Anda di halaman 1dari 5

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2013 JABATAN PELAJARAN SELANGOR KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2/2013 BAHAGIAN 1 (a)

Huraikan secara ringkas (i) harga indeks, (ii) pemberat, (iii) indeks gubahan. (b) Nyatakan 4 bentuk perwakilan bagi pemberat yang boleh digunakan. Menggunakan internet atau bahan bercetak, cari contoh-contoh perwakilan tersebut.

BAHAGIAN 2 Kita sering mendengar rungutan orang ramai tentang inflasi. Kesan daripada inflasi tersebut menyebabkan perbelanjaan bagi sesebuah keluarga turut meningkat. Perbelanjaan setiap keluarga adalah berbeza. (a) Lengkapkan jadual min perbelanjaan bulanan keluarga anda bagi tahun 2013. Item Makanan Perumahan (Sewa/Ansuran pinjaman) Pengangkutan (Petrol / Ansuran kereta / tambang bas dll) Pakaian Pendidikan Rekreasi Utiliti (Air / Elektrik / Telefon) Perubatan Lain-lain JUMLAH Jadual 1
Jabatan Pelajaran Selangor 1

Min perbelanjaan bulanan bagi tahun 2013 (kepada RM terdekat)

Peratus perbelanjaan bulanan (kepada % terdekat)

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2013 (b) Apabila kita ingin membandingkan kos kehidupan dari satu tahun ke satu tahun yang lain, kita perlu mengira indeks harga yang melibatkan beberapa perkara seperti yang dinyatakan di atas. (i) Dalam pengiraan indeks harga bagi semua item di atas, kita perlu mengambil kira min perbelanjaan bulanan bagi mana-mana tahun sebelumnya sebagai tahun asas. Pilih tahun yang sesuai sebagai tahun asas anda. (ii) Seterusnya, lengkapkan Jadual 2 berikut: Min perbelanjaan bulanan bagi tahun ... sebagai tahun asas (RM) Min perbelanjaan bulanan bagi tahun 2013 (RM)

Item Makanan Perumahan (Sewa/Ansuran pinjaman) Pengangkutan (Petrol / Ansuran kereta / tambang bas dll) Pakaian Pendidikan Rekreasi Utiliti (Air / Elektrik / Telefon) Perubatan Lain-lain JUMLAH

Jadual 2

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2013 (c) (i) Lengkapkan Jadual 3 di bawah berdasarkan maklumat di atas. Item Makanan Perumahan (Sewa/Ansuran pinjaman) Pengangkutan (Petrol / Ansuran kereta / tambang bas dll) Pakaian Pendidikan Rekreasi Utiliti (Air / Elektrik / Telefon) Perubatan Lain-lain JUMLAH Jadual 3 (ii) Seterusnya, hitung indeks gubahan bagi min perbelanjaan bulanan pada tahun 2013 berasaskan tahun yang dipilih. (d) Buat kesimpulan mengenai perbelanjaan keluarga anda berdasarkan dapatan yang telah diperoleh. Indeks harga pada tahun 2013 berasaskan tahun ... Pemberat

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2013 BAHAGIAN 3 Keluarga anda bercadang untuk membeli sebuah televisyen baru. (a) Suatu kajian telah dijalankan tentang harga televisyen bagi dua jenis jenama berbeza dari tiga buah kedai. Anda ingin membanding antara dua jenis pembayaran iaitu bayaran tunai dan bayaran ansuran. Jadual 4 (a) menunjukkan harga televisyen dengan bayaran tunai dari tiga buah kedai dan Jadual 4 (b) menunjukkan harga televisyen dengan bayaran ansuran. Lengkapkan Jadual 4(a) dan 4(b) dengan menggunakan data yang diperoleh. Saiz Televisyen (inci) 24 32 40 24 32 40 Jadual 4(a) Jenama Saiz Televisyen (inci) 24 32 40 24 32 40 Jadual 4(b) (b) Tentukan jenama dan saiz televisyen yang anda pilih. Nyatakan sebab pilihan anda berdasarkan dapatan dari Bahagian (a) di atas.
(c) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bercadang memberi Anugerah Kedai Harga Patut kepada salah sebuah kedai di atas.

Harga (RM) Kedai A Tunai Kedai B Tunai Kedai C Tunai Min Sisihan Piawai

Jenama

Harga (RM) Min Kedai A Ansuran Kedai B Ansuran Kedai C Ansuran Sisihan Piawai

Sekiranya anda ialah salah seorang panel pengadil, tentukan kedai yang layak menerima anugerah itu. Adakah nilai min dan nilai sisihan piawai diambil kira semasa anda membuat keputusan anda? Berikan justifikasi anda.
Jabatan Pelajaran Selangor 4

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2013 BAHAGIAN 4 (a) Pendapatan bulanan bagi keluarga anda adalah tetap. Untuk membeli televisyen tersebut, keluarga anda perlu mengubahsuai perbelanjaan supaya keluarga anda dapat membeli televisyen tersebut. [Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran secara tunai atau ansuran] (b) Tunjukkan jadual min perbelanjaan bulanan yang telah anda ubahsuai. (c) Andaikan anda baru bekerja dengan pendapatan bulanan RM2 500.00. Anda bercadang menyimpan 10% daripada gaji anda untuk setiap bulan. Buat satu perancangan tentang perbelanjaan bulanan anda seperti dalam Jadual 1 di atas dengan mempertimbangkan item-item lain seperti sumbangan kepada ibu bapa dan simpanan.

REFLEKSI Semasa melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai murni yang telah anda amalkan? Wakilkan pendapat atau perasaan anda secara kreatif melalui penggunaan simbol, lukisan ,lirik lagu atau sajak.

KERTAS SOALAN TAMAT

Jabatan Pelajaran Selangor

Anda mungkin juga menyukai