Anda di halaman 1dari 11

Jadual 1.

1 : Maklumbalas Responden Untuk Kesedaran Masyarakat Untuk Produk Nugget Melalui Temu Bual No 1 Soalan Adakah anda sedar kewujudan konsep sains dalam produk Nugget? Pembentukan Tema Kesedaran wujudnya konsep sains Contoh Respon Ya ada la agaknya. Dalam nuget ni kan ada isi ayam yang fresh. Banyak zat tu. WB2P1(L1-2). Apa yang saya tahu, nuget ni sebenarnya junk food. Tak elok makan ni sebab ada banyak kolesterol. SR2P1(L1-2) Konsep sains? Adalah agaknya tu. Semua zat yang ada kat dalam LB2P1(L1-2)

Adakah anda mengetahui apakah kandungan/ bahan kimia yang ada dalam Nugget /proses penghasilan?

Mungkin ada produk yang menjadikannya lebih rangup. Mungkin ada letak penaik agaknya. . Atau jenis tepung yang digunakan untuk menyalut nuget tu. WB2P2(L4-7) Benda begini sebenarnya ada perasa, sebab tu rasa dia sedap. Tapi memang bahayalah untuk otak anak-anak.SR2P3(L2-4) Saya pernah dengar la, nuget.. macam daging burger jugak la kan.. Diambil dari organ dalaman haiwan. Masa diproses tu mungkin la ditambah perasa ke.. vitamin ke.. LB2P2(L13)

Adakah kandungan/ bahan kimia / proses penghasilan yang anda nyatakan tadi mempunyai kesan kepada manusia/alam sekitar?

Dalam nuget ni kan ada isi ayam yang fresh. Banyak zat tu. WB2P1(L1-2) Tak elok makan ni sebab ada banyak kolesterol. SR2P1(L1-2). .. Tapi memang bahayalah untuk otak anak-anak SR2P3(L3-4). Saya pernah dengar la, nuget.. macam daging burger jugak la kan.. Diambil dari organ dalaman haiwan. Boleh bawak penyakit tu...LB2P2(L1-3). Sumber pengetahuan sains Brand nuget ni.. yang biasa kat TV iklan Ayamas lah. Pernah jugak saya nampak rancangan memasak...apa dah saya lupa tapi guna produk Ayamas la. Masa Chef tu masak dia ceritalah kelebihan Ayamas ni.. WB2P4(1-3) Saya pun dah lupa la. Tapi biasanya kalau pasal pemakanan sihat ni... saya dapat dari majalah. Saya memang langgan majalah Keluarga. Kadang-kadang beli majalah Saji. SR2P4(L1-4) Ok, kalau kita tengok iklan kat TV, segalanya baik aje. Nak tau yang sebenarnya kena tengok internetlah. Rasanya saya dapat maklumat ni dari internet... secara tak sengaja..LB2P4(L1-3)

Boleh anda nyatakan sumber/ cara anda mendapatkan maklumat sains mengenai produk Nugget ini?

Apakah kebaikan/ keburukan penggunaan Nugget?

Pengajaran dan pembelajaran informal Pengajaran dan pembelajaran informal

Dalam nuget ni kan ada isi ayam yang fresh. Banyak zat tu. WB2P1(L1-2) Tak elok makan ni sebab ada banyak kolesterol. SR2P1(L1-2). .. Tapi memang bahayalah untuk otak anak-anak SR2P3(L3-4). macam daging burger jugak la kan.. Diambil dari organ dalaman haiwan. Boleh bawak penyakit tu... LB2P2(L2-3).

Adakah anda berkongsi dengan anak-anak atau ahli keluarga mengenai maklumat/ info mengenai faedah dan keburukan Nugget

Pasal zat-zat ni kat sekolah dia dah belajar. Mesti dah tahu budak-budak ni... lebih dari kita lagi...WB2P3(L1-2) Saya memang pesan pada anak, jangan beli junk food kat sekolah. Benda begini sebenarnya ada perasa, sebab tu rasa dia sedap. Tapi memang bahayalah untuk otak anak-anak. Saya selalu bekalkan dia roti atau nasi. SR2P3(L1-5). Saya ni cakap secara umum je lah. Sebab bidang saya... pengajian Islam, bukan ada latarbelakang sains pun. Tapi ya lah... Bila kita suruh dia makan makanan berzat, jangan makan makanan ringan maknanya macam kongsi konsep sains jugak la..LB2P3(L1-5)

Apakah pandangan anda terhadap salingkaitan sains dan ekonomi

Saling kaitan sainskeusahawanan

Memanglah sains teknologi ni boleh majukan negara. Kalau tak ada sains teknologi, tak delah kilang. Kalau tak de kilang, tak majulah negara tu. Kalau banyak kilang nuget, ekonomipun majulah.WB2P5(L1-4) Kalau sayalah.. kalau nak beli barang atau makanan, mesti ada value for our money. Mahal sikit tu biasalah... tapi ada kualiti. kalau dengan sains tu dia orang dapat tingkatkan kualiti barangan, then why not? Ekonomi negara mungkin boleh meningkat..SR2P5(L15) ... sebab saya kerja di bawah MARA dan MARA memang tekankan subjek keusahawanan. Ada pensyarah kimia ditempat saya membuat penyelidikan di industri cat. Ya, saya setuju penyelidikan sains dapat meningkatkan ekonomi negara. LB2P5(L1-6) Iklan kat TV la apa lagi . Semua orang tengok TV. Ha.. buat iklan yang menarik sikit WB2P6(L1-2) Kalau produk makanan, pertamanya mesti

Bagaimana caranya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang adanya aplikasi

Cadangan Responden

sains dalam produk Nugget?

ada sijil halal. Lagi yang penting ialah mesti labelkan kandungan lemak atau kolesterol. Kalau kolesterol tinggi, walaupun sedap tapi baik jangan beli. Jadi saya cadangkan pada pengeluar makanan mesti pandang berat pada dua perkara ni. SR2P6(L1-5) Masyarakat kita ni percaya pada TV. Yang kat kampung tu mungkin tak ada internet, kat bandar lainlah. Jadi kalau nak didik masyarakat ni nak tak nak memang kena guna TV. Perlu ada pihak yang memantau iklan-iklan, maklumat dia kena betul . Cara nak sampaikan maklumat pun kenalah menarik dan kreatif. LB2P6(L1-6)

Temubual Kesedaran Masyarakat untuk Produk Harpic

Terdapat 8 soalan yang digunakan untuk sesi temubual responden. Jadual 1.2 menunjukkan jawapan yang diberikan oleh responden, 5 tema telah dibina berdasarkan jawapan-jawapan tersebut: Jadual 1.2 : Maklumbalas Responden Untuk Kesedaran Masyarakat Untuk Produk Harpic Melalui Temu Bual No 1 Soalan Adakah anda sedar kewujudan konsep sains dalam produk Harpic? Pembentukan Tema Kesedaran wujudnya konsep sains Contoh Respon Saya tak berapa suka pakai harpic ni. Biasa saya guna Mr Muscle. Harpic mahal dua kali ganda.. Nak tau konsep sains ya... Alah mesti adalah tu. Bahan kimia kat dalam tu kira sains la tu... WB6P1(L1-4) Ya, yang saya tahu harpic ni bukan sebarang pencuci. Bahan kimia kat dalam dia memang kuat. SR6P1(L1-2) Yang saya tahu konsep sains tu mesti ada la... LB6P1(L1) 2 Adakah anda mengetahui apakah kandungan/ bahan kimia yang ada dalam Harpic /proses penghasilan? Ohh... saya tak la tahu apa nama bahan kimianya. Cuma saya tahu bahan kimianya tu kuat dan bahaya pada anak-anak kecil. SR6P2(L1-3) Bahan kimia yang yang ada kat dalam tu mesti kuatlah... sebab apa... kita tak payah sentalpun memang mangkuk tandas tu jadi berkilat. Lagi berkilat dari kalau kita sental dengan sabun baju. WB6P2(L1-4)

Tak tau. Orang-orang tertentu aje yang tau ni. Tapi kalau kita nak tau, baca aje la kat label dia. Mesti ada tulis...LB6P2(L1-3)

Adakah kandungan/ bahan kimia / proses penghasilan yang anda nyatakan tadi mempunyai kesan kepada manusia/alam sekitar?

Terpulang pada kita la... semua ni kan untuk kegunaan manusia. Kena guna cara betul la. Apa-apa benda pun kalau guna tak betul memang jadi bahaya. WB6P3(L1-3) Ya memang sangat bahaya kalau kita letak merata-rata terutama pada anak-anak kecil yang tak tau apa-apa ni. Bau dia wangi... jadi anak kecik ni memang mudah tertarik. Kalau dipakainya jadi shampoo... kena pulak mata... ohh bahaya... Kalau kena kat tangan orang yang jenis sensitif ni, maunya menggelupas... SR6P3(l1-4) Ya saya tahu produk pencuci ni boleh cemarkan alam. Waktu sekolah dulu kita belajar kalau kita guna sabun banyak sangat dan air tu pulak pegi ke sungai... jadi pencemaran sungai lah. Cuma sekarang ni air basuhan yang kita guna tak pegi terus ke sungai kut. Mesti dia rawat dulu. Tapi apapun kira mencemarkan alam jugak la. LB6P3(L1-5)

Boleh anda nyatakan sumber/ cara anda mendapatkan maklumat sains mengenai produk Harpic ini?

Sumber pengetahuan sains

Nak kata maklumat sains tu... tak la sains sangat kut. Cuma pencuci ni banyak iklan dia kat TV... Biasa yang keluar Harpic, Mr Muscle, Fabuloso... Dari situ la kita dapat maklumat. Berkuasa ke tak berkuasa. Tapi tak pulak dia cakap apa nama bahan kimia yang ada kat dalam... Lagipun buat apa nak tahu... Yang penting berkesan. WB6P4(L1-5) Dari iklan TV. Tapi masalahnya iklan cuma cerita yang baik-baik aje. Tapi saya pernah la dapat satu pamplet yang cerita pasal kemalangan di rumah. Jadi kita yang ada anak kecik ni kena sentiasa beringat. Bahan kimia ni bahaya... Kadang-kadang baca

suratkhabar macam-macam kemalangan jadi kat taska. SR6P4(L1-6) Kalau specific pasal harpic tu susah jugak la nak dapat maklumat. Cuma saya ingat la sikit-sikit yang belajar kat sekolah tu. Pas tu kerjaya arkitek ni memang kena ambik berat jugak la tentang environment. Salah-salah gaya nanti timbul crowd concern. Masuk surakhabar nanti pulak karang... susah la sikit. LB6P4(L1-5) 5 Apakah kebaikan/ keburukan penggunaan Harpic? Pengajaran dan pembelajaran informal Pengajaran dan pembelajaran informal Kebaikannya memudahkan kerja kita. Lagi jaga kebersihan, bunuh kuman... Keburukannya tangan boleh jadi gatal-gatal kalau tersentuh. Kalau hati-hati tak de masalah...WB6P5(L1-4) Memang saya tak nafikan kebaikan dia. Berkesan. Sebab tu ramai orang beli. keburukannya pulak, macam yang saya dah cakap tulah. Yang penting kita mesti ada langkah berjaga-jaga bila nak guna dia. SR6P5(L1-4) Dia baik sebab tolong kita jaga hygiene. Keburukannya boleh timbul masalah pencemaran air. LB6P5(L1-2) 6 Adakah anda berkongsi dengan anak-anak atau ahli keluarga mengenai maklumat/ info mengenai faedah dan keburukan Harpic Ya dulu masa anak-anak kecik memang saya ingatkan dia orang tentang bahaya harpic ni. Pada suamipun saya pesan jangan letak kat tempat rendah. Bila dia orang dah besar ni.. . tak de lah susah hati lagi...SRP6(L1-4) Setakat ni tak de pulak. Ahli keluargapun semua dah tau kot...LBP6(L1-2) Dah lama dah guna pencuci tandas ni... Tak delah sampai nak bercerita dengan anak... kat TV hari-hari dah cerita kat iklan tu.. WBP6(L1-3)

Apakah pandangan

Saling kaitan

Ahli sains ni kalau dia pandai... boleh reka

anda terhadap salingkaitan sains dan ekonomi

sainskeusahawanan

macam-macam bendalah. Kalau benda tu bagus... orang beli... dapatlah pulangan ekonomi kat saintis tu...WBP7(L1-4) ...kalau anak yang pandai-pandai ni cikgunya akan suruh ambik aliran sains. Mana tahu boleh jadi doktor ke, doktor gigi ke... nanti kalau bukak klinik sendiri meningkatlah ekonominya.... SR6P7(L1-5) Saya ingat kat sekolah dulu memang kami ada belajar pasal sabun. Masa tu saya fikir kalaulah dapat buat sabun yang sangat berkuasa, wangi... mesti ramai orang nak beli. Maknanya pengetahuan sains tu boleh bantu kita hasilkan produk yang lebih baik. LB6P7(L1-6) Mungkin kerajaan boleh syaratkan kepada kompeni Harpic ni untuk masukkan tentang sains dalam iklan produk dia. Ya lah kalau kita pengusaha kantin ni dia boleh letak macammacam syarat... sampai kopipun tak kasi jual kat sekolah...apa salahnya letak syarat jugak kat kompeni-kompeni besar tu? WBP8(L1-6) Tapi penting ke masyarakat tahu apa sains yang ada dalam Harpic? Saya rasa yang lebih penting ialah kita kena tahu apa bahayanya benda ni... barulah boleh ambik langkah berjaga-jaga... SR6P8(L1-5) Tapi penting ke masyarakat tahu apa sains yang ada dalam Harpic? Saya rasa yang lebih penting ialah kita kena tahu apa bahayanya benda ni... barulah boleh ambik langkah berjaga-jaga... LB6P8(L1-5)

Bagaimana caranya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang adanya aplikasi sains dalam produk Harpic?

Cadangan Responden

Analisis Dapatan Dari Soalan Temubual

Jadual 1 menunjukkan profil responden yang ditemubual Jantina Pekerjaan Bekerja Tidak Bekerja Lelaki Wanita Suri Rumah Jumlah Jumlah besar Tahap Pendidikan STPM / Diploma

SPM

ijazah

Jadual 2 menunjukkan jenis dan jenama produk yang digunakan serta frekuensi Produk Nugget Jenama Frekuensi Produk Harpic Jenama Fekuensi

Jadual 3 menunjukkan Pengetahuan Konsep Sains dalam Produk Responden Proses Nugget Harpic Kandungan Nugget Harpic Kesan Harpic

Nugget

LB WB SR *Petunjuk: LB Lelaki Bekerja, WB Wanita Bekerja, SR Suri Rumah

Dapatan dalam Jadual 3 diatas diperoleh daripada temubual yang dijalankan ke atas 24 orang responden. Antaranya seperti berikut: Analisis Data dan Quotes (berdasarkan literature kajian)

Jadual 4 menunjukkan Sumber Ilmu Sains diperoleh ResponSumber

den

TV Nugg Harpic et

Media Cetak Nugget Harpic

Internet Nugget Harpic

Lain-lain Nugget Harpic

LB WB SR *Petunjuk: LB Lelaki Bekerja, WB Wanita Bekerja, SR Suri Rumah Analisis Data dan Quotes (berdasarkan literature kajian)

Jadual 5 menunjukkan data perkongsian maklumat antara responden dengan anak-anak atau anak saudara Responden Nugget Berkongsi Harpic Tak berkongsi Nugget Harpic

LB WB SR *Petunjuk: LB Lelaki Bekerja, WB Wanita Bekerja, SR Suri Rumah Analisis Data dan Quotes (berdasarkan literature kajian)

Jadual 6 menunjukkan konsep keusahawanan nilai sains dalam produk Produk Nugget Harpic Konsep keusahawanan yang biasa Nilai sains untuk komersial Selling -point

Analisis Data dan Quotes (berdasarkan literature kajian)

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai