Anda di halaman 1dari 54

PENGAKUAN

Saya dengan ini mengakui bahawa, ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

1 NOVEMBER 2014

AINUL RUWAIDI BIN OTHMAN


820311025445

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi dengan kurniaNya, telah memberi kekuatan serta
kesempatan kepada penulis untuk menyempurnakan kertas projek ini. Amat bersyukur penulis
rasakan kerana akhirnya Berjaya tugasan yang diamanahkan ini disiapkan mengikut
ketetapan.
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih penulis hulurkan kepada pensyarah penyelia
kertas projek ini iaitu Dr. Abdul Halim Bin Masnan yang banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar dan dorongan kepada saya sehingga dapat menghasilkan kertas projek ini.
Kepada semua pensyarah, tutor dan kakitangan UPSI Tanjung Malim yang terlibat, jutaan
terima kasih diucapkan di atas jasa baik dan bakti yang dihulurkan kepada penulis sepanjang
mengikuti kursus ini.
Terima kasih jua kepada pihak SK LKTP Jengka 18 khususnya Guru Besar, En. Mohamad
Bahari Bin lebai Shapei, rakan-rakan guru, dan murid-murid yang telah memberi kerjasama
untuk menjayakan kajian ini. Sememangnya penulis berasa terhutang budi di atas keikhlasan
dan kerjasama yang telah diberikan.
Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan Kohort 1 Program PPG PJJ UPSI, khususnya yang
mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah Dengan Kepujian bidang
Pendidikan Awal Kanak Kanak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan di atas segala bentuk
pertolongan sama ada material atau sokongan moral yang dihulurkan untuk merialisasikan
setiap tugasan yang diamanahkan.
Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih, dipanjangkan kepada semua yang terlibat
kearah pemantapan penulisan kertas projek ini.
Semoga Allah jua yang membalas dan memberkati usaha yang kita lakukan, dalam
menyempurnakan maksud kertas projek ini.

DEDIKASI

Setulus kasih buat isteri tercinta.


Tengku Hezlin binti Tengku Abu Bakar
Kehadiranmu membuahkan sinar kekuatan, untuk sama-sama merempuhi mehnah, kursus
dalam mengikuti pengajian ini. Segala keperitan yang ditempuhi bersama adalah asam garam
dalam perjuangan demi merealisasikan impian yang terpendam. Apa yang pasti, jejak-jejak
yang ditinggalkan, akan menjadi kenangan manis yang penuh bermakna dalam kehidupan
pada masa hadapan. Pengorbananmu sentiasa dalam ingatan. Semoga keberkatan akan
memayungi kehidupan kita sepanjang hayat.

Selautan kasih sayang buat.


Anakanda Megat Amirul Danish dan Muhammad Danial Darwisy.
Sesungguhnya kehadiran kalian, membakar semangat bonda untuk berusaha dan berjuang
mencari erti kebahagiaan dalam hidup. Pelajarilah sesuatu betapa, kehidupan memerlukan
ilmu ( dunia dan akhirat ), kesabaran dan daya juang yang tinggi. Semoga jejak-jejak yang
dirintis ini, menjadi batu loncatan untuk kalian lebih berjaya.

Sekalung budi untuk..


Pensyarah Kursus KRL3043, Dr. Abdul Halim Bin Masnan.,.
Semua pensyarah UPSI, rakan-rakan seperjuangan serta semua ahli keluarga. Jutaan terima
kasih dihulurkan, di atas sokongan yang diberi. Jasa baik kalian akan terus mekar dan segar di
sepanjang zaman. Hanya Allah jua yang membalasnya.

Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih dipanjangkan kepada semua yang terlibat
kea rah pemantapan penulisan kertas projek ini. Semoga Allah jua yang membalas dan
memberkati usaha yang kita lakukan, dalam menyempurnakan maksud kertas projek ini.

Wasallam.

Ainul Ruwaidi Bin Othman


SK LKTP Jengka 18,
Felda Jengka 18,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darulmakmur.

Penggunaan Kaedah Koperatif Dalam Mempertingkatkan Motivasi Belajar Murid


Tahun 5 Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kaedah koperatif memainkan peranan
dalam mempertingkatkan tahap motivasi belajar murid. Kajian ini melibatkan seramai 30
orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Maran, Pahang. Responden yang dipilih
terdiri daripada anak-anak peneroka, kakitangan awam dan pekerja kilang. Instrumen soal
selidik akan digunakan dalam kajian ini. Statistik yang digunakan ialah min, mod dan sisihan
piawai, manakala statistic inferensi pula ialah ANNOVA sehala dan Ujian T. Kajian ini
dipilih kerana dari tinjauan umum yang dijalankan, didapati tahap motivasi belajar dalam
kalangan mereka ini amat rendah mala nada yang kritikal. Justeru diharapkan dengan adanya
hasil dapatan kajian ini, kaedah koperatif yang dicadangkan ini akan dapat diaplikasikan
secara maksimum di dalam kelas demi melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dalam
proses pembelajaran, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam hidup mereka.

ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the effectiveness of the Coperative Method in
enhancing students level of motivation to learn. This syudy involve 30 standard 5 students
from a primary school in the district of Maran. The respondents were selected among children
of felda settlers. Civil servant and factory workers. A Questionaire will be instruments used in
this study. Form the statistics, inferentialwill be based on the One Way ANNOVA and the T
Test. As we know, motivation is the key of factor in ensuring the success of the process of
teaching and learning. In view of the decline in students motivation for learning , it is
imperative that a study is conducted to find out ways of overcoming this problem. The
Cooperative Method of learning can be solution. Therefore, it is hoped that this study will
prove that the Cooperative Method does enhance students motivation level and that the
teacher will ultimately use in the classroom to create lesson that instill high levels of
motivation among the students.

KANDUNGAN

HALAMAN

Pengakuan

Penghargaan

Dedikasi

Abstrak

Abstract

Senarai Kandungan

Senarai Rajah Dan Jadual

10

Senarai Singkatan

11

BAB 1 Pengenalan

12

1.1

Pendahuluan

12

1.2

Latar Belakang Kajian

14

1.3

Pernyataan Masalah

15

1.4

Objektif Kajian

17

1.5

Persoalan Kajian

18

1.6

Kepentinan Kajian

18

1.7

Batasan Kajian

19

1.8

Definisi Pembolehubah

20

1.9

Rumusan

20

BAB 2 Tinjauan Literatur

21

2.1

Pendahuluan

21

2.2

Teori, Konsep & Kajian Lepas

23

2.3

Rumusan

27

BAB 3 - Metodologi

28

3.1

Pendahuluan

28

3.2

Reka Bentuk Kajian

28

3.3

Persampelan

28

3.4

Instrumen Kajian

30

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

31

3.5

Analisa Data

32

3.6

Rumusan

33

BAB 4 Analisa Data

34

4.1

Pendahuluan

34

4.2

Profil Responden

34

4.3

Dapatan Kajian

35

4.4

Rumusan

40

BAB 5 Rumusan, Perbincangan dan Cadangan

41

5.1

Pendahuluan

41

5.2

Rumusan Hasil Kajian

41

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

43

5.4

Implikasi Dapatan Kajian

46

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

48

5.6

Penutup

50

Rujukan

51

Lampiran

52

A. Borang Maklumat Murid


B. Borang Soal Selidik

Senarai Rajah Dan Jadual


3.5

Rajah Prosedur Pengumpulan Data Kajian

32

4.2.1 Maklumat Jantina Responden

34

4.2.2 Maklumat Pekerjaan Ibubapa / Penjaga

35

4.3.1 Maklumat Perasaan Murid

36

4.3.2 Maklumat Komunikasi Murid

37

4.3.3 Maklumat Umum

39

10

Senarai Singkatan
DR Doktor
En Encik
ICT Information Computer Technology
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
JUM Jumlah
T/PAS Tidak Pasti
SK Sekolah Kebangsaan
LKTP Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

11

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Tugas atau tagunggjawab sebagai guru bukanlah mudah, terutama pada zaman sains dan
teknologi, di mana manusia mengejar kemewahan dan kebendaan. Masa dan zaman yang
berubah, membuatkan sifat dan sikap manusia turut berubah mengikut rentak perubahan
zaman. Di sinilah letaknya kepentingan peranan yang dimainkan oleh seseorang guru.

