidikan jasmani adalah penting dan diperlukan bagi pendidikan kemahiran. Falsafah pendidikan jasmani membimbing tingkah laku seseorang. Falsafah pendidikan jasmani menyedarkan orang ramai bahawa pendidikan jasmani dapat memberi sumbangan kepada nilai kemasyarakatan. Falsafah pendidikan jasmani menerangkan bahawa bidang pendidikan jasmani mempunyai matlamat yang bersangkut paut dengan matlamat pendidikan umum.

HUBUNGAN
FPK menjadi landasan atau teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. Juga gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat negara ini melalui pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan adalah hasil dpd prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dgn kurikulum yang mantap dan pelaksanaan p&p yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan.

PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA

PENGENALAN
Minat dalam sukan bermula sejak kecil lagi. Ia mudah dipengaruhi dari masyarakat. Sukan penyumbang utama kepada sosial. Peranan sukan bermula dari peringkat umur paling rendah hinggalah umur tua sehingga mampu menyatukan melalui sukan olimpik atau bola sepak piala dunia.

Teori Inlick, Wood, Hartwell dan Fitz (1899) mencadangkan pendidikan jasmani harus wujud sebagai satu bidang.
Masyarakat dan negara secara persendirian dan kolektif harus bertindak secara positif dan bijak. Jawapannya ialah terletak pada perkembangan latihan jasmani, sukan dan aktiviti bermakna yang memberi sumbangan untuk kehidupan manusia.

Program pendidikan jasmani dalam usaha menahan dan mengekalkan nilai moral yang ketara meruntuh bersama bersama keruntuhan perkahwinan dan kekeluargaan.

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.
Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.

Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: -

DI PERINGKAT INDIVIDU
1. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. 2. Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif. 3. Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat. 4. Kekurangan tekanan (stress) hidup moden. 5. Semangat bergaul dan bersahabat antara individu.

6. Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan.


7. Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.

DI PERINGKAT MASYARAKAT
1. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin. 2. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara. 3. Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat. 4. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya. 5. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

DI PERINGKAT ANTARABANGSA
1. Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia. 2. Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara.

1. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee, 2003, Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Praktikal, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd : Kuala Lumpur. 2. Vasudevan T. Arasoo, 1991, Sosiologi Sukan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd : Petaling Jaya. 3. Yusoff Ismail, 1992, Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd : Kuala Lumpur. 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/pendidikan_jasmani 5. www.brunei.gov.bn

Anda mungkin juga menyukai