Anda di halaman 1dari 37

1

Penilaian Kemahiran Bahasa

Penilaian Kemahiran Mendengar

Abdul Aziz Abdul Talib.(1996).Menguji Kemahiran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Abdul Talib.(2000).Pedagogi Bahasa Melayu . Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kamariah Abu Bakar et.al. (1999). Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran. Serdang : Universiti Putera Malaysia.
3

PENGENALAN Kemahiran mendengar dan membaca sebenarnya merupakan kemahiran menerima komunikasi.

Manakala kemahiran bertutur dan menulis merupakan kemahiran menyampaikan komunikasi. (Abdul Aziz Abdul Talib,1996 :35)

Dengan

menguasai kemahiran mendengar, murid-murid mampu bertutur, memahami, mentafsir. Komunikasi guru-pelajar berjalan lancar dan pelajar berkebolehan mendapat maklumat dengan lebih cekap. Kemahiran mendengar penting dalam proses pembelajaran.
5

Kajian oleh Markgraf (1957), mendapati pelajar menggunakan 46% masa mereka di sekolah untuk mendengar dan 60% daripadanya digunakan untuk mendengar pengajaran guru.
6

1.

Kebolehan mendengar bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dari segi struktur linguistik bahasa tersebut, seperti perbendaharan kata, tatabahasa,fonologi, semantik, sintaksis dan seumpamanya.
7

2.

Memahami apa-apa yang didengar.

3.

Mentafsir dan menilai maklumat, isi, idea atau cerita yang didengar (mendengar secara kritis).

Contoh Petikan; Fatimah membela empat ekor kucing. Kucing yang pertama berwarna putih. Kucingnya yang kedua , warnanya hitam. Kucing Fatimah yang seekor lagi berwarna biru, dan yang keempat pula warnanya merah.
10

1.

Apakah warna kucing Fatimah yang pertama? Apa pula warna kucing Fatimah yang ke tiga? Apa warna kucing Fatimah yang keempat? Pada pendapat kamu munasabahkah warna kucing Fatimah yang ketiga dan yang keempat?
11

2.

3. 4.

Kefahaman

literal menyoal murid tentang warna kucing Fatimah yang pertama, kedua,ketiga dan keempat. Kefahaman kritis menyoal murid tentang munasabah atau tidak warna kucing Fatimah yang ketiga dan keempat.
12

Ujian

Mendengar Petikan Ujian Mendengar Paragraf Ujian Imlak Ujian Mendengar Menggunakan Gambar

(Sekadar contoh Guru perlu lebih kreatif menghasil teknik ujian)


13

Petikan boleh dikutip daripada buku, majalah, ucapan,cerita, akhbar dan sebagainya. Petikan boleh terdiri daripada beberapa paragraf atau perenggan yang berterusan dan bertalian tema, isi atau topik ceritanya. Panjang petikan lebih kurang 300 patah perkataan bagi sekolah menengah atas.

14

Petikan perlu sesuai dengan tahap pelajar dari segi tema atau isi cerita, perbendaharan kata dan kompleksiti ayat. Petikan diperdengarkan sebanyak dua kali dengan kelajuan biasa, selesa, natural dan senang bagi pelajar mendengar dan mengikutinya. Soalan kefahaman diedarkan sebelum ujian. Biasanya 10 soalan aneka pilihan daripada petikan 300 patah perkataan.

15

Sepuluh soalan aneka pilihan telah diedarkan kepada kamu tentang petikan yang akan saya perdengarkan nanti. Saya akan perdengarkan petikan tersebut sebanyak dua kali. Kamu dikehendaki mendengar dengan teliti dan memberi tumpuan penuh supaya anda boleh mengikuti ceritanya.

16

Selepas

bacaan kali pertama anda akan diberi 10 minit untuk menjawab soalan kefahaman yang diberikan. Selepas 10 minit saya akan perdengarkan sekali lagi petikan tersebut supaya anda lebih memahami ceritanya. Anda akan diberi 10 minit lagi untuk menjawab soalan yang belum kamu jawab.
17

18

19

Maksudnya, bahan ujian terdiri daripada perenggan kecil. Perenggan-perenggan tersebut berasingan dari segi cerita, tema atau isinya dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan. Sesuai untuk murid sekolah rendah dan menengah rendah.

