Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING 34600 KAMUNTING, PERAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012


TINGKATAN 5

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


1 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

Disediakan oleh, ....... (Rusmina bt. Marzuki) Panitia PSK

Disemak oleh, ............ (En. Ahmad Shahrir b. Ismail) Guru Kanan Kemanusiaan

Disahkan oleh, ....... (En. Abu Bakar b. Othman) Penolong Kanan

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

1. Apakah yang seharusnya mendorong seseorang individu untuk meneruskan pembelajaran semasa di alam pekerjaan? A. Inginkan kenaikan gaji B. Ingin bersaing dengan rakan sekerja C. Inginkan kenaikan pangkat D. Menyedari kepentingan ilmu untuk memperkembang diri

2. Menjelaskan maksud Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar Membina suasana pembelajaran yang positif Ciri-ciri di atas merupakan ciri-ciri : A. Pembelajaran formal B. Pembelajaran kendiri C. Pembelajaran separuh masa D. Pembelajaran sepanjang hayat

3. Antara berikut yang manakah bukan tujuan pendidikan sepanjang hayat? A. Untuk meningkatkan pengetahuan B. Untuk meningkatkan kemahiran C. Untuk mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi D. Untuk meningkatkan bilangan siswazah di negara kita

4. Antara berikut yang manakah ciri-ciri orang yang mengamalkan pendidikan sepanjang hayat? I Berdisiplin dan pandai menguruskan masa II Berpuas hati dengan kedudukan sekarang III Sentiasa menghargai pembaharuan ilmu dan kemahiran IV Bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

5. Mengapakah seseorang itu perlu sentiasa bersedia memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini? A. supaya hidup lebih tenteram B. supaya dapat menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan atau swasta C. supaya tidak ketinggalan dan sentiasa menjadi orang yang berdaya saing D. supaya dapat menunjukkan kebolehan dengan rakan-rakan 6. Apakah ciri individu yang diperlukan untuk pembangunan negara yang cemerlang? A. individu yang tidak berpelajaran B. individu yang terus belajar sepanjang kehidupannya C. individu yang meneruskan kehidupan tanpa peka faktor persekitaran D. individu yang ada perancangan untuk berjaya dan meneruskan kehidupannya secara sistematik

7. Pilih langkah yang salah untuk memupuk pembelajaran sepanjang hayat. A. Kemahiran berfikir B. Kemahiran membaca C. Kemahiran menguruskan diri D. Kemahiran menguruskan masa

8. Pelbagai kempen dan slogan telah dilaksanakan bagi membentuk masyarakat penyayang di negara ini. Antaranya A. Keluarga Bahagia Negara Sejahtera B. Negara Bebas daripada Rasuah C. Ke Arah Kemiskinan Sifar D. Cintai Sungai Kita 9. Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti kemasyarakatan? I menderma darah II gotong-royong membersihkan surau A. I dan II B. II dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV III menjayakan suatu majlis atau kenduri-kendara IV membantu ahli keluarga membersihkan rumah

10. Pihak ini mengadakan rondaan keselamatan di kawasan setempat pada waktu malam X Pihak X ialah ....................... A. Jabatan Kebajikan Masyarakat B. Yayasan SALAM C. Rukun Tetangga D. Rakan Cop

11. Antara berikut yang manakah bukan faktor yang akan diambil kira dalam persiapan membina keluarga bahagia? A. Restu ibu bapa atau penjaga B. Ilmu keibubapaan C. Pengurusan kewangan D. Bilangan anak yang hendak dilahirkan

12. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri penting yang patut dipertimbangkan oleh lelaki atau perempuan sebelum memilih calon isteri atau suami? I Beragama II Keturunan yang baik A. I, II dan III B. I, II dan IV III Rupa paras yang jelita IV Tidak mempunyai hubungan darah C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

13. ................ mengadakan rondaan secara berkumpulan pada waktu malam untuk mengawasi kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan.

A. Rakan Cop B. Rukun Tetangga

C. Yayasan Amal Malaysia D. Persatuan Bulan Sabit Merah

14. Berikut yang manakah merupakan agensi bukan kerajaan yang menyumbangkan khidmat kepada masyarakat? A. Jabatan Kebajikan Masyarakat B. Jabatan Pertahanan Awam C. Polis Diraja Malaysia D. Yayasan Salam

15. Antara individu-individu yang berikut, yang manakah tidak terlibat dalam aktiviti pembangunan masyarakat? Nama Jimie Ismail Puan Mala Encik Bong A. Jimie B. Ismail Sumbangan Menjadi tenaga pengajar di pusat komuniti secara percuma. Memberi maklumat kepada polis tentang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan perumahan. Meluangkan masa pada setiap hari minggu di rumah kanakkanak istimewa. Menjadi ejen insurans walaupun dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai pegawai pemasaran. C. Puan Mala D. Encik Bong

16. Kerajaan Malaysia menggalakkan pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan rakyatnya kerana.... I tuntutan daripada saingan global II ledakan dan kemajuan ilmu pengetahuan III membantu meningkatkan produktiviti negara. IV boleh membantu mengatasi peningkatan kadar inflasi. A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

17.