Guru yang cemerlang akan melahirkan generasi yang cemerlang kerana mereka adalah insan
kedua penting kepada murid-murid selepas ibu bapa. Apabila guru gagal atau tidak
cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi pendidik yang baik dan sempurna, malahan
dibimbangi akan melahirkan generasi yang tidak berilmu dan berwawasan.

Untuk menjadi guru yang cemerlang pada mata anak didik, guru perlulah bertindak secara
agresif dalam menentukkan corak pengajaran mereka supaya dapat memotivasikan murid
yang diajar. Mereka bukan sahaja perlu cemerlang dalam hal-hal keduniaan malahan perlu
juga cemerlang dalam perkara-perkara yang membabitkan hal-hal menuju ke alam yang kekal
abadi.

Ini bermakna guru perlu cemerlang dalam proses pengajaran demi memenuhi tuntutan dan
tanggungjawab sebagai pendakwah kepada murid-muridnya. Murid yang tidak mahir atau
kurang mahir ketika dihantar ke sekolah, pastinya amat memerlukan bimbingan dan panduan
daripada guru untuk menjalani dan meneruskan kehidupan di dunia yang serba mencabar ini.

12

Sudah pasti kekurangan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kaedah mengajar yang baik serta
berkesan guru akan mengundang rasa tidak senang murid dan seterusnya membuatkan mereka
berpaling ke arah lain untuk menerima pengetahuan atau pengalaman baru. Apa yang ditakuti
ialah murid ini akan menerima sesuatu yang tidak ada kepastian dan membesar sebagai
amnesia yang kurang keyakinan dan ilmu malahan mereka mungkin mempunyai pengertian
yang salah tentang sesuatu perkara.

Salah satu kaedah pengajaran yang boleh digunapakai oleh guru untuk mempertingkatkan
motivasi belajar di kalangan anak didik mereka ialah mengaplikasikan kaedah koperatif yang
amat menekankan semangat kerjasamasama mereka.

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sangat
mementingkan kerjasama di antara satu sama lain di mana ianya lebih menekankan aktiviti
secara berkumpulan. Dalam kaedah pembelajaran koperatif, murid-murid melakukan tugas
dalam satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang.

Setiap anggota kumpulan merupakan ahli dalam aspek tertentu dalam tugasan yang diberi
oleh

guru.

Kumpulan-kumpulan

yang

dibentuk

merupakan

kumpulan

berbentuk

heterogenous, iaitu terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang
pelbagai, terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan pelbagai bangsa.

Perkara yang penting dalam pembelajaran koperatif ini ialah, murid-murid itu bekerjasama
dan berusaha untuk mencapai kejayaan sebagai satu kumpulan. Mereka akan memberi
galakan kepada anggota-anggota kumpulan untuk menjadi ahli dalam bidang masing-masing,
dan mereka akan saling membantu.

13

Apabila terdapat sebarang masalah, pada kebiasaannya, anggota kumpulan yang ahli dalam
bidang tertentu akan member penjelasan kepada anggota-anggota lain.

Sebagai kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kaedah koperatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pastinya akan meningkatkan lagi motivasi belajar murid.
Ini kerana dalam kaedah ini semangat tolong-menolong dan kerjasama amat dipentingkan.

Seterusnya akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan lebih


meransang keinginan untuk berkongsi idea atau pengalaman yang ada ketika melaksanakan
tugasasan yang diberi. Semuanya ini adalah untuk memastikan matlamat tercapai dan setiap
ahli kumpulan menerima hasil positifnya.

1.2. LATAR BELAKANG KAJIAN


Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi
pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran
dan pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan
melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh
digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran. Pembelajaran
koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya murid-murid dapat berkerjasama dalam
kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial.

Justeru itu, pembelajaran kooperatif sangat penting untuk dilaksanakan dan kajian perlu
dijalankan bagi mengenalpasti bahawa ia sangat membantu dalam meningkatkan motivasi
belajar dalam kalangan murid. Ini bersesuaian dengan penyelidikan yang akan dibuat dengan
memilih murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jengka 18 sebagai responden untuk kajian
ini. Ia perlu dibuktikan keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dapat
menyelesaikan masalah kurangnya motivasi murid untuk belajar kerana dalam kajian-kajian
lepas telah terbukti bahawa Pembelajaran Koperatif ini memberi banyak kebaikan kepada
14

murid antaranya ialah menurut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan
berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :
i) Membaiki hubungan social
ii) Meningkatkan pencapaian
iii) Meningkatkan kemahiran kepimpinan
iv) Meningkatkan kemahiran social
v) Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi
vi) Meningkatkan kemahiran teknologi
vii) Meningkatkan keyakinan diri.

Antara isu yang akan difokuskan dalam penyelidikan ini ialah isu kurangnya motivasi murid
untuk belajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang sesuai dan cuba
difokuskan dengan melaksanakan pembelajaran koperatif bagi meningkatkan motivasi murid.

1.3 PERNYATAAN MASALAH


Jika dikaji secara mendalam, apa yang cuba dilahirkan oleh sistem pendidikan kita adalah
manusia yang seimbang dari semua aspek tanpa mengira jantina, umur, bangsa dan agama.
Insan yang cuba dilahirkan oleh sistem pendidikan kita ini adalah sesuatu yang amat sukar
kerana dalam era atau zaman yang serba mencabar ini terlalu banyak cabaran dan rintangan,
yang terpaksa dilalui oleh seseorang itu untuk mencapai matlamat yang sedemikian.

15

Pastinya cabaran yang perlu ditangani oleh mereka yang bergelar guru juga semakin
membebankan. Ini kerana sepertimana yang kita tahu guru adalah pencorak utama masa
depan murid ketika mereka berada di sekolah. Jika ditinjau cara mendidik murid 10 atau 20
tahun yang lalu adalah berbeza dengan cara mendidik pada hari ini. Murid-murid pada zaman
ini sangat kreatif dan sangat memerlukan kesabaran dan ketinggian ilmu guru yang
mendidiknya. Ini semata-mata supaya mereka sentiasa mempunyai motivasi belajar yang
tinggi, seterusnya memperolehi kecemerlangan akademik.

Kajian yang akan dijalankan ini merangkumi 30 murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan
Jengka 18 yang terdiri daripada anak-anak peneroka, anak-anak pekerja kilang, anak-anak
guru dan anak-anak pekerja kebun sawit di felda ini. Kehadiran murid dari pelbagai lapisan
masyarkat dan jenis pekerjaan ibu bapa mereka tentunya akan turut memberikan kesan kepada
pencapaian akademik mereka.

Rentetan dari itu, pengkaji berpandangan bahawa persepsi mereka terhadap pentingnya
pelajaran dan pengetahuan tentang motivasin belajar juga berlainan di antara satu sama lain.
Walaupun begitu, pastinya semua ibu bapa inginkan kejayaan untuk anak-anak masingmasing.

Tahap motivasi yang ada pada murid-murid sekolah ini juga rata-ratanya amat rendah,
sedangkan dalam usia sebegini, mereka amat perlukan motivasi belajar yang tinggi demi masa
depan mereka. Masalah timbul disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa kurang memainkan
peranan dalam mempertingkatkan motivasi belajar anak-anak mereka. Ini mungkin kerana
mereka tidak tahu ataupun mereka tidak ambil peduli. Dengan ertikata lain mereka tidak
prihatin dan hanya mengharapkan pihak sekolah yang memotivasikan anak-anak mereka.

16

Justeru itu, sebagai guru, peranan yang perlu mereka mainkan hendaklah lebih besar dan
optimum agar tahap motivasi yang amat diperlukan oleh murid ketika proses pembelajaran
dapat dipertingkatkan demi kecemerlangan.

Anak-anak pada zaman ini, yang terpaksa membesar dalam dunia globalisasi dan dunia ICT
yang tiada sempadan amat menuntut kepada kecekalan dan kesungguhan dalam semua aspek
demu memajukan diri sendiri. Saat inilah sokongan dan bimbingan daripada guru dalam
meransang minat dan motivasi yang ada pada mereka ke satu tahap lebih tinggi amat mereka
perlukan.

Jadi, pengkaji amat yakin dengan adanya kajian ini, masalah kurangnya motivasi belajar yang
dihadapi oleh murid ini akan dapat dikurangkan seterusnya diatasi sepenuhnya pada masamasa yang akan datang.

1.4. OBJEKTIF KAJIAN


Secara ringkasnya objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:1. Untuk mengetahui sejauh manakah kaedah koperatif memainkan peranan dalam
mempertingkatkan motivasi belajar murid dalam kelas.
2. Untuk meninjau sejauhmana penggunaan kaedah koperatif oleh guru-guru dalam
usaha mempertingkatkan motivasi murid.
3. Untuk mengetahui apakah terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap motivasi murid
bagi guru yang mengaplikasikan kaedah koperatif dan yang tidak.
4. Untuk membuktikan bahawa peranan yang dimainkan oleh kaedah koperatif dalam
mempertingkat motivasi belajar murid adalah sangat besar kesannya serta penting.

17

1.5. SOALAN KAJIAN


1. Sejauh manakah tahap pengetahuan dan kesedaran guru mengenai kepentingan
peranan kaedah koperatif dalam mempertingkatkan motivasi belajar di kalangan murid
mereka?
2. Apakah guru kerap menggunakan kaedah pembelajaran koperatif untuk tujuan
mempertingkatkan murid di dalam kelas?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam motivasi belajar murid bagi guru
yang menggunakan kaedah koperatif dengan yang tidak?
4. Sejauh manakah kaedah koperatif berperanan sebagai motivator kepada murid untuk
kecemerlangan dalam akademik?
5. Sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh guru dalam pengajaran mereka dapat
mempertingkatkan motivasi belajar murid-murid?

1.6. KEPENTINGAN KAJIAN


Dalam dunia yang serba mencabar ini, bidang pendidikan juga tidak boleh lari dari
berhadapan dengan masalah demi masalah. Masalah yang hadir bukan sahaja membebankan
para pendidik, pihak pentadbiran malahan, kepada ibu bapa dan juga kepada anak-anak yang
terlibat secara langsung.

Kita, terutamanya yang terlibat dalam pendidikan sentiasa dihujani dengan perubahan demi
perubahan dari segi fizikal mahupun mental juga dari segi sosioekonomi. Perubahan ini
termasuklah perubahan dalam teknologi pendidikan, perubahan dalam penggunaan ICT dalam
pendidikan, perubahan sosioekonomi masyarakat dan juga perubahan pemikiran dan
tanggapan ibu bapa terhadap guru dan peranan mereka.

18

Dari maklumat yang diterima, saya berpendapat bahawa penyelidikan ini amat perlu
dilakukan kerana :1. Kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang tahap pengetahuan guru
tentang penggunaan kaedah koperatif dalam meningkatkan motivasi belajar murid
mereka.
2. Dapatan dari kajian ini akan dapat menjelaskan dari segi pentingnya penggunaan
kaedah pengajaran secara koperatif dalam meningkatkan motivasi belajar murid.
3. Sehubungan dengan itu guru juga akan dapat didedahkan dengan kaedah koperatif dan
cara bagaimana mereka dapat menggunakan kaedah tersebut dengan sebaik-baiknya
dalam mempertingkatkan motivasi murid.
4. Kajian ini juga akan dpaat memberikan maklumbals kepada Pusat Perkembangan
Kurikulum akan kepentingan penyebaran maklumat dan panduan yang betul serta
berkesan kepada guru mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam pengajran
mereka demi kecemerlangan akademik anak didik mereka.
5. Pendedahan tentang kaedah ini amat pening kerana kaedah ini berupaya membantu
guru memainkan peranan mereka dalam mempertingkatkan motivasi balajar murid
dengan lebih berkesan.

1.7. BATASAN KAJIAN


Batasan kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:1. Kajian ini adalah terhad kepada murid tahun 5. Ia melibatkan 30 murid dari Sekolah
Kebangsaan Jengka 18, Maran, Pahang.
2. Pelajar yang dipilih terdiri daripada 10 murid lelaki dan 20 murid perempuan.
3. Kajian ini juga terhad kepada peranan yang dimainkan oleh kaedah koperatif ini
dalam usaha mempertingkatkan motivasi murid semasa proses pengajaran dna
pembelajaran sedang berlangsung.

19

1.6. DEFINISI PEMBOLEHUBAH


Secara amnya terdapat beberapa istilah dalam tajuk kajian yang perlu diperjelaskan untuk
kepentingan kajian. Antara istilah tersebut ialah :
Penggunaan

: Bermaksud perihal (perbuatan, kegiatan dan lain-lain)


menggunakan sesuatu.

Kaedah koperatif

: Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana


murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk
meneroka/menjawab satu soalan penting kepada mereka atau
satu tugasan penting/ kreatif.

Mempertingkatkan

: Menjadikan lebih tinggi atau lebih besar (kedudukan, taraf,


mutu, hasil pengeluaran dan lain-lain).

Motivasi belajar

: Keinginan belajar yang keras atau semangat belajar yang kuat


pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau
melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.

1.8 RUMUSAN
Sebagai rumusan, kajian ini meang sesuai untuk dijalankan kepada murid-murid tahun 5
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18 bagi mengkaji sejauh mana Pengajaran Koperatif dapat
meningkatkan motivasi belajar murid murid bagi memastikan murid bertambah semangat
dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran belajar
yang sihat di dalam kelas. Ini adalah bagi memastikan semua murid dapat terus cemerlang
hasil pembelajaran berkualiti yang diperoleh di dalam kelas.

20

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN
Motivasi belajar merupakan satu perkara yang sangat penting dalam mempertingkatkan
pencapaian akademik murid. Ianya akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru memainkan
peranan mereka dalam hal ini serta menggunakan kaedah yang tepat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.

Berdasarkan kepada tinjauan literatur yang dijalankan, didapati bahawa peranan kaedah
koperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang berkeupayaan untuk mempertingkatkan
motivasi. Sehubungan dengan motivasi belajar yang perlu ada pada setiap murid, penggunaan
kaedah koperatif di kalangan warga pendidik akan dapat mengurangkan masalah yang
dialami.

Berikut disertakan beberapa pendapat daripada pakar motivasi dan juga orang ramai tentang
kepentingan kaedah koperatif dalam memotivasikan murid. Juga pendapat mereka tentang
kepentingan motivasi belajar kepada seseorang individu terutama murid sekolah.

Menurut pakar motivasi yang terkenal, Dr Ismail Zain (2005), motivasi akan membina aras
harga diri seseorang. Jelas beliau lagi, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa aras
keyakinan dan motivasi diri banyak bergantung kepada harga diri (self-esteem) seseorang
pelajar.

21

Berdasarkan pernyataan di atas dapatlah disimpulkan bahawa harga diri akan hanya wujud
jika terdapat motivasi yang tinggi di kalangan individu itu. Justeru, bagi seseorang murid
yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam diri mereka akan turut membuktikan
harga diri dan pencapaian mereka dalam akademik juga tinggi.

Alder (1951) menerangkan individu yang bermotivasi tinggi adalah yang suka menerima
cabaran dan sentiasa untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik. Seterusnya
individu ini akan beroleh satu kepuasan dari kejayaan yang dimilikinya.

Menurutnya juga individu yang bermotivasi tinggi sentiasa bersungguh-sungguh dalam


melakukan pekerjaan, berkeyakinan, sentiasa bersedia untuk bertindak dan optimistik dalam
hidupnya.

Ini bermakna individu yang bermotivasi akan sentiasa memikirkan bagaimana untuk berjaya
dan bersedia untuk berubah demi mencapai kejayaan serta tidak pernah merasakan bahawa
kegagalan itu satu penamat dalam pencariaanya.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kesedaran dan motivasi belajar serta kecenderungan
untuk mengambil tanggungjawab bagi membentuk kejayaan dan menafikan kegagalan
bersama, Sullivan (1953) menjelaskan bahawa pembelajaran perlulah dilangsungkan secara
berkumpulan iaitu melalui perbincangan.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran secaraa koperatif pastinya akan dapat
merealisasikan usaha ini. Ini kerana pembelajaran secara koperatif amat mementingkan
pembelajaran secara berkumpulan serta kerjasama dalam mencapai matlamat.