20

Secara umum sama dengan Ujian Mendengar Petikan. Arahan sama dengan Ujian Mendengar Petikan. Soalan diberi sebelum ujian dimulakan. Bezanya, guru hanya perdengarkan sekali sahaja petikan dan beri masa murid menjawab. Selepas itu guru perdengarkan paragraf lain dan beri masa pelajar jawab.

21

Imlak sebagai satu ujian mendengar telah diutarakan oleh Oller (1979). Menurut Oller, ujian Imlak ialah menulis semula sesuatu keratan (Petikan paragraf) yang diperdengarkan, dan bukan satu senarai ejaan yang terdiri daripada 10 atau 20 perkataan yang biasa terdapat dalam sesuatu ujian ejaan. Sesuai untuk peringkat rendah dan menengah.

22

Arahan yang jelas. Contoh; Saya ingin menguji kemahiran kamu mendengar dan memahami keratan yang akan saya bacakan. Kamu dikehendaki menulis semula keratan yang saya bacakan. Saya akan membaca keratan tersebut sebanyak tiga kali.

23

Pada

kali pertama saya akan membacanya dengan kadar kelajuan orang bercakap. Kamu hanya mendengar dan cuba fahami sebanyak yang boleh. Bacaan kali kedua, dengan kadar kelajuan yang sesuai bagi kamu mendengarnya. Segala tanda bacaan seperti koma, titik dan sebagainya akan saya beritahu.

24

Selepas

itu kamu dikehendaki menulis semula keratan tersebut sepenuhnya. Saya akan membaca sekali lagi dengan kadar kelajuan orang bercakap dan bolehlah menyemak apa-apa yang kamu tulis. Tulis apa-apa yang kamu dengar.
25

Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda(pauses) dan intonasi yang betul. Sebaik-sebaiknya, jeda atau tempat hentian sementara hendaklah pada unit bacaan yang mengikut unit pemikiran. Sebutan hendaklah jelas dan mengikut bahasa standard. Harus dijalankan dalam suasana yang senyap tanpa gangguan atau kebisingan.

26

Pada

petang itu, / cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa./Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah itu / menyinari permukaan air laut / menjadikannya berkilaukilauan./
27

Ombak berkejar-kejaran / ke tepi pantai./ Apabila sampai ke tepi pantai / ombak itupun berpecah,/ buihnya menjamah pasir pantai / yang halus dan putih itu./ Saya dan adik saya yang kecil / berjalan menyusur pantai Pulau Pangkor / yang permai itu./ Di tengah laut,/ kelihatan beberapa buah perahu nelayan / menuju ke tepi pantai./
28

Markah

penuh bergantung kepada jumlah perkataan yang diperdengarkan. Jika 200 patah perkataan maka markahnya 200. Beri 1 markah bagi perkataan yang betul, tepat dengan bacaan daripada teks asal.
29

Beri

juga 1 markah bagi perkataan yang tersilap ejaan, tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asal dan tidak mengubah maksud ayat. Seperti perkataan bilek dan tidor. Biasanya diterima kelainan fonem yang tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu.
30

Atau

beri markah sahaja bagi perkataan katagori ini. Itu pun jika guru ingin membezakan golongan A dan B. Jika salah ejaan, imbuhan , tertinggal,penambahan dan sebagainya beri 0 markah.
31

Biasanya, untuk murid sekolah rendah khususnya persekolahan rendah bawah. Murid dikehendaki mendengar ayat, dan memadankannya dengan gambar (atau rajah) yang membawa maksud yang sama dengan ayat. Pilihan gambar yang diberikan dalam bentuk aneka pilihan (A,B,C,D).

32

Arahan

: Pangkah gambar atau rajah yang berkenaan. (fnf4)


33

1. 2. 3.

4.

Budak yang manakah yang sedang senyum? Bulatan hitam terletak di tengahtengah empat segi. Bintang itu berada di tengahtengah bulatan. Pokok bunga itu mempunyai sembilan helai daun.
34

5.

6.

Saya nampak seekor ayam. Kucing saya berwarna putih.

35

Secara

berkumpulan, sediakan satu set instrumen untuk menguji kemahiran mendengar.


36

37

Anda mungkin juga menyukai