Anda di halaman 1dari 6

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu:

Tradisional Moden

Falsafah pendidikan barat tradisional Menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme.

Perenialisme

Perennial bermaksud tidak berubah. Definisi: Sesuatu yang tidak akan berubah.

Konsep

Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Perenialisme-pendidikan harus difokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang harus disemai sejak di bangku sekolah lagi.

Matlamat Pendidikan

Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa.

tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral. Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Walau bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin

Tumpuan

Potensi dan rasional individu. Lebih pasif. Penekanan agama melebihi sains. Melatih 3M. Kemahiran mental, menaakul.

Essensialisme Konsep

Menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa.

Bersifat praktikal dan pragmatik. bersifat praktikal dan prakmatik kerana perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh individu untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif boleh berubah dari semasa ke semasa.

Matlamat pendidikan

Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya .

Tumpuan

Inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik. Guru memainkan peranan utama. Latihan intelek dan mental.

3M diterapkan. Nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan.

Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah 4 Tahun. Choong Lean Keow.2009.

http://notapismp.blogspot.com/2009/02/falsafah-pendidikan-barat-tradisional.html FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT MODEN PROGRESIVISME Falsafah ini wujud pada abad ke 20, tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah bermula. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku yang pertama diterbitkan adalah School of kemahiran penyelesaian masalah di mana individu boleh menggunakannnya untuk mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan dalam masalah di dalam matapelajaran yang dipelajari seperti matapelajaran matematik moden, matematik tambahan, teori litar, lukisan kejuruteraan dan banyak lagi. Sementara itu, ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di dalam perkara-perkara berkaitan dengan peribadi atau personal dan juga sosial.Proses pembelajaran berfokus kepada kerjasama dan disiplin diri yang mana kedua-duanya adalah diperlukan untuk hidup dalam masyarakat berdemokrasi. Menurut falsafah progresivisme, keseluruhan bidang pengajian kurikulum perlu ditentukan dengan merujuk kepada keperluan dan desakan masa kini. Implikasi falsafah ini juga adalah, kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan rohaniya. Contohnya, seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini, bermula pada tingkatan empat, pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian mengikut pakej-pakej yang diminati dengan seluas-luasnya.

Pengajaran guru progresivisme mestilah mengutamakan pelajar. Oleh itu, guru tidak boleh menggunakan cara-cara memaksa seperti dendam, hafal dan latih tubi tetapi mesti membimbing pelajar untuk berfikir dengan kritis, menjalankan eksperimen, menyelidik, meneliti dan menimbangkan sesuatu bukti, membincangkan dengan bebas apa yang hendak dipelajari serta memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan daripada pengalamannya di dalam di luar bilik darjah. Ahli-ahli progresivisme telah menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar-pelajar mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di dalam persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan. Selain dari itu, mereka juga berperanan membantu dari segi mencari sumber-sumber data yang relevan, menafsir dan menilai ketepatan data serta merumuskan kesimpulan dalam membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Oleh yang demikian, guru progresivisme akan mengenalpasti tahap di mana pelajar memerlukan arahan dalam kemahiran tertentu bagi membolehkan atau memudahkan mereka untuk meneruskan penyelidikan mereka. Selaras dengan itu, penekanan mesti diberikan kepada pelajar iaitu, membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran berfikir. Guru yang dihasilkan daripada falsafah progresivisme ini adalah lebih sabar, fleksibel, kreatif, dan inovatif serta bijak. REKONSTRUKTIVISME Kemunculan falsafah rekonstruktivisme bermula pada tahun 1920 an oleh John Dewey apabila beliau mencadangkan istilah Rekonstruktivisme di dalam bukunya Reconstruction In Philosophy. Pada tahun 1930an ketika pergerakkan pendidikan progresif berada di puncak masyarakat Amerika, pendidikan progresif yang significant, mahukan kemajuan dan pembentukan semula didalam pendidikan dan masyarakat. Ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).

Tujuan Falsafah Rekonstruktivisme Secara amnya rekonstruktivisme memberikan penekanan terhadap melahirkan masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis di dalam membangunkan masyarakat tersebut. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Disamping itu juga, guru haruslah mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat yang kreatif untuk menyelesaikan masalahmasalah yang mendatang. Penekanan terhadap peranan sekolah juga dinyatakan di dalam falsafah rekonstruktivisme. guru-guru bukan saja bertindak menyampaikan pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menerangkan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi di dalam persekitaran yang baik. Guru juga lebih menggalakkan pelajarnya berfikiran kehadapan yang mana boleh membentuk pelbagai jalan atau cara penyelesaian masalah, mampu menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Oleh kerana itu, manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka. Ia juga menekankan ke arah pembelajaran yang aktif dan penyelesaian masalah. Hasil daripada aplikasi falsafah ini, ia akan membentuk masyarakat yang unggul. Selain itu, guru bertindak sebagai egen pengubah danpembaru sosial serta kebudayaan. Guru juga dapat memastikan pelajarnya berhati-hati dengan masalah yang membelenggu mereka untuk diselesaikan dan memastikan pelajar mempunyai kemahiran untuk berbuat demikian. EKSISTENSIALISME Eksistensialisme adalah salah satu falsafah baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, Soren Kierkegaard telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan penghidupannya. Falsafah ini tidaklah begitu popular pada awalnya sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua di mana ia mula mendapat perhatian umum. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), falsafah ini terlalu individualistik dan juga terlalu bergantung atas faktor-faktor yang subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan. Secara

amnya eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang mana memberikan tumpukan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan individu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. Individu juga mestilah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. Di dalam pendidikan, guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mesti menghormati kebebasan guru. Kedua-duanya diperlukan bagi membentuk pendidikan yang diinginkan.. Oleh itu, ciri aliran eksistensialisme mampu membawa perubahan kepada masyarakat sukarnya di bawa dengan teliti. (http://www.scribd.com/doc/11383475/PROGRESIVISME)

Anda mungkin juga menyukai