22

2.2 TEORI, KONSEP DAN KAJIAN LEPAS


Pembelajaran koperatif juga ditekankan oleh Jack Confield dan Harold C. Wells (1976) di
mana mereka menegaskan perkongsian belajar secara tidak langsung akan dapat membina
kepercayaan di antara satu sama lain. Kepercayaan ini amat penting kerana ianya
mempertingkatkan motivasi belajar di dalam kelas bagi seorang murid. Ini pastinya akan
membawa kepada kecemerlangan dalam pencapaian akademik.

Hasil kajian Miza (1994) mendapati bahawa 90% daripada pelajar yang dikajinya menyatakan
satu daripada sebab mengapa mereka suka ke sekolah dan belajar adalah kerana terdapatnya
rakan-rakan. Ini kerana dengan adanya rakan mereka boleh berkongsi pengalaman belajar
dan suka duka dalam hidup mereka.

Ini membuktikan kepada kita yang pelajar mempunyai motivasi untuk ke sekolah, seterusnya
belajar di dalam kelas juga disebabkan adanya rakan untuk berkongsi pengalaman dan suka
duka mereka. Di sinilah pentingnya kaedah koperatif kerana sepertimana yang diketahui
kaedah ini mementingkan kerjasama dan perkongsian pengalaman dan pengetahuan ketika
belajar.

Menurut Coleman (1989), beliau menganggap kawan sangat penting dalam kehidupan
seseorang individu terutama murid kerana kawan dapat mendengar dan berkongsi pengalaman
dan pengetahuan serta berkongsi kerja.

Pernyataan Coleman ini menejelaskan peri pentingnya perkongsian pengalaman dan


pengetahuan serta tugasan dalam kehidupan seseorang kerana ianya akan dapat
mempertingkatkan motivasi belajar seseorang murid itu. Salah satu cara untuk berkongsi
pengalaman, pengetahuan dan kerjasama adalah melalui pelaksanaan kaedah koperatif dalam
pembelajaran.

23

Suhaida Abd Kadir (2002) menjalankan kajian tentang kaedah koperatif dalam peningkatan
motivasi belajar semasa pembelajaran prinsip akaun mendapati bahawa kaedah ini beupaya
mempertingkatkan motivasi.

Kaedah koperatif ini sacara langsung dapat meninggikan pencapaian murid dalam mata
pelajaran tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan kaedah koperatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran demi mempertingkatkan pencapaian murid.

Menurut Weiner (1984, 1992), pencapaian murid boleh diubah dengan mengbah situasi
pembelajaran murid. Beliau telah mencipta satu set model yang berkait dengan motivasi
murid iaitu Teori Atribusi Weiner. Ataeori ini juga dikaitkan dengan pencapaian murid dalam
sesuatu mata pelajaran. Weiner menggunakan pendekatan secara bekerjasama untuk
mengubah murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat memotivasikan
murid di dalam kelas.

Ini menjelaskan kepada umum bahawa salah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam situasi
ini ialah kaedah koperatif. Pernyataan Weiner ini menjelaskan kepada kita yang motivasi
belajar sangat penting untuk meningkatkan pencapaian seseorang murid. Sehubungan dengan
itu maka kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Ahli social Bandura (1977) berpendapat, melalui hubungan sosial dengan rakan sebaya,
murid akan mempelajari satu tingkahlaku dengan meniru apa yang dilakaukan oleh rakan
mereka. Ini bermakna murid perlu digalakkan mewujudkan hubungan sosial yang positif,
supaya apa yang mereka pelajari semasa bersama merupakan satu tingkahlaku yang
membantu meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.

24

Hubungan yang positif hanya akan dapat diwujudkan melalui persefahaman dan kerjasama
antara mereka dan salah satu caranya ialah melalui kaedah koperatif.

Menurut Habibah (1992), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar melalui
pengalaman pembelajaran yang diwujudkan berdasarkan interaksi anatara pelajar dalam
bentuk kumpulan. Maka hasil pembelajaran yang diperolehi akan lahir dalam berbagai
bentuk.

Ini termasuklah pengetahuan, sikap, minat, motivasi, pengalaman dan sebagainya. Ini juga
membuktikan kepada kita bahawa interkasi antara ahli kumpulan yang positif amat diperlukan
untuk membina pengetahuan dan meningkatkan motivasi. Ini turut menjelaskan yang salah
satu caranya ialah melalui penggunaan kaedah koperatif yang amat mementingkan interkasi
dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

Cohan (1993) pula mentakrifkan kaedah koperatif sebagai kerjasama yang dilakukan oleh
murid dalam sesuatu kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli dalam menyiapkan sesuatu
tugasan tanpa penyeliaan guru secara langsung. Pelaksanaan tugasan ini pastinya akan lebih
menyeronokkan dan lebih menuntut rasa tanggungjawab sesama ahli untuk disiapkan.

Ini semua sebenarnya memerlukan motivasi belajar yang tinggi untuk mencapai kejayaan
melaksanakan tugasan pada akhirnya. Jadi, kaedah ini secara tidak langsung meningkatkan
motivasi dan pencapaian pelajar dalam melaksanakan tugasan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.

25

Mengikut Johnson & Johnson (1994) kajian tentang kepentingan pengajaran dan
pembelajaran melalui kaedah koperatif ini, bukan sahaja dapat membantu meningkatkan
pencapaian akademik, malahan ianya amat berkesan untuk memupuk semangat kerjasama,
minat pada mata pelajaran, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain serta
kesan-kesan afektif lain yang positif.

Johnson, Johnson san Anderson (1976) pula mendefinisikan pembelajaran koperatif di dalam
kajian mereka sebagai satu kaedah yang mengkehendaki pelajar bersama-sama berusaha
menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-membantu.
Dalam hal ini juga ahli kumpulan akan menerapkan semangat belajar dan bekerja sesama
mereka agar hasil yang diperolehi menepati kehendak.

Dalam kajian yang lain pula Johnson, Johnson dan Scott (1978). Mentakrifkan pembelajaran
koperatif secara membezakan dengan kaedah pembelajaran individu. Pembelajaran koperatif
berlaku apabila pencapaian seseorang murid bergantung kepada pencapaian rakan
sekumpulan. Ini kerana pembelajaran mereka adalah melalui kerjasama kumpulan. Sebaliknya
di dalam pembelajaran individu pencapaian seseorang murid langsung tidak bergantung
kepada rakannya.

Di sini jelas menunjukkan kepada umum bahawa pembelajaran koperatif akan dapat
menerapkan nilai-nilai positif kepada murid terutama dalam aspek yang berkaitan dengan
semangat kekitaan, kerjasama di samping mempertingkatkan motivasi seseorang murid itu.
Ini berlaku kerana kegagalan ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya akan
menyebabkan kegagalan seluruh ahli kumpulannya.

26

Dalam kajian-kajian tempatan yang dilakukan juga menunjukkan bahawa tanggungjawab


mendidik dan membentuk akhlak serta motivasi adalah tanggungjawab guru. Melalui
pembelajaran koperatif, penerapan nilai murni secara afektif dapat dilaksanakan. Ini
diperjelaskan dalam kajian yang dilakukan oleh Jamilah (1993), Ida (1995) dan Alimah
(1996).

Tinjauan literatur daripada Johnson &Johnson (1994), Nor Azizah Salleh (1992) dan Sharan
(1980), membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif
mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial berlaku. Selain daripada itu, ia juga
dapat mempertingkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan minat kepada mata
pelajaran.

Lindquist (1995), pula menjelaskan apabila beliau menggunakan kaedah pembelajaran


koperatif dalam kelas audit, pencapaian pelajarnya telah meningkat ekoran dari peningkatan
dalam motivasi belajar mereka.

2.2 RUMUSAN
Sebagai rumusannya, berdasarkan kajian-kajian lepas dan pendapat individu yang terlibat
secara langsung dengan pembelajaran koperatif dan juga kepentingan motivasi belajar, maka
amatlah wajar bagi pengkaji menjalankan kajian tentang penggunaan kaedah koperatif dalam
mempertingkatkan tahap motivasi belajar murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung.

27

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1. PENDAHULUAN
Bagi mendapatkan rumusan penyelidikan yang dijalankan, pengkaji perlu mengumpul data
daripada sampel dengan menyediakan borang serta instrument untuk menilai sampel yang
diperolehi daripada responden.Oleh itu, penetapan reka bentuk kajian, persampelan,
instrument yang digunakan dan prosedur bagi mengumpulkan data serta penganalisaan data
adalah penting dirancang dengan teliti cara dan kaedah yang sesuai dengan kajian bagi
memperolehi dapatan kajian yang sesuai, tepat dan sepadan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN


Dalam kajian yang akan dijalankan, pengkaji menggunakan kaedah penyelidikkan. Ia
merupakan kaedah eksperimen. Kajian ini dilakukan terhadap satu variable tidak bersandar
dan satu variable bersandar.

Reka bentuk eksperimen yang dipilh ialah reka bentuk eksperimen tak-berkumpulan-kawalan
kerana ia dilakukan terhadap satu kumpulan subjek kumpulan sahaja iaitu sekumpulan kecil
murid tahun 5 di sebuah sekolah.

3.3. PERSAMPELAN
Kajian yang akan dijalankan ini menggunakan persampelan secara mudah. Sampel yang
dipilih ialah murid tahun 5 yang belajar di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 18. Seramai
30 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian ini iaitu 10 murid lelaki dan 20 murid
perempuan.

28

Sampel ini diambil secara rawak di mana ianya tidak bergantung kepada pencapaian
akademik ataupun pekerjaan keluarga masing-masing mahupun berdasarkan kepada tempat
tinggal murid tersebut.

Sampel ini terdiri daripada pelajar yang ibu bapa mereka yang bekerja sebagai :
a. Peneroka
b. Pekerja kilang
c. Kakitangan awam, guru khususnya.

Sampel ini juga diharapkan dapat memberikan gambaran secara keseluruhan populasi murid
tahun 5 di sekolah ini. Ini kerana mengikut Mohd. Najib Konting (1990), penggunaan saiz
sampel perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya
dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih
mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan.

Beliau seterusnya menyatakan kajian mengkehendaki ketepatan sepenuhnya dalam


penyelidikan yang dilakukan dan menganggar populasi pada paras keyakinan 100% kerana
dengan cara ini tiada ralat persampelan akan berlaku.

Dengan pemilihan sampel ini juga, jawapan yang agak tepat tentang sejauh

mana

peranan yang dimainkan oleh kaedah koperatif dapat diperolehi kerana ia mewakili
keseluruhan murid tahun 5, biarpun hanya 30 orang sahaja yang diambil sebagai sampel.

29

3.4. INSTRUMEN KAJIAN


Sebenarnya banyak instrumen yang boleh digunakan semasa menjalankan kajian. Instrumen
yang dipilih dalam kajian yang akan dilakukan berbentuk kuantitatif iaitu soal selidik. Dua
instrumen soal selidik akan digunakan dalam kajian ini Borang Soal Selidik yang akan
diedarkan kepada responden yang dipilh secara rawak ini ialah borang maklumat responden
dan borang soal selidik mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam mempertingkatkan
tahap motivasi belajar murid-murid berkenaan.

Borang soal selidik maklumat digunakan dengan tujuan untuk mengetahui maklumat
terperinci tentang latar belakang responden yang dipilih, manakala borang soal selidik kedua
adalah untuk mengetahui sejauhmana pembelajaran koperatif boleh dijadikan salah satu
alternatif dalam mempertingkatkan motivasi belajar murid ini, seterusnya mempertingkatkan
pencapaian dalam akademik mereka.

Pengkaji memilih untuk menggunakan instrument kajian ini kerana ianya dirasakan amat
bersesuaian tajuk kajian dan dengan sampel yang telah dipilih.

Ianya juga mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Walaupun soalan yang
perlu dijawab tidak memerlukan jawapan yang panjang dan menjurus kepada jawapan yang
sebenarnya, namun ianya akan dapat memberikan jawapan yang tepat soalan-soalan kajian
yang dikemukakan sebelum ini.

Instrumen ini juga mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi bagi sampel yang dipilih, sesuai
dan menepati criteria menjalankan kajian. Ia juga bersesuian dengan objektif dan tujuan
kajian dijalankan.

30

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh penyelidik/pengkaji semasa


membina instrumen yang dipilih ini. Berikut adalah langkah-langkah yang harus diikuti oleh
pengkaji ketika pembinaan instrumen soal selidik dilakukan.
i.

Memikirkan dan menyediakan item

ii.

Menyusun item supaya bersesuaian dengan soalan kajian

iii.

Meminta kebenaran daripada guru kelas untuk menjalankan soal selidik

iv.

Menjalankan soal selidik

3.5. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Prosedur pengumpulan data bermula dengan pengedaran borang maklumat peribadi murid
kepada responden yang dipilih. Kemudian, berdasarkan borang maklumat yang dikumpulkan
semula maklumat ini akan dirumuskan. Peringkat kedua ialah pengedaran borang soal selidik
tentang penggunaan kaedah koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kepada
murid yang terpilih. Dapatan dari borang soal selidik ini akan dianalisa menggunakan
inferensi ANOVA satu hala ujian T.

Selepas analisa dilakukan, pengkaji akan merumus dapatan dari analisa tadi. Sehubungan
dengan itu beberapa cadangan dan tindakan susulan akan disenaraikan oleh pengkaji untuk
tindakan pihak berkenaan demi kepentingan semua, pelajar/murid khasnya.

Untuk memperjelaskan lagu prosedur pengumpulan data yang digunakan dalam proses kajian
ini, gambarajah di bawah boleh dijadikan panduan.

31

PERINGKAT 1

Edaran borang maklumat murid

Rumusan borang maklumat murid


PERINGKAT II
Edaran borang soalselidik

Analisa borang soalselidik

PERINGKAT III
Rumusan/cadangan

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA KAJIAN

3.6. ANALISA DATA


Statistik yang akan digunakan dalam kajian ini ialah min, mod dan sisihan lazim. Statistik
inferensi pula ialah ANOVA satu hala ujian T.

Data yang diperolehi daripada jawapan murid akan digunakan oleh penyelidik/pengkaji untuk
menghuraikan tajuk kajian. Ia juga digunakan untuk menjawab soalan kajian yang cuba
diselesaikan oleh pengkaji.

32

3.7 RUMUSAN
Secara kesimpulan, dalam bab ini pengkaji telah merancang dengan teliti dalam aspek
metodologi kajian yang akan dijalankan. Ini telah diterangkan dengan menyeluruh tentang
kaedah serta jenis kajian serta pengumpulan data yang akan dijalankan ke atas responden
untuk dapatan kajian ini. Pemprosesan data ini juga akan dinilai bagi menghasilkan dapatan
kajian yang berkualiti.

33

BAB 4
ANALISIS DATA

4.1 PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan tentang analisis data yang dikutip daripada kaji selidik yang dilakukan.
Pembentangan dapatan kajian ini dibuat berdasarkan borang kaji selidik yang telah diedarkan
kepada responden.

4.2 PROFIL RESPONDEN


4.2.1 Maklumat Murid
Populasi murid yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid sebuah kelas
Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 18. Ianya melibatkan seramai 30 orang murid.
Daripada jumlah tersebut, 20 orang daripdanya ialah murid perempuan manakala selebihnya
iaitu seramai 10 orang lagi adalah murid lelaki.

Semua murid yang terlibat merupakan murid berbangsa Melayu (100%) di mana penjaga
mereka terdiri daripada peneroka, pekerja kilang dan kakitangan awam terutamanya guru.

Rajah 4.2.1 Maklumat Murid Mengikut Jantina


JANTINA

JUMLAH

PERATUS

(ORANG)

(%)

Lelaki

10

33.3

Perempuan

20

66.7

34

Rajah 4.2.2 Maklumat Pekerjaan Ibubapa/Penjaga


BIL

JENIS PEKERJAAN

JUMLAH

PERATUS

( ORANG )

(%)

20

66.7

Peneroka

Pekerja Kilang / Buruh Am

23.3

Kakitangan Awam

10

4.3 DAPATAN KAJIAN


Tujuan kajian adalah untuk meninjau sejauh manakah kaedah koperatif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan motivasi belajar seseorang murid
terutamanya murid tahun 5.

Maklumat daripada murid diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan oleh
guru kepada 30 orang responden dalam kajian ini. Data dan maklumat yang didapati ini telah
dikaji dan di analisis secara terperinci oleh pengkaji.

Berikut adalah dapatan kajian yang telah diperoleh oleh pengkaji. Borang kaji selidik yang
telah diedarkan itu terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu ;
i. Bahagian Komunikasi
ii. Bahagian Perasaan
iii. Bahagian Umum

35

Jadual-jadual yang berikut menunjukkan secara terperinci bagaimana penggunaan Kaedah


Koperatif dapat meningkatkan motivasi murid ketika menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.

Jadual 4.3.1 Maklumat Perasaan Murid


BIL

PERKARA

YA

Tidak suka belajar sendiri

30

100%

100%

30

30

Peratus

100%

100%

Boleh bekerjasama dengan rakan

30

30

Peratus

100%

100%

Peratus
2

Sedia untuk berkongsi maklumat

TIDAK

T/PAS

JUM

30

Jadual di atas dengan jelas memperlihatkan kepada pengkaji bahawa murid yang berminat
dengan sesi perbincangan menunjukkan peratusan yang sangat tinggi iaitu 100% yang
mewakili semua responden. Begitu juga dengan kesediaan murid untuk berkongsi maklumat
sesama mereka yang mewakili kesemua 30 orang responden. Ini menunjukkan bahawa 100%
responden bersedia.

36

Komunikasi merupakan satu aspek yang sangat penting semasa menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam Kaedah Koperatif yang mementingkan komunikasi, di antara ahli
kumpulan sama ada dari segi penyampaian maklumat mahupun dari segi perkongsian alatan
mahupun idea akan menjadikan seseorang murid itu lebih berinisiatif dan lebih bermotivasi
untuk belajar demi diri dan kumpulan yang diwakilinya. Ini amat bersesuaian dengan
matlamat Kaedah Koperatif yang menitikberatkan tentang pencapaian seseorang murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajarannya.

Jadual 4.3.2 Maklumat Komunikasi Di antara Murid


BIL

PERKARA

YA

Berminat dengan sesi perbincangan

Peratus
2

Rasa terkongkong dalam kumpulan

Malu berada dalam kumpulan

T/PAS

JUM

30

100%

25

30

6.70%

83.30%

10%

100%

28

30

6.70%

93.30%

100%

Rasa tidak yakin

30

30

Peratus

100%

100%

Terdorong oleh sikap rakan

17

13

Peratus
4

26

13.30 % 86.70%

Peratus
3

TIDAK

Peratus

56.70%

37

43.30%

30
-

100%

Aspek seterusnya yang diberi tumpuan dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik ialah
aspek perasaan murid ketika berada dalam kumpulan. Dari jadual di atas, didapati bahawa 26
daripada responden iaitu 87% mengakui yang mereka memilih untuk belajar berkumpulan
jika dibandingkan dengan individu iaitu sebanyak 13.3% sahaja iaitu lebih kurang 4 orang
murid sahaja.

25 oang responden juga tidak merasakan bahawa apabila berada dalam kumpulan mereka
yang rasa terkongkong ( 83.3% ). Murid yang merasa diri mereka terkongkong hanya 2 orang
( 6.7% ) manakala yang tidak pasti terdapat 3 orang murid yang mewakili 10% daripada
jumlah keseluruhan responden.

Hanya sebanyak 6.70%, iaitu 2 orang responden sahaja yang menyatakan perasaan malu
apabila berada dalam kumpulan berbanding 28 orang yang mewakili sebanyak 93.30%
daripada keseluruhan responden iaitu 30 orang. Ini mungkin disebabkan responden ini anak
tunggal atau datang daripada keluarga yang tidak ramai ahli. Mereka ini tidak biasa bergaul
atau bercampur dengan orang lain selain ibu, ayah dan kaum keluarga mereka sahaja.

Semua 30 orang responden menyatakan yang mereka merasa yakin dengan pengajaran dan
pembelajaran secara berkumpulan. Ini bermaksud 100% responden berkeyakinan dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran berkumpulan yang digunakan oleh guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan dijalankan, berdasarkan


dapatan kajian juga didapati responden turut terdorong, untuk tingkah laku, seperti mana
tingkah laku rakan dalam kumpulan mereka, pastinya yang baik. Ini meliputi seramai 28
orang iaitu 76.7% berbanding 23.3% yang mana mewakili seramai 7 orang responden sahaja.

38

Hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh penyelidik ini yang turut mengambil kira
aspek perasaan murid, semasa mengikuti aktiviti pembelajaran yang berasaskan kepada
kaedah koperatif, juga berhasil memperjelaskan lagi kepentingan kaedah ini dalam keyakinan
dan keseronokan semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Keyakinan dan
keseronokan amat penting dalam usaha memotivasikan murid semasa belajar

Jadual 4.3.3 Maklumat Secara Umum


BIL

PERKARA

YA

Hasil tugasan lebih baik

30

96.7%

3.3%

100%

28

93.3%

6.7%

Lebih cepat faham tajuk/pelajaran

30

30

Peratus

100%

100%

28

93.3%

6.7%

Guru pandai menggunakan kaedah ini

27

Peratus

90%

10%

Semua ahli memainkan peranan

Guru kerap menggunakan kaedah ini


Peratus

JUM

Peratus
3

T/PAS

29

Peratus
2

TIDAK

30
100%

30
100%
30
100%

Maklumat yang telah diperolehi dan dibentangkan dalam Jadual 4.3.3, jelas membuktikan
bahawa kaedah kumpulan berupaya menghasilkan sesuatu hasil yang lebih baik jika
dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Didapati seramai 29 orang responden
yang telah membawa kepada peratusan sebanyak 96.7% mengakui bahawa hasil kerja
berkumpulan adalah lebih baik.
39

Dapatan kajian juga menjelaskan yang semua ahli kumpulan telah menjalankan peranan
masing-masing iaitu 93.3% yang mewakili seramai 28 orang responden. Begitu juga dengan
tahap kefahaman mengenai sesuatu tajuk atau pelajaran di mana semua responden
mengatakan bahawa setiap pemahaman mereka lebih tinggi dan ini menunjukkan peratusan
yang sangat tinggi iaitu 100%.

Seramai 30 orang murid yang mewakili sebanyak 100% responden yang mengakui bahawa
belajar secara berkumpulan menyebabkan mereka cepat memahami pelajaran yang mereka
pelajari.

Kekerapan guru menggunakan kaedah ini juga menunjukkan peratusan yang maksismum iaitu
sebanyak 100% yang mewakili 30 orang responden. Begitu juga dengan cara guru
mengendalikan kaedah ini sama ada cekap atau sebaliknya.

Daripada dapatan kajian yang ditunjukkan dalam jadual didapati bahawa seramai 27 orang
responden ( 90% ) menyatakan yang guru cekap dalam mengendalikan sesi ini dan hanya
10% ( 3 orang responden ) sahaja tidak begitu pasti.

4.4 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan di sini, berdasarkan dapatan hasil kajian yang
telah dilaksanakan oleh penyelidik didapati bahawa kaedah koperatif ini amat menarik minat
murid dan pastinya dapat meningkatkan tahap motivasi belajar mereka ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Walaubagaimanapun, kekerapan guru dan
kefahaman serta kecekapan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
berasaskan kaedah koperatif ini memainkan peranan penting.

40

BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan menyatakan secara keseluruhan tentang kajian dan dapatan kajian. Pernyataan
ini akan dibincangkan secara terperinci berdasarkan data kajian yang diperolehi melalui kajian
yang telah dijalankan. Berdasarkan keputusan dan rumusan daripada dapatan kajian juga,
beberapa cadangan kajian akan dibentangkan bagi meneruskan kesinambungan kajian supaya
data dan hasil kajian akan diperoleh akan lebih tepat dan meneyeluruh berdasarkan responden
dari persekitaran, latar belakang dan jumlah responden yang berbeza.

5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN


Berikut adalah rumusan hasil kajian yang telah dilakukan berdasarkan kepada peratusan yang
tinggi dalam setiap aspek yang dikaji oleh penyelidik tentang kaedah ini.

a) Bidang Komunikasi
i)

Berminat dengan sesi perbincangan

100%

ii)

Bersedia untuk berkongsi maklumat dengan rakan

100%

iii)

Rakan bersedia untuk membantu

83.3%

Berdasarkan peratusan tinggi tentang minat, kesediaan berkongsi maklumat dan kesediaan
rakan memberikan bantuan yang diperolehi oleh penyelidik, jelaslah bahawa kaedah
berkumpulan ( KK ) amat sesuai digunakan dan dipraktikkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia berupaya untuk mempertingkatkan motivasi murid-murid.

41

b) Bidang Perasaan
i)

Berasa amat yakin bila belajar

100%

ii)

Tidak malu berada dalam kumpulan

93.3%

iii)

Suka belajara dalam kumpulan

86.7%

Mengikut peratusan dalam aspek perasaan, perkata yang paling penting ialah keyakinan diri
kerana ianya menduduki tangga teratas. Ini membuktikan bahawa melalui kaedah koperatif
ini, keyakinan akan dapat ditanam ke dalam diri setiap murid disamping mengikis rasa malu
dan rendah diri. Ini amat penting untuk mendorong peningkatan motivasi belajar di kalangan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
c) Bidang Umum
i)

Kekerapan guru menggunakan kaedah berkumpulan

100%

ii)

Hasil tugasan yang lebih baik

96.7%

iii)

Kecekapan guru mengendalikan proses P d P

90%

Peratusan tinggi dalam aspek kekerapan dan kecekapan guru menggunakan kaedah ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di samping hasil yang lebih baik dihasilkan oleh murid,
telah meyakinkan penyelidik bahawa kaedah koperatif ini amat baik digunakan serta sangat
berpengaruh dalam mempertingkatkan tahap motivasi murid ketika menjalani proses
pembelajaran mereka.

42

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN


Beropandukan kepada dapatan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik tentang
penggunaan kaedah koperatif dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, untuk
mempertingkatkan motivasi belajar, dapatlah disimpulkan di sini bahawa kaedah koperatif
sangat wajar dan sangat sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Ianya sangat praktikal digunakan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang efektif. Ini adalah bersandarkan hasil kajian yang mendapati bahawa :

a) Murid amat berminat dengan sesi perbincangan semasa menjalani proses pembelajaran
mereka. Ini amat bersesuaian dengan saranan yang diberikan oleh Johnson & Johnson
( 1994 ). Dalam tinjauan literature penyelidik yang menyatakan bahawa pengajaran
dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif telah membolehkan interaksi sosial
berlaku. Ia juga dapat mempertingkatkan minat terhadap matapelajaran dan sekolah
serta meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran.

b) Murid bersedia untuk berkongsi semua maklumat dan ilmu yang dimiliki dengan
rakan-rakan sekumpulan. Murid juga bersedia untuk bekerjasama sesama rakan dalam
kumpulan dan terdorong untuk melakukan apa yang dilakukan oleh rakan mereka
terutama yang baik.

Kenyataan ini disokong oleh Johnson & Johnson dan Anderson ( 1976 ) yang
mendefinisikan pembelajaran secara koperatif sebagai satu kaedah di mana, murid
akan bersama-sama bertukar dan berkongsi maklumat serta berusaha untuk
menyiapkan setiap tugasan yang diperolehi dengan sebaik mungkin.
43

Di sinilah

pentingnya sikap saling bantu membantu . Fakta ini juga dikuatkan lagi dengan
pendapat Bandura yang berpendapat, melalui hubungan rakan sebaya, murid akan
terdorong untuk meniru tingkah laku rakan mereka. Ini bermakna murid perlu
didedahkan dengan hubungan social yang positif yang pastinya akan tercapai melalui
kaedah koperatif untuk membantu meningkatkan motivasi belajar mereka.

c) Kesediaan rakan untuk menghulur bantuan dan dorongan serta galakkan yang
diberikan kepada ahli kumpulan, juga menjadi pendorong kepada murid untuk
meningkatkan usaha untuk kejayaan. Ini juga berupaya untuk mempertingkatkan
motivasi dan semangat mereka untuk berjaya serta menghasilkan sesuatu tugasan
dengan lebih baik lagi. Kenyataan ini dikukuhkan dengan hasil kajian yang dijalankan
oleh Mizan ( 1994 ) yang mendapati 90% daripada pelajar yang dikajinya menyatakan
bahawa salah satu sebab yang mendorong mereka pergi ke sekolah adalah dorongan
dan galakkan daripada rakan-rakan. Ini kerana melalui pemergian mereka ke sekolah,
segala pengalaman sama ada suka dan duka, akan dapat dikongsi bersama.

d) Keyakinan tinggi yang terbina hasil daripada pembelajaran secara koperatif ini juga
memberikan gambaran bahawa kaedah koperatif ini amat bersesuaian dijadikan
kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan motivasi
murid.

Ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Ismail Zain ( 2005 ) yang menekankan bahawa
aras keyakinan dan motivasi diri banya bergantung kepada harga diri, manakala harga
diri dapat dilahirkan melalui pengiktirafan orang lain yang mengenali diri seseorang
itu. Nyatalah di sini apabila pengiktirafan itu diperlukan untuk meningkatkan motivasi
diri, maka salah satu cara untuk memperolehinya ialah melalui pembelajaran secara
koperatif yang menekankan kaedah belajar secara kumpulan.

44

e) Kekerapan dan kecekapan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan


pembelajaran menggunakan kaedah koperatif juga dapat memberikan pulangan yang
baik. Ini kerana setiap ahli kumpulan akan memahami dan menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan baik, seterusnya akan mendatangkan hasil tugasan yang lebih
baik dan berkualiti, hasil daripada percambahan idea semua ahli kumpulan. Mengikut
Weiner ( 1984 ), pencapaian pelajaran boleh diubah dengan mengubah situasi
pembelajaran dan kaedah penyampaiannya.

Salah satu pendekatan yang digunakan oleh beliau ialah pendekatan secara kerjasama
dalam kumpulan. Selain daripada mengubah situasi belajar, ia juga turut
mempertingkatkan motivasi belajar, yang telah menyumbang secara tidak langsung
kepada peningkatan pencapaian dalam pelajaran.

Pembelajaran secara koperatif sebenarnya telah menjadi salah satu daripada


pembaharuan dalam pergerakan reformasi dalam bidang pendidikan. Pembelajran
koperatif sebenarnya meliputi sebanyak jenis dan bentuk pengajaran dan
pembelajaran.

Pada asasnya ia menggalakan murid belajar bersama sama dengan lebih berkesan ini
ditekankan melalui pembentukkan kumpulan dalan pengajaran dan pembelajaran.
Ianya dilaksanakan dalam kumpulan kecil supaya murid dapat bekerjasama dalam
mencapai satu satu objektif pembelajaran yang disasarkan ( Johnson & Johnson 1991).

Pembelajran secara koperatif ini berupaya mempertingkatkan motivasi belajar murid


kerana dalam aktiviti berkumpulan, setiap masalah seperti kesedihan dan kekecewaan
akan dikongsi bersama. Begitu juga dengan kejayaan dan kegembiraan. Hubungan
yang dijalankan sangat rapat dan semua ahli digalakkan memberi keyakinan kepada
rakan yang lain serta memberi sokongan sekiranya gagal.
45

Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif ini sangat sesuai dalam
usaha mempertingkatkan motivasi belajar murid, sebagaimana pendapat Sullivan (
1953 ), dalam usaha untuk mempertingkatkan kesedaran dan motivasi belajar, serta
kecenderungan untuk mengambil tanggungjawab bagi membentuk kejayaan dan
menafikan kegagalan secara bersama, pembelajaran perlulah dilangsungkan secara
berkumpulan iaitu melalui perbincangan secara berkumpulan.

5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN


Dapatan

kajian

telah

membuktikan

bahawa

peranan

kaedah

koperatif

dalam

mempertingkatkan motivasi belajar tidak dapat disangkal lagi. Motivasi dan minat belajar
responden meningkat dengan penggunaan kaedah koperatif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya menunjukkan jalan kepada guru-guru salah satu cara untuk
menarik mint seterusnya meningkatkan motivasi di kalangan murid.

Biasanya murid tidak bermotivasi dan berminat untuk menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana kaedah yang digunakan kurang merangsang minat mereka.

Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh guru berbentuk sehala sehiungga kejemuan dan
kebosanan murid untuk menikmati proses pengajaran dan pembelajran mereka dalam suasana
yang menarik dan menyeronokkan.

Ini adalah kerana pembelajran secara koperatif ini banyak menjurus kepada pembentukkan
kumpulan dan memerlukan penyertaan secara aktif murib bukannya guru. Disamping itu,
pengajaran dan pembelajaran koperatif turut menekankan semangat bekerjasama dan
berlumba untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada kumpulan lain.

46

Walau apa pun segalanya ini akan lebih berkesan sekiranya guru lebih bersedia untuk
mengorbankan tenaga, masa dan sanggup bekerja dengan lebih tekun lagi. Ini kerana bagi
murid sekolah rendah mereka masih lagi diselubungi duni bermain. Pastinya kesabaran dan
dedikasi amat diperlukan serta masa yang lebih panjang diperlukan sebelum sesuatu yang
diharapkan itu menjadi kenyataan.

Dalam apa jua keadaan sekali pun pengorbanan masa dan tenaga dari guru sanagat dituntut
dalam memastikan bahawa tahap motivasi dan minat murid untuk belajar semakin meningkat.
Hanya dengan cara inilah sahaja kaedah koperatif dapat dijayakan sepenuhnya, seterusnya
mencipta kecemerlangan dalam pencapaian murid dalam segala bidang.

Sebagai kesimpulannya kaedah pembelajaran secara koperatif ini merupakan salah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik daripada pelbagai kaedah yang
diperkenalkan dalam system pengajaran dan pembelajaran yang ada sekarang. Melalui
dapatan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dahulu dan sekarang, terbukti
bahawa kaedah ini berupaya mempertingkatkan motivasi belajar murid.

47

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Bagi memastikan kaedah koperatif ini, dilaksanakan untuk masa-masa yang mendatang hasil
daripada keberkesanannya meningkat motivasi belajar murid, maka beberapa cadangan
dikemukankan untuk memastikan kesinambungan kajian mengenainya dilakukan.

Berikut adalah cadangan bagi memastikan kaedah koperatif diteruskan kajiannya :

5.5.1 Kajian ini adalah sebuah kajian yang hanya melibatkan murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan LKTP Jengka 18. Soal selidik ini hanya merangkumi kumpulan yang
kecil sahaja, maka hasilnya tidak dapat menggambarkan secara keseluruhan. Bagi
memperolehi gambaran yang lebih jelas dan meluas lagi satu kajian yang melibatkan
responden dari semua sekolah dan persekitaran persekolahan perlu diadakan.

5.5.2 Kajian juga boleh diperluaskan ke peringkat yang lebih besar dan bersepadu di mana
hasilnya akan memberikan bukan sahaja kepada murid, malahan kepada para
pendidikan yang terdapat di Negara ini khususnya dan di dunia amnya.

5.5.3 Kajian tentang hubungan sebab dan akibat ( Kasual Study ) yang digunakan untuk
mengukur kesan sosioekonomi yang berbeza-beza terhadap kaedah koperatif ini juga
turut sama dicadangkan.

Sepertimana yang diketahui, kajian yang dijalankan sebelum ini hanya berkisar kepada
murid yang datangnya dari persekitaran yang sama iaitu murid luar bandar. Untuk
kajian mendatang, adalah lebih baik dijalankan kepada responden yang lahir dari
persekitaran yang tidak sama latar belakangnya.
48

Apa yang dimaksudkan di sini ialah responden perlulah mempunyai latar belakang
berbeza, dan bercampur di atantara kawasan luar bandar, kawasan perumahan dan
kawasan bandar. Dengan cara ini, dapatan hasil kajian akan memberikan gambaran
yang lebih meluas dan terperinci tentang pentingnya kaedah koperatif dalam
mempertingkatkan motivasi belajar dikalangan murid sekolah walau di manapun
mereka berada.

5.5.4 Usaha untuk mengkaji kesan kajian kaedah koperatif ini kea atas responden yang
berbeza umur ataupun tahap kematangannya perlu dilaksanakan. Ini akan
membolehkan penyelidik memberikan gambaran yang lebih jelas dalam dapatan
kajian tentang kepentingan kaedah koperatif ini dari segi memotivasikan keinginan
untuk belajar di kalangan murid khasnya dan pelajar insititusi pengajian tinggi amnya.

5.5.5 Kajian dan skala sample perlu diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di
daerah dan negeri. Perluasan skala sample yang besar ke peringkat daerah dan negeri
akan menguatkan lagi hasil kajian yang dijalankan. Jumlah sample responden yang
lebih besar juga akan membuktikan kesahihan dan realibiliti kajian berkenaan.

5.5.6 Kajian ini juga perlu dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang atau lama. Ini
kerana masa juga mempengaruhi hasil kajian terutama dalam mendapatkan hasil
kajian yang baik. Disamping itu ia akan membenarkan penyelidik lebih memahami
dan menyelami perasaan dan memerhatikan tindak balas responden.

49

5.6 PENUTUP
Diteliti daripada peratusan dapatan kajian yang dianalisa oleh penyelidik, terbuktilah bahawa
pelaksanaan kaedah koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah Berjaya menarik
minat seterusnya mempertingkatkan motivasi murid untuk belajar. Selain daripada itu, ia juga
menyumbangkan peranan lain kepada melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ,
memudahkan tugaas guru dam murid dapat belajar dalam suasana yang seronok dan kondusif.

50

RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan ( 2008 ) Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS
Profesional Publishing.
Ahmad Zabidi Abd. Razak. ( 2006 ). Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31.
Azizi Yahya & Jaafar Sidek. ( 2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur : PTS
Profesional.
Azizi Yahya (et.al) ( 2006 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
PTS Profesional Publishing.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2005). Research methods in education (5th ed.).
London: Routledge.
Dr. Hassan Hj. Mohd Ali. (1997 ). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).
Ee Ah Meng. ( 1994 ). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Kamus Dewan ( 1996 ) Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mizan Adilah Ahmad Ibrahim. ( 2001 ). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid. Pulau
Pinang : Cerdik Publication Sdn Bhd.
Pn. Amina Hj. Noor. ( 2000 ). Panduan Mendidik Anak Remaja. Kuala Lumpur : Percetakan
Zafar Sdn. Bhd.

51

( Lampiran A )
BORANG MAKLUMAT MURID

1.

Nama

2.

Jantina

3.

Bangsa

:.

4.

Agama

:.

5.

Pekerjaan Bapa / Penjaga :

6.

Pekerjaan Ibu

7.

Alamat Tempat Tinggal :.

8.

Jumlah Pendapatan Ibu Bapa Penjaga: .

9.

Kenderaan Ke Sekolah :..

:.

10. Wang Belanja Ke Sekolah

:..

52

( Lampiran B )
BORANG SOAL SELIDIK PERANAN KAEDAH KOPERATIF DALAM
MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR MURID

NAMA MURID

TAHUN

TARIKH

Tandakan (/) pada petak berkenaan.


TIDAK
BIL

PERKARA

YA

TIDAK
PASTI

KOMUNIKASI
1.

Amat berminat dengan sesi perbincangan.

2.

Sedia untuk kongsi maklumat.

3.

Boleh bekerjasama dengan rakan.

4.

Rakan bersedia membantu.

5.

Rakan memberi galakan.

53

TIDAK
BIL

PERKARA

YA

TIDAK
PASTI

MAKLUMAT PERASAAN
1.

Lebih suka belajar sendiri

2.

Rasa terkongkong berada dalam kumpulan

3.

Malu berada dalam kumpulan

4.

Rasa tidak yakin

5.

Terdorong oleh sikap rakan

TIDAK
BIL

PERKARA

YA

TIDAK
PASTI

MAKLUMAT UMUM
1.

Hasil tugasan lebih baik

2.

Semua ahli berperanan

3.

Ketua tidak berperanan

4.

Lebih cepat faham tajuk / pelajaran

54

Anda mungkin juga menyukai