Anda di halaman 1dari 4

Pengangguran Belia - Asia memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan, bukannya sekolah Tidak ramai genarasi muda mendapatkan

pekerjaan yang baik di negara-negara membangun di Asia. Selalunya, masalah itu dikaitkan dengan pendidikan yang tidak mencukupi, ujar Jesus Felipe dari Bank Pembangunan Asia kepada Sabine Balk yang mewakili D+C. Temubual tersebut diterbitkan oleh D+C untuk keluaran Jun 2013. Beliau berpendapat, Asia memerlukan penglibatan sektor swasta untuk menjana lebih banyak peluang pekerjaan. Bagaimana anda melihat masalah pengangguran belia di negara-negara membangun di Asia? Cabaran terbesar adalah underemployed, bukannya pengangguran. Kadar pengangguran adalah rendah di kebanyakan negara-negara membangun. Statistik di Filipina menunjukkan, kadar pengangguran hanyalah tujuh peratus. Angka ini, bagaimanapun, adalah tinggi berbanding dengan yang dilaporkan oleh lain-lain negara. Pada masa yang sama, 15% hingga 20% daripada tenaga kerja di Filipina tergolong dalam katogeri underemployed, mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan silih berganti dari satu pekerjaan ke pekerjaan lain. ... jadi mereka tidak mempunyai jaminan pendapatan? Tidak, sudah tentu tidak. Mereka hidup dalam kemiskinan. Berjuta-juta orang mendapat hanya beberapa euro sehari. Mereka mempunyai diet yang amat sederhana, hidup di kawasan stinggan, dan kehidupan mereka serba daif. Malah mereka tidak mampu untuk hidup dengan menganggur. Sebagai negara-negara membangun, mereka tidak akan mendapat sebarang faedah pengangguran, dan tidak ada pun agensi sosial tampil membantu penganggur, semua orang perlu melakukan sesuatu untuk terus hidup, dengan pendapatan beberapa euro sehari. Anda lihat ramai orang menjual makanan dan banyak barang-barang kecil di jalan-jalan. Jika anda bertanya kepada mereka sama ada mereka menganggur, mereka akan memberitahu anda, tidak. Tetapi mereka juga akan memberitahu anda bahawa mereka akan bekerja lebih masa, atau sanggup melakukan kerja dengan bayaran lebih baik jika mereka diberi peluang. Negara-negara yang paling terjejas adalah di Asia Selatan, India, Nepal dan Bangladesh. Adakah mereka sebenarnya tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan oleh pasaran buruh? Kadangkala ya! Tetapi pendidikan sering kali bukanlah perkara pokok, malah orang ramai dan pembuat dasar selalu memberi keutamaan kepada perkara yang salah. Adalah sukar untuk mempercayai bahawa berjuta-juta orang menganggur dan underemployed, hanya kerana mereka tidak mempunyai pendidikan yang betul. Untuk memahami isu ini, adalah penting untuk kita mengetahui tujuan pendidikan yang sebenar. Pendidikan dimana anda perlu membandingkan sistem politik yang lebih cekap atau menghargai muzium atau novel memerlukan anda banyak membaca. Tetapi pendidikan yang diperlukan untuk menjana pekerjaan dalam masyarakat adalah satu perkara yang sama sekali berbeza. Untuk membolehkan seseorang berkerja, tidak semestinya mereka perlu membaca dengan baik, yang mereka lebih perlukan ialah kemahiran asas dan boleh dilatih. Sehingga banyak yang dipelajari dalam matematik atau sains menjadi tidak relevan bagi kebanyakan pekerja, walaupun ia sepatutnya membantu meningkatkan produktiviti. Kebanyakan negara membangun yang menyediakan pendidikan rendah dan menengah peringkat asas, berupaya memenuhi keperluan pekerjaan yang wujud di negara tersebut. Di India atau Filipina pula, graduan universiti melalui fasa sangat getir untuk mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan

mereka, walhal peluang pekerjaan yang banyak wujud dalam sektor perkhidmatan seperti perhotelan, restoran, peruncitan atau di call centres. Pekerjaan seperti ini tidak memerlukan pendidikan tinggi. Saya tidak mengatakan bahawa pendidikan tinggi tidak penting. Maksud saya, kebanyakan orang tidak memerlukan ijazah university pun. Jadi anda tidak berfikir bahawa negara membangun perlu meningkatkan sekolah-sekolah dan universiti-universiti mereka? Adalah jelas wujudnya ruang untuk penambahbaikan, dan profesion tertentu sememangnya memerlukan ijazah universiti. Seperti yang saya katakan sebelum ini, cabaran utama bukan kekurangan pendidikan, tetapi untuk mewujudkan berjuta-juta pekerjaan. Dengan tahap pendidikan sedia ada, produktiviti pekerja boleh ditingkatkan dengan ketara, sebagai contoh, susun atur dan penggunaan lantai kedai dengan lebih cekap, seperti yang biasa dilakukan di negara maju. Ini tidak memerlukan semua orang untuk mempunyai ijazah universiti. Tentulah salah untuk mempercayai bahawa hari ini kita memerlukan pendidikan lebih daripada, katakan, 20 tahun lalu. Kebanyakan pekerjaan yang dihasilkan hari ini adalah pekerjaan perkhidmatan berkemahiran rendah yang tidak memerlukan pengajian tinggi pun. Di negara membangun, pekerjaan dalam sektor inilah yang mengalami kekurangan tenaga kerja, dan lupakan dulu sektor pembuatan, dimana di kebanyakan negara membangun, pekerjaan dalam sektor ini hanya mewakili peratusan yang kecil dari keseluruhan tenaga kerja yang wujud. Di Filipina, sebagai contoh, graduan universiti bekerja di call centres di mana kemahiran yang paling penting adalah bercakap Bahasa Inggeris yang baik dan mesra di telefon. Hari ini, pendidikan sedang menurunkan nilainya melalui proses menginflasikan ijazah. Boleh jelaskan? Pendidikan tinggi, tentunya diperlukan bagi sesetengah profesion. Walau bagaimanapun dalam beberapa kes, terdapat ketidakpadanan antara permintaan dan bekalan. Itulah yang berlaku apabila universiti tidak mengajar apa yang pasaran buruh perlukan. Kerap terjadi, pendidikan tinggi hanya memainkan peranan sebagai agen penyusun. Ia membantu menyusun kedudukan individu dalam hierarki pekerjaan. Pada asasnya, mereka yang berijazah berupaya membuktikan bahawa mereka seseorang yang pintar, berdisiplin dan agak teratur. Tumpuan berlebihan kepada pendidikan universiti memberikan tekanan untuk mendapatkan ijazah lebih tinggi. Ijazah Sarjana Muda, kemudian Sarjana, dan mungkin juga PhD. Apabila lebih ramai yang berusaha untuk mendapatkan ijazah, maka lebih besar tekanan untuk mendorong orang lain bersaiang bagi mendapatkannya juga, sekalipun nilainya samasekali tidak benar-benar relevan untuk ditempatkan dalam mana-mana sektor pekerjaan. Itu adalah satu trend inflasi. Jadi, anda mahu kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan? Kerajaan hanya berupaya menawarkan sejumlah kecil pekerjaan, walau bagaimanapun, kebanyakan kita berpendapat bahawa kerajaanlah yang bertanggung jawab dengan penawaran pekerjaan di sesebuah negara. Dalam ekonomi pasaran, sektor swastalah yang amat berperanan mewujudkan peluang pekerjaan, dan mereka akan berbuat demikian, hanya apabila pulangan yang diperolehi adalah berbalaoi. Itulah cabaran yang dihadapi oleh negara yang sedang membangun. Pertumbuhan penduduk masih tinggi di kebanyakkan negara-negara membangun, yang bermaksud bahawa berjuta-juta orang muda memasuki pasaran tenaga kerja setiap tahun. Sesetengah mencari

pekerjaan yang baik, tetapi ramai juga yang sebaliknya. Pewujudan pekerjaan perlu menjadi keutamaan, dan masyarakat perlu mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua orang yang memerlukannya, bebas daripada jenis kelayakan pendidikan yang mereka miliki. Perluhak latihan vokasional dijalankan oleh sektor swasta? Adalah wajar untuk melibatkan sektor swasta dalam latihan vokasional, seperti di Jerman. Keupayaan universiti mengajar pelajar kemahiran praktikal adalah terhad. Perniagaan sektor swasta pula, boleh melatih anak-anak muda dengan cara yang lebih lebih khusus berbanding dengan mana-mana sekolah. Ini adalah pendekatan yang betul jika kita mahu anak-anak muda untuk belajar apa yang mereka benar-benar perlukan untuk sesuatu pekerjaan dan menjadi lebih produktif. Tetapi perlu diingat bahawa, jika bilangan orang yang mencari pekerjaan melebihi dari bilangan pekerjaan yang wujud, latihan hanya akan mempunyai kesan musical chairs. Pekerja yang baru dilatih akan mendapatkan pekerjaan dengan mengorbankan orang-orang yang dimamah usia. Ya, latihan adalah penting, tetapi kita perlu memahami konteksnya, di mana pekerjaan boleh didapati. Tetapi kerajaan tidak boleh bersendirian menanggung tanggungjawab untuk mewujudkan peluang pekerjaan? Ya, sudah tentu. Pertama sekali, kerajaan perlu memastikan bahawa semua orang muda mendapat pendidikan rendah yang kukuh. Di atas itu semua, kerajaan perlu mewujudkan persekitaran perniagaan bagi syarikat-syarikat berkembang, supaya syarikat besar dan kecil mampu bangkit dan mengambil pekerja. Cabaran yang dihadapi adalah mudah, hanya ingat bahawa, walaupun ekonomi berkembang, tidak pula memberi apa-apa jaminan bahawa peluang pekerjaan yang mencukupi boleh diwujudkan. Pengangguran dan underemployed adalah ciri-ciri tetap kebanyakan masyarakat. Malah, di kebanyakkan negara jarang berlakunya keadaan guna tenaga penuh. Beberapa buah negara berjaya mendapatkan penyelesaian dengan memberi keutamaan tinggi kepada penghasilan peluang pekerjaan dalam dasar-dasar mereka. Korea Selatan atau Singapura adalah antara contohnya. Tetapi negara-negara lain masih tertinggal di belakang. Apa yang Korea Selatan dan Singapura lakukan untuk meningkatkan pekerjaan, selain daripada memberi sektor swasta insentif yang menyebabkan pertumbuhan peluang pekerjaan? Boleh jelaskan. Penindustrian di negara-negara ini berlaku sekitar 1960-an, 70-an dan 80-an, dan dalam proses itu, mereka berjaya mencipta banyak peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan. Inilah yang sukar dilaksanakan oleh negara membangun lain sekarang. Sebabnya ialah teknologi hari ini tidak memerlukan ramai pekerja, fenomena yang pakar ekonomi namakan sebagai penjimatan buruh. Ini bermakna bahawa anda boleh membuat pelaburan yang besar dalam, sebagai contoh, industri automobil, tetapi memerlukan hanya beberapa orang pekerja sahaja kerana keupayaan automasi yang tinggi. Sektor perkhidmatan pula mampu mewujudkan pluang pekerjaan, tetapi dalam banyak kes, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan adalah rendah. Juga, jangan lupa bahawa sekarang anda turut bersaing dengan China, yang menjadikan pembangunan sektor pembuatan menjadi lebih rumit kerana China merupakan pesaing amat sukar.

Kadar pekerjaan yang tinggi adalah penting atas sebab-sebab politik dan sosial. Benar. Adalah sangat penting untuk kerajaan mengambil kira perkara-perkara berikut: Pengangguran dan kekurangan tenaga buruh adalah satu pembaziran sumber, tanda ketidakcekapan. Di negara-negara dengan kadar pengangguran yang rendah, kuasa beli rakyat adalah tinggi, jadi pasaran dan perniagaan berkemungkinan mampu berkembang, justeru pelaburan wajar dilakukan. Pengangguran yang tinggi, dari sudut lain, bermakna kerajaan terlepas untuk meningkatkan pendapatannya melalui cukai. Orang yang tidak bekerja tidak mampu membayar cukai. Adalah menarik bahawa, menurut Piagam PBB, bekerja adalah hak setiap individu. Menurut Millennium Development Goals, kemiskinan akan dikurangkan melalui pewujudan pekerjaan. Hakikatnya hanya beberapa bank-bank pusat, sebagai contoh, mempunyai mandat, mengekalkan inflasi dan mewujudkan pekerjaan. Jika ramai orang mempunyai pekerjaan, sistem politik biasanya stabil. Sepatutnya kerajaan negara membangun memastikan seramai mungkin rakyatnya berkerja? Ya, sudah tentu, dan saya berpendapat sesetengah negara semakin menyedari kepentingan hal ini. Mereka mula memikirkan semula isu ini. Bagi membolehkan pembangunan dijayakan, tumpuan tidak boleh terhenti kepada kadar pertumbuhannya sahaja, tetapi perlu mengambil kira aspek pekerjaan dan pengurangan serta underemployed. Apakah kesannya apabila orang muda tidak berjaya mendapatkan pekerjaan tetap? Adakah ia mengusarkan untuk jangka masa panjang? Tentu sekali. Jika anda memulakan kerjaya yang salah, tanpa latihan yang bersesuaian dan tidak beroleh pekerjaan tetap yang baik, adalah amat sukar untuk beralih ke landasan yang lebih produktif dikemudian hari. Dalam kebanyakkan kes, permulaan yang silap akan meninggalkan kesan mendalam kepada keseluruhan kerjaya, dan menjadi mustahil untuk mencari pekerjaan tetap. Ramai orang muda yang kecewa, berpotensi untuk menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan, dan mereka dinasihatkan untuk melakukan sesuatu untuk membendung fenomena ini terus berkembang. Dan biarlah saya ulangi, isu teras bukannya pendidikan. Perkara yang lebih penting ialah sektor swasta perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Cara untuk menjayakannya adalah satu cabaran sangat serius, tanpa pelan induk khusus. Jesus Felipe berasal dari Sepanyol adalah Penasihat di Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan Bank Pembangunan Asia di Manila.
Underemployed merujuk kepada pekerja yang berkerja di bawah keupayaan/kelayakan sebenar mereka, termasuk dibayar gaji lebih rendah atau berkerja dalam jangka masa lebih singkat dari keinginan sipenjawat. D+C Development and Cooperation is prodcuced on behalf of ENGAGEMENT GLOBAL gGmbH Service fr Entwicklungsinitiativen Bonn, Germany

Anda mungkin juga menyukai