Anda di halaman 1dari 1

Karnival Bulan Akademik 2010 telah diadakan selama sebulan bermula dari 4 April 2011 sehingga 3 Mei 2011.

Sepanjang bulan April ini pada setiap minggu

bidang-bidang mata pelajaran akan mengadakan aktiviti samada pameran, persembahan atau pertandingan yang melibatkan pelajar.Program ini adalah landasan untuk membantu
meningkatkan pencapaian akademik para pelajar disamping memberi peluang yang lebih luas kepada mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti. Pelajar-pelajar juga dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam P & P di bilik darjah melalui aktiviti dan pertandingan yang dirancang oleh setiap panitia mata pelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Dengan terlaksananya Karnival Bulan Akademik 2010 ini, diharapkan matlamat untuk memberi pendedahan penguasaan ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat dimanfaatkan untuk kebajikan diri, keluarga serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Antara objektif program ini diadakan adalah; 1. Meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. 2. Mencetuskan dan meningkat minat murid-murid dalam mata pelajaran sains & matematik, bahasa serta mata pelajaran kemanusiaan. 3. Mencungkil murid-murid yang berbakat. 4. Menanam nilai-nilai murni dalam diri murid. 5. Memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga dan memulihara khazanah yang berharga.

Anda mungkin juga menyukai