Anda di halaman 1dari 14

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) PENILAIAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

DISEDIAKAN OLEH : WAN NUR AFIQAH BT WAN AZAHAR TG. NUR AIN BT TG MOHD KHAIRI JULIANA IDAYU BT ISHAK MUHAMMAD ALIFF HAKIMIE BIN MOHD SALLEH

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.

TUJUAN PENILAIAN MENULIS


1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam sesuatu bahasa. 2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian. 3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal, penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.

JENIS UJIAN
1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran. 2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti. 3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus. 4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam kemahiran mengarang.

CARA MENGUJI
1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan. 2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat. 3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan. Jenis Tugasan: a)Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru. b)Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis. c)Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan.

PENULISAN UJIAN
Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah.

ISI UJIAN
1. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks. 2. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat kiriman dan lain-lain. 3. Penerima /pembaca. Orang yang menerima (membaca) apa yang ditulis pelajar. 4. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis soalan.

KEPENTINGAN SKIM PEMARKAHAN DALAM TEKNIK UJIAN


Menguji dan mengukur kebolehan murid menyusun fikiran dan pendapat serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan,gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan. Dilihat dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan pengukuran, skim pemarkahan dianggap sangat penting bagi seorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa. Skim pemarkahan karangan sesuatu bahan pemeriksaan membuktikan antara lain subkemahiran yang perlu diukur dan dinilai.

PENILAIAN BERDASARKAN 3 ASPEK KEBOLEHAN DALAM KARANGAN


ISI KARANGAN PENYUSUNAN BAHASA

Tujuan Skim Pemarkahan Disediakan Untuk Para Guru atau Pemeriksa.


1. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sisitem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu. 2. Mengawal ketekalan pemarkahan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan 3. Menyenaraikan semak sub-sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran. 4. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah dan markat.

Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan


a. Teknik Global(Holistik)
1. Pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan. 2. Merunut Heaton(1979), sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa menilai karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan itu. 3. Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata, 10 mata dan sebagainya. 4. Skema pemarkahan yang menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik.

Daripada semua aspek prestasinya tinggi. Cemerlang dalam perbendaharaan kata, tatabahasa,gaya dan lain-lain.
10 Markah- cemerlang. 9 Markah-Amat Baik. Lebih tinggi pencapaian daripada 8 8 Markah- Baik. Walaupun jelas. 7 Markah-Hampir Baik. 6 Markah-Sedang. 5 Markah-Boleh Diterima. 4 Markah-Lemah. 3 Markah-Terlalu Lemah. 2 Markah-Buruk 1 Markah-Tidak Berkemanpuan Langsung. 0 Markah-Tidak Ada Sambutan.

Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan


b. Teknik Perincian(Analitikal) 1. Teknik perincian ialah cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik. 2. Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan. 3. Heaton (1979) berpendapat bahawa 5 aspek yang penting yang perlu diteliti secara berasingan adalah: tatabahasa,perbendaharaan kata,kaitan isi dengan tajuk, kelancaran dan aspek mekanis.

4. Setiap aspek diberi sebanyak 5 markah. 5 Markah-Sangat Baik 4 Markah-Baik 3 Markah-Sederhana 2 Markah-Lemah 1 Markah-Sangat Lemah

Anda mungkin juga menyukai