Kita tidak boleh kata pada hari ini kita sudah maju dan kita tidak buat apa-apa untuk meningkatkan kemajuan kerana satu hari nanti kita akan ketinggalan di belakang. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan di atas?

A. Kita sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa mendalami ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal bagi meningkatkan kemajuan negara yang sedia ada. B. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berusaha mempertahankan kemajuan negara melalui ilmu pengetahuan yang sedia ada. C. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersedia mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran apabila perlu. D. Kita sebagai rakyat Malaysia mesti belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh ijazah. 18. Pendidikan sepanjang hayat berkaitan langsung dengan pembangunan ,,,,,,,,,,,,,,,,,,. A. modal insan B. sosial negara C. dasar kerajaan D. sistem pentadbiran negara.

19. Antara berikut yang manakah melibatkan isu-isu kemanusiaan? I Penderaan II Kemiskinan tegar A. I dan II B. II dan III III Kebuluran IV Inflasi C. I, II dan III D. I, II, III dan IV

20. Antara berikut unsur manakah tidak dimiliki oleh individu yang berperikemanusiaan? A. Bermaruah B. Berempati C. Menghargai nyawa D. Mendera

21. Antara individu berikut yang manakah menunjukkan sifat menghargai nyawa? Individu A memandu kereta mengikut peraturan jalan raya Individu B menyertai lumba haram sebulan sekali Individu C tidak mengikut ajakan rakan untuk mencuba menghisap dadah. Individu D menghebahkan kepada rakan-rakan tentang keburukan menderma organ manusia. A. Individu A sahaja C. Individu A dan individu C

B. Individu A dan individu B

D. Individu D sahaja

22. Siapakah antara yang berikut mengamalkan cara hidup berperikemanusiaan? I Ahmad melibatkan diri secara aktif dalam pembentukan masyarakat penyayang. II Samy menderma RM50 untuk mangsa gempa bumi III Osman begitu prihatin dan mengambil berat akan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di sekitar tempat tinggalnya. IV Lim hanya mengambil berat akan dirinya sendiri. A. I dan II B. II dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV

23. Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental bakal pengantin? A. Mendapatkan tidur yang banyak B. Mengamalkan gaya hidup yang sihat. C. Mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam sehari D. Kurangkan makan dan lebihkan minum 24. Ilmu ini perlu dipelajari sebagai panduan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang. Pernyataan di atas merujuk kepada imu ........... A. ekonomi B. kewangan C. keibubapaan D. komunikasi

25. Mengapakah bakal pasangan suami isteri perlu mematuhi peraturan perkahwinan mengikut undang-undang? A. Untuk mendapatkan pengiktirafan daripada sanak saudara. B. Untuk memastikan perkahwinan tersebut sah dan diiktiraf oleh agama serta pentadbiran negeri. C. Untuk memudahkan Jabatan Pendaftaran Negara mendapat statistik perkahwinan tahun semasa. D. Untuk membantu mendapatkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka. 26. Apakah langkah-langkah yang harus diamalkan oleh bakal suami atau isteri supaya mereka dapat mengurus kewangan dengan bijak sebelum berkeluarga? I melakukan perancangan perbelanjaan secara harian, mingguan dan bulanan. II memastikan mereka tidak berbelanja melebihi pendapatan bulanan. III mengetahui sumber-sumber pinjaman

IV menetapkan sasaran untuk menyimpan wang. A. I, II dan III B. I, II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

27. Mengapakah kita harus melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan masyarakat? A. Untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan sejahtera B. Untuk membantu mewujudkan masyarakat yang materialistik C. Untuk melahirkan masyarakat yang bersikap individualistik D. Supaya disanjung dalam kalangan masyarakat 28. Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti kemasyarakatan? I melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong. II membersihkan dan mengecat dewan orang ramai. III memberikan sumbangan tenaga dengan membersihkan rumah orang tua-tua. IV membantu adik menyiapkan kerja sekolah. A. I, II dan III B. I, III dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

29. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya paip air pecah di jalan besar berhampiran dengan rumah anda? A. Memaklumkan kerosakan kepada pihak yang berkuasa. B. Membiarkan kerosakan itu tanpa mengambil apa-apa tindakan. C. Mengharapkan orang lain untuk membantu menyelesaikan masalah. D. Membaiki kerosakan tersebut dengan rela hati. 30. Mengapakah restu ibu bapa atau penjaga penting kepada pasangan yang akan berkahwin? A. Supaya hidup pasangan diberkati dan bahagia B. Bagi mematuhi adat resam keluarga C. Untuk mengekalkan imej keluarga D. Supaya tidak menghadapi masalah kewangan.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai